Berjalan di dasar laut
Genre: Travelog
Kategori: Alternatif
Paparan sejak 31 Julai 2016
Penilaian Purata:
(3 orang telah menilai karya ini)
470

Bacaan






Pernahkah anda menonton rancangan televisyen, yang pengacaranya seakan berjalan di dasar laut? Aktiviti ini juga dikenali sebagai 'sea-walking' Jika sifat ingin tahu , menyebabkan anda mahu cuba untuk melakukannya, pertimbangkan langkah-langkah keselamatan terlebih dahulu dan pastikan anda betul-betul dalam keadaan sihat.

Pada masa yang sama, saya hendak menceritakan pengalaman saya dan berkongsi dengan mereka yang mempunyai minat yang sama. Ketika itu, iaitu kira-kira 8 bulan yang lepas, saya berada di Pulau Sapi, Sabah. Semua yang turut serta perlu menukar kasut khas yang disediakan. Memandangkan keadaan bot yang bergoyang, ia menyukarkan kami untuk berdiri. Semasa menyarungkan sejenis helmet yang mengandungi ruang oksigen, terasa berat beban yang ditanggung bahu masing-masing.

Perlahan-lahan, kami menuruni tangga , menuju ke dalam laut. Setelah menjejakkan kaki ke bahagian dasar, kami berjalan mengikut laluan tali yang dijadikan sebagai sempadan. Arahan diberikan menggunakan isyarat tangan. Begitu jugalah, cara berkomunikasi andai kata berlaku kecemasan. Orang lain memerhatikan ikan-ikan di sekeling. Sedangkan saya melompat-lompat sambil mendongak ke atas untuk melihat bot. Salah seorang daripada yang bertanggungjawab mengawasi kami, telah mengetuk helmet yang saya pakai. Jadi, saya pun kembali menumpukan perhatian.

Para penyelam profesional membawa kami ke kawasan lain, lalu menunjukkan beberapa hidupan laut. Kemudian, mereka memberikan peluang kepada kami untuk menyentuh dan memegangnya. Kami nampak ada karang lembut yang di dalamnya, tersembunyi ikan badut (nemo) ; sesuatu yang rupanya seperti labah-labah dan sebuah batu yang bentuknya macam seketul otak. Sekumpulan ikan yang dari pelbagai jenis, menghampiri kami untuk makan cebisan roti yang di dalam genggaman tangan. Tetapi, gigitan ikan-ikan kecil itu tidak begitu menyakitkan. Gambar dan video sempat dirakam sebelum kami naik semula ke permukaan air.

Pengalaman berjalan di dasar laut, sememangnya menjadi kenangan berharga dalam hidup kami. Walaupun, pada mulanya berasa agak takut kerana berada di dalam laut yang dalam; namun, kami rasa bersyukur kerana dapat mengenali kehidupan laut serta mengagumi kehebatan ciptaan Tuhan.


Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku