Tak suka tapi Cinta
Babak 3
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 23 Oktober 2016
Penilaian Purata:
(7 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
3223

Bacaan






Deringan telefon bimbit mengejutkan penumpang di dalam tren itu. Deringan lagu “Untukmu aku bertahan” yang dinyanyikan oleh Afghan itu cepat di sambut oleh Aisyah.

‘Baba’

Sebuah senyuman terukir dibibir Aisyah. Cepat sahaja punat hijau itu ditekan untuk menjawab panggilan daripada Babanya.

“Assalamualaikum Baba.”

“Waalaikumusalam Aisyah. Aisyah dekat mana dah ni?” Tanya Baba nya, Encik Kamal. Kedengaran riuh sahaja bunyi dibelakang Babanya. Barangkali tetamu yang hadir di rumah mereka mungkin.

“Dah nak sampai dah Baba. Lagi satu stesen je lagi. Baba dah lama ke tunggu?” Tanya Aisyah, membuat tidak tahu sahaja apabila ada beberapa lirikan mata penumpang yang berada di dalam tren itu yang menjadikan dirinya tarikan mata mereka. Rimas betul! Kalau naik public transport je mesti macam ni. Apa? Aku ada pakai baju terbalik ke?

“Baba dekat rumah lagi ni. Lagi satu stesen? Kalau macam tu, Baba gerak ke stesen tu sekarang ya. Nanti cari kereta Mercedez Benz warna biru gelap ya.”

“Sejak bila Baba bawa kereta mercedez Benz ni? Bukan Baba bawa Unser? Dah tukar ke?” Tanya Aisyah kehairanan. Tudung di kepalanya di usik.

“Kereta kawan Baba. Mereka ada dekat rumah kita ni. Block kereta Baba dari keluar, jadinya mereka pinjamkan kereta mereka kat Baba.” Jelas Encik Kamal panjang lebar.

“Ohh.. Okay Baba. Mercedez Benz jenis apa?” tanya Aisyah lagi. kalau Mercedez Benz memang la dia tahu, tapi, bukan satu jenis sahaja keluaran syarikat besar itu, ada pelbagai jenis!

“Mercedez Benz GLC220d”

Aisyah hanya mengangguk seperti Baba nya boleh lihat sahaja. Talian dimatikan.

**

Mata Aisyah melilau mencari kelibat kereta yang di katakan Baba nya sebentar tadi. Kakinya tidak berhenti berjalan untuk mencari kereta itu. Cuaca Panas terik tidak dihiraukannya langsung malah peluh yang mengalir jika dicatu boleh penuh satu baldi. Aduh! Mana kereta yang Baba cakap ni? Bukan takat kereta je tak nampak, sport ring dia pun tak ada ni?

Pin!

“Oh Mak!” latah Aisyah sederhana kuat apabila bunyi itu berada dekat di belakangnya.

“Ish! Kereta ni pun. Kalau nak lalu tu, lalu jela! Nak hon hon aku pula.” Aisyah bergerak ke tepi ke arah pejalan kaki, langsung tidak memandang ke belakang melihat kereta yang membunyikan hon ke dirinya tadi. Matanya memandang ke hadapan mencari kereta yang dikatakan oleh Encik Kamal.

Baru sahaja Aisyah ingin melangkah lagi mencari kereta Babanya, bunyi hon sama bunyi lagi. dekat betul di belakangnya. Aish!!! Potong mood aku jela kereta ni! Nak sangat aku tengok kau ke? Ok… siap la kau!

Aisyah menoleh melihat kereta yang tidak reti bahasa itu.

“Laaa… Baba ke..” Tangan yang sudah ada di pinggang itu diturunkan, Aisyah mempercepatkan langkahnya untuk masuk kedalam kenderaan tersebut kerana dek tidak tahan cuaca panas.

Tombol pintu kereta itu ditarik. Namun ia dikunci dari dalam. Berkerut seribu Aisyah. “Aik? Baba tak nak aku masuk ke?”

Cermin kereta itu diketuk perlahan memberi isyarat agar pintu itu dibuka dari dalam. Peluh yang mengalir di seka lagi. Cubaan Aisyah untuk menarik tombol pintu itu kali kedua juga gagal. Bertambah berkerut muka Aisyah.

Aisyah mengorak langkahnya ke arah cermin pemandu. Tingkap cermin pemandu itu diketuk perlahan. “Baba tak nak buka pintu untuk Aisyah ke?” Tanya Aisyah lembut.

Cermin tingkap berwarna hitam itu diturunkan perlahan. Terbeliak mata Aisyah apabila gerangan yang membawa kenderaan tersebut bukanlah Baba nya, tetapi seorang lelaki kacukan British dan Chinese. ‘Mana aku tahu kacukan? Wajah dia pergh Hensem! Hidung mancung, rambut hitam coklat, Cuma mata sahaja sepet’.

“Errrr… Sorry sir.” Perlahan-lahan dia mengundur kebelakang. Badannya ditoleh menghadap tempat lain. Aduh! Kenapa aku boleh tersalah kereta ni?

Baru dua langkah Aisyah pergi dari kereta itu, namanya disebut membuatkan kakinya tidak jadi untuk terus melangkah. Apa?

“Nurul Aisyah bt Kamal”

Aisyah menoleh memandang jejaka yang sudah keluar dari kereta itu tadi. “Yes? How..”

“It’s me.. Hadzriq!” Jejaka itu memperkenalkan dirinya bersama sebuah senyuman. Cermin mata hitamnya ditanggal lalu diselitkan pada kocek bajunya.

“Hadzriq?” ulang Aisyah. Menggaru kepalanya yang tidak gatal. Cuba mengingati siapa sahaja kenalannya yang bernama Hadzriq.

“Oh!!! Hadzriq Haikal Bin Tan Sri Jamal?!” hampir terjerit Aisyah menyebut nama jejaka itu. Jejaka yang bernama Hadzriq tersenyum gembira.

“Yup! Kenal pun!”

Aisyah mengorak langkahnya menghampiri jejaka bernama Hadriq itu. “Mesti la…” lalu ditendang kaki kanan jejaka itu.

“Aduh! Sya… kenapa?” tanya Hadriq penuh tanda tanya. Mengusap kaki yang sakit ditendang oleh Aisyah.

“Sebab tak buka pintu tadi!” jelas Aisyah lalu ketawa kecil.

Hadriq juga turut sama ketawa. Lupa terus dengan kesakitan di kakinya.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku