Kakak Kemboja
Bab 14
Genre: Seram/Misteri
Kategori: Novelet
Paparan sejak 21 Julai 2016
Penilaian Purata:
(12 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
7699

Bacaan






Keesokan harinya, Pak Long Johari dan emaknya bangun agak lewat. Ini kerana mereka berkurung sepanjang hari. Setelah mandi, mereka bersarapan bersama sama.

“Malam tadi pengalaman yang tak dapat along lupakan mak. Pintu diketuk bertalu talu. Dapur macam ada orang guna. Lampu ruang tamu berkelip kelip. Suara ketawa dari televisyen kedengaran.

Bunyi motor dipandu sekeliling rumah. Paling best lembaga melintas di di tingkap kita. Perghhh,” kata Pak Long Johari.

“Itulah kamu... Dah tau benda tu mengikut, janganlah kemari.”

“Saya mana tahu mak dia nak kemari. Kalau saya tahu... Takkan saya pergi malam malam rumah Siti tu.”

“Mak rasa kena jampi dengan mandi bunga dengan bomoh Karim tu.”

“Bomoh Karim? Untuk apa?”

“Untuk ambik pendinding dengan pulihkan semangatlah. Nanti takdelah hantu semua kacau kita,”
“Boleh percaya ke mak?”

“Itulah kamu long... Kalau ilmu batin ni... Lebih baik kita berubat dengan bomoh. Nak pergi hospital? Nak jumpa doktor cakap... Doktor, semangat saya lemah. Boleh tak doktor bagi ubat pulihkan semangat.”

“Baik kita jumpa ustaz mak.”

“Ustaz? Emak dah biasa jumpa Bomoh Karim tu. Bagus ubatnya. Haritu mandi bunga je, mak lalu depan kedai kopi Mak Senah... Semua memandang kamu tahu.”

“Aik mak. Pasang badan nampak?”

“Alah. Sesekali nak melaram. Kamu nak ikut tidak ni?”

“Kalau macam tu oklah.”



Ayah Feroz bangun dengan wajah yang berseri. Malam tadi dia tidur nyenyak tanpa diganggu oleh sesiapa. Selepas mandi ayah Feroz turun ke dapur untuk menikmati sarapan yang dimasak oleh isterinya. Apabila dia sampai di dapur kelihatan Feroz dan Aishah sedang menikmati roti bakar yang disalut jem kacang. Isterinya pula sibuk memasak bihun goreng.

“Awal kamu bangun Feroz? Selalu hari ahad kemain liat kamu bangunkan?”

Feroz memandang ayahnya dengan wajah kehairanan.

“Lah... Ayah sendiri yang suruh saya bangun awal. Lepas tu perli kita pula.”

“Perli? Ayah suruh tidur awal?” soal ayah Feroz kembali.

“Yelah. Semalam pukul 11 lebih macam tu. Ayah tiba tiba muncul belakang sofa. Terkejut Feroz. Ayah marah marah suruh tidur...”

“Sekejap. Ayah tegur Feroz?”

“Yelah...”

Ayah Feroz melepaskan sudu yang dipegangnya. Bising bunyinya apabila sudu jatuh ke lantai.

“Awak ni dah kenapa?” tegur isteri.

“Sekarang semua berhenti makan. Awak berhenti masak. Kita keluar dari rumah ni.”

“Nak keluar pergi mana?”

“Keluar atau kita akan dapat nahas. Cepat!” arah ayah Feroz.

“Tapi... Takkan nak keluar pakai baju kelawar ni bang? Ni bihun baru masak.”

“Tinggalkan sahaja. Tutup api semua. Keluar sekarang juga,” kata Ayah Feroz lalu mendukung Aishah.

Feroz juga aku lalu bangun.

“Buat tebiat pulak orang tua ni,” gerutu Makcik Zanna.

Dia menutup api bihunnya. Kuali bihunnya ditutup.

“Apa lagi awak ni cepatlah!” laung suaminya di ruang tamu.

“Kejaplah,” sahut Makcik Zanna.

Dia segera menutup lampu dapur lalu menuju ke ruang tamu dimana suaminya sudahpun membuka pintu rumah.

“Cepat cepat.”

“Saya nak cari tudung sayalah.”

“Ala... Kain anak ada dalam tu. Tak payah tudunglah.”

“Eh awak ni! Kalau tak bertudung awak marahkan sayakan,” balas Makcik Zanna.

Matanya melilau mencari tudung di ruang tamu. Tidak nampak pula tudung sarongnya. Dia terpandang ke arah dapur. Lampu dapur kembali menyala.

“Eh! Bukan tadi aku dah tutup ke lampu?”

Dia mahu melangkah ke dapur, baru sahaja melangkah suaminya menegur.

“Awak nak kemana?”

“Saya nak tutup lampu dapur. Tadi rasanya dah tutup. Siapa yang bukak,” jawab Makcik Zanna.

“Awak ni degil sangat kenapa. Kan saya cakap pedulikan aja. Sekarang kita kena keluar dari rumah ini sekarang!” kata suaminya sedikit meninggi.

“Eh awak ni kenapa tiba tiba angin tak tentu pasal?”

“Dah keluar cepat.”

Makcik Zanna dengan muka tidak puas hati mengambil tas tangannya lalu keluar dari rumah. Serentak dengan itu semua lampu di ruang tamu dibuka dengan sendiri. Suaminya telah bergegas masuk ke dalam kereta. Pintu pagar dibuka secara automatik. Suaminya segera menghidupkan enjin kereta. Makcik Zanna masuk. Dia mendiamkan diri kerana masih lagi merajuk.

Kereta segera dipandu keluar dari parkir rumah. Apabila kereta sudah melepasi pagar rumah.

“Ayah... Aishah nampak ada orang di tingkap depan. Dia lambai Aishah,” kata anaknya Aishah.

Makcik Zanna memandang suaminya. Suaminya hanya menekan alat kawalan pagar bagi menutup pagar. Selepas pagar ditutup, suaminya segera memandu kereta bergerak dari rumah.

“Abang... Kenapa tak periksa siapa ada dalam rumah kita? Tadi rasanya lampu dapurpun ada orang buka.”

Suaminya menarik nafas.

“Saya akan ceritakan satu persatu, ianya bermula dari rumah Siti... Semalam...” suaminya menceritakan segala galanya.

“Mak... Mak... Maknanya di mengikut kita semalam?” tanya Makcik Zanna sebaik sahaja suaminya habis bercerita.

Suaminya mengangguk.

“Jadi kenapa kita kena keluar rumah?”

“Abang nak pergi rumah ustaz. Minta penawar.”

“Tapi saya tak pakai tudung bang.”

“Kita singgahlah mana-mana kedai karang.”

“Zanna macamana bang?”

“Buat masa ni jangan bagitau Zanna. Nanti dia takut duduk situ. Cuma mungkin lif tu aja berhantu.”

Makcik Zanna mengangguk.



Johari selepas sarapan membantu emaknya mengemas ruang tamu dan dapur. Selepas siap, dia masuk ke bilik. Sekali lagi Johari berasa hairan apabila melihat gambar ayahnya dipusingkan ke arah belakang.

“Eh! Malam tadi aku pusing ke depan atau ke belakang?” tanyanya hairan.

“Johari! Johari!” panggil emaknya.

“Ya emak,” sahut Johari lalu keluar dari biliknya.

“Kamu pergi beli lauk kat kedai bawah. Emak malas masak. Banyak kerja nak buat. Esok nak hantar kamu sekolah kemudian terus pergi kilang,” arah Emak Johari lalu menghulurkan nota 10 ringgit.

“Baik baik,” nasihat emak Johari.

Johari mengangguk lalu berjalan menuju pintu. Pintu dibuka lalu Johari keluar dari rumahnya serta menyarungkan selipar. Pintu rumahnya ditutup dan Johari segera ke koridor lif.

Keadaan di koridor rumahnya sangat sunyi.

“Mana pergi jiran jiran aku ni. Takkan ahadpun tak keluar rumah? Sunyi je ni?” gumamnya sendiri.

Apabila sampai di koridor lif, Johari segera menekan butang. Lif yang berada di tingkat atas segera turun.

“Gedegang! Gedegang! Gang! Gang! Gang!”

Bunyi sampah dibuang melalui kolong dari tingkat atas kedengaran. Johari beristifar.

“Buat terperanjat kita je.”

Pintu lif terbuka... Tidak ada sesiapa di dalam lif.

“Siapa yang tekan lif di tingkat atas?” tanyanya kehairanan lalu masuk ke dalam lif.

Pintu lif tertutup.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku