Kakak Kemboja
Bab 17
Genre: Seram/Misteri
Kategori: Novelet
Paparan sejak 21 Julai 2016
Penilaian Purata:
(3 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
7100

Bacaan






Selepas membayar Johari terus mendapatkan Akak Kemboja yang menunggunya di luar.

“Lupa nak tanya. Akak dah makan ke?” tanya Johari.

“Kadang kadang akak makan. Kadang kadang tidak. Tapi hari ini akak tak makan lagi,” jawab Akak Kemboja sambil tersenyum.

“Lah kenapa tak bagitau. Boleh adik belikan makanan.”

“Takpe. Mungkin ayah akak dah masak. Jom kak kita balik,” ajak Akak kemboja.

“Ayah akak tu macam garanglah.”

Akak Kemboja hanya tersenyum. Mereka ingin melintas jalan. Akak Kemboja memegang tangan Johari untuk membantunya melintas.



Mat motor berempat bangun apabila melihat kawan mereka mendapatkan mereka.

“Oi... Setengah jam kami tunggu der. Apa cer?” tegur remaja berambut Mohawk.

“Maaflah. Biasalah emak aku membebel dulu,” jawab Salleh lemah.

“Ada duit tak?” tanya seorang rakannya lagi.

“Mana ada der.”

“Apa hal ni? Kata lu payung harini. Ini kita je asyik payung,” kata remaja berambut Mohawk.

“Mak gualah. Kata duit nak pakai berubatlah. Apalah. Sebenarnya aku tahu duit ada tapi saja taknak bagi aku. Aku tahulah aku ni menghabiskan beras je dalam rumah tu,” omel Salleh.

“Hahaha. Dulu kerja berhenti,” sindir remaja mohawk.

“Ah. Nak arah arah aku buat tu ni. Susun stok. Angkat stok dari lori. Maaflah... Gaji ciput banyak nak arah aku. Arghh korang sama. Berhenti juga. Last last macam aku juga,” balas Salleh.

“Hahaha. Keluarga kami ok je. Loaded. Lu?” kata salah seorang kawan mereka.

“Oi, tengok budak gila tu? Melintas jalan macam ada orang pegang tangan dia. Siap bercakap cakap pula tu,” kata remaja berambut mohawk lalu menunjukkan ke arah Johari yang sedang melintas jalan.

“Siap gelak gelaklak tu. Sah gila,” kata kawannya.

“Ha. Der... Lu minta dengan budak gila tu.”

“Watpe. Berapa sen sangat aku dapat minta dengan dia,” jawab Salleh.

“Orang gilalah banyak duit. Tu, penuh tangannya dengan lauk.”

“Budak mana tu?”

“Budak flat kaulah.”

“Tak pernah nampakpun. Lagipun flat aku mana ada orang tinggal lagi. Adalah beberapa keluarga. Yang lain dah lari. Kata kena kacau apa tah. Keluarga aku elok je dok situ. Pendatang je ramai.”

“Keluarga kau banyak yang hantu. Hantu yang takut. Hahahaha. Apa lagi panggillah.”

“Oi budak! Sini kau!” panggil pemuda tu.



Tangan Johari dilepaskan. Dia memandang ke arah Akak Kemboja.

“Terima kasih kak. Saya....”

“Oi budak! Sini kau!” panggil seseorang.

Johari memandang ke arah siapa yang memanggilnya.

“Ha kau budak gila. Mari sini kejap,”

“Alamak abang mat moto ni. Nak apa pulak? Akak kemboja... Jo,” apabila dia menoleh sahaja Akak Kemboja tiada di sisinya.

“Laju betul Akak Kemboja ni lari? Kalah Usin Bot,” kata Johari.

“Oi budak gila. Aku panggil kau ni. Marilah sini!” laung mat moto itu tadi.

Hendak tak nak Johari melangkah ke arah kumpulan mat moto tersebut.

“Kau baru tinggal sini ya?” tanya Salleh sebaik sahaja Johari berada dengan mereka.

“Ya bang.”

“Tingkat berapa?” tanya Salleh.

“Tingkat 8 bang.”

“Aik. Berani betul keluarga kau tinggal kat situ.”

“Kenapa bang?”

“Takde apalah. Banyak makanan... Kau ada duit?”

“Mak saya bagi cukup cukup je. Adalah lebih sikit.”

“Berapa?”

“5-6 ringgit”

“Nak tengok jap?”

Tanpa mengesyaki apa apa, Johari menyeluk poket seluarnya. Lalu dia membuka telapak tangannya. Johari terperanjat.

“Perghhh. Not 50 ringgit. Banyak betul mak kau bagi duit.”

“Tadi saya rasa ada 4-5 ringgit sahaja abang restoran bagi. Mana datang RM 50 ni?” tanya Johari hairan.

“Kau bagi abang pinjam.”

“Ha?”

“Bagi abang pinjam. Malam ni abang pergi rumah kau ganti balik.”

“Tapi...”

“Ala... Sekejap je. Abang malas nak pergi bank. Nak isi minyak motor. Bagi sajalah. Kitakan jiran,” kata Salleh.

Johari nampak kawan kawan Salleh mula tersenyum.

“Yelah. Abang bagi balik ya.”

“Ya. Aku datang malam ni kat rumah kau.”

Johari memberi not 50 kepada Salleh. Salleh gembira.

“Dah. Pergi balik... Nanti mak risau.”

“Baik bang,” kata Johari berlalu pergi ke flatnya.

Selepas Johari menghilang masuk ke dalam flat.

“Hahaha. Hahaha. Hahaha,” mereka berempat ketawa serentak.

“Pandai kau main budak gila tu. 50 tu kau pau,” kata remaja mohawk.

“See the leglah. Apa lagi.. Mamak dah lepas. Karaokepun dah lepas ni. Minyak motor pun lepas. Hahahaha. Jom kita enjoy.”

“Yahooo.! Jom!”



Johari terus masuk ke dalam lif. Dia menekan butang untuk ke tingkatnya.

“Kenapa kamu bagi mat moto tu duit?”

“Mak hantu!!!” jerit Johari yang terperanjat seseorang menegurnya dari belakang.

Dia menoleh ke belakang. Rupanya Akak Kemboja.

“Fuh semangat. Rupanya akak. Bukan bagi, abang tu pinjam. Dia nak bayar malam ni.”

“Percayalah cakap dia tu.”

“Takpelah kak. Entah duit siapa ada dalam poket saya. Saya berilah.”

“Akak yang masukkan duit tu dalam poket kamu.”

“Lah. Akak punya duit ke? Maafkan saya kak.”

“Takpelah.”

“Kalau dia tak pulangkan macamana kak?”

“Akak akan minta sampai dia pulangkan. Hehehehehe,”

“Kenapa akak tersengih.”

“Takde apalah.”



Makcik Zanna dan suaminya selesai mandi bunga. Mereka masih lagi berada di rumah Ustaz Soot. Feroz pula sudah ketiduran bersama adiknya Aishah di ruang menunggu.

“Baiklah. Ni aku dah tawarkan air. Kau curah keliling rumah. Ni pagar. Malam ni aku datang rumah kau. Aku kasi buang benda tu.”

“Malam ni? Kenapa tak sekarang Ustaz Soot?”

“Malam nilah makhluk tu aktif.”

“Malam? Siangpun dah aktif ustaz.”

“Jangan risau. Kan kamu berdua dah dimandikan?”

“Anak kami?”

“Anak kau beri minum air ni. Bagi pulih semangat.”

“Baiklah ustaz,” akur suami Makcik Zanna.

“Ha. Jangan lupa pengeras. Bayar semua sekalu rm 1500.”

“Bayar habis sekarang?”

“Yelah.”

Suami Makcik Zanna menyeluk poketnya. Wang RM 1500 diberikan kepada Ustaz Soot. Bersinar sinar matanya melihat not tersebut.

“Ok. Malam ni aku datang. Kamu berdua boleh balik rumah,” katanya.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku