Oh My Inspector
Bab 18
Genre: Thriller/Aksi
Kategori: Novel
Paparan sejak 25 Ogos 2016
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
320

Bacaan






Bot yang mereka naiki berhenti di sebuah pulau yang terpencil. Beberapa orang lelaki berkot hitam dan memegang pistol menyambut kedatangan Kyle dan empat orang konconya.Kyle kemudiannya di bawa ke sebuah pondok yang dibina di sebalik pokok-pokok rhu yang rendang. Chad tersengih memandang rakan kongsinya.

            “Kau lambat setengah jam macam biasa Kyle.” Sapa Chad sebaik sahaja berjabat tangan dengan Kyle. dia menjeling sekilas konco-konco Kyle yang sedang berdiri tegak di belakang lelaki itu.

            “Tak perlu cakap banyak Chad. Aku nak urusan kita selesai secepat mungkin. Masih ada banyak benda yang aku perlu bereskan.” Dia melabuhkan duduk di atas kerusi bertentangan dengan Chad yang sudah menyalakan sebatang rokok. Asap rokok yang berkepul-kepul itu menyerbu masuk ke dalam rongga hidungnya.

            Chad tergelak kecil. Puntung rokok di celah jarinya diketuk perlahan pada bekas habuk rokok sebelum kembali disua ke bibir.

            “Mana barang yang aku minta?”

            Kyle memberi isyarat mata. Salah seorang daripada konconya mengangguk faham seraya meletak sebuah briefcase diatas meja. Chad membukanya bersama senyuman di bibir. Akhirnya 50 Kg dadah yang menjadi idaman hatinya sejak sekian lama telah menjadi hak miliknya. Dood adalah sejenis dadah buatan yang mampu mematikan sel otak manusia dalam masab eberapa saat sahaja. Pastinya Dood akan menjadi senjata yang paling digeruni pihak kerajaan. Dia sangat pasti tentangnya.

Bertahun dia menunggu dadah ini dihasilkan oleh Burhanudin, namun sayang sekali.Professor yang pakar dalam bidang kimia itu meninggal dunia gara-gara kemalangan. Puas dia memujuk Kyle supaya meneruskan projek besar ayahnya, malah dia juga yang membawa lelaki itu masuk ke kancah penjualan dadah dengan menjadikan Redzuan sebagai alasan. Chad tersenyum buat kesekian kali.

“Aku harap urusan kita selesai sampai di sini. Formula Dood ada di dalam briefcase. Seperti yang kita janjikansebelum ni, sebaik sahaja aku serahkan Dood pada kau, aku bebas dari semua kerja kotor ni.” Kyle mengangkat punggung dari kerusi. Matanya tajam memandang Chad yang sudah mengeluarkan pistol seraya mengelapnya dengan sapu tangan.

“Kau tahukan Kyle, benda yang paling mustahil dalam dunia ni adalah berhenti bekerja dengan aku.” Chad meniup perlahan pistolnya yang berkilat. Dia mangacu pistol ke batang hidung Kyle sebelum meletakkannya ke atas meja semula.

Kyle mengetap bibir. Apalagi yang Chad mahukan darinya? Tidak cukup lagikah formula Dood yang digilai lelaki itu?

“Tapi kau dah janji dengan aku.” Suara Kyle sudah naik satu oktaf. Tangannya menghentak meja dengan perasan amarah yang membuak-buak.

Serentak Chad bingkas bangun dengan mata terjegil. Pistol tadi diacu tepat ke dahi Kyle.

“Jangan ingat aku akan lepaskan kau dengan mudah. Orang bodoh aje yang berjanji dengan penyangak!” Jerkah Chad dengan muka bengis. Jarinya menari-nari pada picupistol.

Konco masing-masing sudah bersedia mengacu pistol. Bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan.

Nafas Kyle turun naik. Ya, dia tahu dia bodoh kerana mempercayai orang seperti Chad.Namun apa pilihan yang dia ada dan semua ini adalah demi Redzuan. Janjinya pada Redzuan harus dikotakan walau dengan cara apa sekalipun. Kyle pantas menepis pistol ditangan Chad seraya membalikkan meja.

Suara kuat Chad menjerit langsung tidak diendah. Pasti lelaki itu berang gara-garadi hempap meja bersama konco-konconya.

Kakinya berlari laju meninggalkan konco-konconya yang sedang saling menembak. Pistol yang tersisip kemas di pinggang dicapai bersama nafas yang termengah-mengah.

Bang! Bang !

Nyaris sahaja tembakan Chad mengenai tubuhnya. Kyle menoleh ke belakang seraya melepaskan beberapa das tembakan. Konco-konconya barangkali sudah tewas gara-gara diledak dengan tembakan orang-orang Chad yang lebih gagah. Kyle segera melompat ke dalam bot. Enjin bot segera dihidupkan.

“Kyle!”Jerit Chad bersama sengihan dibibir. Pistol di tangan diangkat tinggi.Perlahan-lahan jarinya menarik picu sebaik sahaja matanya mengenal pasti sasaran.

Bang!

 

 

“KALAU abang aku mati, aku tembak kepala kau!” Jerkah Redzuan dengan suara kuat. Terkejut bukan kepalang dia sebaik sahaja membuka pintu rumah. Jam sudah menginjak ke angka11.00 malam saat Dino muncul bersama Kyle yang berlumuran darah dan tidak sedarkan diri.

Dino menyeka perlahan peluh yang merenik di dahi. Di dalam hati pelbagai sumpah seranah telah dia berikan percuma buat Redzuan. Sepatutnya lelaki itu berterima kasih pada dia kerana membawa Kyle pulang bukannya marah-marah sebegini. Dia sendiri pun terkejut saat menjemput Kyle di tempat pertemuan mereka. Entah apa yang terjadi, dia sendiri tidak tahu.

“Redzuan,Kyle tak apa-apa. Jangan risau. Kyle bernasib baik sebab baju kalis peluru yangdia pakai menghalang peluru tembus lebih dalam.” Doktor Salman menepuk perlahan bahu Redzuan.

Redzuan menoleh. Dia terlalu sibuk memarahi Dino sehingga langsung tidak menyedari kehadiran Doktor Salman. Bahu doktor peribadinya itu dipegang dengan wajah cemas.

“Dia dah sedar belum Uncle? Boleh saya tengok dia?” Wajah Doktor Salman dipandang. Sememangnya Doktor Salman telah menjadi doktor peribadi mereka sejak dulu lagi. Doktor Salman sudah banyak berjasa pada mereka dua beradik. Walau seteruk manapun kecederaan yang dialami, mana mungkin Kyle boleh dirawat di hospital.Kalau itu sampai terjadi, semestinya semua kerja Kyle akan terbongkar dan mereka akan sama-sama meringkuk di dalam penjara! Cukup-cukuplah penderitaan yang abangnya lalui sebelum ini. Dia tak mahu abangnya tambah menderita.

“Kyle dah sedar. Masuklah. Mungkin dia pun nak jumpa kamu. Uncle balik dulu ya Redzuan.” Mereka berjabat tangan buat seketika sebelum Doktor Salman bergegas pulang. Redzuan menarik nafas lega.

“Balik. Aku tak nak tengok muka kau.” Wajah Dino langsung tidak dipandang. Hatinya masih lagi panas apabila mengenangkan keadaan Kyle walaupun sebenarnya dia agak berterima kasih pada Dino kerana membawa abangnya pulang.

Tombol pintu bilik utama dipulas perlahan. Abangnya sedang terbaring lesu di atas katil, menegadah syiling.

“Aku tak boleh lari dari dunia gelap ni Redzuan. Aku memang ditakdirkan untuk hidup begini.”Redzuan terdiam. Pandangan wajah abangnya tampak kosong sahaja, bagai sudah tidak punya harapan seperti waktu dia mula-mula mengenali Kyle. Redzuan menarik nafas panjang.

“Siapa yang tembak kau?” Soal Redzuan cuba mengalih topik perbualan mereka.

“Chad.”

“Apa jantan berdebah tu mahu dari kau kali ni?” Suara Reduan sudah meninggi. Apalagi yang Kyle telah lakukan di belakangnya?

“Dia nak aku stay.” Selimut yang berada diparas pinggang ditarik ke dada. Tubuhnya terasa seram sejuk bagai mahu demam. Buat seketika dia berharap peluru tadi memakan nyawanya, biar dia bebas dari belenggu lelaki yang bernama Chad buat selamanya. Tapi, bila mengenangkan Redzuan, tak mungkin dia akan meninggalkan adiknya begitu sahaja. Sekalipun dia mati, Chad akan menjadikan Redzuan sebagai galang ganti!

No way! Kau dah ikut segala kemahuan dia bertahun-tahun. Apa lagi yang dia nak? Belum cukup ke khidmat kau pada dia?”kali ini dia benar-benar berang. Chad memang tidak boleh dipercayai. Sepatutnya lelaki itu merempat di neraka!

Kyle tergelak kecil.

“Apa pilihan yang aku ada? Mati?”

“Dia yang patut mati!” Tegas Redzuan, lantang. Ya, sepatutnya Chad yang mati bukan abangnya. Chad bertanggungjawab dalam pembabitan ayah serta abangnya dalam dunia gelap ini. Kalaulah keberaniannya lebih besar daripada dendam yang berkecamuk di dalam hati, sudah lama dia penggal kepala Chad. Pengaruh lelaki itu sangat kuat sehingga sukar untuk dia disentuh.

Kyle senyum buat kesekian kali.



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Prolog | bab 1 | bab 2 | bab 3 | bab 4 | bab 5 | bab 6 | bab 7 | bab 8 | bab 9 | bab 10 | bab 11 | bab 12 | bab 13 | bab 14 | bab 15 | Bab 16 | Bab 17 | Bab 18 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku