ILMU HITAM
PROLOG
Genre: Seram/Misteri
Kategori: Novelet
Paparan sejak 30 September 2016
Penilaian Purata:
(8 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
5476

Bacaan






“INGAT JAMILAH, musuh ketat kamu adalah orang yang beriman. Jauhi mereka.” Pesan mbahnya. Tangan yang masih licin kulitnya itu menyiram air yang bercampur 7 warna bunga itu pada tubuh gadis ayu yang duduk bersimpuh sopan membelakanginya. Mulutnya terkumat-kamit membaca beberapa rangkap mentera keramatnya.

Gadis ayu yang merupakan cucu tunggalnya itu menganggukkan kepala. Bibir mungilnya tidak putus-putus melirik senyuman. Mbah sudah mencecah usia hampir 70-an tetapi masih tampak jelita seperti wanita berusia 30-an. Berbeza engan ibunya. Wajah ibunya sudah punya garis-garis kedutan.

“Milah akan ingat pesan Mbah.” Dia membalas.

“Kamu memang selayaknya mewarisi ilmu mbah. Kamu jangan takut. Kamu punya ‘kawan’ yang akan membantu kamu bila-bila masa saja kamu suka. Dia juga akan melindungi kamu.”

Bibirnya tersenyum lagi. Dia memalingkan kepala menghadap wajah muda jelita mbahnya itu. Mbahnya seorang dukun yang hebat. Dia mahu jadi seperti mbahnya. Cantik dan penuh ilmu di dada.

Rambut panjangnya dilurutkan dengan limau nipis. Kemudian dibilas dengan air 7 warna bunga itu.

“Jadi, kamu harus meminta keizinan dari ibu kamu untuk tinggal bersama mbah,”

Gadis itu mengangguk-anggukkan kepalanya, Dia bosan duduk berkurung di rumah.


DIA menelan liur berkali-kali. Pinggan berisi hati ayam itu berbaur hanyir sekali. Hati ayam yang mentah itu dikunyah mentah-mentah oleh mbahnya dengan lazat sekali. Apabila disuakan kepada dia, dia menggeleng berkali-kali. Tidak sanggup. Tekaknya berasa mual.

“Tak guna! Berani kamu berupa macam aku. Mengacau cucu aku!” Mbah muncul di muka dengan wajah penuh amarah.

Dia tersentak. Terkebil-kebil melihat mbah menjadi dua. Mbah menyerbu dengan maki-hamun di mulutnya.

Makhluk yang berubah seperti mbah itu meloncat ke atas meja dengan sengihan. Lelehan darah kelihatan pada bibir hingga ke dagu.

“Pergi! Pergi! Tak boleh sabar! Aku sudah cakap aku akan berikan kau makan nanti!” marah mbah.

Dia sudah kaku di tempat duduknya. Pelik. Dia tidak berasa takut melihat mata ‘mbah’ yang satu itu merah seperti saga. Menyeringai memperlihatkan taring runcingnya.

“Hehehehe…” Makhluk itu berubah menjadi rupanya lalu melompat keluar dari jendela yang terpelangah. Mbah merengus kasar. Hati ayam hutan telah dibaham oleh saka belaaannya itu. Mana mahu dicari gantinya dalam masa terdekat ini.

Dia mengebam bibir. Terukir senyuman apabila mendengar suara mbahnya membebel dalam bahasa jawa.

“Bila mbah turunkan ‘dia’ pada kamu nanti pastikan kamu jangan berlembut hati dengannya. Dasar belaan tidak tahu diuntung!” desis mbahnya.

Dia ketawa kecil.



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
PROLOG | Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku