Tak suka tapi Cinta
Babak 5
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 23 Oktober 2016
Penilaian Purata:
(3 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
2944

Bacaan






Kereta di berhentikan di hadapan pintu masuk Bangalow mewah tiga tingkat. Aisyah turun sambil matanya tidak lari melihat di sekeliling rumah tersebut. Cantik! Hanya itu sahaja yang dapat diungkapkan. Sungguh dia tidak menyangka dia akan menjejakkan kaki di halaman rumah yang diidamkan. Dia pernah melalui kawasan ini beberapa kali sewaktu dia melakukan kerja lapangan untuk subjek praktikalnya. Akan tetapi dia tidak pernah sekali pun bermimpi untuk menjejakkan kaki malah untuk masuk melihat keadaan di sekeliling rumah ini.

“Ini rumah Mama?” Tanya Aisyah penuh teruja. Senyuman di bibir tidak pernah lekang sambil memerhati keadaan di sekelilingnya.

Puan Sri Zetty mengangguk mengiyakan lalu memeluk bahu gadis itu. Dicium lembut pipi gadis itu. Dia tahu gadis itu teruja melihat halaman bungalow rumahnya. “Ya sayang. Rumah mama, rumah Aisyah juga.”

Hadzriq yang berada tidak jauh dari mereka turut tersenyum melihat wajah ayu Aisyah yang penuh dengan teruja itu. Persis kanak-kanak yang baru mendapat ganjaran.

“Jom masuk!” tangan gadis itu ditarik lembut oleh Puan Sri Zetty. Aisyah hanya menurut sahaja.

Pintu gerbang bercat warna emas ditolak lembut. Mereka menapak masuk kedalam bungalow mewah itu, beberapa orang pembantu rumah segera mengangkat beg-beg pakaian mereka untuk diletakkan di bilik yang telah dikhaskan buat tetamu mereka, Aisyah.

Aisyah mengorak langkahnya ke arah ruangan yang menempatkan beberapa bingkai gambar di atas rak. Satu persatu di lihatnya. Dia tersenyum saat matanya tertancap pada sekeping bingkai gambar yang melihatkan empat orang kanak-kanak, dua lelaki dan dua perempuan. Dia ingat benar saat ini. Waktu ini mereka sedang bermain air di kolam renang plastik yang di beli oleh Ibu dan Baba nya. Mereka berempat bermain air sehingga kecut tangan dan kakinya dek kerana kesejukan.

Aisyah mengusap wajah kanak-kanak lelaki itu. “Abang Haziq” Ya! Ini la jejaka yang suka membulinya tidak henti-henti daripada dahulu lagi! Disebabkan dia ni la, dia dimalukan di hadapan jejaka yang pernah diminatinya sewaktu sekolah dulu. Tetapi entah kenapa, walaupun dia dihina dan dimalukan oleh jejaka ini, dia mempunyai satu perasaan bahawa jejaka itu bukan sengaja mahu malukannya. Mungkin dia ada sebabnya sendiri.

“Tengok apa tu?” sergah Hadzriq dari belakang.

“Ya Allah! Abang Ha!” diusap perlahan dadanya. Macam nak terkeluar jantung aku!

Hadzriq ketawa kecil. Tidak menyangka sergahannya itu membuatkan Aisyah terkejut besar. “Tengok apa tu sampai Abang Ha dekat belakang pun tak perasan?”

“Tengok gambar kita yang lama-lama dulu” kata Aisyah. Dia meletakkan kembali bingkai itu di tempatnya. Tanpa membuang masa dia menolehkan badannya kebelakang. Disangkanya Hadzriq sudah jauh meninggalkannya, tetapi tidak. Hadzriq masih berdiri utuh dibelakangnya tanpa bergerak seinci pun. Rapat.

Mata mereka bertaut. Ketinggian Hadzriq membuatkan Aisyah terpaksa mendongak sedikit. Dia dapat melihat dengan jelas wajah tampan milik Hadzriq. Entah kenapa hatinya terasa akan sesuatu.

“Ehem!” bunyi deheman tidak jauh dari mereka membuatkan Aisyah cepat-cepat menjarakkan dirinya daripada Hadzriq. Merah mukanya menahan segan.

“Hadzriq. Mama nak minta kamu tolong belikan ni untuk mama boleh? Mama nak masakkan special untuk…” kata-kata Puan Sri Zetty terhenti apabila melihat wajah anak terunanya sudah merah.

“Kamu demam ke Hadzriq?” Tanya Puan Sri Zetty lalu meletakkan tangan kanannya di dahi jejaka itu.

“Erm.. Ha pergi sekarang juga.” Tangan Puan Sri Zetty ditepis lembut, kertas nota barang yang digenggam juga diambil. Hadzriq langsung keluar terburu-buru.

Puan Sri Zetty hanya mengelengkan kepalanya. Pandangannya beralih pula pada Aisyah yang juga sudah merah wajahnya. “Kamu pun demam juga ke?”

“Erm.. Tak Mama. Panas je kot. Sya ke tandas kejap ya.” Laju sahaja langkah Aisyah diatur menuju ke bilik air yang berhampiran.

Puan Sri Zetty kehairanan. Di ambil remut penghawa dingin yang ada di atas meja tidak jauh darinya. Bertambah hairan dirinya apabila melihat nombor suhu yang tertera. “Aku ke yang rabun atau suhu bilik ni dah memang sejuk?”

**

Suasana di meja makan itu kelihatan sunyi sahaja. Masing-masing membuat hal mereka sendiri. Aisyah sejak dari tadi sibuk menundukkan wajahnya, manakala Hadzriq pula bermain dengan sudu dan garfu yang ada ditangannya. Keadaan ini membuatkan Puan Sri Zetty berasa tidak senang.

“Aisyah, Hadzriq.” Panggil Puan Sri Zetty kepada mereka berdua. Kedua-dua mereka mengangkat wajah memandang Mama mereka.

“Ya Mama” jawab mereka serentak.

“Makanan mama tak sedap ke?” Tanya Puan Sri Zetty. Suaranya sengaja dikendurkan bagi mendapatkan perhatian daripada kedua anaknya itu.

Aisyah cepat mengelengkan kepalanya. “Tak ada la Mama. Sedap!”

Hadzriq pula angguk mengiyakan. “Betul tu mama. Mama masak the best!”

“Habis, kenapa macam tak lalu je?” Tanya Puan Sri Zetty.

Aisyah sudah kehilangan kata-kata untuk menjawab pertanyaan mamanya. Manakala Hadzriq pula sudah mula mengaru kepalanya. Habis serabut rambutnya yang sudah tersedia pacak semula jadi itu.

“Apa- apa je la. Ni… Mama nak bagitahu kamu berdua sesuatu.” Kata Puan Sri Zetty langsung menarik minat kedua-dua anaknya.

“This week, mama nak buat party dekat villa n…”

“Party apa mama?” Tanya Hadzriq tidak sabar memotong percakapan mamanya, Puan Sri Zetty.

“Party Hari lahir adik kamu, Zurina.”

“Birthday Zurina? Bukan ke Zurina tak dapat balik Malaysia?” Tanya Hadzriq lagi. Aisyah hanya diam mendengar perbualan dua beranak itu.

“Betul. Tapi, tadi zurina call mama. Katanya dia tak sabar nak jumpa kak Aisyah dia ni. Dia akan balik lagi empat hari. Tu yang mama ingat, apa salahnya buat birthday dia sekali sementara dia ada dekat sini.” Jelas Puan Sri Zetty.

Hadzriq mengangguk. “Oh…”

“Zurina nak balik mama? Bestnya!” ucap Aisyah penuh teruja. Hadzriq dan Puan Sri Zetty turut tersenyum.

“Oh ye, Abang Haziq pun akan pulang untuk celebrate dengan kita” sambung Puan Sri Zetty lagi.

Dengar sahaja nama jejaka itu disebut, serta merta senyuman dibibir Aisyah mati. What?! Mamat tu?!!! Nak balik??!!! Tidak! TIDAAAAAKKK!!!

Hadzriq yang perasan tiada lagi senyuman di bibir Aisyah segera mengajukan soalan. “Tapi bukan ke abang ada kerja dekat sana? Lagipun abang juga yang tak nak balik sini dah.”

Puan Sri Zetty mengangguk. “Betul. Tapi, ada lagi urusan penting yang dia harus hadir di sini. Melibatkan kita semua. Termasuk Aisyah dan keluarganya.”

“Melibatkan Sya, mama?” Ulang Aisyah lagi. tidak percaya apa yang diucapkan oleh Puan Sri Zetty.

Hadzriq sudah mula berasa tidak sedap hati apabila mamanya berkata sedemikian. Apakah urusan yang melibatkan Aisyah? Kenapa perlu Aisyah? Penting sangatkah urusan abangnya sehingga dia terpaksa terbang pulang ke Malaysia bagi menghadiri urusan itu?



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku