Kisah Seram Malam Jumaat - HUTAN
Genre: Seram/Misteri
Kategori: Cerpen
Paparan sejak 28 Julai 2016
Penilaian Purata:
(28 orang telah menilai karya ini)
6265

Bacaan






DUA buah Jeep Wrangler tahan lasak bermandi lumpur itu dikerumuni oleh anak-anak suku kaum asli Mayan sambil menuding-nuding jari ke arah mereka. Zulaika sekadar memerhati anak-anak orang asli sambil memberikan senyuman kepada mereka. Duduk di sebelahnya ialah Johanna merupakan seorang pelatih praktikal PHD yang mengambil pengajian di Indonesia dalam Fakulti Perhutanan. Gadis asal Kalimantan itu berusia tua dua tahun daripadanya.

Sedangkan Ghazali dan Rahmad adalah wakil dari sebuah syarikat bioteknologi antarabangsa bertapak di Negeri Di Bawah Bayu. Ikut kata Profesor Gumelar dia dijemput untuk menyertai ekspedisi itu. Semua biaya atas tajaan syarikat tersebut. Dan ini adalah ke sekian kalinya dia dipujuk oleh Profesor Gumelar untuk menyertainya. Dia ingin tahu sejauh mana kebenaran akar kayu langka tumbuh di tengah rimba hutan itu kononnya mampu menjadi penawar kanser.

Anak-anak orang asli kaum Mayan itu terus mengelilingi mereka. Johanna menunjukkan sikap rimas. Dia hanya mampu menyembunyikan senyuman. Keletah anak-anak orang asli Mayan itu dilayan seadanya. Bahasa mereka juga tidak berapa difahami.

Ika dan Johanna boleh ikut Sindai,” arah pemandu mereka, Abang Marjan.

Sindai, wanita dari suku kaum asli Mayan itu hanya berkomunikasi dengan bahasa isyarat. Langkah Sindai, Bertubuh 4 kaki 8inci, rambut lurus kehitaman dan kulit sawo matang itu dibuntuti mereka.

Sebuah gubuk dibina menggunakan tumbuhan hutan iaitu pokok bertam dan buluh. Zulaika melabuh punggung di atas tempat duduk dibuat daripada buluh. Semuanya serba alami dan tiada peralatan moden.

Kau pernah datang ke Kalimantan?” soal gadis seberang itu.

Ini yang pertama kali.” Zulaika duduk di atas kerusi buluh itu.

Bagus. Kau akan lebih mengenali budaya sini. Tapi kau tidak takut masuk ke Hutan Mayan? Lagendanya? Sejarahnya?”

Dia tersenyum. “Aku pernah terbaca tentang tradisi potong kepala. Tapi belum pernah melihatnya.”

Kau akan lihat lebih dari tu kalau kita masuk ke Hutan Mayan. Kau berani?” Johanna tersenyum tipis. Senyuman menyembunyi seribu makna penuh keraguan. Gadis itu ke belakang dan masuk ke salah satu ruang.

'Kau ingat kita pergi sarkaskah?' Getusnya dalam hati. Dia tidak suka dengan ucapan gadis itu.

Hutan di Kalimantan ni adalah paling angker antara pulau-pulau lain di negara ni. Kau tahu semakin meredah jauh di dalam sana. Walau sekadar pohon raksasa kita lihat dan di situlah ada kerajaan jin menghuni hampir sebahagian tanah darat Borneo ini. Teman sepermainan anak-anak di sini adalah dari kalangan jin. Itu perkara biasa.” Johanna tersenyum lebar. Wajah cantik itu boleh tahan juga ada bakat menjadi gadis psiko.

Zulaika tidak suka sikap gadis satu ini. Tiba-tiba satu perasaan tidak selesa dan berat menyelimuti dirinya. Apa maknanya ini?


Malam , Hari Pertama – Hutan Mayan

Perjalanan selama berjam-jam lamanya siang tadi sangat melelahkan. Satu badan sakit. Lalu atas persetujuan semua mereka berkhemah di situ. Banyak juga kelip-kelip malam di sekitarnya. Tetapi ada cahaya lain dari lain dalam kumpulan dalam belukar itu.

Takkan kelip-kelip satu ini warna merah. Macam sepasang mata.” Zulaika terus memerhati.

Ketika termangu dalam gelap, dicapainya lampu suluh dan sibuk menghalakannya ke arah dahan-dahan pokok dan semak berhampiran. Dengan harapan, mahu tahu binatang atau serangga yang dilihatnya.

Sebaik sahaja disuluhnya, terjengul satu wajah menyeramkan di sebalik belukar itu. Menyeringai marah sehingga menayangkan gigi-gigi rapat dan tajam. Kulit wajah itu bergerutu, berbisul-bisul satu muka agak kehitaman dengan mata kemerahan. Terkejut punya pasal terpelanting lampu suluhnya. Bingkas daun-daun dan ranting bergoyang-goyang kasar.

Semua tim berpaling ke arah belukar itu. Zulaika keluar dari dalam khemahnya.

Kau semua nampak tadi?” soalnya cemas.

Alaa.. hutan biasalah. Pasti binatang-binatang tu. Rusa barangkali.” Abang Marjan menduga.

Rusa takutkan manusia. Lagipun lihat dengan jelas ada mata merah dalam semak belukar tu. Aku nampak wajah menakutkan. Mustahil rusa atau binatang lain. Kita kena periksa apa benda tadi tu?”

Baru Profesor Gumelar mahu membalasnya sesuatu dilontar dari jarak jauh menghala ke arah sekumpulan tim memandang unggun api. Bagai lontar peluru tepat mengenai unggun api. Menjerit Johanna terkejut. Tim lelaki lain pula bangkit dari tempat duduk.

Abang Marjan yang lebih berani mengamati haiwan dilontar sehingga memadamkan unggun api. Percikan api berselerakan.

Ini babi hutan!” Semua dalam kebingungan.

Kerja siapa ni?” soal Ghazali kehairanan.

Zulaika berjalan lebih dekat ke arah bangkai babi hutan itu. Dada haiwan itu berlubang besar. Bingkas dia menekup hidung.

Ni mesti angkara benda yang aku nampak tadi. Kita kena keluar dari hutan ni besok. Bahaya!”

Abang Marjan hilang kata-kata. Riak wajah lelaki itu berubah serta-merta.

Semua masuk ke dalam khemah. Jangan keluar tanpa teman,” arah Profesor Gumelar.

Zulaika dan Johanna masuk ke dalam khemah tergesa-gesa. Zip khemah ditarik.


Siang, Hari Kedua – Hutan Mayan

AWAL pagi lagi jeritan Johanna membangkitkan semua orang. Semua tergesa-gesa keluar dari dalam khemah termasuklah Zulaika.

Zulaika yang baru terjaga dari tidurnya bingkas keluar dari khemah. Dia mencari gadis itu yang sedang ketakutan menuding jari. Membuntang matanya. Ada beberapa kayu tinggi memacak kepala babi singa dalam satu bulatan mengelilingi kawasan khemah mereka. Segala isi perut binatang itu mencemari sekitar khemah.

Apa ni!” marah Ghazali.

Johanna sudah menangis ketakutan dipeluknya. Baunya sudah satu macam menerawang sekitar tempat itu. Rahmad pula sudah termuntah-muntah tidak mampu menahan diri. Profesor menekup mulut mundar-mandir.

Perasaannya sudah satu macam tidak mampu digambarkan dengan kata-kata. Ikutkan hati saat itu juga mereka kena berkemas dan balik! Dipapahnya gadis itu masuk ke dalam khemah dan memujuknya.

Mungkin ada yang mahu mainkan kita. Nanti Abang Marjan tu cari tahu,” pujuknya kepada Johanna. Tiada cara lain mahu meredakan ketakutan Johanna.

Tapi siapa? Niat kita baik untuk ke hutan ini bukan menceroboh.” Johanna menyeka air mata.

Jangan fikir bukan-bukan. Tunggu di sini jangan keluar. Aku nak jumpa Prof dulu.”

Zulaika keluar dari khemah itu. Dia segera mendapatkan Profesor Gumelar. Ditariknya lengan lelaki itu agak jauh dari mereka.

Prof, sekarang terangkan apa yang terjadi?” Dia berpeluk tubuh sambil memasang wajah tegas.

Aku juga tidak pasti. Mungkin ulah pemburu haram di sini. Kau tahukan, pemburu haram suka buat onar dan mencuri khazanah hutan ni. Babi singa haiwan hampir pupus itu dan banyak jenis kayu berharga juga. Apalagi dengan akar langka tu.”

Ika tidak fikir itu angkara pemburu haram. Mesti ini adalah puaka hutan ini. Ada yang tidak suka kita berada di sini. Sekarang Ika rasa sebaiknya kita balik hari ini juga. Pagi ini juga setelah kita isi perut.”


Malam, Hari Kedua - Hutan Mayan

ZULAIKA tidak mampu lelapkan mata. Johanna di sebelah sudah tertidur lena. Gadis itu pula tiba-tiba kerasukan sebaik sahaja dia ditinggalkan sendiri dalam khemah. Puas juga diredakan. Puas juga memulihkan semangat Johanna. Mujur sahaja Ghazali tahu keluarkan benda itu dari dalam badan Johanna. Sungguh dia tidak menyangka terus mengikut kata putus Abang Marjan agar meneruskan ekspedisi itu sampai ke hala tuju.

Uuwwarkk!”

Satu bunyi asing kedengaran membuat perhatian mereka teralih. Memecahkan keheningan di malam hari. Keseraman mulai terasa dengan bunyi-bunyi pelik menguasai suasana.

Zulaika keluar dari khemahnya sekadar melutut di muka khemah itu itu. “Bunyi apa tu Prof?”soalnya.

Masuk tidur dan zip khemah kamu. Ingat jangan berani keluar. Abaikan apa kamu dengar,” pesan Profesor Gumelar.

Masing-masing masuk ke dalam khemah. Lampu juga dimatikan. Sementara Johanna berbaring menghadapnya. Kecut perutnya memikirkan kalau gadis itu buat hal di waktu tidak sesuai. Sudahlah berdua lagi dalam khemah itu.

Akhirnya dia terlena. Masa berjalan. Bila matanya tercelik luas sahaja baru sedar Johanna tiada berada di sebelahnya. Zulaika menggelabah. Patutlah rasa sejuk berangin semacam rupanya ternganga muka khemah itu.

Ya Allah! Mana perempuan ni?” Lampu suluh dicapai. Dinyalakan.

Johanna.. Johanna..” panggilnya. Kepalanya melilau mencari. Matanya meliar.

Zulaika segera ke khemah Profesor Gumelar. “Prof.. Prof.. bangun.”

Muncul Profesor Gumelar dengan terpisat-pisat mata. Abang Marjan juga keluar sama.

Kenapa ni?”

Johanna hilang dari dalam khemah.”

Abang Marjan melihat jam waktu itu. “Ini jam 2.00pagi. Masakan kamu tidak sedar Ika? “Manalah aku tahu. Aku tidur. Aku dengar bunyi pelik dan kesejukan terus pandang sebelah. Dia hilang!”

Ghazali juga keluar tergesa-gesa. “Mat! Mat!” Terjerit-jerit dengan intonasi cemas.

Semua terkejut bila lelaki itu memaklumkan bukan hanya Johanna hilang tetapi Rahmad juga sama.

Kita kena cari dia orang,”cadang Ghazali.

Belum bertindak apa-apa kedengaran sayup-sayup suara Johanna mengilai panjang. Diikuti suara Rahmad meminta tolong. Suara keduanya sangat jauh.

Dini pagi yang amat gelap gelita itu ditemani unggas dan burung hantu kalimantan yang mirip suara tertawa manusia. Tiba-tiba sekeliling belukar diredah kasar oleh sesuatu. Seolah dalam semak dan belukar hutan itu ada sekumpulan manusia sedang berlari dari segenap penjuru. Terketar-ketar kepala lutut Zulaika dengan kejadian mistik itu. Diselangi dengan bunyi kepak burung sangat kuat.

Uwaarrkk!” Terenjut tubuhnya. Ketiga lelaki itu mati akal dengan situasi demikian.

Apa kita kena buat ni?” Abang Marjan juga pucat lesi.

Jangan berpecah. Kita berkumpul satu khemah. Ika, kamu tiada pilihan.” Profesor Gumelar masuk ke dalam khemah. Mujur khemah sudah dipagar dengan garam ruqyah dibuat oleh Abang Marjan. Zulaika tidak banyak soal kerana ketakutan yang dirasakannya pada tahap maksima. Dia memeluk kepala lutut. Mulutnya berkumat-kamit dengan zikir. Sambil loketnya diramas-ramas.

Dari dalam khemah mereka hanya mendengar macam-macam bunyi. Derap kaki berlari-lari seolah dalam satu kumpulan terus mengelilingi khemah mereka. Ada suara dari bahasa suku kaum yang tidak mereka fahami. Ada hilai panjang. Diiringi dengusan dan jeritan yang entah dari mana. Dini pagi itu terus menjadi igauan panjang. Seolah ada peperangan suku kaum yang terjadi di tapak itu.

Suara Johanna dan Rahmad sayup-sayup di luar sana merayu dan menjerit meminta tolong. Dia hanya mampu menahan diri. Bahkan nafasnya pun tersekat-sekat kerana takut tertangkap oleh benda yang sedang menganggu di luar khemah itu.


Siang, Hari ketiga – Hutan Mayan

HUJAN gerimis membasahi Hutan Mayan di Kalimantan Tengah. Kalau dilihat mirip persekitaran Lost World, Maliau Basin. Bermacam spesis flora, fauna dan haiwan sudah tentu ditemui dan lihat dalam hutan itu. Tetapi yang jelas makhluk yang tidak pernah ditemui pun ada di situ.

Abang Marjan berjalan di hadapan sekali. Diikuti Ghazali, Rahmad dan Profesor Gumelar. Nafas pun naik mengah. Bukan dia tidak biasahiking di Bukit Gundul, Bukit Taman Tun Fuad dan beberapa lagi.

Beg sandang digalas menambahkan bebannya. Air diteguk sepuasnya. Zulaika tidak larat lagi berjalan. Dia menyandar pada sebatang pokok besar. Ada lipan besar menjalar pada atas kasutnya. Bingkas dia menghentak-hentak kaki kegelian.

Tiba-tiba Abang Marjan berkata sesuatu. Ada nada cemas. Ketiga lelaki itu sudah saling melihat benda yang membuat riak mereka pucat lesi. Zulaika juga mahu melihatnya. Bingkas Profesor Gumelar menahannya.

Jangan tengok, Ika. Percayalah cakap aku ni. Kau tidak perlu tengok.”

Apa sebenarnya tu, prof? Ada apa?” Dia mahu tahu juga. Desakan hatinya tidak mampu dibendung. Akhirnya dia memaksa dirinya ke arah Abang Marjan dan Ghazali.

Matanya terbeliak bila melihat ada mayat tanpa kepala. Bingkas dia muntahkan isi perutnya dan berlari ke arah bertentangan.

Profesor Gumelar menghampirinya. “Aku dah cakap jangan tengok. Kau degil.”

Ma.. mayat siapa prof?”

Mad.. Rahmad.” Nada suara lelaki itu lemah.

Ghazali tidak semena-mena bertingkah histeria. Disabarkan oleh Abang Marjan lalu menangis dan terduduk di atas tanah. Dari ekor mata Zulaika seolah menangkap ada pergerakan laju dari celah belukar hutan itu. Dia menoleh. Tercari-cari kelibat bergerak pantas itu. Tertoleh-toleh dia sekeliling.

Telinganya menangkap satu suara menyeru sesuatu. Suara sayup-sayup kemudian melintas sekilas ke telinganya.

Zulaika.. pewarisku yang hilang.” Bisikan-bisikan itu datang dari segenap ceruk belukar. Dia tertoleh-toleh dengan nafas kian turun naik. Matanya berkerdip-kerdip laju. Batinnya mengombak resah. Zulaika tertekan dengan seruan dan ucapan itu.

Ika!” Profesor Gumelar menyedarkannya. Bahunya dicengkam kuat.

“Kau kena kuat! Hutan ini memang ada semangat tapi kita sebagai manusia kena lawan. Itu semua tipu daya iblis!”


Malam, Hari Ketiga-Hutan Mayan

ADA unggun api dinyalakan. Masing-masing menghangatkan tubuh dari bahang unggun api. Masing-masing tiada semangat. Kebisuan mereka menguasai malam. Kali ini mereka bersiap-sedia dengan sebarang situasi getir. Abang Marjan sudah menabur garam yang diruqyahnya sekeliling khemah mereka. Tiba-tiba keriuhan kera dan burung bersahutan seolah diancam sesuatu.

Uuuuwwwaarrkk!” Satu suara yang memecahkan keheningan malam itu datang lagi.

Semua berpandangan. Kebingungan jelas terpancar. Abang Marjan tergesa-gesa bangkit. Ada renek ketakutan di wajah pemandu asal Kalimatan itu. “Semua masuk dalam khemah. Apapun terjadi jangan keluar. Jangan terlepas dari pagar yang aku buat tu.”

Bagai tidak cukup tanah Zulaika melompat masuk ke dalam khemah. Ghazali ikut masuk ke dalamnya. Lelaki itu meletak jari di bibir agar diam. Dalam keadaan terdesak begitu dia tidak memikirkan haram halal duduk berdua dengan bukan muhrim. Ketakutan yang dirasakan menguasai akal sihat. Masing-masing duduk berjaga. Telinganya dipicingkan menangkap sebarang bunyi. Dalam hitungan seminit sahaja kedengaran bunyi berkepak. Ada hentakan pada tanah seolah baru mendarat.

'Ssssssrrreeetttt.. Ssssssrrreeetttt..' Bunyi diluar khemah seiring dengan derap langkah mengheret. Dedaun-dedaun kering bergesel. Zulaika menekup mulut ketakutan. Air mata bercucuran. Dadanya bagaikan meletup kerana tekanan takut tahap maksima.

Dan Ghazali terus mengisyaratkan senyap kepadanya. Tuhan sahaja Maha Mengetahui betapa hampir luruh jantungnya. Mahu bernafas pun takut didengar. Ketakutan yang menjalar ke setiap inci membeku darah.

Kemudian langkah itu berhenti di samping khemah mereka.

'Ssssssrrreeetttt.. Ssssssrrreeetttt..' Bunyi membuas kedengaran memprotes sesuatu. Tepatnya di luar pagar yang dibuat oleh Abang Marjan.

Kita kena lari dari sini atau jadi mangsa,” bisik Ghazali kepadanya. Zulaika menggeleng tegas.

'Uuuuwwwaarrkk!' Bunyi gerun itu beriringan dengan jeritan seseorang yang jelas memang keluar dari khemah itu.

Namun tiba-tiba suara Johanna merayu-rayu dan merintih hiba datang dari luar khemah itu. Sayup-sayup kedengaran. “Keluarlah.. tolong aku.. tolong aku Ika.” Rintihan Johanna menyeru namanya dengan esakan hiba.

Zulaika terpaut sebak. Semakin dia menekup telinganya suara hiba panjang Johanna menjadi-jadi. Namun Ghazali yang bertindak di luar dugaan. Zip khemah dibuka ternganga. Zulaika tersedar sudah mahu menegah. “Jangan.. itu bukan dia.”

Itu Johanna. Kita bawa dia masuk sini.” Ghazali berkeras.

Dari dalam khemah itu dia hanya mengerekot dan memerhati Ghazali berlari terjerit-jerit nama Johanna. Dari muka khemah ternganga itu juga dia melihat jelas tubuh Ghazali disambar pantas. Makhluk itu terawang-awang, mengepak sayap bak kelalawar lalu mencekak leher Ghazali. Kaki lelaki itu terjuntai-juntai dengan kedua tangan terus mahu melerai tangan makhluk itu.

Zulaika yang menyaksikannya tidak berkata-kata. Badannya kaku. Air mata sudah bercucuran. Ketakutan menguasai diri. Kewarasan fikiran sudah diragut.

Lidah makhluk itu panjang menjilat-jilat wajah Ghazali. Dicekak lebih tinggi. Ghazali hampir kehabisan nafas. Tangan sebelah makhluk bersayap itu berkuku runcing kehitaman terus mengorek ke dada Ghazali. Terjerit-jerit azab Ghazali demikian. Memancut-memancut darah keluar. Semakin dicungkil dengan kuku-kuku tajam semakin membuak darah yang keluar. Jantung lelaki itu ditarik keluar. Berlelehan darah tangan makhluk itu sambil dijilat rakus penuh keasyikan.

Tubuh Ghazali dilempar ke tanah sudah kaku. Mahu termuntah Zulaika melihat makhluk itu menggigit rakus jantung Ghazali masih segar. Terenjut-enjut badannya menahan tangis bisu. Tubuhnya kaku tidak mampu bergerak. Rasanya hidup matinya juga di tangan makhluk itu. Kerana tekanan ketakutan yang tidak mampu dibendung Zulaika sudah jatuh pitam.


Siang, Hari Keempat-Hutan Mayan

MATANYA mencelik perlahan-lahan. Hari sudah meninggi waktu. Bila tersedar dengan apa yang berlaku semalam Zulaika melompat dari dalam khemah. Matanya meliar melihat sekeliling.

Tidak jauh dari tempatnya berdiri kelihatan mayat Ghazali tanpa kepala sudah dihurung langau dan berulat. Peliknya tubuh itu reput kehitaman dan kecut. Ada lubang besar pada dada dan mengeluarkan bau memualkan.

Zulaika terundur-undur sebak. Menekup mulut menahan tangisan. Kakinya tersandung sesuatu lalu jatuh ke tanah. Bila melihat ada banyak ulat-ulat menjalar pada lengan dan kakinya dia bangkit dan mengibar-ngibarnya tubuh. Terbuntang matanya melihat ada satu lagi mayat reput, kecut dan kehitaman dengan kondisi sama seperti Ghazali.

Argghhh!” Zulaikha histeria melihat situasi itu. Suaranya membelah Hutan Mayan.

Tanpa membuang masa dia menyambar beg sandangnya dan berlari keluar dari hutan itu.

Aku kena keluar dari sini. Aku tidak sanggup bermalam di hutan ini lagi.” Diseka air mata dan lelehan hingus dengan lengan bajunya.

Semakin dia meredah hutan itu semakin jauh entah ke mana halanya. Hanya pohon-pohon gergasi tumbuh meliar. Tiada satu bunyi haiwan pun kedengaran. Cahaya kembali suram. Dan dia tidak mahu tunggu lebih lama. Bisikan-bisikan angin Hutan Mayan mengekorinya..

Tiba-tiba, sampai ke satu tapak kelihatan ada satu batang pokok besar mirip pokok ara. Namun pokok ini lain daripada lain. Ada banyak akar-akar tumbuh bertindih setinggi enam kaki barulah batang pokok menjulang tinggi. Atas rimbunan akar itu mampu dipanjat sebelum mencapai batang pokok gergasi sebesar sepuluh pemeluk. Sangat besar!

Inikan akar yang Prof kata tu?” Dan ketika dia mengelilingi pokok misteri itu membuntang matanya. Zulaika menekup mulut. Matanya bergenang air mata. Satu panorama menggerunkan itu menjadi mata saksi kepalanya.

Ada banyak kepala-kepala manusia dalam jumlah tak terhitung digantung pada dahan-dahan pokok itu. Di antaranya ialah kepala Ghazali dan Rakmat. Sudah tentu kepala Johanna dan Profesor Gumelar juga ada. Kepala lain sudah kecut reput dan sebahagian menjadi tengkorak.

Meremang satu badannya bila matanya menangkap satu kewujudan pada batang pokok gergasi beringin itu seolah satu makhluk. Diamatinya lebih dekat dengan sepenuh perhatian barulah dia sedar itulah makhluk iblis yang membunuh dan meratah jantung timnya. Makhluk yang mempunyai sepasang kaki tergantung pada dahan. Mempunyai sayap bak kelalawar itu dan separuh badan adalah manusia sedang tidur. Sayapnya mengelubung satu badan menutup tubuh termasuk separuh wajahnya.

Saat itulah dia berasa bagai malaikat maut di hadapan mata. Tersilap langkah pasti makhluk itu akan terjaga. Rasanya mahu bernafas pun dihirup hembus perlahan. Langkahnya bagaikan pencuri. Bingkas dia menyembunyikan diri di dalam lubang akar yang boleh membolos masuk ke dalam. Mujur tubuh badannya kecil molek. Beg sandang disembunyikan bawah rimbunan dedaun. Dari sebalik akar-akar pokok itu dia berdoa dan zikir memohon kepada Allah.

Subhanallahil' Azhim Ya Hayyu Ya Qayyummu, Birahmatika Astaghitsu.” Membawa maksud, Mahasuci Allah Yang Maha Agung, Wahai Yang Maha Hidup dan Yang Maha Selalu Mengawasi, Aku mohon pertolongan dengan rahmat-Mu.” Doa itu diulang-ulang dengan sepenuh hati sampai dia terlelap di dalam lubang akar itu.


Malam, Hari Keempat-Hutan Mayan

DALAM mimpinya, Zulaika berlari-lari di dalam hutan gelap itu namun dikejar oleh makhluk separuh badan kelalawar. Dia hilang arah. Tiba-tiba muncul tiga kelibat kemudian berubah menjadi cahaya. Pandangannya silau tidak mampu melihatnya.

Zulaika pewarisku yang hilang. Bila kau telah menjejak kaki ke hutan ini saja maka sebahagian dirimu menghidupkan semangat iblis yang sekian lama tidur beratus tahun lamanya. Sudah terlambat. Kau mesti hadapi iblis itu dan tamatkan riwayatnya.”

Macam mana aku kena tamatkan? Aku tiada daya.”

Kau mampu, Zulaika. Di dalam aliran darahmu ada keturunan Wulan Jihan, Srikandi yang paling terbilang. Makhluk iblis itu adalah lawanmu kerana dialah penyebab moyang, nenek dan ibumu mati dalam genggamannya. Satu-satu warisan kau miliki itu adalah jawapannya. Akar ini, pokok ini bukan sebarangan tumbuhnya. Gabungkan warisan dan alam ini menjadi senjata ampuhmu.”

Kelibat cahaya hilang. Bingkas Zulaika terjaga. Dia kebingungan dengan apa yang dimimpinya. Batinnya berkecamuk resah. Hari sudah gelap di luar rupanya. Begitu lamanya dia bersembunyi di bawah lubang akar itu.

Ada suara seseorang berkomunikasi dengan makhluk iblis itu.

Dia masih dalam hutan ini. Tidak mungkin lari jauh. Aku sudah cukup persiapkan semuanya. Sepatutnya perempuan itu sudah kau tangkap.”

Hatinya terdesak untuk tahu siapakah empunya suara satu lagi. Dalam lubang akar itu dia mampu merangkak untuk masuk lebih jauh di tengah. Bila melihat banyak serangga menjalar di atas tanah dia menahan diri daripada terjerit. Terasa mahu sahaja lari dari lubang itu. Nyawanya tentu sebagai pertaruhan.

Dikuatkan hati merangkak meski ada bermacam spesis. Tidak jauh dari tempatnya merangkak ada celah lubang di sebalik akar-akar itu mampu meraih insan bersemuka dengan makhluk hodoh bersayap itu. Terbuntang matanya. Kemarahannya memuncak tinggi mengetahui tembelang seseorang sudah terbongkar.

Tiada yang mampu dikatakan. Hanya menanti waktu mahu bersemuka dengan pengkhianat yang sudah beredar. Bunyi gerun makhluk iblis itu membelah Hutan Mayan. Mengepak ke udara mencari dirinya. Dia teringatkan pesanan dalam mimpinya.

Gabungkan warisan dan alam ini menjadi senjata ampuhmu.'

Perlahan-lahan dia keluar dari tempat persembunyian di bawah pokok misteri. Tidak sedetik pun detak jantungnya tidak berdegup kencang. Selagi makhluk itu tidak kembali lagi dia berpeluang mencari jalan keluar. Tetapi bukan lari dari situ.

Apa maksudnya warisan aku miliki?” Dia melerai teka-teki itu. Satu-satu barang yang dimiliki sejak lahir adalah kalung berloket umpama Kalung Penyan. Kalung itu dikeluarkan dari dalam baju T dan tatapnya. Alam yang dimaksudkan senjata adalah akar itu. Bingo!

Kemudian dia melihat belitan dan ribunan akar-akar setinggi enam kaki itu tumbuh menjulang. Itulah satu-satunya pokok misteri pernah dilihat. Bunyi erangan dan tangisan hiba mendayu-dayu kedengaran dari kepala-kepala itu.

Seram sejuk jangan cakap. Menggeletar tubuhnya. Zulaika terus berkeliling pokok itu. Bagaikan bertawaf. Dia mahu mencari senjata diri. Kakinya tiba-tiba tersandung satu akar menjalar panjang dengan hulunya sangat tajam.

Akar ni mesti sesuai. Ini yang terbaik.” Dihentaknya kaki pada akar panjang itu sehingga merekah dan terbelah dua. Tapak tangannya melecet kerana menarik kuat akar itu. Loket pada kalung ditanggalkan dan mencuba-cuba untuk memasukkan lubang loket ke hulu tajam akar itu. Sungguh tak disangka ia bagaikan lembing bermata permata.

Malam itu adalah malam jumaat, ketika hutan berbicara dengan angin dan jiwa hidup di dalamnya. Dia menanti dengan penuh keberanian berharap mampu keluar dari tipu daya Hutan Mayan.

Apakah yang berlaku ke atas Zulaika malam itu? Siapakah pengkhianat yang dilihatnya. Apa kaitan Zulaika dengan Hutan Mayan dan makhluk iblis itu? Kisah ini tidak berhenti di sini. Nantikan versi lebih padat dan panjang bakal diterbitkan untuk tahu kisah silam Hutan Mayan dan Zulaika.

Selamat Malam!


Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku