Kakak Kemboja
Bab 9
Genre: Seram/Misteri
Kategori: Novelet
Paparan sejak 21 Julai 2016
Penilaian Purata:
(10 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
4971

Bacaan






Johari sudahpun selesai mandi. Dia masuk ke bilik untuk mengelap badan yang basah dan memakai baju. Selepas selesai, dia membuka kipas berdiri lalu berbaring di atas katil. Badannya sakit dan lenguh. Mungkin disebabkan tenaganya banyak digunakan tadi.

“Penatnya,” keluhnya.

Matanya memandang siling.

“Lusa nak pergi sekolah baru. Harap semua baik baik sahaja. Sedih juga tinggalkan kawan kawan lama. Tapi apa nak buat, ada sedara marapun menghalau aku dengan emak. Hmmm,” omelnya.

Dia mula mengantuk. Perlahan-lahan matanya mula tertutup. Apabila matanya tertutup sepenuhnya, di hujung katilnya ada sebahagian tilam seperti dihenyak sesuatu. Secara perlahan lahan, satu lembaga kanak kanak jelas kelihatan. Apabilanya sudah jelas kelihatan bentuk badan dan wajahnya, lembaga itu berdiri dan memandang Johari yang sedang tidur. Lembaga itu tersenyum lalu berjalan keluar dari bilik.


Emak Johari yang sudah selesai mengambil wuduk di tandas dapur. Dia berasa hairan apabila melihat lampu di ruang tamu tidak dipasang. Bunyi televisyen jelas kedengaran.

“Siapa pula yang buka televisyen tu? Johari ke? Dahlah gelap.”

Emak Johari menuju ke ruang tamu. Dalam samar samar, dia melihat Johari sedang menonton tv.

“Johari. Dah solat Maghrib?” tegur emak Johari.

Johari hanya mendiamkan diri dan tetap memandang skrin televisyen.

“Johari? Mak tanya ni... Dah solat ke belum?” ulang emaknya.

“Hmmmm,” jawab Johari.

“Baguslah. Ni kenapa tengok dalam gelap? Nanti rosak mata.”

“Hmmmm,”

“Johari penat ya. Nanti lepas emak solat, kita pergi makan ye.”

“Hmmmm.”

“Yelah,” kata emak Johari yang kecewa mendengar jawapan Johari.

Emak Johari masuk ke dalam biliknya. ‘Johari memusingkan kepalanya melihat ke arah bilik emak Johari. Dia tersenyum lalu menghilangkan dirinya.

Emak Johari selesai solat lalu menyiapkan diri.

“Bammm!”

Kedengaran bunyi pintu seolah olah dihempas. Emak Johari beristifar kerana terperanjat.

Dia segera keluar untuk melihat apa yang berlaku. Dia ruang tamu, Tv masih lagi terpasang tetapi kelibat Johari tidak kelihatan.

“Johari!” panggilnya.

Adakah Johari sedang protes kerana berpindah ke rumah ini? Tanyanya di dalam hati. Tiada sahutan daripada Johari.Emak Johari menuju ke arah pintu bilik Johari yang tertutup.

“Johari. Johari. Kenapa hempas pintu bilik ni nak? Marah dengan mak ke?” panggil emak Johari lembut dan penuh kasih sayang.

Tiada sahutan daripada Johari.

“Emak masuk ya.”

Emak Johari memulaskan tombol pintu dan membuka pintu bilik Johari perlahan lahan. Apabila pintu sudah terbuka, dia melihat Johari sudah tidur di atas katilnya.

“Penat agaknya budak ni,” kata emak Johari lalu masuk ke dalam bilik dan merapati katil anaknya.

Emaknya duduk di sisi Johari. Emak Johari mengusap ubun ubun anaknya.

“Kasihan anak mak ni.”

Johari terasa ubun ubunnya disentuh seseorang. Johari membuka matanya. Dia melihat emaknya tersenyum memandang ke arahnya.

“Emak?”

“Johari penat ke?”

“Johari penat dan mengantuk mak.”

“Johari dah solat? Kasihan anak emak.”

Johari hanya mengelengkan kepalanya.

“Johari emak ke?”

“Marah? Mana ada marah mak? Johari sayang emak,” jawab Johari.

“Tadi emak tanya Johari, Johari tak jawab. Lepas tu hempas pintu.”

“Hempas pintu? Bila mak?”

“Baru tadi.”

“Mana ada. Johari penat. Lepas mandi... Johari tertidur. Johari tak keluar bilikpun.”

“Betul ke ni?”

“Betullah.”

“Takpelah. Johari solat.. Lepas tu kita pergi makan ya. Dah pi cuci muka dan berwuduk.”

Johar mengangguk lalu bangun dari katil terus menuju ke bilik air.

Siapa pulak yang aku nampak tadi? Tanyanya di dalam hati.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku