Kakak Kemboja
Bab 10
Genre: Seram/Misteri
Kategori: Novelet
Paparan sejak 21 Julai 2016
Penilaian Purata:
(6 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
5319

Bacaan






Nenek Johari duduk di sofa di ruang tamu selepas menunaikan kewajipan kepada pencipta. Dia membuka televisyen untuk menonton siaran berita.

“Aduhai. Tak habis habis politik. Yang si A kata si B. Si B kata si A. 24 jam berpolitik Malaysia ni. Tak habis habis,” omelnya.

“Bam! Bam! Bam!”

Pintu diketuk bertalu talu.

“Oooo mak kau! Mak kau ketuk pintu! Eh mak kau ketuk pintu!” latah nenek Johari.

“Mak! Bukak pintu ni cepat! Bukak mak!” jerit seseorang di luar lalu mengetuk ngetuk pintu.

“Kau ni kenapa long! Roboh pintu rumah emak ni!” marah nenek Johari lalu berlalu ke pintu rumah dan terus membuka.

Pak long Johari terus masuk ke dalam rumah dan menguncinya.

“Kenapa? Cemas je ni? Kena rompak ke?”

“Ha... Ha... Ha...”

“Dah kenapa gagap ni?”

“Hantu mak. Kat rumah Siti ada hantu...”

“Ah. Mengarutlah kau ni. Selama Siti dengan arwah duduk situ tak pernahpun dikacau hantu. Mak tak pernah dengarpun.”

“Grenggg.... Grengggg... Grengggg.”

Bunyi motor pak long Johari kedengaran. Pak long menunjukkan wajah cemas.

“Dia dah datang sini mak. Dia dah datang.”

“Siapa yang dah datang?”

“Han... Han... Hantu.”

“Mana ada hantu. Budak budak nakal usik kau tu. Kau tak tahu anak Pak Kasan tu. Nakalnya macam setan. Biar mak ajar dia,” kata nenek Johari lalu membuka pintu rumah.

“Jangan!” pak long Johari tidak sempat menegah.

Pintu telahpun dibuka. Nenek Johari mengitari pemandangan sekitar laman rumah. Dari jauh dia telah nampak lampu motorsikal menuju ke arahnya.

“Ha. Motor kau ada orang bawa ke sini. Ertinya ada orang nak mengusik dia. Nanti mak ajar dia. Berani dia mengusik anak aku.”

Nenek Johari menoleh ke belakang, pak long Johari telah masuk ke dalam bilik kelamin menyorok.

“Penakut betullah budak ni!” marah nenek Johari.

Dia menoleh ke hadapan semula. Nenek Johari terpaku apabila melihat motor anaknya yang masuk ke laman rumah tidak dibonceng oleh sesiapa. Apa lagi serta merta nenek Johari menutup pintu rumahnya.

“Be... Be... Be... Be... Betullah apa a... An... Anak aku cakap,”

Bunyi motor kedengaran diparkir di hadapan pintu rumah. Bunyi enjin mengaum dipulas minyaknya didengar berkali kali.

“Si... Si... Si... Siapa yang pulas minyak motor anak aku?”

Bunyi ngauman enjin motor pak long Johari semakin jelas kedengaran. Sebelum akhirnya enjin motorsikal mati. Nenek Johari berasa lega.

“Tok! Tok! Tok!”

Bunyi pintu diketuk bertalu talu kedengaran. Apa lagi, nenek Johari berlari masuk ke dalam bilik di mana anaknya berada.



Makcik Zanna dan suaminya telah sampai di rumah. Apabila sampai suaminya terus bergegas masuk ke dalam rumah tanpa mempedulikan isterinya yang masih berada di dalam kereta.

“Apa kena orang tua ni? Tak tahan buang air gamaknya,” gumam Makcik Zanna.

Dia keluar dari kereta dan menutup pintu pagar serta masuk ke dalam rumah. Dia mencari suaminya di ruang tamu dan dapur. Tetapi tiada. Begitu juga kelibat anaknya.

“Kat atas kot,” kata perlahan.

Dia menaiki tangga ke tingkat atas. Apabila sampai perkara pertama sekali adalah menjenguk bilik anaknya. Perlahan lahan pintu dibuka. Dia lega apabila melihat anak-anaknya tidur.

“Mungkin Feroz dan Aishah keletihan bermain,” katanya.

Dia masuk dan duduk di atas katil anaknya. Dia mencium anaknya Feroz yang berumur 6 tahun dan Aishah berumur 4 tahun.

“Feroz... Aishah. Bangun nak... Dah lepas Maghrib ni,” kata Makcik Zanna mengejutkan anaknya dengan lembut.

Kedua dua anaknya terpisat pisat bangun.

“Mak...” Aishah bangun dahulu lalu memeluk emaknya.

“Mak... Aishah lapar.”

“Mandi dulu ya. Nanti kita pergi makan luar,” pujuk Makcik Zanna.

Aishah bangun manakala Feroz masih lagi tidur.

“Feroz. Bangun... Nanti ayah marah lambat. Kita nak pergi makan. Pergi mandi cepat,”

“Yelah... Yelah,” jawab Feroz separuh sedar.

“Bangun tau. Nanti lagi setengah jam kita keluar,” kata Makcik Zanna lalu mendukung anaknya Aishah keluar dari bilik.

Feroz membuka matanya. Dia berasa sangat mengantuk kerana letih melayan karenan adiknya Aishah. Perlahan lahan dia menutup matanya kembali. Baru hendak terlelap semula.

“Bangun Feroz! Nanti ayah tampar kau nanti!” terngiang dia pendengaran suara ayahnya yang tegas dan garau.

Feroz bangun serta merta. Dia memang takut dengan ayahnya yang tegas. Hanya mendengar suara ayahnya dia sudah takut. Dia terpinga pinga kerana tidak nampak susuk tubuh ayahnya. Dia memandang pintu yang dibuka oleh emaknya tadi. Tiada pula ayahnya berdiri di situ. Selalu ayahnya akan bercekak pinggang di pintu apabila memarahinya.

“Ayah dah pergi bilik kot,” katanya lalu bangkit dari pembaringan menuju ke dalam bilik air.

Dia perlu segera mandi sebelum ayahnya datang menjenguknya sekali lagi. Apabila Feroz telah masuk ke dalam bilik air, pintu biliknya ditutup perlahan lahan.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku