Kakak Kemboja
Bab 18
Genre: Seram/Misteri
Kategori: Novelet
Paparan sejak 21 Julai 2016
Penilaian Purata:
(7 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
6210

Bacaan






Pintu lif terbuka. Johari keluar dari perut lif. Dia berasa hairan apabila melihat Akak Kemboja tidak keluar dari lif.

“Akak nak pergi mana?” tanya Johari.

“Akak nak pergi tingkat atas.”

“Ada apa di tingkat atas?”

“Satu hari nanti akak akan ajak Johari ke tingkat atas. Seronok. Selalu akak duduk seorang diri di tingkat atas.”

“Angin sepoi sepoi bahasa. Boleh tengok kawasan sekitar. Ada bangunan. Ada tasik. Ada hutan.”

“Betul? Wah terujanya. Janji ye kak.”

“Ye janji.”

Pintu lif mula tertutup.

“Bye kak.”

“Kamu lambai siapa Johari?”

Johari kenal suara yang menegurnya. Dia menoleh ke belakang.

“Eh mak. Akak Kemboja. Ala... Pintu dah tutup. Kalau tak boleh kenal dengan emak,” jawab Johari.

“Kamu beli apa Johari?”

“Saya beli nasi goreng. Lauk takde mak.”

“Takpelah.”

“Emak buat apa di sini?”

“Saja ambil angin. Emak ingatkan ada jiran jiran kita. Tapi macam senyap je. Semua tidur ke?”

“Itulah emak. Pelik betul.”

“Dah jomlah masuk.”

Mereka berdua jalan beriringan ke rumah. Apabila kedua beranak itu masuk... Pintu lif terbuka semula.


Di dalam kereta selepas pulang pak long dan nenek Johari singgah di kedai makan. Selepas selesai menjamu selera.

“Kamu tak ambik kunci rumah Siti?”

“Ish. Taknaklah saya emak.”

“Ambik kamu nak biar sahaja motor dan kunci tu? Dapat kat Jami kaki kebas. Satu senpun kamu melopong. Licin rumah kamu dikerjakannya.”

“Menghisap lagi ke budak tu emak. Bukan baru keluar serenti ke?”

“Kalau dah dadah... Memang tak boleh berhenti. Baru ni lembu Pak Rasul hilang. Kemudian rumah Leha Janda kena pecah. Motor anak tok penghulu hilang. Semua tuduh dia.”

“Polis tak tangkap?”
“Takde bukti. Lepaslah.”

“Bukan dialah buat tu.”

“Kamu tengoklah satu hari nanti. Mesti dia kena tangkap punya. Sepandai tupai melompat mesti jatuh atas tanah kamu tahu. Dah... Kita singgah rumah Siti. Ambil Motor kamu.”

“Takutlah mak.”

“Kau ni macamana boleh berlaki long. Siang siang takut.”

“Hehehe.”

“Sudah. Kita singgah rumah Siti.”

“Yelah.”

“Apa tunggu lagi. Jomlah.”

“Sekarang ke mak?”

“Habis nak tunggu malam? Minggu depan?”

“Yelah jom. Emak bayar ye.”

“Banyak cantik muka along. Duit minyak dah bagi. Makan pagi aku masak. Ni nak bayar suruh mak bayar? Bertuah punya anak. Macamanalah bini kau tak membebel.”

“Mana saya ada sen mak.”

“Kecik besar je mak tengok kamu. Kamu tengok adik beradik kamu. Semuanya tak menyusahkan aku termasuk yang bongsu. Pi kerja dekat KL sana. Cari duit. Kerja kedai pizza sana tu.”

“Kedai pizza berlambak kat Nilai tu mak. Bangipun ada. Saja je dia tu nak bebas.”

“Biorle. Janji dia cari rezeki halal. Dari kamu nak makan duit bini kamu. Makan duit aku.”

“Dahla mak. Jomlah kita pi. Saya bayarlah.”

Pak long Johari bangun... Malas hendak melayan emaknya.

Kini kereta yang dipandu pak long Johari semakin hampir ke rumah Siti. Dari jauh dia nampak Jami menyorong motosikal. Kereta diperlahankan.

“Eh mak. Itu macam motor saya. Siapa saya tengah nyorong motor saya?” tanya pak long Johari.

“Eh! Itu bukan Jami ke?” balas emaknya.

“Jami. Penagih dadah tu. Dia ambil motor saya! Amboi! Dia dah melebih!”

Pak long Johari segera memberhentikan keretanya di hadapan motornya yang disorong oleh Jami. Bergegas Jami keluar.

“Oi! Kau nak curi ke ha Jami!” jerit pak long Johari.

Dia bergegas mendapatkan Jami.

Jami berhenti menyorong dan terpinga pinga.

“Kenapa ni bang? Saya tak curi. Saya nak pulangkan motor abang ke rumah,” jelas Jami.

“Arghhh kau ni. Kau ingat aku bodoh ke? Penagih macam kau ni adalah alasan. Kau dah pegang motor aku. Pastu tak mengaku. Kau sorong motor aku ni kenapa ha! Memang nak kena kau ni! Sekali aku bagi...” kata pak long Johari lalu mengangkat penumbuknya mahu menumbuk Jami.

“Along! Jangan tumbuk budak tu!” halang nenek Johari.

“Emak tak nampak ke budak ni menyorong motor saya? Nak juallah ni. Nak beli dadah!”

“Astafirullahalazim bang. Bawa mengucap. Saya tak curi motor abang. Saya tadi lalu depan rumah arwah adik abang. Saya tengok motor ni jatuh tersadai. Saya angkatlah. Kemudian saya cuba panggil orang. Takde yang menyahut. Saya nak bawa motor abang ke rumah.”

“Kau ingat budak dadah macam kau ni orang percaya ke?”

“Bang. Saya tak suruh abang percayakan saya. Tapi saya nak abang dengar cerita yang sebenar. Saya tak hisap dadah lagi bang. Betul bang. Saya dah bertaubat.”

“Sudahlah kau. Memang aku tak percayakan kaulah.”

“Dahlah along. Bawa motor kamu balik.”

“Budak ni?”

“Biarkan je.”

“Saya tak puas hati lagi mak. Esok lusa ntah apa lagi dia nak usha.”

“Astafirullahalazim bang. Fitnah tu.”

“Sudahlah tu. Lain kali kalau ada benda hilang tahulah kamu nak cari sapa. Dah balik. Mati pulak anak orang tu.”

“Ya ALLAH makcik. Tak baik kata macam tu.”

“Kau dengar sini ya. Kalau ada barang barang aku hilang. Kau dulu aku cari tau. Ingat tu Jami. Kunci motor mana? Kunci?”

“Takde bang. Sebab itu saya sorong je motor tu.”

“Ok. Ingat kata kata aku tu ya. Ingat,” kata pak long Johari memberi amaran.

“Kereta kamu ni mak bawa. Kamu sorong ye motor tu.”

“Yelah mak..”

Pak long Johari mengambil motornya. Manakala emaknya masuk ke dalam kereta. Mereka berdua beredar. Setelah jauh

“Ya ALLAH. Semoga mereka mendapat rahmat ALLAH. Bukalah pintu hati mereka untuk menerima kebenaran. Amin,” doanya lalu melangkah pergi.



Kini Pakcik Muaz memakirkan kereta di luar rumahnya.

“Bang, nak masuk ke tidak dalam rumah ni. Dah 10 minit kita tercatuk kat luar ni? Mesti jiran pelik.”

“Serba salah nak masuk.”

“Takut apa bang. Bukan ke kita dah mandi bunga. Dah minum air pulihkan semangat.”

“Buatnya tiba tiba terpancul. Haru.”

“Ala. Sayakan ada. Anak anak. Saya tak mandi lagi ni.”

“Feroz takut ayah.”

“Anak dengan bapak sama je.”

“Yelah kita masuk. Tapi kita masuk sama sama.”

“Yelah.”

Pakcik Muaz memicit butang pagar automatik rumahnya. Mereka sekeluarga keluar dari kereta. Perlahan lahan mereka masuk ke laman rumah menuju ke pintu. Pakcik Muaz mengambil anak kunci. Pintu dibuka. Berkeriuk bunyi pintu dibuka.

Dia menjenguk ke ruang tamu. Suasana agak suram. Tiada lampu yang terpasang. Tiada bayangan kelibat.

“Masuklah bang.”

Pakcik Muaz masuk ke dalam rumahnya diikuti oleh ahli keluarganya yang lain. Makcik Zanna memeluk lengan suaminya.

“Nampak macam ok bang.”

“Harap begitulah.”

“Kring kring! Kring kring!”

Kedengaran bunyi telefon. Apa lagi satu keluarga terkejut lalu mereka semua berlari keluar dari rumah.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku