Tak suka tapi Cinta
Babak 2
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 23 Oktober 2016
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
2656

Bacaan






“Baiklah. Class Dismis” ucap Encik Harris sebaik sahaja waktu beliau mengajar tamat. Bunyi siulan dan girang disambut oleh para pelajarnya. Encik Harris hanya mampu tersenyum. Siapa juga tidak gembira jika esok sudah mula cuti kuliah untuk cuti pertengahan semester.

“Jangan lupa assignment saya. Cuti tu cuti juga, jangan assignment awak pun bercuti juga.” Ucap Encik Harris lagi sekadar mengingati pelajarnya. Beliau kemudian keluar daripada bilik kuliah itu dengan sebuah senyuman.

“Sya! Kau bila balik?” tanya Lulu sambil mengemas beberapa buah buku dihadapannya.

Aisyah tersenyum. “Kejap lagi!”

“Sukanya dia. Senyum tu dah nak sampai ketelinga dah.” Tegur Qaliff, rakan sekelas mereka juga merupakan sahabat baiknya di universiti ini.

“Siapa je yang tak suka balik woi!” kata Lulu sambil menyiku lengan Qaliff. Qaliff mengaduh sakit lalu mengusap lengannya. Ganas betul minah ni. Nampak je lembut.

“Hehe.. aku senyum sebab keluarga kedua aku dah nak balik Malaysia!” Jelas Aisyah. Tangannya masih ligat mengemas buku yang bersepah dihadapannya. Qaliff dan Lulu berpandangan sesama mereka.

“Keluarga kedua?”

Aisyah menganggguk mengiyakan. “Yup! My second family.”

“Kejap! Aku tak faham. Second family? Parents kau bercerai ke? Setahu aku parents kau okay je. Aman je. Ni apa kes pula ada second mekond family ni?” tanya Qaliff inginkan kepastian. Lulu pula sekadar mengangguk mengiyakan apa yang diperkatakan oleh Qaliff.

Aisyah tersenyum memandang kedua-dua sahabatnya itu. “ermm.. panjang ceritanya kor…”

“Pendekkan!” ujar Qaliff dan Lulu serentak. Mereka sudah menarik kerusi untuk duduk berhadapan dengan Aisyah.

Aisyah ketawa kecil melihat telatah dua sahabatnya ini. Memang satu kepala betul. “Macam ni… Dulu masa kecik-kecik, parent’s aku selaaaaalu tak ada dekat rumah. Biasalah, dua-dua cikgu. So, aku selalu sangat sendirian dekat rumah. Sampailah satu hari tu, ada sebuah keluarga pindah dekat sebelah rumah aku. Mereka ni baik sangat dengan keluarga aku. Jadinya, bila je parents aku tak ada, aku akan kerumah mereka. Main dengan anak-anak mereka. Tapi, masa aku tingkatan tiga, keluarga ni pindah ke Sydney, Australia. Tak silap aku atas urusan kerja. Ha! The End”

“Ohhh…”

“Ha.. Puas hati?” tanya Aisyah dengan senyuman meleret.

“Kejap! Kau kata kau pergi main dekat rumah mereka kan? Siapa?” tanya Lulu penuh teruja.

“Si kembar dan si comel”

“Siapa?”

“Ahhhh! Dah! Tengok! Orang lain semua dah balik. Kita je tinggal…” kata Aisyah sudah mula hendak bangun dari duduknya.

“Alaaa… siapa?” tanya Qaliff pula.

“Secret! Dah! Jom balik!”



Klik di sini jika bacaan spam!
Kami, (Ilham Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan
Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku