Kakak Kemboja
Bab 19
Genre: Seram/Misteri
Kategori: Novelet
Paparan sejak 21 Julai 2016
Penilaian Purata:
(6 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
6233

Bacaan






Pak long Johari menyorongkan motornya ke laman rumah milik arwah adiknya. Dia berhenti sebentar dan melihat ke arah rumah. Jantungnya berdebar debar. Emaknya memandu kereta masuk ke laman rumah.

“Pin!”

“Ooo emak kau lawa. Rumah ni berhantu. Eh rumah ni berhantu. Ha ni anak pendekar Isma. Tak takut sesiapa. Nah aku buka langkah silat baldi. Eh silap. Silat gayung,” latah pak long Johari.

Siap bersilat pula tu.

“Amboi kamu ni melatah siap silat bagai. Teruk benau rupanya,” tegur nenek Johari.

“Hehehe.”

“Apa lagi. Carilah kunci. Kita cari di laman dulu.”

“Kita kena tengok rumah dulu mak. Manalah tahu si penagih dadah tu dah jumpa kunci. Rumah kita dah digeledehnya.”

“Ha pilah.”

“Mak temanlah.”

“Aku ada kat sinilah.”

“Alah.”

“Siang mana ada hantu yang kamu nak takut sangat ni.”

“Mak jangan cakap macam tu. Sekali kita seru namanya. Betul betul datang nanti.”

“Siang mana ada hantu. Apa yang kamu nak takut? Emak bukan macam kamulah penakut.”

“Yelah yelah. Saya pergi seorang.”

Pak long Johari menuju ke arah pintu rumah. Walaupun dalam hatinya berdebar debar tapi dia perlu melihat rumahnya.

“Ini semua budak dadah tu punya pasal,” marahnya seorang diri.

Kini dia sudah berada di hadapan pintu. Tombolnya dipulas. Ternyata pintu rumah masih lagi terkunci.

“Fuh! Nasib baik masih lagi terkunci.”



Pakcik Muaz dan isterinya bergegas masuk ke dalam kereta. Begitu juga dengan Feroz yang berlari masuk ke dalam kereta.

“Abang, rumah kitakan takde telefon. Macamana ada bunyi telefon?” tanya isterinya.

“Entahlah. Terkejut abang. Itu yang abang pelik tu.”

“Tak habis lagi ke benda tu menganggu kita? Kitakan dah mandi bunga?”

“Mandi bunga tu untuk pulihkan semangat kita je. Bukan nak menghalau benda dari rumah tu. Bomoh tu kena datang menghalau.”

“Habis kita nak pergi mana?”

“Kita sewalah hotel mana mana. Selagi benda tu ada dalam rumah kita, selagi itu dia akan menganggu kita.”

“Betul ayah. Ferozpun tak berani dah masuk dalam rumah kita. Buatnya dia kacau Feroz. Takutnya,” sokong Feroz pula.

“Baju takde bang.”

“Pasal baju awak risaukan. Kita pi belilah. Untuk semalam sahaja. Esok lepas Ustaz Soot buang benda tu... Kita balik.”

“Kalau ustaz tu tak berjaya buang?”

“Cubalah fikir yang positif sikit. Kita dah bayar mahal. Takkanlah Ustaz Soot tak boleh buang benda tu.”

“Yelah.”

“Hik Hik Hik. Bye bye!”

Aishah tergelak seorang diri lalu melambai lambai ke arah rumah. Pakcik Muaz melihat ke arah rumah. Dia terkejut apabila melihat sepasang mata merah menyala dari tingkap. Apa lagi mencicitlah pakcik Muaz menghidupkan enjin kereta. Berkali kali dia mencuba tetapi gagal.

“Cepat bang. Cepat. Nanti benda tu mengikut kita,” kata isterinya.

“Bismillah.”

Barulah enjin dapat dihidupkan. Pakcik Muaz segera memandu keretanya meninggalkan rumahnya.



Puas sudah palong Johari dan emaknya mencari kunci rumah. Kunci motor dapat dicari tetapi kunci rumah masih gagal diketemui.

“Along syak si Jami ambil ni mak.”

“Emakpun syak begitu. Puas dah kita cari. Kunci motor boleh jumpa. Ni kunci rumah pula tak jumpa.”

“Habis macamana?”

“Malam ni bomoh Karim datangkan. Kita suruh dia tilik. Diapun pandai mencari barang yang hilang.”

“Nanti kena cas lagi.”

“Kamu nak rumah kamu ni kosong disapu penyamun atau bayar untuk tahu mana kunci kamu.”

“Yelah.”

“Dah Jom balik. Emak dah penat. Tapi sebelum tu, malam ni kamu kena tidur sini. Tidur selagi tak jumpa kunci.”

“Macamana nak masuk rumah kalau kuncipun takde mak. Biar betul?”

“Emak ada kunci pendualah. Arwah bagi kat mak.”

“Macam tu oklah. Nanti saya angkut anak beranak tidur.”

“Dah jom balik.”

Pak long Johari menghidupkan enjin motor manakala emaknya menuju ke dalam kereta. Kedua duanya beredar dari rumah Siti. Setelah mereka menghilang, pokok pokok di sekeliling rumah meliuk liuk seolah olah ditiup angin.



Siti dan anaknya selesai menonton televisyen. Mereka berdua masuk ke dalam bilik masing masing. Johari terus duduk di kerusi.

“Esok daftar sekolah baru. Agak agak ada tak kawan kawan macam di kampung?” tanyanya sendiri.

Dia menoleh ke arah bingkai gambar ayahnya.

“Aku perlu kuat.”

“Akak Kemboja tentu tahu tentang hal sekolah. Baik tanya dia tentang hal sekolah. Ok juga tu. Baik aku pergi rumahnya. Kalau tanya baik baik ayahnya tak marah kot. Harap angin ayahnya baik,” kata Johari seorang diri.

Lalu Johari bertekad untuk berjumpa dengan Akak Kemboja. Dia perlu meminta izin dengan emaknya. Bosan juga kalau terperap dalam rumah. Mungkin Akak Kemboja boleh kenalkan dia dengan kawan sebayanya.

Setelah meminta izin Johari terus ke rumah Akak Kemboja.

“Assalaimualaikum. Assalaimualaikum!” Johari memberi salam.

Tiada sahutan. Sekali lagi Johari memberi salam tapi tiada sahutan.

“Akak Kemboja tak balik lagi ke?” tanyanya sendiri.

“Oi! Kau buat apa kat sini?” jerkah seseorang.

Johari memandang siapa yang memanggilnya. Seorang tua bercekak pinggang. Rambutnya panjang. Matanya seperti hendak terjegil keluar. Bajunya lusuh.

“Pakcik siapa?”

“Aku ayah Kemboja! Kau siapa?”

“Saya Johari yang datang hari tu,” jawab Johari lalu menghulurkan tangannya untuk bersalaman.

“Tak ingin aku nak bersalaman dengan kau manusia. Kau datang sini buat apa?”

“Saya nak cari Akak Kemboja.”

“Akak Kemboja? Dia takde rumah.”

“Mungkin belum balik.”

“Balik tak balik itu dia punya pasal.”

“Kenapa pakcik marah marah? Kasihan dia.”

“Eh kau ni. Menyibuk je hal keluarga aku. Bangsa aku memang cakap suka marah marah. Dah pergi baliklah. Sibuk sahaja. Dulu lama paras ni tak berpenghuni oleh manusia. Ini keluarga kau pulak datang.”

“Maafkan saya pakcik jika kedatangan saya ini buat pakcik marah.”

“Lain kali jangan nak menyibuk dengan hal keluarga aku. Akupun hairan kenapa Kemboja suka sangat berkawan dengan kau. Nak dilarang karang... Merajuk. Sudah. Pergi balik.

Dan ingat pesan aku... Dunia ni tuhan ciptakan bukan untuk manusia sahaja. Ada tumbuhan... Ada binatang dan ada juga benda yang orang lain tak nampak dengan mata kasar. Jadi hati hatilah. Takut nanti kau jauh tersasar dan kau akan menyesal. Ingat tu kata kata aku.”

Johari mengangguk walaupun dia tidak faham kata kata ayah Akak Kemboja.

“Apa lagi terpacak kat sini. Baliklah!” marah ayah Kemboja.

Terkedek kedek Johari berlari anak kembali ke rumahnya.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku