Kakak Kemboja
Bab 3
Genre: Seram/Misteri
Kategori: Novelet
Paparan sejak 21 Julai 2016
Penilaian Purata:
(11 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
5229

Bacaan






3 minggu kemudian.

Sekali lagi Johari mengikut emaknya Siti ke Bangi. Selain menerima surat tawaran bekerja, emaknya mengatakan ingin melihat rumah yang bakal disewa sepanjang duduk di Bangi. Dari luar rumah flat, Johari berasa ragu ragu apabila melihat flat yang bakal didudukinya terlalu usang. Seperti tidak pernah dicat semula. Malah terdapat ramai pendatang yang mungkin menyewa keluar masuk flat.

“Ini je ke yang ada Zanna? Apa buruk sangat flat ni? Banyak pendatang pula tu,”tanya emak Johari kepada Zanna.

“Ini sahaja yang ada Siti. Sebab kau nak masuk cepat. Kau tahulah Bangi ni. Rumah yang murah flatlah. Kalau nak menyewa rumah bertanah... Paling kurangpun 700-800. Nak deposit 3 bulan.

Kat sini aku dapat tingkat 8. Sewanya RM 300. Tiada deposit. Penyewa baru keluar. Sementara sahaja... Aku cuba cari rumah lain nanti.”

“Yelah...” jawab emak Johari akur.

Mereka masuk ke dalam rumah. Mereka menaiki tangga terus ke tingkat 8. Ini adalah kerana lif sedang diperbaiki. Johari melihat keadaan flat agak kotor. Sampah di sana sini.

“Lama ke flat ni makcik?” tanya Johari gak termengah menaiki tangga.

“Lama dah. Antara flat terawal di Bangi. Sudah hampir 30 tahun usianya. Itu yang nampak buruk,” jelas Zanna.

Mereka terus mendaki ke tingkat 8. Keadaan di tingkat sangat sunyi dan sepi seolah olah tidak berpenghuni. Berbanding dengan keadaan di tingkat bawah yang agak riuh rendah.

“Betul ke ni? Sunyi je?” tanya emak Johari.

Johari pula mengenggam tangan emaknya.

“Betullah. Memanglah sunyi sebab mungkin penghuni lain keluar bekerja. Kunci ada kat aku. Jom kita lihat.”

“Kenapa tuannya tak datang?”

“Tuannya sibuk. Kan hari ini hari bekerja. Tuannya Cina. Ada bisnes lain. Ini sampingan je. Jom cari pintu 8-13-B. Johari tolong cari,” pinta Zanna.

“Baik makcik,”

Johari melepaskan pegangan tangannya. Dia membaca dari pintu ke pintu nombor yang tercatat. Akhirnya di hujung di terlihat nombor yang dicari.

“Sini mak... Makcik. Nombor 8-13-B!” jerit Johari teruja.

Hasni dan Zanna mendapatkan Johari. Zanna mengambil kunci di dalam begnya lalu memasukkannya ke dalam mangga. Pintu dibuka.. Bau hapak dihidu oleh Johari.

“Bau apa ni mak? Busuknya?” adu Johari.

Pintu dibuka seluas luasnya. Kelihatan keadaan dalam rumah yang kosong tanpa perabut tetapi bersepah dengan baju dan bermacam kertas.

“Tuan rumah tak kemas ke?”

“Katanya kalau kau jadi baru dia upah orang kemas. Jom masuk,” ajak Zanna.

“Mak masuklah. Johari tunggu di luar. Johari tak tahan baunya.”

“Jangan pi mana-mana!” kata emaknya tegas.

Johari mengangguk.

“Johari tunggu depan pintu. Lagipun Johari takut nak pi kemana-mana. Orang asing ramai.”

Emaknya mengangguk lalu masuk ke dalam rumah. Setelah emaknya masuk... Johari berdiri di beranda rumah. Nak melihat ke bawah tembok beranda lebih tinggi dari badannya. Lalu di memandang ke arah koridor.

“Skretttt,”

Bunyi pintu dibuka kedengaran. Johari memandang ke arah laluan koridor. Melihat lihat jika ada jirannya yang keluar. Johari terkejut apabila melihat kepala yang rambutnya penuh uban terjengul keluar.

Perlahan-lahan nampaklah badan nenek tua yang bongkok keluar dari rumahnya dengan tongkat. Wajahnya tidak nampak dek penglihatan Johari kerana dihalang oleh rambut nenek yang tua. Johari yang terkejut terus masuk ke dalam rumah.

Zanna dan Siti masuk ke dalam rumah. Siti mengitari pemandangan ruang tamu.

“Hmmm. Ruang tamu cantik. Dicat baru. Jubinpun nampak baru. Silingpun baru. Ruang pun luas.”

“Tapi sini bilik ada 2 je.”

“Oklah. Jom masuk ke bilik.”

Baru sahaja mereka melangkah ke bilik kedengaran Johari masuk dan berlari ke arah mereka. Mereka berdua memandang Johari yang berlari ke arah mereka.

“Ha. Tadi kata taknak masuk dalam rumah. Ini dah kenapa?” tegur emaknya.

“Tak... Seram pula duduk seorang diri. Tadi nampak nenek bongkok. Jalan perlahan lahan. Seramlah emak,” jelas Johari.

“Nenek bongkok. Jiran kot. Kasihan kena turun tangga. Jom tengok,” ajak Makcik Zanna.

Mereka bertiga keluar dari rumah lalu menuju ke tangga. Apabila berada di tangga mereka bertiga menjenguk dan tidak nampak kelibat nenek bongkok yang dimaksudkan.

“Tiada pun? Mana neneknya.”

“Betul! Tadi Johari nampak ada nenek bongkok berjalan di koridor ini,” jawab Johari mempertahankan dirinya.

“Sudahlah. Mungkin nenek tu pergi rumah jiran. Jom tengok rumah,” ajak Makcik Zanna.

Mereka bertiga kembali masuk ke dalam rumah.

“Hehehe,” keadaan suara seorang perempuan tua tersengih di dalam rumah di mana Johari nampak nenek bongkok keluar tadi.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku