Kakak Kemboja
Bab 8
Genre: Seram/Misteri
Kategori: Novelet
Paparan sejak 21 Julai 2016
Penilaian Purata:
(15 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
9448

Bacaan






Sementara itu di rumah nenek Johari.

Azan Maghrib sudahpun berkumandang. Nenek Johari yang tadinya sibuk di dapur masak terus menuju ke ruang tamu. Dia melihat pak long Johari sedang baring terbongkang di hadapan televisyen yang terpasang. Nenek Johari mengelengkan kepala.

“Ish budak ni. Maghrib dah masuk ni masih tidur lagi. Tadi tengok TV, ini TV tengok dia. Buat bazir karen aku je. Long... Bangun long. Bangun! Dah Maghrib!” kata nenek Johari sedikit kuat.

Pak long Johari mengeliat. Dia menguap. Matanya dibuka sedikit demi sedikit.

“Dah pukul berapa dah mak?”

“Dah pukul 7.31. Azan Maghrib baru je habis. Kamu tak balik tengok anak bini kamu ke?” tegur nenek Johari.

“Ni tunggu si Siti pindah mak. Nak ambik kunci. Saya suruh dia letak kat bawah pasu. Alamak... Saya tertidur dari pukul 5 ke tadi. Alah... Nak ambil kunci,”

“Kenapa kamu tak ambik kunci dengan dia tadi?”

“Malaslah saya.”

“Malas?” tanya nenek Johari tidak mengerti.

“Yalah. Saya minta supaya tinggal sikit barang barang dalam rumah tu. Kan saya nak buat homestay. Tapi dia pi angkut semua barang barang. Dia tinggalkan perabot yang tak nak pakai. Angin saya,” jelas Pak Long Johari.

“Padan dengan muka kau. Nak senang je. Nak bisnes... Kenalah keluar modal sedikit. Ini semua nak percuma.”

“Saya minta modal RM 5000 pun dia tak kasi. Mesti dia nak joli dengan duit angah. Angin betul saya.”

“Kau minta dengan dia kenapa. Dah tentu dia nak pakai duit tu.”

“Habis. Makpun tak bagi kat saya duit KWSP arwah. Saya mintalah kat dia.”

“Kau nak berapa?”

“RM 5000.”

“Rumah dah ada. Nak buat apa RM 5000?”

“Nak cat balik. Betulkan rumah. Ni ha... Kena masukkan TV. Perabot baru. Nak buat marketing lagi.”

“Ada ke orang nak menginap kat homestay kamu tu. Kampung kita ni apa yang ada? Pokok getah? Kelapa sawit?”

“Mak... Homestay ni kalau kenduri kendara, yang datang tu jauh... Diorang sewa homestay. Mat Salleh suka homestay ni. Kalau susah sangat saya sewa je. Sebulan RM 500. Habis cerita.”

“Nanti aku bagilah 2 ribu. Kamu jangan ganggu Siti lagi. Dia baru nak mulakan hidup baru. Dah, kamu pergi ambil kunci dia. Nanti takut mat pit yang jumpa kunci. Melepas kamu.”

“Maghrib ni mak. Kan tak elok keluar Maghrib Maghrib.”

“Pergilah. Lepas tu balik rumah kamu. Anak bini kamu menunggu tu.”

“Yelah. Mak bagi saya 2 ribu tau.”

“Yelah. Pergilah.”

“Ok. Sayang mak ketat ketat.”


Pak Long Johari menunggang motorsikal ke rumah Siti yang terletak kira kira 300 meter dari rumah emaknya. Dia menyanyi nyanyi dan bersiul siul.

“Lepas ni kayalah aku. Kalau sehari aku caj rm 150. Sebulan sudah RM 4500. Perghhh. Terus aku tukar kereta buruk aku tu. Nak ambil Honda City. Baru nampak OKB. Hahaha,” kata pak long Johari berangan.

Dia semakin hampir dengan rumah peninggalan adiknya. Dari jauh rumahnya nampak gelap tidak berpenghuni.

“Perghhh! Gelap gila rumah. Tak pasang lampu ke? Adik ipar aku ni memang nak kenakan aku kot. Pui!”

Dia membonceng motorsikalnya masuk ke laman rumah. Hanya lampu motor menyinari. Apabila sampai di depan pintu rumah, motorsikal ditumpang. Enjin motorsikal tidak dimatikan. Pak long Johari mencari cari sekitar kawasan pasu.

“Mana pulak kunci ni dia letak? Berapa banyak pasu da,” omel pak long Johari.

Dia menunduk dan mengangkat pasu yang pertama. Tidak ada kunci. Dia mengangkat pasu kedua dan ketiga. Nyata tidak ada.

“Mana pulak si Siti ni letak kunci. Nak main main dengan aku ke?” marah pak long Johari.

Dia mengangkat pasu yang keempat... Juga tidak ada.

“Jilake,” marahnya

Tiba tiba satu tangan menghulurkan segugus kunci. Pak long mengambilnya.

“Ha. Nipun kunci. Terima kasih ya,” katanya lalu bangun tanpa memandang tangan yang memberi kunci.

Dia terus bangun menuju ke motornya. Lalu dia menaiki dan membonceng motornya berpatah balik ke pintu pagar. Baru sampai pintu pagar di berhenti.

“Sekejap. Siapa yang bagi aku kunci tadi?” tanyanya.

Jantungnya mula berdebar debar. Pelbagai cerita mistik di kampungnya mula berlegar legar di fikiran. Peluh di dahinya mula merencik. Pak long Johari menelan air liurnya. Perlahan lahan dia memusingkan kepalanya ke belakang untuk melihat ke arah rumah peninggalan adiknya.

Dia terkedu apabila melihat lampu di dalam rumah terpasang. Dalam samar samar ada kelibat berwarna putih berdiri di salah satu tingkap yang tidak berlangsir. Tanpa berlengah dia menoleh ke hadapan semula. Seorang wanita yang berwajah menyeramkan kini di hadapan motornya.

“Bang... Abang tinggal kunci motor,” katanya lalu menghulurkan kunci motor milik pak long Johari.

Pak long Johari memandang tempat kunci motor dipulas. Ternyata kunci itu tiada!

“Be be be be... Ja... Ja.. Ja. Hu hu.. Hantu!!!!” jerit pak long Johari lalu melompat dari motornya dan mengambil langkah seribu.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku