PONZI
ATTACK
Genre: Thriller/Aksi
Kategori: Alternatif
Paparan sejak 29 Julai 2016
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
94

Bacaan






Serangan siber tidak boleh dijangka dan membawa kerosakan yang teruk kepada mangsa. Dunia telah lama dikejutkan dengan pelbagai perisian bahaya yang bertujuan memusnahkan dan menyahfungsi komputer serta rangkaian komputer. Ia dikenali sebagai ‘malware’ atau ‘malicious software’. Ia perisian yang ringkas yang boleh menyeludup masuk melalui perisian haram atau sah ke dalam komputer serta rangkaian komputer. Malware mampu ‘hijack’ pelayar web dan membawa pengguna kepada laman web yang tidak diperlukan, lucah, pembelian atas talian dan kuiz-kuiz internet yang mengarut.

            Terkini, sejenis ‘malware’ yang dikenali sebagai ‘Wannacry’ telah menyerang beberapa rangkaian komputer dunia secara meluas mulai 12 Mei 2017 dalam sekala yang tidak dijangka. Dilaporkan lebih 230,000 komputer dari 150 buah negara telah dijangkiti. Serangan teruk berlaku di Russia, Ukraine dan Taiwan. Sebahagian besar perkhidmatan kesihatan Britain, National Health Service terkesan dengan serangan ini. Selain daripada syarikat telekomunikasi Sepanyol, Telefonica dan syarikat pengendali keretapi di Jerman, Deutsche Bahn AG.

            “Fail dan data ditukarkan menggunakan kod tertentu.Mangsa diperlukan membayar sejumlah nilai wang tertentu dalam tempoh tertentu, sebelum fail atau data tersebut dihapuskan.” Lim membaca petikan akhbar.

            “Wannacry strikes two Malaysian companies,” Lim meneliti lagi suatu berita di sebuah portal berita online, milik akhbar yang berpengaruh.

            “Hah!”

            “NHS England was the victim of a massive ransomware attack on 12 May, resulting in some patients' operations being cancelled.

            The attack occurred after the USA's National Security Agency discovered a vulnerability in Microsoft's software called EternalBlue. This exploit was leaked by a hacker group called the Shadow Brokers earlier this year but the vulnerability was patched by Microsoft as soon as it happened.”

            “EternalBlue?” Lim bersoal sendirian apabila membaca berita dari ‘Yahoo News’.

            “WannaCry works by encrypting data on a computer that has been infected. It then tells the user that their files have been locked and displays information on how much is to be paid and when - payment is taken in Bitcoin.”

            “Huh … tak habis-habis dengan Bitcoin,” rungut Lim. Bitcoin adalah matawang maya yang dikembangkan oleh seorang pengaturcara yang memakai nama samara Satoshi Nakamoto.

            “Bitcoin?”

            “Wannacry?”

            “Ponzi?” Lim cuba mencari jawapan. Lim pernah terlibat dengan satu pelaburan menggunakan Bitcoin. Akhirnya pihak polis memberkas sindikit tersebut. Lim ditahan untuk soal-siasat. Lim bukanlah penggerak kepada skim yang dianjurkan. Lim hanya membangun portal pelaburan dan kemudian menjualkannya kepada pemilik skim pelaburan. Ramai mangsa teraniaya.

            Sudah tiga minggu Lim berkerja keras untuk membangunkan satu perisian untuk menjahamkan rangkaian sebuah bank yang terkenal di Malaysia. Imbauannya terhadap kisah-kisah penganiyaan rangkaian bank yang melanggar ‘collective agreement’ dengan pihak kerja, meluap-luap hasratnya. Apa lagi, salah seorang mangsa adalah bapa saudaranya sendiri, lima belas tahun yang lalu.

            Lim masih ingat lagi bagaimana hidup Uncle Donald begitu teruk selepas kena buang kerja. Marry, isteri Uncle Donald meninggalkannya , mengikut lelaki lain. Nasib baik mereka tidak ada anak.

            “Uncle tak pergi kerja hari ini?” ujar Lim sambil tangannya laju menekan ‘game controller’ sambil melayan permainan melalui ‘PS3’

            “Uncle dah kena terminate,” ujar Raymond dengan wajah yang sugul.

            “Kenapa?” Tiada jawapan dari Uncle Donald.

***    

Ingatan kenangan kepada Uncle Donald yang telah meninggal itu bermain-main dalam benaknya. Dia terus bekerja keras. Lima belas tahun Lim menyimpan dendam. Rangkaian bank tersebut berkembang maju dalam tempoh itu.

            “Hello,.. news on 100”, suatu mesej menerjah telefon bimbitnya serentak dengan bunyi nada deringan menandakan mesej masuk.

            “OK.”

            “U must see it!”

            “OK.”

            Butang ‘power’ pada alat kawalan jauh ditekan. Terpampang siaran berita TV pada channel 100. Lim memberi perhatian.

            “The stock market has-been unstable due to these attacks.” Berita dari siaran TV mengujakan bagi Lim. Dia senyum sendirian.

            “The authority belief that it was a cyber attack, penetrate number of sites and banks,” tokok pembaca berita tersebut. Lim tersenyum puas.

            “Nobody or group have claimed responsibility.” Lim tersenyum.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku