Hani dan Dato Z
Bab 40 ; Memberitahu Dato Zaffran
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 17 Februari 2013
Kahwin dengan Dato? Oh Pliz! Bagi bab 1,2,3,4 dan 5 telah diolah semula. Saya akan mula memadamkan bab-bab lama yang telah diolah. Bab lain saya hanya kemaskini sahaja bab yang ada kerana tidak melakukan olahan secara besar-besaran.Jadi anda boleh baca bab lain seperti biasa. Segala kesulitan amat dikesali.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
4280

Bacaan






Bab 40

Memberitahu Dato Zaffran

Bulan 9 tahun 2013…. Hani berjumpa dengan Dato Z berkenaan hal Surau.. agak susah untuknya untuk bersolat tanpa ada kemudahan surau di pejabat. Selalunya Hani terpaksa solat di bilik stor ataupun menumpang solat di surau bangunan bersebelahan. Sampai bila hendak menumpang surau pejabat yang lain.

“Dato… rasanya sebelum Raya lagi saya sudah cadangkan sebuah surau dibina untuk memudahkan urusan ibadah pekerja-pekerja di sini” Dato Z memandang Hani dengan pandangan tajam.. mungkin tidak selesa dengan cadangan Hani;

“Saya bukan tidak mahu buat surau,,, tetapi pekerja akan menggunakan kemudahan yang ada untuk memonteng kerja.. ada yang tidur di dalam Surau. Dari Zuhur terlajak sehingga pukul 3 petang. Awak jangan anggap saya ambil ringan mengenai perkara ibadah.”

“Sebab di dalam surau itu ada penghawa dingin Dato… sedaplah mereka tidur. Saya cadangkan supaya kita jangan letak penghawa dingin di surau. Cukup sekadar kipas.. dan satu lagi saya cadangkan supaya di dalam surau diletakkan CCTV. Dato boleh pantau pekerja Dato yang mana memonteng kerja dan tidur di Surau; akhir sekali… di pintu masuk surau.. Dato letakkan papan tanda… ‘Surau tempat ibadah.. bukan tempat tidur’. Nampak bunyi agak kejam… tetapi kita buat untuk sedarkan mereka Dato” Dato terdiam…

“Dato… Susah saya hendak Solat bila tiba waktunya.. kadang-kadang saya solat di stor.. kadang-kadang saya solat di surau sebelah. Saya malu Dato… bangunan sebelah taukenya cina tetapi dia sediakan Surau untuk pekerjanya Dato. Saya rasa segan pula solat di situ” kata Hani berterus terang.

“Awak perli saya yer?”

“Bukan.. saya hanya bercakap apa yang betul Dato”

“Saya akan pertimbangkan cadangan awak itu.”

“Terimakasih Dato.”

{{{{{{{{{{{{{{{{{{

Seminggu kemudian Dato mengarahkan pekerja lelaki membersihkan bilik stor yang dahulunya pernah menjadi Surau. Setelah dikemaskan… tirai dan kipas dipasang.. manakala dekorasi surau dihias oleh Hani dan kak Qismah. CCTV di pasang di bahagian lelaki.. dan papan tanda ‘Tempat beribadah.. bukan tempat tidur turut dipasang”.

2 minggu kemudian, Surau dibuka secara rasminya… seorang ustaz dijemput untuk memberi ceramah. Bacaan Yassin dan tahlil dibuat sekali pada hari tersebut.. Dato dengan bermurah hati menaja makanan tengahari sempena pembukaan surau.

{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{

Bulan 10 tahun 2013… Hani rasa hari ini adalah hari yang sesuai untuk berjumpa dengan Dato serta membongkar rahsia pengkhianatan Hasdi. Hani ingin membongkar semasa dia dan Dato membuat pemantauan di Ipoh. Malam itu di hotel dia menginap, Hani mengajak Dato ke Coffe House hotel. Hani turun ke lobi bawah untuk menunggu Pak Mat dan juga Jidin.. setelah mereka berdua sampai.. Hani mengajaknya ke kafe. Mereka duduk di ruang yanga agak tersorok dan agak jauh dari orang lain. Di atas meja.. penuh dengan fail-fail yang ingin dibentangkan kepada Dato Z tentang pengkhianatan Hasdi… 15 minit kemudian.. Dato sampai,, dia agak terkejut apabila melihat kelibat Pak Mat dan juga Jidin ;

“Pak Mat dengan Jidin pun ada?” tanyanya kehairanan. Mereka bersalaman…

“Silakan duduk Dato.. ada hal yang hendak kami bincangkan Dato” Dato Z duduk.. riak wajahnya menunjukkan seribu pertanyaan bermain di fikiran.

“Kenapa Pak Mat dan Jidin hendak berjumpa dengan saya? Pak Mat hendak bekerja dengan saya semula? Saya tiada masalah untuk menerima Pak Mat. Tetapi Jidin ini.. kenapa kamu hendak berjumpa dengan saya? Ada masalah besar ke Jidin?” Dato Z mengagak.

“Beginilah Dato… biarlah saya berterus terang dengan Dato. Sebenarnya kami semua ini membongkar satu konspirasi besar yang sedang melanda syarikat Dato” terang Hani.

“Konspirasi? Konspirasi apa Hani?” Dato mengerutkan dahinya.

“Konspirasi untuk melingkupkan syarikat Dato” Jidin menyampuk.

“Apa yang kamu cakapkan ini Jidin? Jatuhkan syarikat saya. siapa yang hendak jatuhkan syarikat saya?” katanya masih tidak mengerti.

“Begini Dato.. sebenarnya semuanya bermula apabila saya secara tidak sengaja terjumpa invois ini” Hani menceritakan bagaimana kes ini bermula… kemudian dia berkata berjumpa dengan Pak Mat yang mengiyakan siasatan Hani. Seterusnya beliau menyebut tentang siasatan yang menjurus kepada Hasdi sebagai dalang kepada penyelewangan data kewangan ;

“Wait ! wait! You kata Hasdi sepupu I dalang semua ini? I tidak percaya Hani. Takkanlah dia berani buat perkara sebegitu. Selama ini dia banyak beri keuntungan kepada syarikat Hani” bantah Dato.

“Dato.. walaupun dia itu sepupu Dato… tidak semestinya dia akan berlaku jujur dengan Dato. Sedangkan anak seorang Imam pun.. tidak semestinya anaknya imam juga. Duit Dato… duit. Maruahpun boleh tergadai pasal duit.”

“You all cuba berfikir secara logik. Hasdi selalu berusaha untuk memenangi kontrak dan deal dengan pembekal dengan bagus sekali. Buat apa dia buat semua itu kalau dia hendak menjahanamkan Mega Group.. sedangkan mega Group semakin besar.. bukannya semakin merundum. Gaji yang I berikan juga besar… 10 ribu sebulan… tidak termasuk bonus. Hani.. jelaskan. I peninglah.”

“Memang Hasdi banyak dapatkan untuk Mega Group. Tapi itu untuk kepentingan beliau juga Dato. Bila Mega Group dapat kontrak. Beliau akan dapat habuannya… Dato ingat ke tidak sebelum-sebelum ini.. beliau pernah berkata kos pembinaan meningkat naik.. menyebabkan beberapa kontrak terpasa dinilai semula menyebabkan margin keuntungan kita menjadi sedikit. Ada tak?” tanya hani kepada Dato Z.

“Ada” jawab Dato pendek.

“Selepas mendapat persetujuan Dato.. beliau bersama jurunilai akan menilai semula kontrak. Maka di masa inilah harga bahan mentah dan bekalan akan dinilai semula.. dan Hasdi akan mendapat keuntungan besar dari penilaian semula ini” jelas Hani.

“Kamu ada bukti?”

“Ada Dato.. dan ini transaksi kewangan syarikat sejak 8 tahun yang lalu. Saya lihat banyak ketirisan dalam amaun baucer dan juga invois” Hani memberi fail tebal kepada Dato untuk disemak.. Dato mengambil dan membacanya..mereka bertiga diam dan membiarkan Dato menyemaknya dengan tenang.. 15 minit kemudian ;

“Ada asas.. tapi apa bukti Hasdi terlibat?”

“Kali ini biar pula Pak Mat yang terangkan” Pak Mat bercerita tentang paksaan Hasdi untuk turut sama bersekongkol dengannya meminda invois dan baucer serta harga bekalan. Pak Mat berkata beliau terpaksa mengikutnya kerana Hasdi mempunyai kuasa dan juga mempunyai hubungan dengan gangster terkenal di Ipoh.



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 ; Temuduga | Bab 2 ; temuduga yang hampas | Bab 3 ; jawapan yang tidak terduga | Bab 6 full ; berjalan-jalan dengan Dato | bab 7 ; Sinopsis dan Dato tidak solat ? | Bab 8 ; Aisy memerli Hani | Bab 8 B ; Sinopsis Beg Gucci tiruan | Bab 9 ; Dato hantarkan Hani balik | Bab 9B ; sinopsis dan sekeping invois | Bab 10 full ; Mula menyiasat | Bab 11 full ; Berjimba-jimba dengan Tasya | Bab 12 ; Gaji pertama | Bab 13 ; Menyoal Pak Mat | Bab 13 B ; menyoal Pak Mat 2 | bab 14 ; Macamana yek? | bab 14 B ; Dato meminta maaf | Bab 15 ; Berjumpa Jidin sengal | Bab 16 ; Aisy semakin rapat dengan Hasdi | bab 16 B ; sinopsis dan sekumpulan dengan Hasdi | bab 17 ; Tasya menyatakan kebimbangannya | Bab 17 B ; Aisy beri amaran | Bab 17 C ; sinopsis dan makan malam sekeluarga | Bab 18 full ; Mula bergerak | Bab 19 ; Berjaya membuat salinan dokumen | Bab 20 ; Hasdi ada perasaan dengan Hani? | Bab 21 ; Tasya sudah masuk geng Kak Joyah? | bab 21 B ; membeli kereta | Bab 22 full ; Aisy mengamuk!!! | Bab 23 full ; bercuti di Port Dickson | Bab 24 ; sesuatu yang mengejutkan | bab 25 ; Apit perlu dibedah segera | Bab 26 ; Dato Z membantu | bab 27 ; peel abang hani | bab 28 ; Wiwi | Bab 28 B ; Pak Mat pulangkan wang syarikat | bab 29 ; Dato Z bermesra dengan Wiwi | Bab 30 ; Video Dato Z dan Wiwi | bab 30 B ; sinopsis dan skandal Dato | bab 31 ; kecoh satu pejabat | Bab 31 ; wiwi tak puasa? | Bab 32 ; Pakwe Wiwi mengamuk!! | Bab 32 B ; Dato Z mengupah Jidin | Bab 33 ; Bukti | bab 33 B ; Bukti 2 | bab 34 ; Dapat komisen | Bab 35 ; Puan Kamelia | Bab 36 ; Dato Z berjumpa anak-anaknya | Bab 36 B ; Berjaya Times Square | Bab 37 ; Dato beri saguhati | Bab 37 B ; Persiapan Raya | Bab 39 ; Dato memarahi Aisy | bab 39 B ; Dato kedekut | Bab 40 ; Memberitahu Dato Zaffran | bab 40 B ; Pembongkaran pengkhianatan Hasdi | Bab 41 ; Dato Seri berang | Bab 41 B ; Laporan Polis | Bab 42 full ; Hasdi dan kuncunya ditangkap | Bab 43 ; Hasdi mengugut Hani | Bab 44 ; Mimiland | Bab 44 B ; Dato mencintai Hani? | Bab 45 ; Mengugut Dato Z | Bab 45 B ; Hani!!!!! | Bab 46 ; Unit rawatan rapi | Bab 46B ; kau suka Hani ke Zaffran? | Bab 47 ; Tolonglah sedar Hani | Bab 47 B ; Hani sudah sedar | Bab 48 ; Hani sudah keluar dari Hospital | Bab 48 B ; Mula bekerja semula | Bab 49 full ; makan malam | bab 50 ; Jidin | Bab 50 ; tersenyum sendirian | Bab 51 full ; Melawat Aisy di penjara | Bab 52 ; Panggil Dato lagi | Bab 52 B ; Kak Joyah... Kak Joyah | Bab 1 dan 2 sesudah diolah semula | Bab 3 dan 4 diolah semula | Bab 5 ; olahan semula | Bab 53 ; Melawat rumah baru | Bab 53 B ; Dato menyanyi untuk Hani | Bab 54 full ; Video di You Tube | Bab 55 full ; Video Hani Menjadi fenomena |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku