Kakak Kemboja
Bab 22
Genre: Seram/Misteri
Kategori: Novelet
Paparan sejak 21 Julai 2016
Penilaian Purata:
(4 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
2311

Bacaan






Selepas makan malam di restoran kedua beranak itu balik ke rumah. Kali ni semasa mereka naik lif kosong. Tiada perkara pelik yang berlaku di dalam lif. Tapi keluar sahaja Johari terkejut apabila melihat ayah Akak Kemboja berdiri di hadapannya untuk masuk ke dalam pintu lif. Tanpa mempedulikan mereka berdua lalu masuk ke dalam lif. Emaknya seolah olah tidak mempedulikan ayah Akak Kemboja. Emaknya memegang tangannya berjalan beriringan sehingga ke rumah. Pintu dibuka. Ruang tamu terang benderang kerana emaknya memang sengaja membiarkan lampu terbuka. Mereka anak beranak masuk.

“Solat Isyak dulu. Rehat. Pukul 10 tidur ya Esok nak bangun pagi ke sekolah. Jangan tidur lambat. Nanti susah bangun Subuh,” pesan Siti kepada anaknya.

“Ya mak.”

Johari terus je dapur untuk ke bilik air untuk berwuduk. Emak Johari masuk ke dalam bilik. Apabila Johari selesai berwuduk semasa melalui ruang tamu... Johari melihat emaknya duduk sambil menonton televisyen.

Johari memandang skrin televisyen. Kelihatan drama yang dia tengok tadi kembali ditayangkan di skrin. Seorang perempuan sedang berdiri di pinggir dan bersedia untuk melompat.

“Cerita itulah emak Johari tengok tadi. Seram mak. Eh! Ada ulang tayang ke emak? Betul tak kata Johari. Johari tak tipu mak,” kata Johari.

“Hmmm,” balas emaknya.

“Johari solat dulu ya mak,” kata Johari lalu masuk ke dalam biliknya.

Apabila Johari telah masuk ke dalam bilik. Lembaga itu memandang ke arah pintu bilik Johari.

“Hehehe.”

Sementara itu Muaz menjemput Ustaz Soot. Mereka dalam perjalanann ke rumah Muaz untuk menghalau entiti yang mengacau mereka sekeluarga.

“Ustaz... Agak agak lepas Ustaz Soot buat, keadaan boleh kembali seperti biasa?” soal Muaz.

“Entah. Akupun tak boleh jamin. Tapi sebelum sebelum inioksahaja. Kau sediakan aja duitnya.”

“Sebab tak tahanlah duduk hotel Ustaz Soot. Kalau lama lama duduk hotel, bankrap saya.”

“Apa yang kamu takut sangat? Kan aku dah bagi air pemulih semangat. Tak cukup lagi?”

“Tadi kami nak masuk... Memang tak berani Ustaz Soot. Dengar sahaja bunyi deringan telefon, terus kami lari.”

“Dengar deringan telefon terus kamu lari? Apalah kamu ni. Kamu sebagai ketua keluargapun lari jugak?”

“Suami saya yang paling cepat lari Ustaz Soot. Entah apa yang ditakutkan. Tapi Ustaz Soot. Rumah kami mana ada telefon?” Zanna mencelah.

“Ha! Rumah kamu takde telefon?”

“Mana ada ustaz. Itu yang pelik. Semua pakaihandset. Buat apa nak bayar sewa RM 40 kalau memang tak guna. Jadi memang dah lama saya potong telefon. Mana tak berlari kami apabila mendengar bunyi telefon.”

Ustaz Soot menelan air liurnya.

“Aik ustaz. Senyap je? Nanti kami turunkan ustaz... Kami tunggu kat kedai mamak. Nanti ustaz dah sudah... Telefon kami. Lama ke ustaz?” soal Zanna.

“Adalah dalam sejam.”

“Cantik. Boleh tengok bola. Liverpool lawan Soton harini,” balas Muaz pula

Ustaz Soot tidak mempedulikan kata kata Pakcik Muaz.

Masak aku! Bukan sebarang hantu ni! Katanya di dalam hati.

Jami mengikut laluan belakang untuk ke rumah Siti. Dia mengelak untuk mengikut jalan raya kerana takut terserempak dengan Along. Lebih baik mengelak berjumpa dengan orang yang panas baran. Banyak pula soal jawab nanti. Soal jawab bolehlah tahan lagi. Takut kena belasah percuma. Lagipun hatinya berat menyatakan Along ada di rumah Siti.

Hanya sinaran bulan yang menerangi jalan. Di dalam hati Jami berzikir. Entah mengapa dia merasakan perasaan yang tidak enak sepanjang perjalanan. Sesekali kedengaran bunyi gema suara burung hantu. Dari jauh dia melihat rumah Siti.

“Gelap? Kenapa gelap sahaja? Kalau Along takde di sini mana pula dia pergi?” soalnya kepada dirinya sendiri.

Perlahan lahan Jami menuju ke arah pintu dapur. Dia melekapkan telinganya di dada pintu. Tidak ada kedengaran sebarang pergerakan atau bunyi.

Takde orang. Katanya di dalam hati.

“Ha Bomoh Karim. Rumah nilah yang saya kena kacau tu.”

Kedengaran suara Along bergema dari laman rumah.

“Eh! Itu Along. Dia bercakap dengan siapa?”

Jami memasangkan telinganya.

“Rumah ni memang panas,” balas seseorang.

“Panas? Memang panas tok. Masa kenduri arwah... Berpeluh saya tok menolong. Wap panas tak keluar. Saya ingat nak pasang penghawa dingin. Bagi sejuk sikit. Nanti orang marah kalau menginap di homestay... Adui!” kedengaran Along mengaduh.

“Kau ni dah kenapa? Aku cakap bukan hawa panas... Tapi rumah ni panas sebab ada banyak setan. Apalah kau ni.”

“Manalah saya tahu tok.”

“Dah. Mari kita bersila. Aku nak mula upacara ni.”

“Yelah tok.”

“Bak sini bekas kemenyan aku.”

Jami perlahan lahan menuju ke laman rumah. Dia memilih untuk bersembunyi di sebatang pokok pisang. Dia melihat Along dan seorang tua sedang bersimpuh dihalaman rumah. Di hadapan mereka ada bekas kemenyan.

“Apa yang dibuat oleh Along tu. Macam bekas kemenyan. Macam menurun je. Tapi untuk apa?” katanya di dalam hati.

Kedengaran mantera dibaca oleh Bomoh Karim yang tidak difahami oleh Jami.

Apa yang dibaca oleh orang tua tu? Macam menyeru sesuatu je.

“Hihihihi.”

Kedengaran pula suara mengilai. Along tersentak lalu memeluk Bomoh Karim.

“Kau ni dah kenapa?”

“Suara apa tu? Seram bunyi tok.”

“Suara yang mengacau kaulah malam tadi. Dia nak berhadapan denganku. Apalah kau ni.”

“Udah kenapa tok bomoh panggil dia. Kan saya suruh halau. Bukannya panggil dia. Meriding saya tok. Tak berani saya nak tengok.”

“Penakut! Akukan ada. Tak berani dia nak mengapakan kau. Dah jangan nak mengacau akulah. Aku nak menghalaulah ni. Lepaskan pelukan kau boleh tak? Geli tau tak. Geli. Mengalahkan perempuan!” marah Bomoh Karim.

Along melepaskan pelukannya. Bomoh Karim memulakan bacaan mantera semula. Along menutup mata. Malah telinganya juga ditutup.

“Hihihihihihi,”

Kedengaran suara mengilai yang semakin jelas kedengaran. Angin sejuk sudah mula terasa di kulit Along dan Jami. Jami melihat dari manakah datang angin sejuk. Daun pokok pisang disekitarnya mula bergoyang mengikut arah angin. Bulu romanya mula menegak.

“Ish! Tuan guru kata kalau bulu roma tegak baca Ayatul Kursi. Ada benda mistik yang nak mendekat,” kata Jami berbisik.

Lalu Jami mula membaca Ayatul Kursi. Tiba tiba dia nampak kelibat Kak Ponti di atas bumbung rumah Siti. Lagi laju dia membaca Ayatul Kursi. Malah tasbih di poket dikeluarkan.

“Bunyi apa tu?” tanya Along.

“Bukalah mata kalau nak tengok,” jawab Bomoh Karim.

“Boleh ke? Tak seram ke tok. Alahai.”

“Apa pula tak boleh. Buka je mata. Nanti nampaklah.”

Along membuka matanya perlahan lahan. Tidak ada kelibat di hadapan matanya.

“Takde bendapun.”

“Nak tengok sangat. Jap. Hang turun kejap!” panggil Bomoh Karim.

Lalu makhluk itu yang tadinya berdiri di atas bumbung terbang turun perlahan lahan lalu mencecah tanah.

“Apa macam lawa tak?”

Along terpaku. Dia tak tahu hendak buat apa. Dia terkedu kerana inilah pertama kali dia melihat Kak Ponti.

“Ke... Ke... Ke.”

“Nak selamat diam je. Kau lari makhluk kejar kau. Apa yang berlaku nanti atas risiko sendiri.” nasihat Bomoh Karim.

Along hanya mengangguk lemah. Lidahnya kelu untuk berkata kata. Kak Ponti melayang menghampiri mereka.

“Subhanallah,” itulah perkataan yang terpacul pada mulut Jami.

“Kak Ponti... Kenapa kau kacau dia ni semalam?” tanya Bomoh Karim.

“Semalam aku lepak kat pokok sana. Nampak dia! Salah ke aku kacau? Akupun dah lama tak mengacau orang!”

“Tapi janganlah mengacau si bangang ni. Kau tengok? Dia ni dahla lemah semangat. Yang bawa motor semalam siapa?”

“Toyol belaan.”

“Mana dia?”

“Lari dah.”

“Kau tengok si bangang ni? Dia dah terpaku. Tak tahu nak cakap apa. Mahu esok dia demam 2-3 hari ni. Dah... Lain kali jangan kacau dia lagi. Pi balik tempat asal. Aku cakap baik baik ni.”

“Ala bomoh. Mana aku nak pergi. Belakang rumah dia ni banyak pokok boleh dijadikan tempat tinggal.”

“Kau nak aku buat secara baik atau paksa?”

“Hmmmmm.”

Tiba tiba makhluk itu menderam dan memandang ke arah kebun pisang. Wajahnya mula berubah kepada lebih garang,

“Kau ni kenapa pulak?”

“Ada manusia yang sedang bersembunyi di sana sedang mengalunkan ayat ayat ALLAH!”

“Siapa tu?” laung Bomoh Karim.

Jami yang bersembunyi di dalam kebun pisang memunculkan dirinya. Mulutnya terkumat kamit mengalunkan ayat ayat suci ALLAH.

“Kau siapa? Kenapa kau bersembunyi dalam kebun tu? Nak mencuri ke?”

“Bukan... Saya lalu di sini tadi.”

“Pelik. Jalan punyalah besar... Ikut laluan kebun. Tak takut hantu?”

“ALLAH MAHA BERKUASA! ALLAHUAKBAR!” laung Jami lalu mengalunkan azan.

Kak Ponti melayang ke arah Jami. Dia berasa marah apabila Jami mengalunkan azan. Tapi layangannya terhenti. Dia menutup telinganya.

“Cukup! Cukup! Aku pergi. Ya aku pergi! Celakalah kau wahai manusia!” katanya lalu terbang melayang ke udara lalu menghilang.

Jami menyudahkan azannya. Selepas selesai dia berdoa. Bomoh Karim berdiri mendapatkannya.

“Terima kasihlah budak. Kau siapa? Tiba tiba muncul dalam cerita ni? Nampak kau macam orang baik baik.”

“Saya penduduk kampung ni. Nama saya Jamil... Tapi panggil Jami je. Pakcik?” Kata Jami berbahasa basi.

“Aku Bomoh Karim. Budak tu upah aku halau Kak Ponti tadi. Kenapa kau kat sini? Buat apa mengendap?”

“Panjang ceritanya pakcik. Macamana Along? Tapi saya mengendap bukan untuk tujuan yang tak baik. Nak ceritapun panjang pakcik. Pakcik ni siapa?”

“Aku? Aku tok bomoh. Budak tu? Rasanya dia tengah terperanjat lagi tu. Tengok tu terpaku je. Jangan gila udah. Lelaki tapi lemah semangat. Penakut. Kata dah ada 3 orang anak. Pelik aku.”

Jami memandang ke arah Along yang masih lagi terduduk terpaku memandang ke hadapan.

“Takpelah pakcik. Saya pergi dulu. Nanti kalau dah sedar si Along... Susah saya nanti. Dia tak suka kalau saya ada dekat dekat dengan dia.”
“Lah. Baru nak suruh kau papah dia balik ke rumah. Aku mana larat. Aku dah tua. Rumah dia mana?”

“Tapi.”

“Ala. Kau papahlah dia sampai ke rumah. Lepas tu tinggalkan aja depan rumah dia. Aku ikut. Aku yang akan pulihkan semangat dia nanti.”

Jami mengangguk bersetuju. Dia mendapatkan Along dan mula memapahnya.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku