Kakak Kemboja
Bab 21
Genre: Seram/Misteri
Kategori: Novelet
Paparan sejak 21 Julai 2016
Penilaian Purata:
(4 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
708

Bacaan






Bab 21

Sementara di hotel selepas solat Maghrib, Muaz dan keluarganya keluar makan di sebuah restoran.

“Lepas makan ni kita jemput Ustaz Soot. Kasi bersih rumah kita. Sampai bila nak duduk hotel?”

“Sedap juga duduk hotel bang. Dah lama kita anak beranak tai bercuti bang.”

“A ah. Betul ayah. Best duduk hotel. Ada wifi. 24 jam boleh main internet. Maingame,” sokong Feroz.

“Asyik mengadap telefon je. Lama lama naik lagi power cermin mata kamu. Memanglah sedap duduk hotel. Tapi kalau hari hari tauke balakpun boleh bankrap. Kalau sehari dah 150.. Sebulan dah dekat RM 5000. Lebih dari gaji ayah tu. Nak makan apa kita nanti?”

“Alah yah. Hari sabtu dan ahad je boleh mengadap telefon. Esok dah emak simpan. Esok macamana ayah saya nak ke sekolah? Baju semua takde ni?”

“Ponteng jelah esok.”

“Amboi ayahnya. Mengajarnya anak ponteng sekolah pula,” Zanna mencelah.

“Habis awak ingat nak buat macamana? Dah semua takut nak balik rumah. Satu hari je. Esok pagi kita balik rumah ya.”

“Ya tak ya. Bolehlah bang.”

Sementara itu di rumah Along, seperti biasa bila waktu Maghrib Along terbaring di sofa di hadapan televisyen. Isterinya yang baru selesai solat Maghrib keluar dari bilik. Dia mengelengkan kepala melihat suaminya tidur di atas sofa. Diapun sudah tidak tahu apa lagi yang perlu dibuatnya supaya suaminya tidak lagi tidur pada waktu Maghrib? Jika ditegur lagi suaminya akan meradang.

“Abang. Ooo abang. Bangunlah. Dah nak habis waktu Maghrib dah ni,” isterinya bernama Peah mengejutkannya.

“Hmmm.”

“Abang... Bangunlah. Maghrib dah nak habis ni.”

“Apa saja awak ni Peah?”

“Abang tak solat ke?’

“Ala. Nanti natilah abang solat. Abang penat sorong motor tadi,” jawab pak Along dengan mata tertutup.

“Astafirullah. Bangunlah bang. Pergilah mandi nanti segarlah badan abang,” pujuk Peah.

Along bangun serta merta.

“Apa lagi? Saya penat ni.”

“Solatlah bang.”

“Awak ni asyik membebellah tiap tiap hari. Solat solat solat. Abang tahulah apa abang nak buat. Asyik peringatkan abang sahaja. Lepas tu membebel je,” marah Along.

“Astaga. Saya ni cuma nak ingatkan sahaja bang. Bukan nak ganggu abang. Abang kenalah faham,” jelas Peah.

“Abang tahu. Jangan setiap kali atau setiap hari awak nak ingatkan abang. Letih mendengarlah. Telinga ni berdesing tahu tak!”

“Astafirullahalazim abang. Abang... Saya ni nasihatkan abang je. Janganlah marah marah.”

“Senyaplah kau. Anak mana?”

“Anak pergi mengaji. Lepas Isyak mereka balik. Yang bongsu ada dalam bilik tidur lagi. Abang. Saya nak minta tolong. Hantar saya ke simpang malam ni. Saya kerja shif malam.”

“Pukul berapa?”

“Pukul 9 bang. Bas datang awal ke pula jemput saya. Mungkin bas kilang tu datang ke kampung ni dulu sebelum ke kampung lain. Nanti abang tengok tengokkan si bongsu ya. Nyenyak dia tidur.”

“Ah. Biarlah dia tidur dalam bilik. Bukannya susah nak menjaganya. Pukul 9? Maaflah. Abang ada hal.”

“Hal apa bang?”

“Adalah. Awak ni banyak tanyalah. Saya lelaki dan suka hati saya nak kemana mana. Sibuk jelah.”

“Tapi abang... Saya ni isteri abang. Saya patut tahu kemana abang pergi. Kalau ada apa apahal senang.”

“Adalah. Dahla. Saya nak mandi ni. Awak pergilah sendiri. Simpang tu selalu je ada orang lalu lalang. Selamat je awak nanti.”

“Tapi bang..”

“Ala takde tapi tapi,” kata Along tegas lalu bangun meninggalkan isterinya.

Isterinya berasa sentap dengan tindakan Along.

“Abang... Sampai bila abang nak begini?” katanya perlahan.

“Peah... Ooo Peah. Mari sini sekejap!” laung suaminya dari dapur.

Peah segera bangun dan berlari anak menuju ke dapur.

“Ya bang.”

“Apa lauk kau masak ni? Ikan bilis goreng je?”

“Maaflah bang. Baru dapur dah habis. Abang asyik tiada rumah bila saya nak mengajak ke pasar.”

“Jalanlah kaki ke kedai runcit Pak Seman tu. Bukannya jauhpun. Ada je alasan kau. Mentang mentang aku tak bagi duit belanja ya bulan ni? Bulan ni aku belum kerjalah. Pakailah duit kau dulu.”

“Bang jangan cakap macam tu. Bulan ni saya banyak kerja malam. Siang saya tidur. Bangun tidur saya uruskan rumah dan anak anak.”

“Banyaklah alasan kau. Aku nak makan luarlah. Bak duit 50.”

“Kenapa banyak sangat bang. Semalam saya dah bagi 50 ke? Takkan dah habis abang?”

“Adui... Banyak bunyilah. Aku banyak duit nak guna untuk bisneshomestay tu. Kau takkan tak tahu Peah. Esok yang untung siapa? Kau jugakkan. Nanti tak payah aku minta duit dengan kau.”

“Bang itukan rumah anak yatim dan ibu tunggal. Tak baik tau ambil hasil orang miskin anak yatim. Tak berkat.”

“Aduiii. Dia bunyi lagi. Berapa kali kau nasihatkan aku pasal ni? Arwah buat rumah tu atas tanah emak. Jadi rumah tu emak yang punya. Bila arwah meninggal dua beranak tu takde hak lagi ke atas tanah tu. Paham.”

“Bang... Salah tu. Walau apapun kita tak boleh ambil hak orang sesuka hati. Lagi lagi harta anak yatim. Haram duitnya abang kalau abang beri makan kepada saya. Saya taknak duit dari hasil homestaytu bang. Saya sedih abang siap halau mereka berdua dari rumah tu. Tak sepatutnya berlaku abang.”

“Arghh sudahlah. Awak orang perempuan apa tahu. Besok saya dah berduit awak gak yang mengendeng dengan abangkan. Dah... Mana 50.”

Dengan hati yang sayu Peah masuk ke dalam bilik untuk mengambil wangnya. Sebaik sahaja Along selesai mandi di keluar rumah. Dia perlu menjemput Bomoh Karim untuk dibawa ke rumah Siti. Selain untuk mengusir makhluk yang ada di rumah Siti, Bomoh Karim mahu memasukkan pendamping. Siti melihat anak anaknya yang telah balik mengaji makan. Hanya nasi dan lauk ikan bilis sahaja yang dimasaknya. Walaupun begitu anaknya tetap berselera makan.

“Apa nak jadi dengan keluarga aku ni? Terbiar,” katanya sebak.

Selepas Isyak, Jami berjalan kaki untuk ke rumah Siti. Niatnya hendak memulangkan semula kunci rumah di mana dia jumpa. Dia hanya berjalan kaki seorang diri dengan hati yang kecewa. Kecewa dengan sebahagian dengan penduduk kampung yang tidak ingin bersalaman dengannya.

“Dalam masjidpun sanggup mereka berdua buat aku begitu. Mereka memulaukan aku seolah olah aku ni Yahudi. Seolah olah aku ni bukan saudara seagama dengan mereka. Dalam rumah ALLAH kot. Masya ALLAH,” katanya sendiri.

“Huhuhu. Huhuhu. Huhuhu.”

Kedengaran suara wanita sedang menangis. Langkah Jami terhenti. Dia memandang ke hadapan dan ternampak kelibat wanita menangis di pondok bas. Lampunya sudah agak malap. Maka hanya dalam samar sahaja Jami dapat melihat.

“Arghhh sudah. Ya ALLAH makhluk apakah itu? Manusia tau tak tu?” soalnya sendiri.

Dia memandang wanita yang sedang menangis sambil menutup wajahnya dengan kedua tangannya.

“Tapi kalau hantu takkan pakai tudung? Kaki jejak tanah. Tapi ustaz cakap setan boleh menyerupai apa sahaja. Malah boleh menyerupai orang yang baik baik. Tapi takkanlah.”

Lalu dia menadah tangan dan membaca surah suci. Setelah selesai berdoa dia melihat kembali ke perhentian bas. Nyata makhluk itu masih lagi menangis. Malah tidak terkesan sekalipun.

“ALLAH. Aku minta pertolongan darimu. Janganlah aku diganggu ya ALLAH. Aku hendak memulangkan kepada yang hak dan perlu melalui jalan ini.”

Lalu dengan lafaz bismillah Jami mula melangkah.

Peah terdengar seseorang melangkah menuju ke arahnya. Dia segera mengelap air matanya lalu melihat siapa yang sedang mendekat. Payung digenggam erat. Manalah tahu yang datang itu mempunyai tujuan yang tidak baik. Ada payung sebagai senjata.

“Eh! Ini bukan Jami ke? Budak dadah ni. Alamak! Nasib tak baik betul. Dia nak pau aku ke ni?” gumamnya.

“Assalaimualaikum kak,” Jami memberi salam.

“Waalaikumussalam. Ha Jami. Kenapa datang ke sini? Nak pau duit akak? Kamu jangan nak buat apa apa dengan akak. Nanti akak jerit. Akak sesah kamu dengan payung ni baru kamu tahu. Kamu nak kena tibai dengan Along kamu ke?” kata Peah memberi amaran.

Payung panjang digenggan erat untuk bersedia dengan segala kemungkinan.

“Masya ALLAH kak. Saya baru pulang dari masjid. Takkanlah saya nak buat apa apa dengan akak.”

“Habis kenapa kamu lalu jalan ni. Bukan rumah kamu di luar sana?”

“Saya ada hal kak. Sebab tu saya lalu jalan ni. Akak kenapa menangis seorang diri di sini?”

“Akak tengah tunggu bas kilang. Mana ada menangis? Mata akak masuk habuk,” Peah menipu.

Sebenarnya dia sedih kerana anak bongsunya yang masih lagi bayi ditinggalkan begitu sahaja di rumah dan berharap kepada 2 anaknya yang lain untuk menjaganya. Dia terpaksa kerana perlu bekerja. Suaminya pula sibuk tiada di rumah.

“Oooo masuk habuk. Along mana?”

“Abang long? Dia ada hal.”

“Ish. Takkan dia biar akak seorang diri di sini. Bahaya kak terutama malam begini. Perompak ramai sekarang. Mereka menunggu peluang sahaja. Jalan kampung ni lepas Isyak selalunya sunyi.”

“Kalau dalam kampung siapa lagi yang nak merompak mencuri semua tu? Ce cerita?” sindir Peah.

“Saya minta maaflah kak pasal motor tu. Niat saya baik. Nak pulangkan motor Along kat rumah akak. Tapi Along salah sangka. Takpelah kak... Memang saya ni ada rekod buruk. Saya reda je apa orang kampung buat dengan saya.”

“Betul ke kau tak mencuri? Dah bersih? Dah tak menagih lagi?” soal Peah inginkan kepastian.

“Betul kak. Saya dah bertaubat. Dah tak menghisap lagi. Percayalah. ALLAH tempat saya bergantung sekarang ni. Sekarang saya mencari rezeki yang halal je. Dulu saya ketagih kak. Mana nak ingat halal haram. Janji dapat duit beli benda tu.

Manusia kak… selalu melakukan khilaf. Saya mengakui dulu saya memang kaki curi. Buah mempelam orangpun saya curi. Tapi sejak saya balik saya dah minta maaf dengan semua orang. Walaupun ada yang tetap tak mahu maafkan dan marah marah.”

“Maafkanlah akak. Akak ikutkan perasan tadi.”

“Takpelah kak. Saya dah biasa. Akak kenapa seorang diri di sini? Kan bahaya malam malam tunggu bas seorang diri di sini?”

“Along kau sibuk.”

“Sibuk? Macam inilah kak. Saya tunggu kat sini. Lepas akak naik bas, saya pergi le tempat mana saya nak pergi. Boleh?”

“Tapi.”

“Saya tunggu jauh kak. Bukan dekat. Saya tunggu di sana. Di sebalik pokok tu,” tunjuk Jami.

“Tapi tak menyusahkan Jami ke?”

“Tak kak. Anggaplah ni pertolongan dari adik kepada akaknya. Lagipun saya takde kemana nak cepat.”

Akhirnya Peah mengangguk bersetuju. Jami beredar ke pokok yang terletak di tepi perhentian bas. Dia menunggu bas datang. Tidak sampai 5 minit bas datang. Peah sebelum menaiki bas sempat mengucapkan terima kasih kepada Peah. Jami mengangguk. Apabila bas berlalu pergi Jami berjalan menuju ke rumah Siti.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku