Kakak Kemboja
Bab 11
Genre: Seram/Misteri
Kategori: Novelet
Paparan sejak 21 Julai 2016
Penilaian Purata:
(5 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
4512

Bacaan






Makcik Zanna masuk ke dalam biliknya. Dia dalam biliknya, dia melihat suaminya terbaring dengan berselimut menutup badannya.

“Udah kenapa laki aku ni?” tanyanya yang masih mendukung Aishah.

“Bang. Udah kenapa ni? Letih sangat ke?” tanya Makcik Zanna.

Tiada balasan daripada suaminya.

“Bang, anak kita lapar. Kita makan luar ya? Saya mandikan Aishah dulu. Abang nanti mandilah... Solat.”

“Awak pergilah. Saya nak rehat,” jawab suami Makcik Zanna marah.

“Yelah yelah,” kata makcik Zanna lalu masuk ke dalam bilik air.

Pakcik Muaz melurutkan selimut sehingga paras mata. Dia mengitari pemandangan biliknya.

“Aku harap kau jangan ikut aku. Jangan ganggu keluarga aku. Aku tak ganggu kau!” katanya lalu mengingati peristiwa di lif.

Isterinya nampak orang berduyun duyun masuk ke dalam lif, tetapi baginya bukan orang yang masuk di dalam lif. Tapi makhluk yang mengerikan. Kulit mereka semuanya terbakar dan mengelupas. Mata meraka memerah.

“Siapalah mereka itu? Harap mereka tak ganggu keluarga Siti. Seram seh.”

Dia memandang ke arah tingkap. Dia terkejut apabila melihat sesusuk tubuh yang dia nampak masuk di dalam lif tadi memandangnya dengan wajah yang meringai. Apa lagi Pakcik Muaz segera menyelubungi dirinya semula.



Emak Johari dan Johari sudah bersiap lalu keluar dari rumah. Mereka kini sedang menunggu lif turun. Keadaan di koridor lif suram.

“Gelaplah mak. Takut. Sunyi pula tu. Takde orang ke rumah ni mak? Semua rumah gelap je?” tanya Johari.

“Entahlah. Tapi mak perasan ada orang. Cuma tak ada yang menegur tadi. Mungkin bandar semua buat hal masing masing kot.”

“Kenapa mereka buat hal masing masing?”

“Entahlah. Orang bandar beza dengan orang kampung Johari.”

“Ting”

Bunyi pintu lif terbuka. Johari dan emaknya segera masuk. Johari terbau haruman kemboja.

“Akak Kemboja masuk dalam lif ni tadi ke?” katanya perlahan.

Pintu lif tertutup. Baru sahaja pintu lif tertutup rapat, pintu terbuka semula. Seorang pemuda yang tinggi masuk ke dalam lif. Baunya amat busuk! Bau seolah olah benda yang terbakar hangus. Johari cuba menahan nafasnya. Emaknya menekan butang untuk menutup pintu lif.

Pintu tertutup semula. Emaknya memandang pemuda tadi yang keruh wajahnya.

“Adik tinggal di paras 8?” tanya emaknya ramah.

“Hmmmm,” jawab pemuda itu.

“Adik tinggal unit mana?”

“Hmmmm,” jawab pemuda itu.

Emaknya memandang semula ke hadapan pintu. Johari melihat wajah emaknya berubah. Mungkin jengkel dengan pemuda itu apabila ditanya sepatah dijawab acuh tak acuh.

“Ting!”

Pintu lif terbuka. Pemuda itu keluar dahulu kemudian diikuti oleh kedua anak beranak tersebut. Pemuda itu pantas menghilangkan dirinya.

“Sombong,” bisik emak Johari perlahan.

“Kenapa mak?”

“Budak tu sombong betul. Emak tanya tak jawab. Ehem sahaja. Kurang ajar betul,” marah emaknya.

“Mak ada bau tak tadi?”

“Bau apa?”

“Bau benda hangit. Kuat baunya. Mula mula Johari bau benda wangi. Bau bunga kemboja. Lepas tu bila abang tu masuk, bau busuk betul mak,” kata Johari.

“Emak tak bau apa apapun. Sudahlah, Johari jangan jadi macam abang tu. Kalau orang tanya jawab sahaja. K,” nasihat emak Johari.

“Ok mak.”

“Jom kita makan di sana. Nampak ada restoran tom yam.”



Selesai selesai mandikan Aishah, Makcik Zanna segera keluar dari bilik air dengan mendukung anaknya. Dia beristifar apabila melihat suaminya masih berselubung. Kali ini tangan suaminya seperti mengigil.

“Abang, pergilah mandi. Saya dah mandikan Aishah. Ni nak pergi pakaikan baju Aishah. Nak tengok si Feroz. Dah mandi ke belum?”

“Awak pergi sahajalah.”

Makcik Zanna keluar mendukung Aishah ke bilik Feroz. Dia terus masuk ke dalam bilik Feroz yang tertutup. Kelihatan Feroz sedang leka bermain game di telefon bimbit.

“Feroz dah solat?” tanya emaknya.

“Dahla mak,” jawab Feroz berbohong.

“Betul ke ni?”

“Betullah mak.”

“Feroz keluar sekejap. Main game kat bawah. Emak nak pakaikan baju adik,” arah Makcik Zanna.

Feroz akur lalu bangun dan keluar dari bilik menuju ke ruang tamu bawah. Apabila sampai di bawah, dia berasa hairan apabila melihat lampu ruang tamu tidak dipasang. Hanya lampu dapur sahaja yang terpasang.

“Lah, emak dan ayah tak pasang lampu ruang tamu ke? Bahaya betul ni?” kata Feroz lalu bergerak ke suis untuk menghidupkan lampu.

Ruang tamu terang benderang apabila lampu dihidupkan. Feroz duduk di sofa. Dia menyambung permainannya yang terganggu tadi.

“Kali ni aku nak beat si Fauzi Faz ni. Siot dia siap share bila dia dapat beat aku,” katanya perlahan.

Matanya leka menatap skrin telefon bimbit. Tiba tiba kedengaran bunyi flush jamban ditarik di belakang.

“Aik... Siapa pulak yang pakai jamban belakang tu?” katanya yang masih tidak menghiraukan bunyi tersebut kerana leka bermain game.

Kemudian terdengar pula bunyi gelas di dapur diambil lalu bunyi seseorang membuka pili air kedengaran. Johari tidak menghiraukannya. Kemudian kedengaran gelas diletakkan di tempatnya. Tidak beberapa lama kemudian kedengaran seseorang melintas di belakang sofa Johari duduk. Johari tidak menyedari kerana masih leka bermain telefon bimbit.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku