Hani dan Dato Z
Bab 5 ; olahan semula
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 17 Februari 2013
Kahwin dengan Dato? Oh Pliz! Bagi bab 1,2,3,4 dan 5 telah diolah semula. Saya akan mula memadamkan bab-bab lama yang telah diolah. Bab lain saya hanya kemaskini sahaja bab yang ada kerana tidak melakukan olahan secara besar-besaran.Jadi anda boleh baca bab lain seperti biasa. Segala kesulitan amat dikesali.
Penilaian Purata:
(2 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
2443

Bacaan






Bab 5

Mesyuarat di Ipoh

Sudah seminggu Hani bekerja di Mega Group. Setakat ini semuanya berjalan lancar sahaja. Dato pun tidak banyak cerewetnya. Staf-stafpun sangat mesra dan melayani Hani sebaik mungkin. Merekasering bekerjasama di antara satu sama lain. Sebagai seorang PA kepada Dato, Hani sering berurusan dengan pelbagai jabatan dan mereka tiada masalah untuk bekerjasama kecuali Aisy. Hani melihat Dato ini amat komited dan tekun membuat kerja apabila berada di pejabat. Tiada pula perempuan-perempuan seksi atau artis seperti Ika Farhana yang ligat digosipkan dengan Dato sejak kebelakangan ini datang k epejabat Dato.

Hani merasakan kemungkinan besar ayah Dato Z iaitu Dato Seri Zainal ( merupakan pengasas dan pengerusi syarikat ) yang berperwatakan serius itu sudah memberi amaran awal-awal supaya di pejabat Dato Z tidak dibenarkan membawa hal peribadi atau cinta-cintun. Dato Zainal jarang ada di pejabat kerana beliau memegang jawatan pengerusi di 2 buah syarikat lain yang memerlukan komitmennya. Salah satunya Dato Zainal sebagai pengerusi adalah syarikat milik kerajaan dan satu lagi merupakan syarikat milik orang cina ( Ali Baba ). Ayah Dato Zaffran juga amat sibuk di dalam kegiatan politik. Sering sahaja kelibat menteri atau ahli parlimen yang Hani kenal bertandang ke pejabat.

Cuma seorang sahaja pekerja Mega Group yang Hani anti dan malas hendak melayan keranahnya iaitu si rambut perang Aisy. Boleh dikatakan setiap kali Dato melalui bahagian kewangan dia akan menonjolkan diri. Malah Aisy akan secara sukarelanya akan menghadap Dato sekiranya bahagian kewangan inginkan tandatangan Dato untuk invois atau baucer syarikat.

Suka hati kaulah... janji kerja aku jalan.... kau tak ganggu kerja aku. Hari ini Hani sampai di pejabat pada pukul 8.00 pagi. Pejabat masih lengang lagi. Hani ke pantri dahulu untuk membuat secawan teh untuk memberi tenaga kepadanya pada pagi itu. Tiba-tiba si rambut perang ini masuk ke pantri ;

“Ah! Ustazah ada pulak dalam ni” perli Aisya.

“Kau ni apa masalah dengan aku?” tanya Hani sambil mengacau tehnya.

“Takde apa-apa. Nama glamour kau kan ustazah.”

“Kau ni islam ke tidak?”

“Islamlah” jawab Hani acuh tidak acuh.

“So?”

“Saja je bergurau-gurau. Ada masalah?”

“Itu bukan gurau! Perli aku tu. Dalam seminggu ni aku keja disini dengan aman. Boleh tak kita bertindak seperti biasa? Buat hal masing-masing. Buat bodoh sahaja?” pinta Hani.

“Ada aku kisah?” jawab Aisy. Hani meninggalkan bilik pantri... jelek dengan sikap Aisy. Ikutkan hati mahu sahaja dicurahkan air teh ke muka Aisy. Sabar jela. Hani Duduk di kerusinya dan mula membuka komputer. Selang 5 minit Dato Z datang.

“Hani.. datang ke bilik saya sekejap” Hani mengangguk.. beliau mengambil buku nota dan masuk ke dalam bilik Dato Z.

“Kita kena pergi melawat projek kita di Ipoh hari ini juga” sebaik sahaja Hani duduk di meja Dato Z.

“Kenapa Dato?” tanya Hani kehairanan.

“Sebab itu memang rutin saya. Melawat tapak projek setiap bulan. Lihat perkembangan projek... tapi kita tidak balik hari. kalau tiada masalah, kalau tak kita kena duduk di sana sehari dua. Rasanya kena duduk Ipoh sehari dua... banyak dokumen hendak kena semak.”

“Kenapa Dato tidak beritahu saya awal-awal? Boleh saya siap apa yang patut. Bajupun saya tiada kalau kena tidur di sana Dato. ”

“Saya suka buat lawatan mengejut. Awak jangan bimbang. Awak boleh balik dahulu. Pukul 10 pagi saya jemput awak di rumah atau apabila awak sudah siap awal, awak telefon saya. Ok?” senang je cakap.

“Ok. Kita berdua sahajakah yang pergi Dato?” Hani akur.

“Iya. Awakkan PA saya, tentulah saya bawa awak. Siapa lagi yang saya hendak bawa?”

“Boleh.. dengan syarat kalau kita kena stay malam ini... bilik kita asing-asing dan jauh di antara satu sama lain” Hani mengenakan syarat.

“No problem.”

“Ok.. saya balik dulu. Nanti Dato jemput sayakan” Hani inginkan kepastian.

“”Iya. Rumah awak di Sentulkan. Flat Sentul Utama?”

“Mana Dato tahu?” kata Hani terkejut.

“Tentulah saya tahu daripada resume awak” jelas Dato Z.

“Oh. Izinkan saya balik dahulu.”

“Ok” Hani keluar dari bilik Dato. Adoi.... kena pula ke Ipoh dengan Dato miang ni. Tolonglah. Ya Allah ya tuhanku... Kau selamatkanlah aku dari godaan buaya darat ini.

{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{

Lebuhraya utara selatan lengang pada pagi itu. Hani melihat pemandangan di luar. Lamunannya terhenti apabila Dato Z mula menegurnya.

“Jauh termenung? Ingatkan pakwe ker? Ala.. kita pergi Ipoh sahaja. Bukannya pergi keluar negara pun” perlinya.

“Pakwe? Sorry naik lorry Dato. Saya masih banyak hal lain yang hendak difikirkan.”

“Awak beruntung tahu.... saya rasa saya sudah macam pemandu awak pula. Kenapa awak duduk di kerusi belakang?” sebenarnya Hani duduk di kerusi belakang. Hani tidak mahu duduk kerusi hadapan bersama dengan Dato Zaffran... malas hendak melayan kegatalan Dato Z.

“Saya lebih selesa duduk belakang apabila ada bukan muhrim Dato. Lagipun saya tidak selesa duduk berdua dengan Dato” kata Hani berterus-terang.

“Kamu ingat saya hendak menggatal?” tanya Dato Z;

“Cerita-cerita Dato mengenai perempuan dan Ika Farhana membuatkan saya perlu lebih berhati-hati.”

“Kamu percaya cerita-cerita begitu?”

“Susah hendak tidak percaya Dato.”

“Kamu ini terlalu berterus terang. Tidakkah Hani terfikir untuk tidak terlalu berterus terang? Kerana kadang-kadang berterus terang dapat menyakitkan hati orang yang mendengarnya” itu bukan berterus-terang... tapi jujur.

“Ini adalah saya Dato. Suka berterus terang dan menegur orang jika di mata saya nampak ada yang tidak kena. Itu adalah saya. Saya bukan hipokrit Dato, di hadapan orang memuji-muji. Di belakang hanya tuhan yang tahu Dato.”

“Walaupun saya ini boss kamu?”

“Saya tidak takut kepada sesiapa kecuali Allah.”

“Kamu memang berani. Iron lady. Kamu boleh pergi jauh... saya suka pekerja seperti kamu. Tetapi kamu mesti tahu.. tidak semuanya suka dengan tindakan kamu. Kenapa kamu selalu bergaduh dengan Aisy?” Sah! Ini mesti Aisy gedik mengadu dengan Dato Z.

“Dia yang mulakan dulu. Dia merendah-rendahkan saya yang bertudung. Katanya saya ini tidak urban.. ketinggalan zaman dan bla bla bla. Malah setiap kali kami bertembung.. ada sahaja yang tidak kena. Ini adalah diri saya.. takkanlah saya hendak mengedik macam dia” jawab Hani. Geramnnya aku dengan si gedik ini.. pandai pula mengadu-ngadu dengan Dato.

“Hahaahahahahahahahahaha. Kamu ini kelakarlah. Gedik? Ya mungkin dia gedik. Saya tidak menafikan” tahupun!

“Dato sukalah orang yang seksi.. gedik macam itukan. Macam Ika Farhana.”

“Hahahahahahaha. Tolonglah. Ya! setiap lelaki tidak nafikan suka kepada kecantikkan.. keseksian.”

“Sebab itu Dato ambil dia bekerjakan.. nak cuci mata?” Dato Z hanya terdiam.... dia meneruskan pemanduan. Mereka sampai di tapak projek pada pukul 2.30 petang. Hani dan Dato terus ke pejabat sementara untuk mesyuarat khas dengan semua pegawai-pegawai yang ada disini. Hampir 2 jam mesyuarat diadakan. Syarikat Dato ada 3 projek di sini. Satu membina sekolah baru. Kedua perojek membuat bangunan ibupejabat polis yang baru manakala satu lagi membina apartment mampu milik. Maka kesemua pegawai ketiga-tiga projek tersebut datang ke pejabat sementara Dato di Ipoh untuk bermesyuarat. Setelah habis mesyuarat pada pukul 4.30 petang, Dato meneliti semua fail projek dan Hani terpaksa membantunya membuat laporanhingga Hani terlepas solat Zuhur dan Asar. Pukul 6 petang baru Dato berhenti rehat ( satu lagi Dato ini tak lapar ker.. perut aku dah nyanyi lagu Linkin Park ni ).

“Huarghhh. letihnya Hani” Dato menguap. Menguap tak tutup mulut! Syaitan masuk.

“”Bukan sahaja letih Dato. Perut pun sudah nyanyi lagu rock ni.”

“Hahahahahahahaha. Saya kalau buat kerja... memang semuanya lupa. Bukannya apa... sebulan sekali sahaja saya dapat lihat projek ini. Jom. Saya belanja awak makan.. dan satu lagi. Kita memang terpaksa bermalam.”

“Apa? bukankah kita sudah melihat semua laporan?” kata Hani marah.

“Itulah kamu... kita tidak boleh dengar dan lihat laporan atas kertas. Saya kalau tidak turun ke tapak... memang tidak berpuashati melihat dengan mata kepala saya sendiri.”

“Tapi” Hani berat untuk bermalam di Ipoh bersama Dato.

“Awak. Puan Qalisha pun dulu seperti awak juga. Terpaksa ikut saya pusing satu Malaysia. Projek saya bukan di Kuala Lumpur atau Selangor sahaja. Jadi apabila dia sudah berkahwin, maka saya tidak boleh selalu membawanya di luar. Sebab itu saya ambil PA baru. Ini tanggungjawab awak... dan awak janganlah asyik memandang serong dengan saya ok. Saya dengan pekerja memang akan bertindak profesional ok. Saya mana ada melayan si Aisy gedik tu. Susah kalau ada skandal dengan pekerja sendiri” terang Dato Z panjang lebar. Masya Allah.. apalah aku ini asyik memandang serong dengan Dato Z ini.

“Maafkan saya Dato.”

“Tiada apa-apa. Awak ada sebab untuk berasa bimbang. Satu lagi besok kita kena pergi pejabat pembangunan negeri. Manalah tahu ada projek baru yang ditender. Boleh ambil borang tender sekali” Hani mengangguk.

“Ok.. jom. Saya belanja awak makan” Hani mengangguk dan mengemaskan fail-fail yang ada. Kemudian mereka berdua makan di sebuah restoran mamak. Apalah... gaji mahal-mahal ajak aku makan makanan mamak jer... kedekut... kalau artis seksi ajak makan kat hotel!



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 ; Temuduga | Bab 2 ; temuduga yang hampas | Bab 3 ; jawapan yang tidak terduga | Bab 6 full ; berjalan-jalan dengan Dato | bab 7 ; Sinopsis dan Dato tidak solat ? | Bab 8 ; Aisy memerli Hani | Bab 8 B ; Sinopsis Beg Gucci tiruan | Bab 9 ; Dato hantarkan Hani balik | Bab 9B ; sinopsis dan sekeping invois | Bab 10 full ; Mula menyiasat | Bab 11 full ; Berjimba-jimba dengan Tasya | Bab 12 ; Gaji pertama | Bab 13 ; Menyoal Pak Mat | Bab 13 B ; menyoal Pak Mat 2 | bab 14 ; Macamana yek? | bab 14 B ; Dato meminta maaf | Bab 15 ; Berjumpa Jidin sengal | Bab 16 ; Aisy semakin rapat dengan Hasdi | bab 16 B ; sinopsis dan sekumpulan dengan Hasdi | bab 17 ; Tasya menyatakan kebimbangannya | Bab 17 B ; Aisy beri amaran | Bab 17 C ; sinopsis dan makan malam sekeluarga | Bab 18 full ; Mula bergerak | Bab 19 ; Berjaya membuat salinan dokumen | Bab 20 ; Hasdi ada perasaan dengan Hani? | Bab 21 ; Tasya sudah masuk geng Kak Joyah? | bab 21 B ; membeli kereta | Bab 22 full ; Aisy mengamuk!!! | Bab 23 full ; bercuti di Port Dickson | Bab 24 ; sesuatu yang mengejutkan | bab 25 ; Apit perlu dibedah segera | Bab 26 ; Dato Z membantu | bab 27 ; peel abang hani | bab 28 ; Wiwi | Bab 28 B ; Pak Mat pulangkan wang syarikat | bab 29 ; Dato Z bermesra dengan Wiwi | Bab 30 ; Video Dato Z dan Wiwi | bab 30 B ; sinopsis dan skandal Dato | bab 31 ; kecoh satu pejabat | Bab 31 ; wiwi tak puasa? | Bab 32 ; Pakwe Wiwi mengamuk!! | Bab 32 B ; Dato Z mengupah Jidin | Bab 33 ; Bukti | bab 33 B ; Bukti 2 | bab 34 ; Dapat komisen | Bab 35 ; Puan Kamelia | Bab 36 ; Dato Z berjumpa anak-anaknya | Bab 36 B ; Berjaya Times Square | Bab 37 ; Dato beri saguhati | Bab 37 B ; Persiapan Raya | Bab 39 ; Dato memarahi Aisy | bab 39 B ; Dato kedekut | Bab 40 ; Memberitahu Dato Zaffran | bab 40 B ; Pembongkaran pengkhianatan Hasdi | Bab 41 ; Dato Seri berang | Bab 41 B ; Laporan Polis | Bab 42 full ; Hasdi dan kuncunya ditangkap | Bab 43 ; Hasdi mengugut Hani | Bab 44 ; Mimiland | Bab 44 B ; Dato mencintai Hani? | Bab 45 ; Mengugut Dato Z | Bab 45 B ; Hani!!!!! | Bab 46 ; Unit rawatan rapi | Bab 46B ; kau suka Hani ke Zaffran? | Bab 47 ; Tolonglah sedar Hani | Bab 47 B ; Hani sudah sedar | Bab 48 ; Hani sudah keluar dari Hospital | Bab 48 B ; Mula bekerja semula | Bab 49 full ; makan malam | bab 50 ; Jidin | Bab 50 ; tersenyum sendirian | Bab 51 full ; Melawat Aisy di penjara | Bab 52 ; Panggil Dato lagi | Bab 52 B ; Kak Joyah... Kak Joyah | Bab 1 dan 2 sesudah diolah semula | Bab 3 dan 4 diolah semula | Bab 5 ; olahan semula | Bab 53 ; Melawat rumah baru | Bab 53 B ; Dato menyanyi untuk Hani | Bab 54 full ; Video di You Tube | Bab 55 full ; Video Hani Menjadi fenomena |
Kami, (Ilham Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan
  Terhangat di Grup Buku