Kakak Kemboja
BAB 16
Genre: Seram/Misteri
Kategori: Novelet
Paparan sejak 21 Julai 2016
Penilaian Purata:
(4 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
7160

Bacaan






“Lepas saya tengok melalui teropong ni. Nampaknya penghuni dulu ada membela,” kata Bomoh Karim cuba untuk menfitnah Emak Johari.

“Kenapa pulak dia nak buat kita macam tu mak?” tanya Pak Long Johari.

“Sebab kau halau dia dari rumah tu kot. Nak kena budak ni!” marak Nenek Johari.

“Dia sakit hati saya halau dari rumah tu? Biar betul... Tu tanah mak. Rumah tupun milik arwah. Kira milik kitalahkan. Kenapa dia nak sakit hati?” tanya Pak Long Johari kembali.

“Mungkin dia nak buat bisnes kamu lingkup.”

“Tok tolonglah buang saka saka tu semua. Saya nak buat bisnes ni. Nanti mereka kacau periuk nasi saya.”

“Boleh. Tapi pengerasnya mahal.”

“Berapa?”

“RM 1000.”

“RM 1000? Biar betul tok.”

“Kamu ingat aku ni bomoh totok ke? Kamu tanya mak kamu. Dulu dia kena sihir... Aku ubatkan terus elok sampai sekarang. Arwah bapak kamupun selalu berubat sama macam aku. Aku bukan sahaja buang hantu... Tapi bagi kamu pelaris,” jelas Bomoh Karim.

“Betullah long. Mujarab betul ubat dan serapah bomoh ni. Percayalah cakap emak. Emak dah berubat dan pakai tangkal ni... Tak berani sesiapa kacau emak. Hantar hantar barang semua. Rezeki semakin bertambah. Ada je duit masuk. Setakat seribu,” sokong emaknya pula.

“Mana saya ada duit mak?”

“Kamu pakai duit mak. Tapi kamu kena bayar bila dah untung besar.”

“Yelah. Bolehlah tok,” akur Pak Long Johari.

“Baiklah. Tapi kau sanggup terima pelaris ni?”

“Dalam bentuk apa pelaris tu?”

“Dalam bentuk tangkal. Tapi pakai di pinggang. Macam mak kamu pakai. Malam Jumaat aku perasapkan. Tapi pelaris ni akan minta makan setiap bulan.”

“Makan? Apa tu tok?”

“Macam emak kamu, dia minta ayam hidup sebulan sekali. Dia ikut pelaris. Ada yang minta ayam... Ada yang minta daging mentah. Ada yang minta hisap darah.”

“Isk. Hisap darah siapa?”

“Darah pemilik pelaris.”

“Mak ai. Macam tu sekali? Taknaklah saya mak. Kering darah saya nanti.”

“Bukannya hari hari. Sebulan sekali. Sikit je. Tapi nak matilah. Tapi kau akan dapat duit yang tak pernah kau impikan selama ini. Percayalah cakap aku,” terang Bomoh Karim lagi.

“Along nak senang ke taknak? Mak nampak duit je ni.”

“Pelaris saya ni nak apa tok?”

“Terpulang kepada yang empunya badan. Tapi paling bangkaipun hisap darah jari kaki. Atau sembelih ayam,” jelas Bomoh Karim.

“Ish... Seriau pulak saya dengarnya.”

“Kamu nak ke idak?”

“Takutlah mak.”

“Kamu taknak duit?”

“Memanglah nak.”

“Ha. Apa lagi... Ambik je. Jangan kamu takut. Mak sejak pakai tangkal bomoh ni... Rezeki mak bertambah. Baru baru ni... Mak dapat KWSP arwah angah. Ada je orang panggil nak mengurut. Ambil sahajalah.”

“Yelah... Yelah. Tapi kalau dia hisap darah saya... Saya nak pulangkan!”

“Boleh. Kamu datang je ke sini,” jamin Bomoh Karim.

“Macam tulah anak mak.”

“Malam ini kamu kena datang.”

“Kenapa kena datang malam tok?”

“Sebab tangkal tu nak di perasapkan malam. Lagipun makhluk tu aktif waktu malam.”

“Yelah.”


Makcik Zanna dan suaminya terus ke rumah sementara sewaan Ustaz Soot. Tidak ramai orang. Makcik Zanna dan suaminya masuk ke dalam bilik rawatan. Seorang lelaki pertengahan umur siap bersongkok tersenyum memandang mereka berdua. Aishah ditinggalkan di luar bersama Feroz. Mereka duduk berhadapan Ustaz Soot.

“Assalaimualaikum. Ya. Ada apa yang boleh saya bantu?” tanya Ustaz Soot.

“Begini ustaz...” suami Makcik Zanna menceritakan segala galanya.

“Berat ni. Rawatanpun berat.”

“Saya sanggup buat apa sahaja janji keluarga saya tidak diganggu. Ini dah mengikut bahaya ustaz.”

“Memangpun... Benda tu berada di luar pagar ni. Tak dapat masuk sebab rumah ni saya dah kunci.”

“Betul ke ustaz?” tanya Makcik Zanna kagum.

“Mestilah. Ini Ustaz Soot. Ok... Sekarang kalau nak hapuskan masalah ni senang je. Mula mula mandi bunga.”

“Mandi bunga. Macam bomoh je pulak,” kata suami makcik Zanna.

“Ish kamu ni. Apa bomoh bomoh. Ustaz ni. Mandi bunga untuk bagi kembalikan semangat sebab bunga ni beri aura yang positif.”

“Ooo yeke. Kemudian?”

“Kemudian aku tawarkan air.”

“Lepas tu oklah ye?”

“Tak. Aku kena pergi rumah kamu bersihkan.”

“Bayarannya.”

“Sekejap. Aku tulis,”

Lalu Ustaz Soot mengambil kertas seperti resit dan menuliskan sesuatu. Setelah selesai kertas itu diberikan kepada suami Makcik Zanna. Diambilnya lalu dibacakan, terbeliak mata suami Makcik Zanna membacanya.

“RM 1500. Biar betul ustaz. Bukan seikhlas hati ke?”

“Kamu ingat senang ke nak buang? Bapak segala hantu tau. Inipun kira oklah. Seikhlas hati tu zaman 90an bolehlah. Sekarang ni semua naik. Bunga itu aku petik dari gunung. Bukan bunga main petik halaman orang. Macam bunga ros tu beli kat Cameron tau. Sekuntuk 3 ringgit,” jelas Ustaz Soot.

“Bolehlah tok. Tapi saya kena ambil duit. Tapi takut pula bila dengar makhluk tu ada di luar.”

“Jangan takut. Nanti aku baca ayat ayat. Tak berani dia mendekat dengan kamu.”


Sebaik sahaja pesanan siap, Johari membayarnya. Johari perasan orang yang menjaga kaunter memandangnya semacam.

“Kenapa abang pandang saya semacam?” tanya Johari

“Pandang semacam?”

“Macam pelik je abang pandang saya.”

“Adik bercakap dengan siapa tadi?”

“Saya bercakap dengan Akak Kembojalah.”

“Akak Kemboja?”

“Tu... Dia tunggu di luar,” kata Johari lalu menunjukkan Akak Kemboja yang menunggu di luar.

Johari melambaikan tangan ke arah Akak Kemboja. Penjaga kaunter itu melihat di luar kedai. Dia tidak melihat sesiapa di luar.

“Gila budak ni,” katanya perlahan.

“Ni duit bakinya dik,” kata penjaga kaunter lalu menghulurkan duit baki.”

Johari mengambilnya dan bergegas keluar kedai. Sebaik sahaja Johari berlalu.

“Kasihan... Muda muda dah gila,” kata penjaga kaunter.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku