Kakak Kemboja
Bab 5
Genre: Seram/Misteri
Kategori: Novelet
Paparan sejak 21 Julai 2016
Penilaian Purata:
(11 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
10181

Bacaan






Pekerja sedang memunggah barangan dari lori ke atas rumah baru Johari. Makcik Zanna dan suaminya turut datang membantu. Keluarga nenek sebelah ayahnya seorangpun tidak datang membantu. Malah kunci rumah telah diminta ditinggalkan sahaja di dalam pasu.

“Nasib baik lif elok. Kalau tak... Mengelupur nak angkat sampai tingkat ni,” kata Makcik Zanna yang sedang sibuk membantu emak Johari membentangkan karpet.

“Itulah. Rumahpun sudah dibersihkan. Takdelah bersepah macam dulu. Kalau tak memang mencungaplah nak kemaskan rumah. Nasib baik suami kau ada. Kalau tak siapa yang nak angkat perabot tu.”

“Mana Johari?”

“Dia ada dalam bilik. Tengah kemas bajunya.”

“Bagus anak kau. Dah pandai berdikari.”

“Alhamdulillah.”

Johari membuka almari pakainan miliknya. Dia ingin menyusun pakaiannya di dalam biliknya. Dibuka beg pakaiannya. Bingkai gambar ayahnya yang diletakkan di atas beg diambilnya.

“Ayahhhhh...” katanya perlahan lalu mengusap gambar ayahnya.

Ternyata dia terlalu rindukan ayahnya.

“Ayah, kenapa keluarga nenek buat kita macam ni? Kita dihalau dari rumah sendiri. Sedangkan itukan rumah ayah? Ayah yang upah orang bina rumah kita? Kita merempat di rumah sendiri?” adu Johari.

“Emak macam redo sahaja adik beradik ayah buat kita begini. Nasiblah emak kuat. Emak tabah. Tapi Johari tak sanggup lihat emak sedih lagi. Tapi Johari tak mampu. Johari tak mampu. Maafkan Johari,” kata Johari lalu meletakkan bingkai gambar ayahnya dia atas meja.

Selepas itu Johari terus mengemas bajunya. Dia perlu cepat kerana selepas ni dia perlu menolong emaknya pula. Tanpa disedarinya, bingkai gambar yang mengadapnya kini telah berpusing ke belakang perlahan lahan.

Johari telah habis mengemas pakaian dalam begnya. Dia duduk di atas katil. Masih kedengaran di luar perabot diangkat untuk disusun mengikut citarasa emaknya. Dia melihat gambar ayahnya.

“Eh! Bukan tadi aku letak gambar mengadap luar? Kenapa gambar ni boleh ke belakang pulak? Siapa yang nak tengok? Ish. Aku tadi main letak je ke?” gumam Johari sendiri.

Dia kembali meletakkan gambar tu di posisinya semula.

“Johari. Johari. Apa yang lama sangat tu. Meh tolong emak kat luar ni. Banyak barang nak masuk dalam bilik,” panggil emaknya.

“Jap mak. Baru sudah! Johari keluar,” sahut Johari.

Johari bangun dan keluar dari bilik. Kipas berdiri yang dibukanya tadi tertutup dengan sendirinya.

Hari sudah semakin gelap menandakan senja bakal menjelma. Mereka masih sibuk mengemas. Perabot sudah habis diangkat.

“Akak... Kami sudah habis angkat dan susun perabot. Kami balik dulu ya,” kata Jevan kepada emak Johari.

“Terima kasih Jevan. Berapa baki kena bayar?”

“2 trip akak. Akak sudah bayar 400. Lagi 400 akak,” jawab Jevan.

Emak Johari mengangguk lalu mengambil beg tangan. Dia mengambil wang di dalam beg tangannya lalu memberikan kepada Jevan. Jevan mengambil dan mengiranya.

“Ok kak. Cukup. Dei Carlos, mari baliklah dei,” panggil Jevan kepada pembantunya yang sedang sibuk makan goreng pisang yang dibeli oleh emak Johari di bawah tadi.

Terkocoh kocoh pembantu itu bangun sambil memegang goreng pisang yang masih belum dimakannya tadi. Mereka keluar dari rumah lalu menuju ke lif.

“Banyak penat bos.”

“Tahupun penat. Ingat senang nak cari duit? Ini upah kau,”kata Jevan lalu menghulurkan not 100.

“100 je bos? Bagi lebih sikit bos. Penat angkut barang. Pastu bawa naik. Beratlah.”

“Ishhh. Nah lagi 50.”

“Terima kasih bos.”

“Ting!” lif berbunyi menandakan lif pada aras mereka.

Pintu dibuka dan lif kosong. Mereka berdua masuk ke dalam perut lif.

“Bos perasan tak? Sunyi betul flat ni.”

“Memanglah sunyi tambi. Hari sabtu... Semua nak duduk rumah. Atau ada yang keluar beli barang dapur.”

Pintu lif tertutup. Jevan menekan butang untuk ke aras bawah.

“Nasib baik lif ni elok. Kalau rosak bos... Puas kita nak panjat tangga.”

“Dulu pernah saya angkat barang naik rumah flat. Masa tu lif rosak. Nasib baik tingkat 4. Tapi lepas tu pinggang memang sakitlah. Memang suruh bini urutlah.

Tapi lepas tu, pembantu aku tak datang kerja. Katanya macam nak patah pinggang buat kerja ni. Budak muda sekarang, kerja nak senang. Upah nak mahal. Nasib baik kau ni tahan dengan saya,” puji Jevan.

“Hahaha. Puji ada makna ni. Bos untung ada bini. Saya takde bini. Siapa nak urut saya? Eh bos. Kenapa lif ni naik ke atas?” tanya Carlos lalu menekan nekan suis.

“Agaknya banyak kali kita angkut barang berat lif ni dah gila.”

“Jangan rosak dah bos.”

“Ting!”

“Ada orang ke paras ni nak turun?” tanya Jevan.

Pintu lif terbuka. Tiada sesiapa di hadapan pintu lif. Carlos menekan butang untuk menutup lif. Dia menekan berkali kali butang tutup pintu tetapi pintu tidak tertutup.

“Rosak ke lif ni bos?”

Jevan pula menekan butang tutup pintu lif berkali kali tetapi gagal. Sementara itu Carlos memandang ke arah luar. Keadaan di luar sangat sunyi dan gelap. Hanya ada beberapa lampu yang berfungsi. Lampu di lobi lif pula berkelip kelip.

Sampah sarap pula bersepah di mana mana. Dinding diconteng dengan bahasa yang tidak difahami oleh Carlos. Malah ada cermin tingkap rumah yang telahpun pecah.

“Teruk betul keadaan paras ni bos. Macam takde orang tinggal. Bersepah sepah. Takkan takde yang mengemas?”

“Ala. Biasalah bandar. Penduduk buat hal sendiri je. Tah tah paras ni dihuni oleh warga asing. Ish! Kenapa pula butang ni tak boleh di tekan,”

“Abang, Tolong Kemboja tekan aras 8,” tegur seseorang di belakang.

Carlos dan Jevan memandang sesama mereka. Serentak mereka menoleh ke belakang untuk melihat siapa yang menegur mereka. Seorang gadis yang berpakaian serba putih telah berada di belakang mereka. Bila gadis ini masuk?

“Abang, tolong Kemboja tekan tingkat 8,” ulang gadis tersebut lalu mendepangkan tangannya menunjuk ke arah papan nombor lif.

Kukunya sangat panjang dan hitam pula. Kulitnya seolah olah terbakar.

“Hantu!!!!” jerit mereka berdua lalu berlari menuju tangga.

“Hehehehe...”

Pintu lif tertutup dengan sendirinya.


Bab 6 telahpun dimuat naik



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku