Kakak Kemboja
Bab 6
Genre: Seram/Misteri
Kategori: Novelet
Paparan sejak 21 Julai 2016
Penilaian Purata:
(7 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
4926

Bacaan






“Kami minta diri dulu ya. Haripun dah nak Maghrib ni. Anak kami kat rumah tu apalah ceritanya,” kata Makcik Zanna meminta diri untuk pulang.

“Terima kasihlah kerana menolong kami berpindah. Kalau takde Zanna dan suami, entahlah,” balas emak Johari.

“Takpelah. Orang susah kita kena tolong. Kami minta diri ya dulu nak pulang,” sampuk Pakcik Muaz suami Makcik Zanna.

Mereka bangun untuk pulang ke rumah. Johari juga bangun dan menghantar mereka ke muka pintu.

“Kalau ada apa apa kau nak minta tolong, beritahu sahaja. Kat sini kau ada aku,” kata Makcik Zanna.

“Aku dah banyak menyusahkan kau.”

“Menyusahkan apanya. Apa salahnya kita bantu membantu.”

“Terima kasih Zanna,” kata emak Johari terharu lalu memeluk Makcik Zanna.

Johari hanya memerhatikan sahaja gelagat emak dan Makcik Zanna. Pelukan dilepaskan. Johari bersalaman dengan Pakcik Muaz dan Makcik Zanna. Apabila Makcik Zanna memeluknya,

“Jaga emak baik baik. Jangan susahkan hati emak,” bisiknya.

Johari mengangguk tanda faham. Pelukan dilepaskan.

“Balik dulu ya,” kata Pakcik Muaz lalu dia dan isterinya mula meninggalkan rumah Johari.


Mereka berdua suami isteri menunggu lif yang sedang turun.

“Sedih saya bang tengok kehidupan mereka berdua.”

“Takpelah. Lama lama kehidupan mereka akan stabil. Sekarang mereka akan struggle sikit,” pujuk suami Makcik Zanna.

Ting!

Bunyi lif menandakan pintu akan dibuka bila bila masa sahaja. Pandangan mereka tertumpu ke arah pintu lif.

“Skreeettt”

Pintu lif terbuka perlahan lahan. Apabila dibuka mereka terlihat seorang budak perempuan berambut panjang dan memakai gaun di dalam perut lif. Mereka berdua masuk ke dalam perut lif. Mereka berdua terhidu bau haruman kemboja. Pakcik Muaz menekan butang lif untuk menutup pintu.

“Skreeeetttt” pintu lif tertutup perlahan lahan.

“Kuat pulak bunyi pintu lif ni. Tadi tak berbunyi kuat begini,” kata Pakcik Muaz.

Pintu sudah tertutup. Pakcik Muaz memandang ke arah budak perempuan di belakang. Wajahnya tidak kelihatan kerana budak itu menunduk. Bau haruman bunga kemboja menusuk hidungnya. Dia mula merasakan sesuatu. Lif mula turun.

“Abang ada bau sesuatu tak?” tanya isterinya.

Waktu inilah dia teringat kata kata arwah atuknya. Dia memandang semula isterinya dan membuat mimik muka supaya diam. Isterinya berasa pelik lalu membalas isyarat badan bertanyakan kenapa. Suaminya hanya membalas supaya terus diam. Makcik Zanna membuat wajah whatever lalu memandang semula ke arah pintu lif. Suaminya pula terus terkumat kamit membaca ayat ayat suci.

“Ting!”

Suami Makcik Zanna berasa lega apabila lif sudah berada di tingkat bawah. Apabila pintu lif terbuka, dia terkejut kerana terlalu ramai orang ingin masuk ke dalam pintu lif. Mereka masuk tanpa mempedulikan Makcik Zanna dan suaminya untuk keluar. Berasak asaklah mereka berdua dengan mereka yang hendak masuk.

“Hello... Bagi laluan kami nak keluar dulu,” tegur Makcik Zanna.

Suaminya hanya mendiamkan diri sahaja. Akhirnya mereka berjaya keluar.

“Dah jom cepat kita ke kereta,” ajak suaminya lalu menarik tangan isterinya.

Isterinya berasa pelik dengan tingkah laku suaminya.

“Abang ni kenapa?”

“Jom sahajalah,” jawab suaminya tegas.

Makcik Zanna menurutkan sahaja kehendak suaminya menuju ke arah kereta yang dipakir. Sebaik sahaja sampai suaminya segera meluru masuk ke dalam kereta dan menghidupkan enjin.

“Abang nak cepat ni nak pergi mana? Peliklah abang ni. Sudahlah tadi saya angin dengan manusia manusia yang masuk ke dalam lif tadi. Bagilah kita keluar dulu kalau yepun dia nak masuk.”

Tanpa mempedulikan isterinya, suaminya mengambil CD Al Quran dalam peti simpanan dan memasukkan ke dalam pemain CD. Bacaan Al Quran mula berkumandang.

“Aik abang. Tak pernah pernah buka CD Al Quran... Tiba tiba mainkan pula.”

“Nanti kat rumah saya cerita,” kata suaminya lalu mengundur kereta.

Makcik Zanna hanya terdiam sahaja.

Pelik! Getus hatinya.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku