Tak suka tapi Cinta
Babak 4
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 23 Oktober 2016
Penilaian Purata:
(10 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
2559

Bacaan






Riuh sahaja suasana dimeja makan dapat didengari satu rumah. Pelbagai cerita kisah pahit manis diceritakan oleh tetamu yang ditunggu-tunggu keluarga Encik Kamal dan Puan Hani. Menurut cerita mereka, keluarga itu berhijrah ke sana atas urusan kerja. Pada awalnya memang payah hidup disana, kerana masih tidak biasa. Lama kelamaan kehidupan mereka menjadi bertambah baik. Mereka juga turut membuka sebuah syarikat yang mengeluarkan produk makanan Malaysia di sana. Siapa sangka, produk mereka mendapat sambutan dan mendapat impak yang positif apabila berduyun-duyun permintaan didapati tidak kurang tiga bulan. Tidak sampai tiga tahun, mereka sudah pun mempunyai lebih sepuluh cawangan tidak termasuk di luar negara Australia. Namun, masuk tahun ke dua puluh syarikat mereka beroperasi, Tan Sri Jamal iaitu Bapa kepada Hadzriq, Haziq dan Zurina meninggal dunia. Seterusnya memberikan wasiat kepada isterinya Puan Sri Zetty untuk menguruskan syarikat mereka.

Aisyah mengusap lembut lengan Puan Sri Zetty. “Mama jangan la sedih ya? Mama kan ada kami?”

Puan Sri Zetty tersenyum. Dia kenal benar dengan sikap penyayang anak angkatnya itu. “Ya. Mama tak sedih dah. Memang kehilangan papa buat mama jadi terumbang ambing sedikit, tapi, now that I’m here… ada kak Hani, Abang Kamal dan Aisyah, Mama rasa mama ok.”

“Puan Sri…” belum sempat Puan Hani menghabiskan ayatnya, Puan Sri Zetty memotong dengan menegah Puan Hani memanggilnya dengan gelaran itu.

“Kak Hani panggil sahaja saya macam dulu. Gelaran itu hanya dipakai waktu saya kerja. Kalau dekat luar ni, saya lebih suka orang panggil saya Zetty. Macam dulu-dulu.”

“Zetty balik ni dengan Hadzriq je? Kembar Hadzriq dengan zurina tak balik sekali?” Tanya Puan Hani sambil memandang anak teruna Puan Sri Zetty. Segak orangnya.

“Si abang tu entah la… katanya nak tinggal di sana. Nak uruskan kedai kami. Zurina dia tak dapat cuti. Katanya cuti semester nanti dia pulang.” Jelas Puan Sri Zetty. Mengusap lembut tangan Aisyah. Rindu benar dia dengan anak gadis sahabatnya ini.

‘Haziq tak balik??!!! YES!!!’ monolog Aisyah. Dalam diam dia berdoa agar abang kembar Hadzriq itu tidak turut sama pulang. Nampaknya doanya termakbul.

Bukan dia tidak suka Adam Haziq iaitu abang kembar Hadzriq. Tetapi, jika dia bersama Haziq, dirinya pasti akan secara tidak langsung bergaduh dengan jejaka itu. Entah kenapa dia tidak dapat mengawal dirinya dari bertegang urat bertekak dengan jejaka yang merupakan abang sulung dan abang kembar kepada Hadzriq.

“Aisyah nanti duduk dekat rumah mama ya?” pinta Puan Sri Zetty.

“Erm.. Boleh je Mama. Tapi, kena minta izin Ibu dulu…”

“Ibu dengan Baba izinkan. Pergilah Aisyah. Temankan mama sementara mama duduk dekat sini.” Kata Encik Kamal.

“Mama nak pergi mana? Tak tinggal dekat sini terus ke?” tanya Aisyah inginkan kepastian.

“Mama duduk sini sampai raya je.” Kata Hadzriq bagi pihak mamanya. air teh yang disediakan di meja di hadapannya, diambil lalu dihirupnya.

“Alaa… mama.. maknanya mama ada dekat sini enam bulan jela?” rengek Aisyah.

“Sorry sayang, mama terpaksa tinggal sini sampai raya je. Sebab tu mama ajak Aisyah duduk dengan mama sementara mama ada dekat sini. Boleh mama lepaskan rindu. Nanti zurina balik, Aisyah ada kawan lagi dekat rumah mama selain Hadzriq.” Tangan Aisyah diusap lembut. Mengharap Aisyah setuju dengan cadangannya.

“Erm… nanti abang Hadzriq buli Aisyah macam mana?” tanya Aisyah dengan wajah kasihan.

“Tu bukan Abang Haziq ke? Abang Ha mana ada buli sya..” tutur Hadzriq.

“Abang.. suka.. sya..” tutur Hadriq lagi antara dengar atau tidak. Hadzriq pandang ke arah Aisyah yang sedang sibuk berborak dengan mamanya. Sah! Tak dengar la tu. Nasib kau la Hazdriq…

“Kalau macam tu, Okay la! Sya duduk rumah mama!” Akhirnya Aisyah bersetuju.

**

Lagu dendangan P.Ramlee berkumandang di corong radio kereta milik Hadzriq. Aisyah yang duduk di sebelah pemandu menaikkan sedikit suara lagu itu atas permintaan Puan Sri Zetty.

“Mama dengan abang Hadzriq duduk dekat mana ni?” tanya Aisyah sebaik sahaja melepasi tol di Taman Datuk Harun. Hadzriq yang sedang khusyuk memandu dipandangnya. Dia kemudian menoleh kebelakang memandang Puan Sri Zetty pula. Tetapi, Puan Sri Zetty sudah pun terlelap. Penat menaiki kapal terbang belum habis lagi barangkali.

“Shah Alam.” Sepatah sahaja yang dijawab oleh Hadzriq.

‘Amboi, Fokus betul dia bila memandu’ monolog Aisyah sendirian. Dia yang tidak mahu menganggu konsentrasi Hadzriq, hanya mendiamkan diri sahaja dan mematikan perbualan mereka setakat itu sahaja.

Hadzriq menjeling ke arah Aisyah. Kelihatan Aisyah seakan bosan berada di dalam kereta itu. Dia bukan tidak mahu berborak dengan gadis itu, Cuma dia perlu memberi tumpuan lebih ke atas jalan raya di hadapannya. Jalan raya di Malaysia berbeza sekali dengan jalan raya di Sydney. Dia bukan tidak mahir memandu, malah sudah lebih sepuluh kali dia praktis. Tetapi, kali ini entah mengapa dia terasa sedikit gugup apabila Aisyah berada di sisinya.

“Erm… Aisyah sekarang buat apa?” tanya Hadzriq sekadar membuka bicara setelah agak lama berdiam diri.

Aisyah menoleh ke arah Hadzriq. “Masih belajar lagi, Abang Ha.”

“Dah semester berapa?” Tanya Hadzriq lagi sambil mengawal pemanduannya mengharungi jalan sesak di jalan raya itu.

“Sem ni sem akhir. Abang Ha pula?” Tanya Aisyah. Hadzriq tersenyum.

“Kenapa dengan Abang Ha?” Tanya Hadzriq hairan.

“Abang Ha kerja dekat mana?” Tanya Aisyah. Telefon di tangan diletakkan di atas ribanya.

“Abang Ha kerja dengan mama. Dekat Seksyen 9.” Jelas Hadzriq.

Aisyah sekadar mengangguk. Bunyi deringan pada telefon bimbit Aisyah menghentikan perbualan mereka. Panggilan masuk daripada sahabatnya Qaliff di jawab.

“Assalamualaikum Qaliff.”

Hadzriq menjeling sedikit ke arah Aisyah. Entah kenapa dia berminat untuk mengetahui apa yang dibualkan oleh gerangan yang disebut oleh Aisyah sebentar tadi.

“Waalaikumusalam, Sya. Kau nak rasa budu kan hari itu?” Tanya Qaliff di hujung talian. Suasana bingit turut kedengaran di belakang Qaliff. Mungkin dia berada di pasaraya. Atau di kedai makan ketika itu.

“A’ah. Nak rasa. Nanti bawa balik tau. Lulu pun nak satu. Hari itu dia ada mention dekat aku.” Balas Aisyah sambil tersenyum. Teringat wajah Lulu, sahabatnya yang teringin benar ingin merasai makanan itu.

Hadzriq yang sedang memandu menjeling ke arah Aisyah sekali lagi. Senyum pula? Best sangat ke borak tu?

“Okay. Take care Nurul Aisyah binti Kamal!” kata-kata itu kemudiannya disambut gelak tawa daripada Qaliff sendiri.

Aisyah ketawa kecil. “Iya. Take care juga Qaliff Asyraff bin Dato’ Anas”.

Talian tersebut kemudian dimatikan. Tetapi ketawa Aisyah masih bersisa membuatkan Hadzriq semakin ingin tahu apa yang dibualkan oleh mereka berdua.

“Pakwe ke?” Tanya Hadzriq. Tumpuan mata tetap di hadapan, namun fikirannya langsung tiada pada jalan raya itu. Perasaan ingin tahu itu menebal di dalam dirinya. Cemburu kah aku?

“Tak ada la. Ni kawan Sya je. Kawan satu universiti” jelas Aisyah menidakkan apa yang disangka Hadzriq.

“Tipu la. Aisyah kan cantik. Abang Ha confirm Sya ramai peminat.” Puji Hadzriq. ‘Termasuk abang Ha’ monolog Hadzriq di dalam hati. Tidak mungkin dia mampu mengucapkan rasa suka itu di hadapan Aisyah. Dia takut sekiranya perasaannya itu ditolak kali kedua, kerana dahulu, dia pernah meluahkan perasaan ini, namun ditolak oleh Aisyah.

Aisyah ketawa. “Apa la abang Ha ni. Cantik ke ni? Selekeh tau! Lagi pun sya tak fikir langsung soal pakwe makwe ni. Apa yang sya tahu, sya kena belajar rajin-rajin lepastu tolong Ibu dengan Baba... Buat mereka bangga dulu. Baru fikir soal pakwe semua ni”

Hadzriq mengangguk setuju. “Tapi, kalau masa sya belajar ni ada yang masuk meminang? Nak kahwin dengan sya? Macam mana?”

“Kahwin? Sya tak pernah terfikir pula soal itu” kata Aisyah, jujur.

“Kalau terjadi?” Tanya Hadzriq lagi.

Lama Aisyah diam. Setelah beberapa tika, Aisyah kembali bersuara. “Kalau dah jodoh sya, Sya terima.”

“Walaupun orang tu sya tak pernah jumpa? Tak suka malah benci?” Tanya Hadzriq lagi.

Aisyah mengangguk. “Ya. Sebab, orang yang nak masuk minang Sya tu kena melepasi ‘Tol’ besar.”

“Tol Besar?”

“Ya. Tol Besar tu Ibu dengan Baba la. Sya yakin dengan pilihan Ibu dan Baba.” Jawab Aisyah.

Hadzriq tersenyum. Ada chan ni!

“Tapi, kalau boleh… buat masa ni Sya tak nak kahwin lagi. Sya nak cari seberapa banyak Ilmu lagi.” tutur Aisyah. Dia tidak mahu ada bersangkut paut dengan perasaan sesiapa tika ini. Yang dia mahu, dia ingin menumpukan sepenuh perhatiannya pada pelajaran. Selagi boleh belajar, dia akan hadir dan belajar. Memang jodoh itu rahsia Allah. Bila-bila masa sahaja jodoh itu akan datang. Tapi sebelum itu semua berlaku, dia ingin bangkit dan maju kehadapan dengan usahanya sendiri. Dia tidak mahu mengharapkan bantuan serta harta sesiapa nanti. Termasuklah harta suaminya sendiri. Dia mampu berdikari. Dia tidak mahu dikatakan seorang wanita yang lemah.



Klik di sini jika bacaan spam!
Kami, (Ilham Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan
Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku