Hani dan Dato Z
Bab 36 B ; Berjaya Times Square
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 17 Februari 2013
Kahwin dengan Dato? Oh Pliz! Bagi bab 1,2,3,4 dan 5 telah diolah semula. Saya akan mula memadamkan bab-bab lama yang telah diolah. Bab lain saya hanya kemaskini sahaja bab yang ada kerana tidak melakukan olahan secara besar-besaran.Jadi anda boleh baca bab lain seperti biasa. Segala kesulitan amat dikesali.
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
3639

Bacaan






Hani sampai di Berjaya Times Square pada pukul 10.10 pagi.. Hani menelefon Dato.. Dato sudah sampai.. dia menunggu di Lobi berdekatan dengan StarBuck.. Hani memimpin anak-anak Dato ke tempat yang dijanjikan.. sampai sahaja berhampiran Starbuck.. Hani melihat Dato memandang di luar.. mungkin menunggu Hani.

“Adik dan akak.. nampak ayah? Pergilah” mereka memandang ke arah yang ditunjukkan oleh Hani.. mereka mengangguk dan terus berlari mendapatkan Dato.

“Papa!!!” mereka memanggil Dato.. Dato menoleh kearah suara yang memanggilnya.

“Asraff.. kakak!!” sahut Dato Z… mereka berpelukan… Dato mencium kedua-duanya bertalu.. ternyata mereka semua terlalu rindukan antara satu sama lain. Airmata Hani bergenang.. Alhamdulillah…. Aku telah berjaya menyatukan Dato dengan anak-anaknya yang dirindui. Hani bergerak menuju ke arah mereka.

“Hani… macamana awak” tanya Dato Z….

“Dato bergembiralah dengan anak Dato.. ubatilah kerinduan dengan anak-anak Dato.”

“Terimakasih Hani… terimakasih.”

“Papa.. hendak main Roller Coaster” kata Ashraff yang begitu teruja sejak dari tadi untuk bermain Roller Coaster.

“Taknak papa. Kita takut” bantah kakak.

“Takpe.. kita pergi taman tema itu.. adik main Roller coaster.. akak main lain. Ok” kata Dato Z untuk merungkakikan kebimbangan kakak.

“Ok” jawab kakak.

“Yeeee.. main roller coaster” bertiga menuju ke taman tema yang ada di dalam bangunan tersebut.

“Papa.. kita berdua puasa tau” kata si kecil semasa mereka berjalan menuju ke kaunter taman tema.

“Iya… nanti kita buka sama yer. Bagus anak papa ini.. kecik-kecik dah puasa. Macam inilah anak papa” alamak! Masalah… aku sudah berjanji dengan Puan Kamelia untuk menghantar anak-anaknya pulang sebelum pukul 7 petang.. aku perlu memberitahu Dato.. Dato perlu buat alasan supaya anaknya boleh balik sebelum pukul 7 petang. Dato membelikan tiket untuk 2 orang dewasa dan 2 orang kanak-kanak. Orang tidak beberapa ramai.. maklumlah hari puasa dan orang lebih suka membeli belah daripada pergi ke taman tema. Mereka mencuba setiap permainan dan orang paling gembira sekali tentulah Dato dan anak-anaknya… kemudian mereka berehat seketika. Anak Dato bermain di Playland yang disediakan ;

“Dato… saya minta maaf.. anak Dato perlu dipulangkan kepada mamanya sebelum pukul 7. Itu janji saya kepada mamanya” Dato Z memandang Hani.

“Apa? Betul ke?”

“Betul Dato. Itu syarat yang Puan Kamelia kenakan kepada saya” jelas Hani.

“Takkan tidak boleh lambat sedikit? Saya berjanji untuk berbuka puasa dengan mereka” kata Dato perlahan. Mungkin kecewa disebabkan tidak boleh menemankan anaknya berbuka puasa.

“Saya minta maaf Dato… itu janji saya dengan Puan Kamelia. Jika saya mungkir janji.. Puan Kamelia tidak percayakan saya lagi. jika beliau tidak percayakan saya lagi…mungkin Puan tidak benarkan saya membawa anak-anak Dato berjumpa dengan Dato. Harap Dato faham” Dato mengangguk.

“Jika begitu takpelah. Nanti saya katakan saya terlupa saya ada majlis berbuka puasa dengan pelabur. Nanti mereka akan faham… dahulu saya selalu gunakan alasan saya sibuk dengan perniagaan saya. Saya selalu tidak dapat bersama mereka. Tuhan balas balik kepada saya… 2 tahun saya tidak dapat berjumpa dengan anak saya. betapa rindunya saya dengan anak-anak saya hanya tuhan yang tahu. Terimakasih Hani….. membantu memujuk Kamelia…. Saya sendiri gagal memujuknya. Bagaimana kamu lakukan” tanya Dato.

“Hanya perempuan mengenali hati perempuan… kerak nasi kalau kena caranya Dato. Lembut jadinya. Puan Kamelia benci dengan Dato disebabkan oleh gossip-gosip dan juga cerita Dato yang selalu keluar di media. Apa lagi mengenai wanita. Itu yang Puan Kamelia menyampah hendak berjumpa Dato apabila Dato hendak mengambil anak-anaknya” kata Hani berterus-terang.

“Iya…… entahlah. Saya berkawan dengan mereka sebab hati saya ini sunyi… jadi saya ajaklah mereka keluar. Untuk mengisi kesunyian saya…..”

“Isilah hati yang sunyi dengan beribadat dengan Allah” kata Hani selamba.

“Kamu perli saya ye?”

“Bukan perli.. tapi itulah caranya. Dato.. Dato sayang dengan Puan Kamelia?” tanya Hani.

“Dulu sayanglah.. tapi kini tidak lagi sejak dia buat saya tidak berjumpa dengan anak-anaknya… sayang itu semakin hilang. Lagipun saya sudah tertarik dengan seorang perempuan ini” jawab Dato jujur… Aduh! Ingatkan aku hendak satukan mereka semula.. nampaknya Dato sudah tertarik dengan wanita lain.

“Siapa Dato? Artis? Pelakon? Penyanyi? Pengacara?” teka Hani.

“Perli saya lagilah tu… kalau saya sahaja… mesti awak dan pihak media ingat artis.. pelakon. Dia bukan artis.. orang biasa sahaja,”

“Owh,,, semoga Dato dan si dia berbahagia.”

“Insya Allah” Hani melihat jam.. hampir pukul 1.30 petang.

“Dato… jom kita main lagi… dekat pukul 2 petang.. banyak permainan yang kita belum main lagi. takut tak sempat.”

“Mari.. saya ingat selepas ini hendak beli baju raya pula untuk mereka” Hani dan Dato Z bangun dari tempat duduk dan mendapatkan adik serta kakak. Kemudian mereka berempat menaiki Roller Coaster ( kakak akur menaikinya setelah dipujuk oleh Hani dan Dato z ). Ashraff yang paling teruja… manakala Hani dan juga kakak menjerit-jerit ketakutan. Mereka bermain 2 lagi permainan sebelum keluar dari taman teman tersebut. Kami ke kedai pakaian dan kasut untuk membeli belah Raya. Dato membelikan mereka 2 pasang baju dan sepasang kasut. Pukul 5 petang Hani mendapat panggilan daripada Puan Kamelia ;

“Ya Puan.. kejap lagi saya hantar mereka balik ke rumah” Hani ingatkan Puan Kamelia menelefonnya kerana ingin mengingatkan janjinya untuk menghantar adik dan kakak balik ke rumah.

“Bukan… saya telefon awak untuk membenarkan Dato berbuka puasa dengan anak-anaknya. Lagipun saya sibuk di butik,,, maklumlah hendak Raya ini. Biarlah budak-budak itu berbuka dengan papanya” Alhamdulillah.. hajat Dato untuk berbuka dengan anak-anaknya termakbul juga.

“Baiklah Puan.. nanti saya beritahu Dato. Saya hendak hantar ke rumah puan pukul berapa?” tanya Hani.

“Sebelum pukul 10 malam… sebelum butik saya ditutup… awak hantar terus anak-anak saya ke butik. Boleh?”

“Boleh Puan” Puan menamatkan penggilan. Hani mendapatkan Dato yang sedang memilih kasut untuk si kakak.

“Dato. Puan benarkan Dato berbuka puasa dengan anak-anak. Tetapi dengan syarat saya hantar adik dan kakak ke butiknya sebelum pukul 10 malam” Dato mengangguk.. beliau tersenyum.

“Apa!!! Dapat buka puasa dengan papa!! Yeeeeeee” adik memeluk papanya. Diikuti oleh kakak.

“Adik hendak makan di mana?” tanya Dato Z kepada adik.

“Papa.. jom makan di Manhattan Fish Market… lama dah tak makan udang” ajak kakak.

“Adikpun nak makan dekat sana.. makan udang” kata adik pula menyokong kakaknya.

“Ok.. lepas kita beli kasut kakak.. kita pergi sana. Kita tempah dulu meja.. selepas itu kita beli mainan dekat Toy r us. Ok?”

“Yeee.. beli mainan. Nak kereta kebal” Ashraff melonjak kegembiraan.

“Kakak nak bear besar.”

“Iya.. nanti papa beli” Hani tersenyum melihat teletah anak beranak. Selepas membeli kasut kakak.. mereka semua ke Manhattan fish Market untuk menempah meja. Kemudian mereka ke Toy R us untuk membeli permainan anak-anak Dato.. adik mendapat 2 biji kereta kebal yang diidamkan manakala kakak mendapat satu bear kecil dan satu bear yang besar. Hani juga mendapat Bear yang besar hadiah dari Dato. Kemudian mereka bergegas ke restoran kerana waktu berbuka hampir tiba.. apabila waktu berbuka telah masuk.. mereka hanya minum air sahaja kerana makanan belum sampai. 10 minit selepas berbuka barulah makanan yang dipesan sampai.

{{{{{{{{{{{{{{{

Hani sampai di butik Puan Kamelia pada pukul 9.00 malam.. sejam awal dari waktu dijanjikan. Beliau tangannya penuh mengendong barang yang dibeli Dato untuk anak-anaknya. Sampai di butik,,, Hani melihat Puan sibuk melayan pelanggan. Anak-anaknya seperti faham tidak mahu mamanya sedang sibuk ke belakang butik. Hani duduk di sebuah kerusi sambil menunggu Puan Kamelia tidak sibuk. 20 minit kemudian… Puan Kamelia datang kepadanya;

“Anak saya ada di dalam ker?” tanya Puan Kamelia.

“Ya Puan. Barang-barang yang Dato beli untuk anak-anak Puan pun saya sudah letak di dalam” jawab Hani.

“Terimakasih kerana temankan anak-anak saya dan berpegang kepada janji. Mulai minggu depan.. awak beritahu Dato… saya benarkan dia jumpa anak-anak saya setiap hari sabtu.. dengan syarat.. awak perlu ada. Kedua… pulangkan anak-anak saya tepat pada masanya. Boleh?”

“Boleh Puan.. saya akan beritahu Dato” kemudian Hani meminta izin untuk pulang kerana malam semakin lewat.



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 ; Temuduga | Bab 2 ; temuduga yang hampas | Bab 3 ; jawapan yang tidak terduga | Bab 6 full ; berjalan-jalan dengan Dato | bab 7 ; Sinopsis dan Dato tidak solat ? | Bab 8 ; Aisy memerli Hani | Bab 8 B ; Sinopsis Beg Gucci tiruan | Bab 9 ; Dato hantarkan Hani balik | Bab 9B ; sinopsis dan sekeping invois | Bab 10 full ; Mula menyiasat | Bab 11 full ; Berjimba-jimba dengan Tasya | Bab 12 ; Gaji pertama | Bab 13 ; Menyoal Pak Mat | Bab 13 B ; menyoal Pak Mat 2 | bab 14 ; Macamana yek? | bab 14 B ; Dato meminta maaf | Bab 15 ; Berjumpa Jidin sengal | Bab 16 ; Aisy semakin rapat dengan Hasdi | bab 16 B ; sinopsis dan sekumpulan dengan Hasdi | bab 17 ; Tasya menyatakan kebimbangannya | Bab 17 B ; Aisy beri amaran | Bab 17 C ; sinopsis dan makan malam sekeluarga | Bab 18 full ; Mula bergerak | Bab 19 ; Berjaya membuat salinan dokumen | Bab 20 ; Hasdi ada perasaan dengan Hani? | Bab 21 ; Tasya sudah masuk geng Kak Joyah? | bab 21 B ; membeli kereta | Bab 22 full ; Aisy mengamuk!!! | Bab 23 full ; bercuti di Port Dickson | Bab 24 ; sesuatu yang mengejutkan | bab 25 ; Apit perlu dibedah segera | Bab 26 ; Dato Z membantu | bab 27 ; peel abang hani | bab 28 ; Wiwi | Bab 28 B ; Pak Mat pulangkan wang syarikat | bab 29 ; Dato Z bermesra dengan Wiwi | Bab 30 ; Video Dato Z dan Wiwi | bab 30 B ; sinopsis dan skandal Dato | bab 31 ; kecoh satu pejabat | Bab 31 ; wiwi tak puasa? | Bab 32 ; Pakwe Wiwi mengamuk!! | Bab 32 B ; Dato Z mengupah Jidin | Bab 33 ; Bukti | bab 33 B ; Bukti 2 | bab 34 ; Dapat komisen | Bab 35 ; Puan Kamelia | Bab 36 ; Dato Z berjumpa anak-anaknya | Bab 36 B ; Berjaya Times Square | Bab 37 ; Dato beri saguhati | Bab 37 B ; Persiapan Raya | Bab 39 ; Dato memarahi Aisy | bab 39 B ; Dato kedekut | Bab 40 ; Memberitahu Dato Zaffran | bab 40 B ; Pembongkaran pengkhianatan Hasdi | Bab 41 ; Dato Seri berang | Bab 41 B ; Laporan Polis | Bab 42 full ; Hasdi dan kuncunya ditangkap | Bab 43 ; Hasdi mengugut Hani | Bab 44 ; Mimiland | Bab 44 B ; Dato mencintai Hani? | Bab 45 ; Mengugut Dato Z | Bab 45 B ; Hani!!!!! | Bab 46 ; Unit rawatan rapi | Bab 46B ; kau suka Hani ke Zaffran? | Bab 47 ; Tolonglah sedar Hani | Bab 47 B ; Hani sudah sedar | Bab 48 ; Hani sudah keluar dari Hospital | Bab 48 B ; Mula bekerja semula | Bab 49 full ; makan malam | bab 50 ; Jidin | Bab 50 ; tersenyum sendirian | Bab 51 full ; Melawat Aisy di penjara | Bab 52 ; Panggil Dato lagi | Bab 52 B ; Kak Joyah... Kak Joyah | Bab 1 dan 2 sesudah diolah semula | Bab 3 dan 4 diolah semula | Bab 5 ; olahan semula | Bab 53 ; Melawat rumah baru | Bab 53 B ; Dato menyanyi untuk Hani | Bab 54 full ; Video di You Tube | Bab 55 full ; Video Hani Menjadi fenomena |
Kami, (Ilham Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan
Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku