Kakak Kemboja
Bab 13
Genre: Seram/Misteri
Kategori: Novelet
Paparan sejak 21 Julai 2016
Penilaian Purata:
(8 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
8041

Bacaan






Selepas pulang dari makan, suami makcik Zanna segera masuk ke dalam bilik dan membatukan dirinya.

“Apa kenalah ayah kamu tu?”

“Kenapa mak?”

“Entah. Sejak pulang dari rumak Makcik Siti... Pelik betul perangainya. Macam nampak hantu.”

“Hantu?”

“Entahlah. Ini mak naik atas... Kamu bila nak naik bilik?”

“Relakslah mak. Besok hari minggukan. Macam biasa Feroz nak tengok bola.”

“Pukul berapa?”

“Bola mula pukul 12.30 malam. Sekarang baru pukul 10 mak. Nak tengok movi kat Astro.”

“Movi apa?”

“Macam biasalah mak. Cerita seram.”

“Ish. Mengigau lagi kamu nanti.”

“Ala mak. Hari minggu je dapat tengok TV. Hari biasa mana ayah beri tengok. Ngadap kerja sekolah sahaja malam malam.”

“Yelah. Tapi jangan lupa tutup TV lepas tengok. Tutup semua suis lampu. Ok?”

“Baik mak.”

“Aishah... Jom tidor,” kata Makcik Zanna lalu mendukung anaknya.

Setelah emaknya berlalu pergi Feroz lekas mengambil alat kawalan Astro lalu membuka saluran filem. Cerita seram baru bermula... Pandangannya kini terarah ke skrin televisyen.

“Yes! Cerita Haunted Flat. Best doh filem ni...” gumamnya.

Di belakang sofa... Sesusuk lembaga berdiri dan pandangannya terarah ke skrin televisyen.



Bagi menghilang kebosanan Johari yang sedang mengemas buku bukunya maka dia memasang radio. Buku buku cerita miliknya yang tersimpan di dalam kotak dikeluarkannya untuk diletakkan ke rak. Buku cerita itu dibelikan oleh ayahnya sebaik sahaja dia dapat membaca seawal umur 6 tahun.

Begitu gigih emaknya yang ketika itu suri rumah mengajarnya huruf dan angka. Arwah ayahnya pula begitu memotivasikan dirinya dengan memuji dan membelikan dia bahan bahan bacaan yang menarik minat dirinya.

“Ayah bukan tak mahu belikan Johari gajet atau tablet semua tu. Ayah boleh belikan supaya Johari diam... Tak ganggu emak buat kerja rumah. Tapi Johari terlalu muda. Ayah taknak Johari leka dengan gajet itu semua. Nanti mata Johari cepat rosak.

Ayah belikan Johari buku cerita dan berwarna nak tak? Nanti bila tiba masanya ayah belikan Johari benda tu semua ya,” pujuk ayahnya yang masih terimbau di fikirannya semasa di merengek meminta dibelikan tablet.

Tangan kanan Johari mengagau selonggok buku yang diletakkan di sisi kanannya. Tangannya hanya merasa kesejukan lantai sahaja. Dia memandang ke arah sisinya.

“Eh! Buka ke tadi aku kumpul buku kat sini? Mana pula bukunya?”

Dia mencari bukunya dan terlihat bukunya ada selonggok di atas meja belajar.

“Lah? Aku letak kat situ ke tadi?” omelnya.

Dia bangun lalu menuju ke arah meja tulisnya.

“Tapi... Memang betul aku letak kat sisi aku tadi buku buku ni? Siapa pulak yang ubah? Ke aku salah pandang. Nevermind,” kata Johari lalu mengangkat satu longgok buku dan disusun di rak.

Apabila Johari leka memandang dan menyusun buku di rak, perlahan lahan kerusi belajarnya bergerak sendiri ke belakang. Bila Feroz menoleh ke meja belajar, dia melihat kerusinya sudah beralih ke belakang sikit.

Tapi tanpa mempedulikan Johari mengambil longgokan kedua...

“Hahaha. Hahaha. Hahaha,” Johari menghempaskan bukunya. Dia terperanjat apabila mendengar gelak ketawa dari TV rumahnya.

“Amboi emak ni. Kuat betul suara TV. Tengok cerita hantu lagilah tu. Bila kita tengok marah. Kata mimpilah... Nak takutlah bangun malam-malam. Tapi emak buka TV suara kemain kuat. Buat terperanjat kita je,” omelnya.

Johari memandang kerusi belajarnya.

“Eh! Kerusi ni tadi bukan dan masukkan ke dalam?” tanyanya sendiri.

Johari memasukkan semula kerusi ke dalam meja.

Apabila dia ke almari buku, cermin yang tergantung memantulkan imej Akak Kemboja.

Emak Johari yang terlelap terbangun apabila terdengar suara seseorang ketawa dengan kuat.

“Kus semangat... Aku ingatkan hantu mana yang ketawa tadi. Rupanya dari filem TV,” kata emak Johari lalu beristifar.

Pandangannya diarahkan ke skrin televisyen.

“Haunted Flat? Gile... Dahla aku tidur seorang diri kat dalam bilik. Flat pula tu. Cerita ni memang gila. Baik aku solat Isyak... Lepas tu tidur,” katanya lalu menutup TV dan berlalu ke bilik air di dapur.



“Hahaha. Hahaha. Hahaha,” Feroz tersentak apabila tiba tiba sahaja letusan ketawa yang sangat kuat.

Dia menatap skrin TV terkejut apabila melihat adegan satu lembaga berpakaian gaun ketawa di sebalik tingkap salah satu blok.

“Gila cerita ni... Seram betul.”

“Apa yang seram Feroz?” tegur seseorang dari belakang.

Feroz melompat apabila ditegur oleh ayahnya yang berdiri di belakang sofa.

“Ish. Ayah ni... Buat terkejut orang sahaja.”

“Buat apa tengok TV malam malam ni?” tegur ayahnya dengan suara yang garau.

“Alah yah. Malam minggu... Bagilah Feroz peluang nak tengok TV.”

“Sudah. Masuk bilik tidur.”

“Tapi ayah...”

“Pergi masuk bilik,” tegas ayahnya dengan suara yang garau.

Wajah ayahnya serius.

“Yelah. Feroz naik atas,” kata Feroz akur lalu mengambil alat kawalan Astro dan menutupnya.

Feroz berlalu mendaki anak tangga. Ayahnya hanya memandangnya.

“Hehehe,” sengih ayahnya lalu perlahan lahan menghilangkan diri. Lampu di ruang tamu ditutup.

Tetapi TV dibuka oleh seseorang. Satu lembaga muncul di skrin.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku