Hani dan Dato Z
bab 50 ; Jidin
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 17 Februari 2013
Kahwin dengan Dato? Oh Pliz! Bagi bab 1,2,3,4 dan 5 telah diolah semula. Saya akan mula memadamkan bab-bab lama yang telah diolah. Bab lain saya hanya kemaskini sahaja bab yang ada kerana tidak melakukan olahan secara besar-besaran.Jadi anda boleh baca bab lain seperti biasa. Segala kesulitan amat dikesali.
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
3816

Bacaan






Bab 50

Aisy mengaku salah

Minggu terakhir bulan 11 tahun 2013.. hari isnin.. pepagi lagi Kak Qismah datang ke bilik Hani dengan membawa suratkhabar;

“Akak ada berita terbaru” katanya sebaik sahaja masuk ke bilik Hani tanpa mengetuk pintu.

“Berita apa kak?”

“Kau tengok ini siapa? Cer teka” Hani memandang gambar yang ditunjukkan oleh Kak Qismah.. tajuk beritanya dia tutup dengan tangan” main teka-teka pulak.

“Siapa ini kak? Tak kenalpun” kata Hani apabila melihat gambar yang ditunjukkan oleh kak Qismah.

“Apalah kau ini… inilah dia Aisy” Hani terkejut ;

“Biar betik… Aisy ni?” Kak Qismah menarik tangannya dari tajuk akhbar.

“Iya Hani.. inilah Aisy” Hani melihat gambar itu sekali lagi. Memang betul itu Aisy.. Aisy yang tanpa rambut karat, tanpa memakai baju yang seksi, tanpa mekap tebal, tanpa bulu mata lentik… lain dari Aisy yang dia kenal. Hani membaca tajuknya ;

“Kerani kewangan mengaku salah kes menggelapkan wang syarikat 8 juta” Hani berbisik.. beliau menyambung membaca berita… setelah habis Hani membaca ;

“3 tahun penjara dan denda 50 ribu… jika gagal membayar denda. Tambah lagi setahun penjara” Hani memandang Kak Qismah.

“Itulah… mata sudah bersinar-sinar dengan duit. Gelap mata… sekarang terima akibatnya. Aku tanya kawan baik dia di sini.. si Yati tu. Hani tidak mampu bayar denda.. tambah lagi setahun. Jadi bahanlah si Aisy tu dok dalam.”

“Diapun dah dapat hukumannya kak.. saya doakan agar dia insaf di dalam sana. Tak payahlah kita hendak mengata dia lagi kak.”

“Aku ini bukannya apa.. dok geram dengan dia tu. tergedik-gedik… perasaan diri bagus sangat. La ni… baru padan dengan muka dia.”

“Sudahlah kak. Akak… jom melawat dia di penjara?” ajak Hani. Beliau kesian akan nasib yang menimpa Hani.

“Apa! Ulang sekali lagi? betul ke apa yang akak dengar ini?” akak Qismah menjengilkan mata.

“Kita lawat Aisy di Penjara.”

“Hang jangan nak buat leceh.. lawat dia di penjara? Pasai apa hang ini. Dia buat macam-macam dekat hang. Fitnah sana.. fitnah sini. Hang hendak buat baik pula? Sori aku hendak pi.”

“Kawan kita tengah susah kak.. apa salahnya kita melawatnya.”

“Aku tahu hang ini baik.. tapi kita hendak buat baik dengan siapa? Dengan dia tu? Oh No!!!” kaka Qismah mengelengkan kepala.

“Jomlah kak.. hujung minggu ni” pujuk Hani lagi.

“Tak mau aku… hang ndak pergi.. hang pergi. Aku ada Dating dengan suami aku. Lagi baik.”

“Takpelah.. saya pergi seorang.”

“Ini aku nak habak mai awal-awal. Kalau Aisy marah hang.. kutuk hang masa hang melawat dia.. hang jangan marah aku pula… hendak mengadu dengan aku. Aku dah beritahu awal-awal. Ok.. aku banyak kerja nak buat. Papai” Kak Qismah keluar dari bilik Hani.. Hani bertekad untuk melawat Aisy di penjara Kajang hujung minggu tersebut.

{{{{{{{{{{{{{{{{{{

Rehat makan tengahari.. Hani ke Bank untuk memasukkan cek bernilai RM 500 ribu ke dalam akaun simpanan khas ( menggunakan buku apabila wang hendak dikeluarkan.. jadi tunai tidak boleh diambil melalui kaunter… hanya untuk simpanan RM 100,000 ringgit ke atas perkhidmatan ini disediakan ). Kerani Bank yang melihat amaun cek terkejut dengan nilai cek yang tertera. Hani hanya tersenyum apabila kerani wanita tersebut memandangnya. Dalam perjalanan pulang.. Hani terlihat kelibat seseorang yang beliau kenal di sebuah restoran.. Hani berpatah balik ke restoran dan pergi ke arah lelaki yang sedang enak menikmati cendol.

“Oi!!! Mana kau menghilang ha Jidin?” Jidin yang memakai topi dan cermin mata tersentak apabila Hani menegurnya.

“Hani.. kau cam aku?”

“Ha… kenapa kau tidak melawat aku selepas aku sedar dari koma? Kau ada kes besar ke?” Hani duduk di kerusi meja Jidin.

“Aku sibuklah” jawab Jidin.

“Ini apa pula pakai topi dan cermin mata dalam restoran ini. Kau ni peliklah.”

“Menyamar.”

“Anyway.. kau sudah terima cek?”

“Belum.. aku hendak pergi ambillah ni kat pejabat kau la ni ambil cek.”

“Masyuk betullah kau ni. Apa kau hendak buat dengan duit 500 ribu tu?”

“Dulu aku ingat hendak kahwin.. lepas itu bila aku tahu awek tu dah ada orang lain minat. Jadi aku undurkan diri.”

“Fuhhh ! Cinta tak kesampaian.. tragis… tapi takpe.. lepas ini mesti ramai awek yang berminat dengan kau. Upah mahal ni… hampir jutawan dah kau ni.”

“Kau pula… buat apa?”

“Aku hendak beli rumah untuk keluarga aku. Rumah teres… sampai bila aku hendak duduk Flat. Kadang-kadang lif rosak… lenguh nak naik rumah aku. Jiran laki bini gaduh dengar.. tengah bermesra pun kadang-kadang dengar. Budak main bawah atas pun dah dengar. Lagipun memang niat aku dari dulu lagi.”

“Iya. syukurlah” Hani memesan cendol pulut.

“Kau ceritalah.. kenapa kau tak angkat telefon?”

“Aku sibuk sangat.. aku berada di luar kawasan… Cuma seminggu dua ini aku ada di KL” Jidin memberi alasan.

“Risau juga aku takut kau kena culik.”

“Aku tahu jaga diri aku.. aku inikan inspektor bantuan.”

“Ceh! Berlagak” selepas minum cendol mereka berdua ke pejabat.



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 ; Temuduga | Bab 2 ; temuduga yang hampas | Bab 3 ; jawapan yang tidak terduga | Bab 6 full ; berjalan-jalan dengan Dato | bab 7 ; Sinopsis dan Dato tidak solat ? | Bab 8 ; Aisy memerli Hani | Bab 8 B ; Sinopsis Beg Gucci tiruan | Bab 9 ; Dato hantarkan Hani balik | Bab 9B ; sinopsis dan sekeping invois | Bab 10 full ; Mula menyiasat | Bab 11 full ; Berjimba-jimba dengan Tasya | Bab 12 ; Gaji pertama | Bab 13 ; Menyoal Pak Mat | Bab 13 B ; menyoal Pak Mat 2 | bab 14 ; Macamana yek? | bab 14 B ; Dato meminta maaf | Bab 15 ; Berjumpa Jidin sengal | Bab 16 ; Aisy semakin rapat dengan Hasdi | bab 16 B ; sinopsis dan sekumpulan dengan Hasdi | bab 17 ; Tasya menyatakan kebimbangannya | Bab 17 B ; Aisy beri amaran | Bab 17 C ; sinopsis dan makan malam sekeluarga | Bab 18 full ; Mula bergerak | Bab 19 ; Berjaya membuat salinan dokumen | Bab 20 ; Hasdi ada perasaan dengan Hani? | Bab 21 ; Tasya sudah masuk geng Kak Joyah? | bab 21 B ; membeli kereta | Bab 22 full ; Aisy mengamuk!!! | Bab 23 full ; bercuti di Port Dickson | Bab 24 ; sesuatu yang mengejutkan | bab 25 ; Apit perlu dibedah segera | Bab 26 ; Dato Z membantu | bab 27 ; peel abang hani | bab 28 ; Wiwi | Bab 28 B ; Pak Mat pulangkan wang syarikat | bab 29 ; Dato Z bermesra dengan Wiwi | Bab 30 ; Video Dato Z dan Wiwi | bab 30 B ; sinopsis dan skandal Dato | bab 31 ; kecoh satu pejabat | Bab 31 ; wiwi tak puasa? | Bab 32 ; Pakwe Wiwi mengamuk!! | Bab 32 B ; Dato Z mengupah Jidin | Bab 33 ; Bukti | bab 33 B ; Bukti 2 | bab 34 ; Dapat komisen | Bab 35 ; Puan Kamelia | Bab 36 ; Dato Z berjumpa anak-anaknya | Bab 36 B ; Berjaya Times Square | Bab 37 ; Dato beri saguhati | Bab 37 B ; Persiapan Raya | Bab 39 ; Dato memarahi Aisy | bab 39 B ; Dato kedekut | Bab 40 ; Memberitahu Dato Zaffran | bab 40 B ; Pembongkaran pengkhianatan Hasdi | Bab 41 ; Dato Seri berang | Bab 41 B ; Laporan Polis | Bab 42 full ; Hasdi dan kuncunya ditangkap | Bab 43 ; Hasdi mengugut Hani | Bab 44 ; Mimiland | Bab 44 B ; Dato mencintai Hani? | Bab 45 ; Mengugut Dato Z | Bab 45 B ; Hani!!!!! | Bab 46 ; Unit rawatan rapi | Bab 46B ; kau suka Hani ke Zaffran? | Bab 47 ; Tolonglah sedar Hani | Bab 47 B ; Hani sudah sedar | Bab 48 ; Hani sudah keluar dari Hospital | Bab 48 B ; Mula bekerja semula | Bab 49 full ; makan malam | bab 50 ; Jidin | Bab 50 ; tersenyum sendirian | Bab 51 full ; Melawat Aisy di penjara | Bab 52 ; Panggil Dato lagi | Bab 52 B ; Kak Joyah... Kak Joyah | Bab 1 dan 2 sesudah diolah semula | Bab 3 dan 4 diolah semula | Bab 5 ; olahan semula | Bab 53 ; Melawat rumah baru | Bab 53 B ; Dato menyanyi untuk Hani | Bab 54 full ; Video di You Tube | Bab 55 full ; Video Hani Menjadi fenomena |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku