Kakak Kemboja
Bab 7
Genre: Seram/Misteri
Kategori: Novelet
Paparan sejak 21 Julai 2016
Penilaian Purata:
(11 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
5603

Bacaan






Emak Johari mengumpulkan sampah di satu sudut. Dia mencampakkan kotak yang tidak diperlukan lalu duduk di atas sofa.

“Penatnya Johari,” adu emaknya.

“Kalau emak rehat rehatlah. Esok kita boleh kemas lagi.”

“Yelah. Barangpun banyak yang dah kemas. Kita rehatlah. Kejap lagi lepas Isyak kita pergi cari makan. Nampak tadi kat bawah ada restoran.”

“Kotak kotak dengan sampah ni kita nak buat apa mak?” tanya Johari.

“Johari boleh tolong mak tak? Tolong buat kat tong sampah di lif. Nanti ada orng kutip.”

“Baik mak,” akur Johari.

Dia melipat lipat kotak yang ada supaya senang diangkutnya nanti. Setelah selesai dia mengangkat kotak yang telah dilipat. Dia memandang emaknya. Emaknya telah melelapkan matanya.

“Kasihan emak adik. Mesti penatkan?” gumamnya lalu keluar dari rumahnya menuju ke lif.


Parasnya sangat sunyi seolah olah tidak berpenghuni. Lampu telah mula dibuka. Entah siapa yang membuka lampu koridor. Walaubagaimanapun, Ada lampu yang tidak berfungsi. Malah ada lampu yang berkelip kelip. Johari terus berjalan perlahan-lahan menuju ke arah lif.

“Kenapa sunyi sangat paras ni? Takde orang duduk ke?” katanya sendirian.

Johari semakin hampir dengan lif. Lampu lif berkelip kelip. Dia mahu mempercepatkan langkah. Terasa seram pula bersendiran berjalan. Sudahlah hari mahu gelap. Apabila sampai di lobi lif, Johari kecewa kerana hanya ada satu bakul sampah kecil di situ.

“Kecilnya bakul sampah. Mana muat ni? Boleh ke buang kat sini?” tanyanya sendiri.

“Adik buat apa tu!” tegur satu suara tegas.

“Mak!” jerit Johari terperanjat kerana tiba tiba disergah begitu.

Dia segera memandang ke belakang untuk melihat siapa yang menegurnya. Dia melihat seorang kanak kanak perempuan yang lebih dewasa yang menegurnya.

“Kakak ni siapa?” tanyanya.

“Kakak tinggal di situ. Adik orang bau ya?” tanyanya.

Johari sudah mula terhidu bau wangi yang tidak pernah dihidunya.

“Oooo. Akak tinggal di paras ni? A ah, saya baru pindah di sini kak. Apa bau wangi ni?” tanya Johari.

“Biasalah. Akak suka bau haruman bunga kemboja. Tak pernah bau bunga kemboja?” balas Kemboja.

Johari memejamkan matanya. Ya... Dia pernah bau haruman ini semasa pengebumian arwah ayahnya. Johari membuka matanya. Dia mengamati pakaian Kemboja. Ternyata pelik kerana Akak Kemboja memakai gaun. Kat rumah pakai gaun?

“Pernah kak. Tapi kak kubur ayah saya. Tapi akak pakai lagi kuat baunya.”

“Hahaha. Kamu ingat akak hantu?”

Johari mula menjauhkan diri.

“Tengok kaki akak... Cecah tanah tak?”

Johari memandang ke arah kaki Kemboja. Dia tidak nampak kerana gaun Kemboja sangat labuh. Kemboja lalu menyingkap kainnya sedikit lalu menunjukkan kakinya yang dipakaikan sepatu berwarna merah. Johari berasa lega kerana kaki Akak Kemboja jejak lantai.

“Nama akak siapa?”

“Nama akak Kemboja. Panggil sahaja Akak Kemboja. Nama adik?”

“Nama saya Johari. Tapi emak dan saudara mara saya panggil saya adik.”
“Adik? Ok juga tu. Sebab Akak Kembojapun tiada adik. Boleh akak pangil Adik?”

“Boleh kak.”

“Adik nak buat apa dengan sampah tu.”
“Nak buang. Tetapi tong sampah tu kecil pulak.””

“Lah. Sampah tu mana boleh buag di situ. Kena buang di lohong.”

“Lohong? Apa tu kak?”

“Lohong tu macam tempat buang sampah. Bila kita buang dari atas... Sampah akan jatuh ke bawah.”

“Ha. Boleh ke buang sampah dari atas? Nanti kenalah kepala orang.”

“Ish! Bukanlah... Mari akak tunjuk,” lalu Kemboja menarik tangan Johari untuk membawanya ke lohong.

Johari merasakan tangan Akak Kemboja sangatlah sejuk. Dia dibawa ke arah tangga.

“Ha. Inilah lohong. Buka penutup besi ni kemudian buang sampah melalui lubang ni. Campakkan aja. Nanti ada tong sampah besar kat bawah,” jelas Akak Kemboja.

Johari mengangguk faham. Lantas dia berherak ke arah lubang lalu mencampakkan kotak melalui lubang. Kedengaran bunyi kotak melalui lohong jatuh ke bawah.

“Buk!!!”

Kedengaran bunyi kotak dibuang jatuh.

“Terima kasih Akak Kem...”

Akak Kemboja sudah menghilang.

“Aik. Takde bunyi orang berjalanpun dah hilang? Cepatnya.”

Johari menutup kembali penutup besi dan berjalan kembali kerumahnya.

Apabila dia melangkah dalam 10 tapak kedengaran bunyi sampah jatuh melalui lohong.

“Orang atas buang sampah. Tapi kenapa luat sangat? Besar kot sampahnya?” gumamnya sendiri lalu terus melangkah balik ke rumahnya.

Emak Johari yang tidur tidur ayam terasa telinganya dihembus oleh seseorang. Dalam keadaan mai mai dia membuka matanya perlahan lahan. Dia tidak nampak sesiapa di ruang tamu. Kedengaran bunyi selipar melangkah menuju ke arah rumahnya. Tentu Johari sudahpun pulang. Semakin lama semakin kuat.

“Johari.. Jangan melangkah kuat sangat. Bising... Nanti jiran marah,” tegur emak Johari sedikit kuat.

Tetapi apabila yang melintas adalah seorang kanak kanak perempuan berambut panjang dan memakai gaun. Mukanya tidak nampak kerana emak Johari hanya dapat memandang sisi kanak kanak tersebut.

“Lah. Aku ingatkan Johari. Rupanya anak jiran. Memalam pakai gaun? Pelik,” kata emak Johari lalu bangun menuju ke pintu.

Dia terdengar bunyi tapak kaki yang agak perlahan. Dia menganggak tentu anaknya kembali ke rumahnya. Emak Johari terpancul di hadapan pintu dan memandang ke kanan dan ternampaknya anaknya sedang melangkah menuju dirinya. Dia memandang ke kiri pula untuk melihat budak perempuan tadi.

“Aik? Mana pergi budak perempuan tadi?”

“Emak pandang siapa tu?” tanya Johari.

“Tadi emak nampak ada budak perempuan melintas depan pintu kita. Ni hilang pulak. Kamu ada nampak?”

“Adalah mak. Pakai gaunkan?”

“A ah.”

“Akak Kemboja tu. Anak jiran kita hujung sana. Tapi, kenapa lalu rumah kita?”

“Mungkin pergi rumah kawan dia kot.”

“Mungkin juga. Dahlah... Dah gelap ni. Mandi. Solat. Lepas tu kita keluar.”

“Baiklah mak,” kata Johari lalu masuk ke dalam rumah.

Emak Johari menutup pintu.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku