Kakak Kemboja
Bab 20
Genre: Seram/Misteri
Kategori: Novelet
Paparan sejak 21 Julai 2016
Penilaian Purata:
(15 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
13797

Bacaan






Johari terus balik ke rumahnya. Dia berasa sangat takut. Tidak pernah dia dimarahi sebegitu. Emaknya yang sedang menonton televisyen terperanjat apabila Johari tiba tiba sahaja masuk ke dalam rumah.

“Aik. Macam dikejar dek hantu je Johari,” sindir emaknya.

“Johari baru lepas kena halau.”

“Kena halau dengan siapa?”

“Ayah Akak Kemboja. Johari bagi salam lembut apa. Tapi tiba tiba Ayah Akak Kemboja marah Johari. Hairan Johari.”

“Itulah.. Dah tahu ayah dia garang begitu nak tegur tegur lagi. Lain kali jangan cari Akak Kemboja di rumah. Mungkin ayahnya tidak mahu diganggu. Lagi pula hujung minggu begini.”

“Tapi...”

“Takpelah. Lain kali biar je Akak Kemboja tegur. Kan selalu Johari selalu terserempak dengan Akak Kemboja.”

“Yelah mak.”


Sementara itu Jami sudah sampai di rumahnya.

“Assalaimualaikum,” Jami memberi salam.

“Waalaikumussalam,” jawab seorang perempuan tua.

Jami masuk ke dalam rumahnya. Nampak emaknya sedang melipat kain. Jami segera mendapatkan emaknya dan bersalaman dengan mencium tangan emaknya.

“Kamu dari mana Jami?”

“Dari kebun kita mak.”

“Buat apa ke kebun?”

“Menebas sikit.”

“Kamu nak menanam?”

“Rancangnya begitulah. Lagipun apa kerja saya boleh buat mak? Orang kampung semuanya pulau saya. Nak ambil upah menorehpun orang tak berani. Nak kait sawitpun orang tak beri.”

“Sabarlah. Ada hikmahnya tu. Kenapa kamu tak kerja di bandar. Kerja kilang ke? Pembantu kedai ke?”

“Insya ALLAH mak. Saya tahu mungkin ALLAH nak bagi rezeki lagi baik. Saya rasa berat nak tinggalkan emak seorang diri di kampung. ”

“ALLAH. Emak ni tiada apalah. Sakit orang tua biasalah. Lagipun 2 tahun kamu dalam tu emak tinggal seorangkan.”

“Jaga emak lebih mulia. Rasullullah pernah bertanya kepada seorang pemuda... Siapa yang tinggal kalau kamu pergi berperang? Jawab pemuda tersebut... Kedua ibubapaku yang sudah tua. Maka Rasul menasihati pemuda tersebut pergilah kembali ke rumahmu. Berbakti kepada orang tua lebih mulia.

Saya hendak berbakti kepada emak. Ayah saya tak sempat nak berbakti. Dulu saya selalu menyusahkan keluarga ini kerana ketagihan. Biarlah saya di sini mak.”

“Alhamdulillah nak. Syukur.”

“Emak. Saya masuk ke dalam dulu. Nak solat Zuhur. Kemudian baru makan.”

“Mak harini masak ikan rebus je. Maafkanlah. Mak takde duit sangat. Duit bantuan lambat masuk.”

“Alhamdulillah mak. Jami masuk bilik dulu ya.”

“Pergilah nak.”

Jami bangun lalu berlalu ke biliknya. Setelah masuk dia membuka baju dan mengambil tuala. Dia menyeluk poketnya.

“Alamak kunci rumah arwah suami Siti ada kat saya. Lupa nak bagi tadi,” katanya lalu menepuk dahi.

“Sekejap. Kalau aku bagi tadi tentu Abang Long marah aku. Tadipun dia dah tuduh aku mencuri motorsikal dia. Sedangkan aku tolong je kot. Ntah ntah siap penumbuk bagi aku. Habis aku nak bagi siapa?”

“Mungkin aku boleh letak balik kat laman rumah mana aku jumpa. Ya. Itu lebih baik dari aku kena marah. Baiklah... Malam ni aku pulangkan.”



Waktu Maghrib telahpun masuk. Johari telahpun selesai menunaikan solat Maghrib. Dia keluar lalu duduk di sofa. Johari membuka TV. Dia mengamati cerita yang ditayangkan.

“Eh! Cerita apa ni? Kenapa orang itu berdiri di atas bumbung flat? Perempuan ke tu?” tanyanya sendiri.

Johari melihat seorang perempuan berambut panjang menunduk. Ini menyebabkan wajahnya tidak kelihatan. Pakaiannya seperti jubah. Angin yang kuat menyebabkan rambutnya mengerbang.

“Heroinnya tengah sedih kot. Kasihan putus cinta. Itulah kahwin ajakan senang. Nak cinta bagai nak rak watpe?” omel Johari.

Heroin itu perlahan lahan bergerak ke hadapan.

“Aik. Nak bunuh diri ke? Makin lama makin ke hadapan. Sadisnya cerita ni. Apalah Maghrib ni tayang cerita macam ni?”

Kini si heroin sudah berada betul betul di pinggir. Heroin memandang ke bawah.

“Jangan lompat kak. Jangan lompat. Ingat ALLAH...” kata Johari.

Dan heroin itu melompat terjun dari bangunan.

“Arghhh sudah. Macam real. Siap menjerit bagai.”

“Aaaaaa kedengaran jeritan dari audio televisyen.”

“Bam!!!”

Bedebuk bunyi heroin terhempas ke lantai. Tulang kaki dan tangan kelihatan patah. Muka pula pecah.

“Ish!!! Cerita apa ni baik tukar.”

Johari mengambil alat kawalan televisyen. Dia cuba untuk menukar tapi gagal.

“Lah kenapa ni? Kenapa tak boleh tukar ni? Bateri kong ke?”

Johari memicit micit alat kawalan jauh itu tetapi gagal.

“Kenapa ni.”

“Hihihi,”

Kedengaran suara ketawa dari televisyen. Johari segera memandang skrin televisyen.

Dia terkejut apabila melihat heroin itu sudah berdiri dengan keadaan fizikal yang mengerikan. Makhluk itu mula berjalan dengan kaki dan tangan yang patah. Johari segera menutup matanya. Dia ngeri melihat adegan tersebut.

“Apalah Maghrib maghrib ni TV pergi tayang cerita hantu. Kan elok tayang mengaji ke. Ceramah agama ke. Alahai.”

Tiba tiba dia merasakan bahunya dipegang seseorang,

“Mak!!!” jeritnya.

“Kenapa dik? Kenapa menjerit ni? Kenapa tutup mata?” tegur emaknya.

Johari serta merta membuka mata. Dia lega apabila melihat emaknya yang memegang bahunya.

“Alhamdullillah. Ingatkan siapa tadi. Johari takut tengok cerita hantu tadi mak. Macam betul ceritanya,” jawab Johari.

“Cerita hantu? Maghrib maghrib ni cerita hantu,” soal emak Johari lalu matanya memandang skrin televisyen.

Tindakannya diikuti oleh Johari. Cerita yang ditayangkan adalah sebuah kisah cinta dimana heroin sedang menangis di hadapan heronya seorang ustaz.

“Mana ada seram? Bukan ke cerita cinta ni.”

“Betul mak tadi Johari lihat ada perempuan melompat dari bangunan. Macam flat.”

“Sudahlah. Mungkin kesilapan teknikal kot. Pergilah siap. Kita pergi beli makan. Hari ini Johari tidur awal... Esok nak daftar sekolah baru.”

“Baiklah emak.”



Di masjid, Jami perasan majoriti jemaah masjid memandangnya semacam. Malah ada yang takut untuk menegurnya.

“Kenapa pula orang kampung ni macam mengelak je dengan aku?” tanyanya sendiri.

Selepas selesai membaca quran seorang diri di sudut masjid... Imam mendapatkannya.

“Jami... Ada benda saya nak bincang.”

“Apa benda tu Imam Ishak? Ada benda ke yang saya buat salah? Ada barang yang hilang lagi?” tanya Jami.

“Tak. Cuma penduduk kampung dah kecoh pasal kamu sorong motor Along.”

“Saya bukan mencuri. Saya...” lalu Jami menceritakan segala galanya.

“Niat kamu tu baik. Tapi kamu perlu tahu... Rekod kamu menyebabkan orang pandang serong. Waima kamu dah bertaubat. Kamu mesti faham. Kamu jangan marah. Sabarlah kerana orang orang yang bersabar akan menang.”

“Saya sedih imam. Patutlah penduduk kampung macam mengelak nak tegur sapa dengan saya tadi. Rupanya mereka dah tahu pasal tu.”

“Saya nasihatkan kamu Jami pergilah merantau ke tempat lain. Sejak kamu balik macam macam fitnah melanda kamu. Kasihan saya tengok kamu ni.”

“Tak boleh imam. Tak boleh. Emak saya dah tak berapa sihat. Bagilah saya peluang nak berbakti kepada emak. Dulu emak saya terabai. Selalu menangis disebabkan perangai saya.”

“Itu bagus. Tapi sampai bila kamu boleh bersabar?”

“ALLAHkan ada? Insya ALLAH saya selalu berdoa agar saya dilindungi. Dan saya berdoa agar satu hari penduduk kampung tahu siapa sebenarnya bersalah.”

“Saya harapkan begitu. Tapi yelah. Mulut penduduk kampung ni tak boleh nak ditutup. Sabarlah ya.”

Jami mengangguk.


Selepas bersiap kedua beranak itu turun ke bawah. Keadaan di koridor seperti biasa suram dan agak kelam. Banyak juga lampu tidak bernyala dari semalam. Mereka berdua menunggu lif. Dari papan grafik kelihatan lif nampaknya berhenti di setiap tingkap.

“Ramai pula yang nak turun makan?” kata emak Johari.

Lif berhenti lama di tingkat 10.

“Aik. Kenapa lama pula ni?”

Setelah hampir 3-4 minit tersangkut di tingkat 10 barulah lif turun semula.

“Ting!”

Pintu lif terbuka perlahan lahan. Baru sahaja kedua beranak itu hendak melangkah masuk... Mereka berdua melihat dalam lif sangat padat dengan orang.

“Penuh pula. Takpelah pakcik... Turun dulu.”

Pintu lif kembali tertutup.

“Kita tunggu ya Johari.”

Johari mengangguk bersetuju.

“Sssssssss,”

Bunyi desiran angin kedengaran. Emak Johari memandang ke belakang.

“Emak. Mana jiran jiran kita? Senyap sunyi je paras kita ni.”

“Entahlah Johari. Emakpun hairan. Ke masyarakat kita ni sudah semakin tidak bersosial?”

“Bersosial tu apa mak?”

“Bersosial tu macam bercampur gaul dengan masyarakat. Kenal mengenal antara satu sama lain,” jelas emak Johari.

“Oooo.”

“Ting!”

“Eh dah sampai. Cepat pula lif ni turun ke bawah.”

Mereka mula melangkah untuk masuk ke dalam lif. Tapi kali ini lif juga sudah penuh sama seperti tadi.”

“Takpelah pakcik. Saya tunggu lif lain.”

Pakcik di dalam lif mengangguk dan menekan butang untuk menutup pintu lif. Pintu lif tertutup.

“Emak kita turun tanggalah. Lambatlah. Johari dah lapar.”

“Boleh ke Johari?”

“Boleh je mak.”

“Jom,” kata emak Johari bersetuju lalu memegang tangan anaknya.

Baru sahaja melangkah langkahnya terhenti. Dia teringatkan sesuatu.

“Kenapa mak?”

“Johari perasan tak pakcik yang emak tegur tadi?”

“Pakcik tu yang tutup pintu lif tu? Kenapa?”

“Pakcik tu wajahnya sama dengan pakcik yang emak tegur semasa mula mula lif penuh tadi.”

“Ye ke mak? Ntah. Johari tak perasan sangat. Tadi Johari pandang ke tempat lain emak.”

“Sudahlah. Jom kita pergi makan.”

Dalam benak emak Johari pelbagai persoalan bermain di fikiran. Siapa pakcik tu? Kenapa 2 kali naik lif yang sama?


Insya ALLAH Akak Kemboja akan diterbitkan pada 2017. Terima kasih kepada para pembaca. Hanya 1/3 dari cerita asal dapat saya muat turun...



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku