Aduhai Si Kembar
Bab 34
Genre: Fantasi
Kategori: Novel
Paparan sejak 08 September 2016
Penilaian Purata:
(12 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
1371

Bacaan






34

Sambil memerhati keadaan sekeliling ruang dobi, mulut Airis tidak lekang menyanyikan lagu hidup dalam mati yang di pasang di Ipodnya. Inilah padahnya kalau malas nak basuh baju, kan dah bertimbun. Hari ini panjang pulak line dia. Farris Airis! siapa ajar kau jadi pemalas ini? Dahlah pemalas lepas itu mengeluh pula. Astgharfirullah!

“Kalau aku tampar dia lagi sekali okay jugakan?” Tiba-tiba muncul suara dari entah mana datang. Tapi disebabkan telinga Airis masih lagi di sumbat earphone, jadinya sekarang dunia dia hanya bertemankan lagu yang dia pasang.

“Terus hilang mood bahagia pagi-pagi ini.” Rungut Airil tidak puas hati apabila melihat Airis duduk di atas kerusi di hadapan washing mechine tetapi masih ada beberapa bakul baju lagi dihadapan Airis, itu bermakna Airis masih menunggu gilirannya.

Lakaran lukisan tak berwajah
Meronta ku di dalam kesunyian
Tak rela ku mengejar cinta yang hampir suram
Sendiri ku di sini pilu

Terkumat-kamit mulut Airis menyanyikan lirik lagu tersebut sambil menggoyangkan kakinya. Airil yang memerhati tingkah laku Airis, terangkat sebelah keningnya. Suara macam cengkerik ada hati nak nyanyi, macam katak sakit tekak pun ada aku rasa, kutuk Airil dalam hati. Tiba-tiba muncul akal jahat nak membalas dendam. Kau fikir aku akan diamkan saja ke? Memang taklah Farris Airis.

Dia berdiri dibelakang Airis yang dari tadi tidak perasaan kehadirannya. Dengan senyuman yang menjengkilkan perlahan-lahan dia menarik kerusi Airis yang digoyang-goyang Airis dengan kakinya.

Satu. Dua. Tiga.

‘Pap!’

“Ouch!” Rintih Airis sambil mengosok-gosok punggungnya yang terasa sakit. Dia menoleh ke belakang untuk mencari penyebabnya.

Airil dengan riak muka yang tidak bersalah. “Kesian. Sakit ya?”

Airis menjeling sambil mencebik. “Sakitlah Ril!”

“Sakit? Hati aku ini lagi sakit.”

“Kenapa pulak? Ke ada orang toreh hati Ril atau ada orang reject Ril terang-terangan?” Balasnya selamba.

Airil merenung Airis setajam-tajamnya. Kau ingat aku tak tahu, kami kantoi di sebabkan mulut puaka kau. “Buat-buat tak tahu pulak kaukan? So kau seronoklah tengok kita orang terkantoi hari itu? Atau kau dah puas gelakkan kita orang?”

“Kantoikan apa pulak? Merepeklah Ril ni.” Balas Airis sambil tergelak yang dibuat-buat. Alamak aku tak bersedia lagi nak berhadapan dengan kemarahan mamat senget kepala batu ini. Apapun aku buat semua itu untuk selamatkan mereka dari tersalah langkah. Itu sahaja caranya supaya mereka sedar yang mereka salah.

“Kalau kau tak bersalah, kau tak akan gabra macam inilah Airis.”

“Ya ke? Mana ada Ris gabra.” Nampak sangat ke aku gabra?

Airil menjeling. Panas pula rasanya tengok muka selamba budak sengal ini. “Aku dah pun cakap, kalau kita orang kantoi orang pertama yang aku akan tuju adalah kau Airis, kau sorang saja yang tahu semua itu. Tak perlu nak berdalih lagi.”

Airis menggaru kepalanya yang tidak gatal. Aku kena buat sesuatu. “Aduh-aduh sakitnya perut ni rasa macam nak melepas pulak” Airis membuka langkahnya untuk pergi dari situ. “Hah! Ril tolong jangan alihkan bakul Ris ya, kejap je Ris nak pergi melepas ni.”

Airil menekan-nekan penumbuknya. Nasib baik Tuhan masih karuniakan aku kesabaran, kalau tidak, dah lama penumbuk aku ni jadi hadiah dekat pipi kau tu Farris Airis. Dia memandang bakul Airis yang penuh dengan baju dan dia memandang sabun baju dan sesuatu yang akan membuatkan Airis meletup kemarahan. Kau main halus dari pandangan mata, aku balas dengan mechine gun. Kau tunggu Airis.

Dengan akalnya yang bijak dan senyuman yang menampakkan lesung pipitnya yang nakal, dia memasukkan semua pakaian Airis ke dalam washing mechine, sabun secukupnya, pelembut secukupnya dan sesuatu yang akan membuatkan semua baju Airis akan bertukar warna menjadi sangat cantik dan menawan. Hahaha! Mesti susah kau nak hilang benda ini nanti.

Airis menyorok-yorok disebalik pintu masuk bilik dobi Dragon Houses. Agak-agak dia ada lagi ke? Aku malaslah nak bertikam lidah dengan mamat senget kepala batu itu, nanti tak pasal-pasal dia tampar aku lagi. Seram aku.

“Eh mak engkau!” Telatah Airis apabila tiba-tiba sahaja Airil muncul dihadapannya dengan senyuman nakal. Tanpa berkata apa-apa Airis masuk ke dalam bilik dobi sambil mulutnya bernyanyi. Dia perasan akan sesuatu. “Eh mana baju aku? Semuanya dah hilang.” Satu-satu bakul dia periksa. Mana perginya semua baju aku ini? Jangan cakap mamat senget kepala batu itu dah buang semua baju aku.

“Kau cari baju kau ke?” Tanya Airil dengan muka selamba badaknya. “Itu. Aku dah masukkan baju kau dalam washing mechine nombor 6, siap letak sabun dan pelembut lagi.” Tambahnya sambil menunjukan washing mechine yang ada pakaian Airis. Selamatlah exercise malam ini.

Airis tersenyum. Wah! Kenapa baik pula abang aku hari ini. Apapun ada penambah baikan. Aku suka. “Thanks Airil, susah-susah je.”

“Tak susah pun.” Airil berlalu pergi. Dalam hati hanya tuhan saja yang tahu betapa seronoknya dia apabila dapat mengenakan budak sengal itu. Tak sabar nak tunggu respons budak itu.

Airis menunggu dengan kesabaran. Lima. Empat. Tiga. Dua. Satu. Ting ting ting. Yeay! Akhirnya siap juga baju aku, kalau bukan disebabkan Airil yang tolong, mesti lambat lagilah aku dapat jemur baju ini. Sukanya dalam hati bila abang sendiri dah berbaik dengan aku, mama, papa akhirnya Ris berjaya memecahkan tembok batu hati mamat senget kepala batu itu.

Airis membuka penutup washing mechine sambil senyuman dibibirnya yang masih tidak kurang lekang. Wanginya baju-baju aku. Satu persatu baju dia perhatikan sambil tergeleng-geleng kepalanya. “Oh tidak! FARRIL AIRIL!” Jeritnya seperti nak menangis. “Airil! Airil! Airil!”

Airis mengeluarkan ke semua bajunya. Habis semua bertompok-tompok warna unggu, biru dan merah. Dia tak tahu apa yang telah Airil masukkan ke dalam cuciannya. Kalau macam inilah alamatnya memang lambat lagi aku dapat jemur baju aku ini. Dengan perasaan geram, tanpa berfikir apa-apa dia terus mengangkat bakulnya yang berisi baju yang bertompok-tompok menuju ke arah bilik Airil. Dia terlupa kawasan bilik lelaki adalah kawasan larangan bagi pelajar perempuan.

Airis membuka kuat pintu bilik D12/1 sambil memerhati ke sekeliling bilik tersebut mencari kelibat Airil.

Qausar yang sedang baring di atas katil terperanjat. “Airis! Kau buat apa dekat sini?” Soalnya.

Hanya dibalas dengan jelingan Airis.

Daniel dan Rayyn yang sedang khusyuk membuat kerja rumah di atas katil masing-masing terkejut apabila mendengar Qausar memanggil nama Airis. “Ris kau buat apa dalam bilik ini?” Soal Syamin Rayyn pula.

Airis diam tidak menjawab. Dia masih mencari-cari kelibat Airil.

Pintu bilik air terbuka. Airil yang baru sahaja siap mandi, mengelap rambutnya yang basah. Dia perasan kehadiran Airis. Dengan muka yang selamba badaknya lagi, dia tersengih. “Kenapa dengan kau? Rindu aku ke? Jangan risaulah. Abang kau ni tak akan lari ke mana-mana Airis, adikku sayang.” Ujarnya sambil tersenyum sinis.

Airis merenung tajam ke dalam mata Airil. Aku rasa macam nak saja tarik tuala mamat senget kepala batu ini. “Banyaklah Ril. Apa yang Ril dah buat dengan baju Ris? Basuh balik baju Ris yang kena tompok-tompok warna unggu, biru dengan merah ini. Ril yang buatkan semua ni?”

“Tak kuasa aku.”

“Ril, sampai hati buat macam ini. Habis rosak baju Ris.”

“Kau basuh balik, nanti okaylah.”

“Basuh balik? Ril fikir senang ke? Mahu sehari semalam itu pun belum tentu dapat hilangkan.”

“Baguslah kalau macam itu. Aku suka.” Airil selamba. “Itu masih dikira aku ni baik hati lagilah. Kalau nak ikutkan hati jahat aku ni, dah lama aku rendam dengan cat je semua baju kau tadi. Tapi ni kira okaylah. Kan?” Dia tergelak besar.

Airis seperti mahu menangis. “Apa salah Ris?”

Airil menjeling. Ingat dia kesian. “Ini payback sebab kau sembur aku dengan pepsi dulu.”

“Itu sebab Ril yang tolak Ris sampai jatuh. Itupun Ril dah pun putuskan tali slingbag Ris. Ril nak apa lagi?”

“Ada aku kisah. Ini juga sebab kau kantoikan aku dan kawan-kawan aku.”

Airis memuncungkan mulutnya dan dia menjeling Airil. Hilang sudah rasanya nak menangis. Perasaan geram pula yang menguasai dirinya. “Ada ubi ada batas ada hari nanti Ris balas.”

“Balaslah. Aku nak tengok sejauh mana kau berani nak main-main dengan aku Airis.” Airil seperti menggugut.

Airis menjelir lidahnya ke arah Airil. “Ris serius. Kau tunggulah Farril Airil. Tunggu saja payback daripada Ris.” Tambahnya lagi dan berlalu pergi dengan perasaan yang sangat geram. Dari luar pintu bilik D12/1 lagi Airis sudah dapat mendengar ketawa yang menjengkilkan daripada abangnya. Kau tunggu Farril Airil, aku akan bayar balik tanpa kredit kad!

“Nak payback? Woi Farris Airis! Aku tunggu payback kau.” Balas Airil sambil terjerit dalam sisa tawanya yang masih berbaki.




Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku