Kakak Kemboja
Bab 12
Genre: Seram/Misteri
Kategori: Novelet
Paparan sejak 21 Julai 2016
Penilaian Purata:
(5 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
4121

Bacaan






Johari dan emaknya telah memilih sebuah kedai makan. Sebaik sahaja mereka duduk, emaknya memesan makanan. Orang tidaklah terlalu ramai, hanya ada beberapa meja yang ada pelanggan. Setelah berlalu pergi, Johari terhidu lagi bau bunga kemboja. Dia memandang ke arah sekitar restoran. Tidak ternampak pula Akak Kemboja,

“Johari cari siapa?” tegur emaknya apabila melihat gelagat anaknya.

“Mak ada bau tak?”

“Bau ikan masin digoreng adalah? Kenapa?”

“Tak. Bukan bau ikan masin digoreng. Tapi bau bunga Kemboja,” Jawab Johari.

“Dari tadi kamu bau Kemboja Johari. Mungkin kamu teringatkan Akak Kemboja. Takpe. Esok kamu jumpalah dia,” kata emak Johari.

“Mungkin juga.”

Apabila mereka sedang menikmati hidangan, tiba tiba pelayan membawa bungkusan makanan yang telah dibungkus.

“Eh dik, apa ni? Akak tak minta bungkus,” tanya emak Johari.

“Daging masak merah kak. Anak akak yang seorang lagi pesan,” jelas pemuda acuh tak acuh.

“Anak akak?”

“Tadi ada datang dengan akak. Dia minta bungkuskan. Datang masuk kedai berjalan dari belakang akak. Duduk sebelah akak.

Masa akak pesan dia diam. Lepas akak pesan dia ikut saya ke dapur. Dia pesan. Dia kata tak sihat dan terus balik serta suruh saya bagi akak. ? Dahlah pakainan pelik,” jelas pelayan itu panjang lebar.

“Anak perempuan? Duduk sebelah? Mana ada dik, inilah satu satunya anak akak. Ada yang nak pekenakan kamu tak?”

Pelayan itu mengaru garu kepalanya.

“Mungkin Akak Kemboja. Dia nak makan, tapi malu nak minta. Dia pakai baju apa bang?” sampuk Johari.

“Gaun labuh hitam. Rambut panjang... Muka pucat.”

“Akak Kembojalah tu. Mak... Nanti kita bagi dia ya. Mungkin dia lapar.”

“Yelah. Takpe, akak ambik ya.”

“Terima kasih kak,” kata pelayan itu berlalu pergi.

“Kenapa dia tak cakap nak makan dengan mak?”

“Segan kot mak.”

“Misteri betul Akak Kemboja kamu ni.”



Makcik Zanna telahpun bersiap tetapi suaminya selepas mandi hanya duduk sahaja di katilnya.

“Abang tak pergi ke? Ke abang ni penat sangat?” tegur makcik Zanna yang sedang memakai tudung.

“Entahlah. Macam macam benda pelik abang lihat selepas keluar dari rumah Siti.”

“Benda pelik? Apa yang pelik bang? Saya tengok abang yang pelik.”

“Entah. Rumah Siti duduk tu macam keras je.”

“Memanglah keras... Batu kot. Hahaha,” kata Makcik Zanna cuba berlawak bagi mengurangkan kerusuhan hati suaminya.

“Bukan. Macam ada makhluk halus atau syaitan duduk situ.”

“Mengarutlah abang ni. Dah... Siaplah. Saya dan anak anak lapar ni. Abang tak lapar ke?”

“Jomlah.”

“Takkan nak pakai boxer je.”

“Eh! Hehehehe.”



Selepas makan kedua beranak itu balik ke flat mereka. Johari mengendong bungkusan plastik yang mengandungi makanan yang dipesan oleh Akak Kemboja. Sebaik keluar dari lif, mereka berdua ternampak 2 orang perempuan sedang berbual di koridor.

“Johari pergi hantar ke rumah Akak Kemboja. Mak nak tegur jiran kita,” kata emak Johari.

Johari mengangguk dan terus berlalu ke rumah Akak Kemboja.

Emak Johari perlahan-lahan mendekati wanita yang sedang rancak berbual. Hanya terdengar bisik bisik sahaja.

“Assalaimualaikum kak,” tegur emak Johari.

Kedua-dua wanita itu berhenti berbual dan memandang emak Johari.

“Kamu siapa?” tanya salah seorang wanita yang agak berusia.

“Saya penghuni baru rumah sana tu kak,” tunjuk emak Johari ke arah rumahnya.

Kemudian emak Johari menghulurkan tangannya untuk bersalaman. Tapi dipandang sepi oleh kedua dua wanita.

“Laki kau mana?” tanya seorang lagi wanita yang agak muda.

“Laki saya? Laki saya dah meninggal dunia kak?”

“Oooo. Meninggal. Laki diapun meninggal jugak. Terjun bangunan ni. Dari paras nilah,” kata wanita yang agak berusia selamba.

Wanita muda itu terdiam. Emak Johari agak terpaku mendengar kata kata wanita tua itu. Sudahlah rambut mengerbang... Putih pula tu.

“Tapi takpelah. Yang sudah tu sudah. Nama akak... Lang. Ni jiran akak... Suir,” mereka bersalaman.

Emak Johari terasa kedinginan tangan mereka berdua.

Johari terus mengetuk pintu rumah Akak Kemboja.

“Assalaimualaikum. Assalaimualaikum,” Johari memberi salam perlahan sambil mengetuk pintu.

Keadaan rumah Akak Kemboja sangat gelap. Malah tidak ada langsir menutup tingkap. Johari mengintai dari tingkap. Berderau darahnya apabila melihat lembaga berdiri di sebalik tingkap. Tingkap dibuka oleh seseorang, bau bunga kemboja menusuk hidung. Johari melihat Akak Kemboja yang muncul dengan pakaian yang sama. Akak kemboja tersenyum kepadanya.

“Terperanjat saya kak. Kenapa rumah akak ni? Gelap sahaja?” tanya Johari.

“Ayah akak tak suka terang. Kenapa Johari?”

“Ni... Makanan yang akak pesan. Kenapa tak bagitahu saya Akak lapar? Sorok sorok pesan makanan. Nasib baik mak saya ok.”

“Malu...”

“Apa nak malu?” tanya Johari lalu menghulurkan bungkusan plastik melalui celahan tingkap.

“Kemboja! Berbual dengan siapa tu! Masuk dalam ni cepat!” laung seseorang dengan nada marah dari dalam rumah Akak Kemboja.

“Oklah. Akak masuk dulu. Ayah akak dah marah. Bye!” katanya segera lalu bergegas menutup tingkap.

Johari terkebil kebil melihat perlakuan Akak Kemboja.

“Garangnya ayah Akak Kemboja,” katanya lalu berlalu balik ke rumahnya.

Sampai di rumah, emaknya telah balik dan sedang duduk di sofa.

“Mak ok? Macamana dengan jiran kita?”

“Jiran? Bolehlah. Taklah ramah sangat. Tapi bolehla. Bagaimana dengan Akak Kemboja? Dia ambil makanan dia pesan?”

“Akak Kemboja ambil emak. Katanya dia segan nak minta. Tapi emak, ayah dia garang.”

“Garang?”

“Ayahnya marah marah Akak Kemboja. Jerit jerit panggil Akak Kemboja.”

“Sudah. Johari jangan masuk campur urusan mereka. Mungkin ayahnya marah Akak Kemboja pesan makanan atau jumpa Johari. Kalau penat, pergilah tidur.”

“Baik emak. Johari memang nak tidur. Tapi nak solat Isyak dahulu. Arwah ayah kata tak elok tidur selepas makan. Lepas tidur Johari kemas sikit barang.”

“Ambillah wuduk ya. Sebelum tidur jangan lupa baca Fatihah dan 3 Qul. Rumah ni rumah baru...”

Johari mengangguk lalu berlalu ke bilik air di dapur. Emak Johari bangun lalu menutup TV dan masuk ke dalam biliknya. Apabila dia masuk, lampu di ruang tamu tertutup dengan sendirinya.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku