Tak suka tapi Cinta
Babak 1
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 23 Oktober 2016
Penilaian Purata:
(6 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
4760

Bacaan






“Aisyah!”

“Erm…” jawab satu suara di balik litupan selimut.

“Aisyah bangun!” digoncang beberapa kali tubuh itu agar bangun.

“Ermm.. dah pukul berapa ni?” Tanya gadis itu sambil menenyeh mata kanannya. Jam di meja belajar di capai.

“Allahuakbar!!” terbeliak besar matanya melihat waktu yang tertera pada jam digital itu. 6.50 pagi?!

Sepantas kilat dia bangun, mengambil peralatan mandian lalu segera keluar dari bilik asramanya terus ke bilik air. Lulu yang sedari tadi memerhati hanya ketawa melihat gelagat sahabat sebiliknya itu. Dia menggelengkan kepalanya beberapa kali.

“Itu la.. tadi suruh aku bangunkan kata lima minit lagi la.. sepuluh minit lagi la.. ha! Kan dah lewat...” kata Lulu sambil menempek beberapa jenis solekan ke mukanya.

Sedang lulu leka menelek wajahnya, Aisyah kembali ke dalam bilik siap berpakaian lengkap untuk ke kelas sepuluh minit kemudian.

“Kau mandi tak ni weh? Asal sekejapnya?” Tanya Lulu kehairanan. Pelik betul minah ni. Sekejap betul dia mandi. Mandi kerbau ke apa?

Aisyah hanya tersengih dengan pertanyaan itu.

“Esok kita dah start cuti! Yeaaaaaayyyyyyy!!!!!” kata Aisyah kegirangan. Dia memakai tudung yang sudah ada ditangan.

“Jangan nak suka sangat. Tu.. Assignment banyak.” Kata Lulu sambil memuncungkan mulutnya ke arah meja Aisyah. Bertingkat-tingkat assignment yang sudah tersedia dia atas mejanya itu. Entah bila dia mahu membuatnya dia sendiri tidak pasti.

“Alaaaa.. kau ni lulu.. potong stim betul la..” seloroh Aisyah. Sahabatnya itu pasti akan mengingatkannya tentang kerja-kerja yang sudah seminggu dia ‘kumpul’.

Lulu hanya tersengih kerana berjaya mengingatkan Aisyah tentang kerja-kerjanya. Dia tidak mahu aisyah bersengkang mata menyiapkannya di saat-saat akhir seperti selalunya. Dia sendiri tidak sanggup melihat Aisyah tidak tidur.

“Jom! Kita pergi kelas!!” ucap Aisyah penuh semangat.

“Amboi kau. Aku tahu la pagi ni kelas Encik Haris.” Seloroh Lulu sambil mencapai beg sandangnya. Aisyah hanya tersengih di hadapan pintu. Dia sudah tidak sabar untuk bertemu dengan pensyarah kegemarannya itu.


Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku