Kakak Kemboja
Bab 15
Genre: Seram/Misteri
Kategori: Novelet
Paparan sejak 21 Julai 2016
Penilaian Purata:
(17 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
8918

Bacaan






Ting!

Pintu lif dibuka. Johari terbau haruman bunga kemboja.

“Akak Kemboja ada ke berhampiaran?” katanya lalu matanya melilau mencari kelibat Akak Kemboja.

“Takde pulak. Hairan... Bau ada tapi orangnya takde,” katanya lalu berjalan menuju ke arah restoran.

Keadaan di flat sangat sunyi dan sepi. Terlalu sunyi hinggakan derap langkah kaki Johari boleh didengari.

“Kenapa ye flat ni sunyi sangat? Sudahlah warna cat luntur. Lampu banyak tidak bernyala. Lifpun macam rosak. Nak jumpa satu orangpun susah. Malam je. Itupun semua buat hal masing masing. Jiran kiri kanan rumahpun tak keluar atau ramah mesra. Memang perangai orang bandar begini ke?” omelnya.

Johari sudah berada berhampiran bangunan sampah.

“Johari! Johari!” panggil seseorang.

Johari menoleh ke belakang untuk melihat siapa yang menegurnya. Dia melihat Akak Kemboja keluar dari bilik sampah.

“Akak buat apa dalam tu?” tanya Johari kehairanan.

Lagi bertambah hairan Akak Kemboja masih berpakainan gaun hitam yang kembang di bawahnya.

“Saja,” jawabnya lalu tersenyum.

“Saja?”

“Panas duduk rumah.”

“Tak busuk ke kak?”

“Cuba bau. Ada bau busuk tak?” tanya Akak Kemboja.

Kembang kempis hidung Johari untuk menghidu.

“Tak. Bau bunga kemboja. Akak pakai minyak wangi apa? Kuat sangat bau kemboja?”

“Emak pakai minyak wangi apa? Takkan tak pernah bau?”

“Emak saya selalu pakai minyak attar kesukaan arwah ayah,” katanya sedih.

“Woi! Gila ke?” tegur seseorang.

Johari memandang orang yang menegurnya. Terdapat 3 orang mat motor sedang melepak di atas motor masing masing di bawah parkir berbumbung memandang Johari.

“Akak? Siapa diorang tu? Kenapa kata saya gila?” katanya lalu menoleh ke arah Kemboja.

Kemboja telah tiada di sisinya.

“Oi! Kau bercakap dengan siapa tu?” laung salah seorang pemuda.

Johari berjalan mendekati kumpulan remaja itu.

“Saya bercakap dengan Akak Kemboja bang,” jawab Johari.

“Dari tadi aku tengok kau cakap seorang diri. Gila ke apa? Kau budak baru yek?” tanya remaja berambut mohawk.

“Tak... Tadi ada Akak Kemboja. Ya saya budak baru.”

“Berani ye keluarga kau duduk sini.”

“Kami kena halau dan ini sahaja pilihan yang ada bang. Abang duduk sini?”

“Tak. Kami tengah tunggu kawan kami. Ntah kenapa lambat turun.

Hmmmm. Dahla. Pi main tempat lain. Nanti akupun sama jugak gila dengan kau,” kata remaja berambut Mohawk tersebut diikuti gelak ketawa 2 sahabatnya yang lain.

Johari berasa kecil hati. Dia berlalu dan melintas jalan. Kedengaran ketawa semakin kuat. Johari cepat cepat melangkah ke restoran.


Sementara menunggu isterinya bersalin baju dan memakai tudung di tandas stesen minyak, suami Makcik Zanna mencari cari melalui carian enjin Google ustaz yang terdapat berhampiran. Dia takkan balik selagi tidak dapat ustaz yang boleh membantu menyelesaikan masalahnya. Baginya ada syaitan atau jin kafir yang sedang mengikutnya dan menganggu keluarganya.

“Hmmmm. Adapun. Ustaz Soot. Pakar perubatan Islam dan sihir. Boleh cuba ni,” kata suami makcik Zanna lalu mendail nombor yang tertera.

“Klinik perubatan bergerak Ustaz Soot,” jawab seorang wanita muda di talian.

“Ya. Boleh saya cakap ni siapa?”

“Saya Gee... Isteri ketiga Ustaz Soot.”

“Oh! Saya nak berubat dengan Ustaz Soot. Ustaz Soot berubat hari ni?”

“Ada. Datanglah... Orangpun tak ramai.”

“Nak bawa apa apa ke?”

“Bawa sebotol air mineral.”

“Baiklah. Sekejap lagi saya datang,” panggilan ditamatkan.

“Siaplah kau setan. Aku dah minta bantuan ustaz. Berasaplah kau dalam rumah aku tu. Ada hati nak ganggu aku ye. Pui!” marahnya.

“Tok! Tok! Tok”

“Oh mak kau setan!” latah suami Makcik Zanna.

Dia memandang siapa yang mengetuk cermin. Rupanya isterinya. Dia membuka tingkap.

“Buat terperanjat abang je. Kenapa?”

“Abang... Kenapa beli baju dan tudung sedondon?”

“Lah. Awak kata nak baju sedondon. Itu yang abang beli sedondon. Apahal?”

“Maksud saya tadi, beli baju yang sedondon dengan warna abang, Yang abang pergi baju dan tudung saya sedondon kenapa? Dahla bunga bunga.”

Suaminya melihat dari atas ke bawah. Dia tertawa.

“Hahaha. Lawak betul awak pagi pagi ni! Hahaha!”

“Tengok tu dia ketawakan kita. Hantar kita balik rumah mak kita.”

“Ala merajuk. Dah jom kita pergi rumah ustaz.”

“Rumah ustaz? Buat apa? Takkan nak pakai macam ni?”

“Nak halau makhluk yang berumah dalam rumah kita tu,” jawab suaminya.

Tiba tiba Aishah yang didukung oleh Makcik Zanna ketawa lalu melambai lambai ke arah sesorang.

“Aishah? Kenapa ketawa? Aishah lambai siapa?” tanya Makcik Zanna.

“Ada orang hitam rambut panjang jelir lidah. Lidahnya panjang mak. Cecah leher. Dia lambai dengan Aishah.”

“Kat mana Aishah?” tanya suami Makcik Zanna.

“Tu,” tunjuk Aishah dengan tangan kanannya.

Pasangan suami isteri itu memandang ke arah ditunjukkan. Tidak ada sesiapa di belakang stesen minyak.

“Errr. Saya rasa lebih baik awak masuk ke dalam kereta,” arah suaminya,

Apa lagi, bergegas Makcik Zanna masuk ke dalam kereta.



Johari terus masuk ke dalam restoran. Dia melilau mencari lauk tapi hampa. Seorang pelayan menghampirinya.

“Cari apa dik?”

“Ada lauk tak bang?”

“Lauk. Restoran ni masak makanan panas panas je dik.”

“Masak panas panas?”

“Macam nasi goreng, mi goreng, kueh tiow sup.”

“Kalau macam tu bagi nasi goreng dua bang. Satu pedas satu biasa.”

Pelayan mencatat pesanan Johari.

“Itu aja? Air?”

Johari mengelengkan kepala.

Pembantu itu masuk ke dalam dapur. Johari meninjau bahagian dapur. Dia berasa hairan kerana ada monyet kecil di atas para dapur.

“Pemilik ni bela monyet kecil? Boleh ke bela dalam restoran.”

“Tu bukan monyet. Tu pelaris,”

Hampir melompat Johari apabila melihat Akak Kemboja di sisinya dan berbisik ke telinganya.

“Tadi akak pergi mana? Tadi saya dituduh gila tau sebab orang anggap saya cakap sorang sorang,” kata Johari dengan nada separuh merajuk.

“Maaflah. Akak tak boleh dedahkan diri akak.”

“Akak ni penyiasat ke apa sampai tak boleh dedahkan diri?” tanya Johari kehairanan.

“Bukanlah. Kalau ada orang nampak akak keluar,,, nanti mereka adu dengan ayah akak. Ayah akakkan garang? Nanti teruk akak kena marah.”

“Ooo. Keluar sekitar rumahpun tak boleh?”

“Adik belum jumpa ayah akak lagi.”

Pelayan yang tadinya mengambil pesanan merapati kawannya di stesen membuat air.

“Psttt... Salleh. Kau tengoklah budak tu. Cakap sorang soranglah. Gila ke,” kata pelayan itu tadi dengan berbisik.

Salleh yang sedang mengisi air kedalam bekas memandang ke arah ditunjukkan oleh rakan sekerjanya. Memang benar Johari sedang bercakap seorang diri.

“A ahla. Budak tu cakap dengan siapa?”

“Meremang betul buku roma aku.”

“Siang siang mana ada hantu.”

“Betul juga. Gila kot.”

“Kasihan. Muda muda dah gila.”



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku