Tak suka tapi Cinta
Babak 6
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 23 Oktober 2016
Penilaian Purata:
(3 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
2972

Bacaan






“Pengotor.. Pengotor.. Pengotor..” sayup-sayup kedengaran suara remaja mengejek beramai-ramai.

“Tak..” Aisyah menidakkan remaja tersebut.

“Pengotor.. Pengotor..”

“Tak.. Bukan aku!” Aisyah berusaha lagi menidakkan sekumpulan remaja itu. Makin dia menidakkan makin ramai yang datang mengejeknya. Remaja tersebut kemudian ketawakannya. Aisyah menutup kedua-dua belah telinganya. Dia menggeleng menidakkan. Dia terpandangkan seseorang berada di belakang sekumpulan remaja tersebut. Remaja lelaki yang berpakaian kemas memandangnya dengan pandangan yang dingin beserta senyuman sinis. Dia… dia!!!!

“TAK!!!” Aisyah menjerit sekuat hatinya lalu menutup telinganya dengan kedua-dua belah tangannya, mata dipejam rapat. Apabila keadaan sudah sepi, dia segera membuat matanya. Tetapi yang dilihatnya kini bukan lagi berada di dalam bulatan sekelompok remaja itu, dia kini berada di dalam biliknya di rumah bungalow Villa mewah milik Puan Sri Zetty.

“Astaghfirullahalazim...” dia meraut kedua telapak tangannya pada mukanya.

Tok! Tok! Tok!

“Aisyah?” Tanya Puan Sri Zetty disebalik pintu kayu jati itu. Aisyah menenangkan dirinya seketika. Dia tidak mahu kelihatan kusut di hadapan mama. Jika tidak, pasti mamanya risau akan dirinya.

“Sya? Sya okay?” Tanya Hadzriq pula di balik pintu berkunci itu. Aisyah turun dari katilnya menuju ke arah pintu. Dipulas tombol pintu lalu mengukirkan senyuman buat Puan Sri Zetty dan Hadzriq.

“Sya okay mama, abang Ha.. Cuma dapat mimpi buruk je tadi.” Ujar Aisyah sambil tersenyum. Puan Sri Zetty memeluk erat tubuh gadis itu. Risaunya sedikit berkurang. Lega apabila anak gadis itu memberitahu perkara sebenar.

Hadzriq disisi Puan Sri Zetty tidak senang duduk. Dia tahu dan dengar dengan jelas bahawa Aisyah tidak ada apa-apa dan hanya mendapat mimpi buruk, namun dia tetap berasa tidak senang duduk. “Betul ni Sya okay?”

Aisyah mengangguk mengiyakan. “Ye. Abang Ha tak perlu risau. I’m okay.”

“Nak Abang Ha temankan?”

Pertanyaan itu dibalas dengan cubitan mesra mamanya, Puan Sri Zetty. “Jangan nak mengada.”

Aisyah ketawa kecil. “Betul ni Abang Ha… Sya okay je. Mama dengan Abang Ha pergi la sambung tidur. Baru pukul tiga pagi ni.”

Puan Sri Zetty hanya mengangguk setuju. “Aisyah pun pergi sambung tidur ya. Baca doa sebelum tidur.” Nasihatnya lalu meninggalkan Aisyah. Namun, tidak sampai satu minit, dia kembali lalu menarik telinga anak terunanya supaya mengikutinya.

“Kamu pun.. jom masuk tidur.”

“Aduh ma!!” Hadzriq mengaduh sakit apabila telinganya dipulas oleh Puan Sri Zetty. Mahu atau tidak dia terpaksa menuruti sahaja. Jika diikutkan hati, dia tidak mahu berganjak seinci pun dari hadapan bilik gadis itu.

Aisyah ketawa kecil melihat telatah kedua-dua insan yang disayanginya itu. Dia kembali ke dalam biliknya lalu ditutup rapat pintu itu. Aisyah mengeluh sedikit.

Mimpi itu… sudah agak lama mimpi itu tidak datang. Kenapa hari ini? Ada bersangkut pautkah ia dengan apa yang akan jadi nanti? Dan… dia… kenapa dia perlu muncul semula dalam mimpi aku?

Aisyah meraup kedua-dua telapak tangan ke mukanya. Tidak. Itu semua kisah silam dalam hidupnya. Lagi pula, semua itu sudah lama berlalu. “Tak… mimpi tu tak bermakna apa-apa.”

“Sya…” suara Hadzriq kedengaran di balik pintu dibelakang Aisyah. Perlahan-lahan tombol pintu itu dibuka.

“Ya Abang Ha?” tanya Aisyah kehairanan. Ditoleh kekiri dan kekanan.

“Mama dah tidur dah dalam bilik dia.” Ujar Hadzriq seperti dapat membaca fikiran Aisyah.

“Habis tu Abang Ha buat apa dekat sini?” tanya Aisyah. Tuala yang membaluti kepalanya digaru. Hairan dengan jejaka ini. Sudah dibilang tadi bahawa dirinya tidak ada apa-apa.

“Here…” dihulurnya kepada Aisyah sebungus hadiah bersaiz sederhana besar itu.

“Apa ni abang Ha?” tanya Aisyah. Pelik! Nak kata hari jadi aku lambat lagi… ni hadiah apa pula ni?

“Nothing particular. Saje nak bagi Sya. Ambillah…”

Apabila bungkusan sudah bertukar tangan, Hadzriq meminta diri lalu cepat sahaja jejaka itu memanjat tangga untuk ke biliknya di tingkat tiga. Aisyah menutup kembali pintu biliknya. Dia memanjang katil bersaiz Queen itu.

“Hadiah apa ni?” lantas tangannya ligat membuka bungkusan dihadapannya itu.

“Teddy bear!!!” ujar Aisyah kegirangan. Dia memang mengemari anak patung berupa beruang. Dan tatkala dia sedih, dia gemar memeluk patung beruang daripada patung-patung lain yang ada dirumahnya. Tak sangka Abang Ha masih ingat patung kegemarannya.

Patung Beruang berwarna putih bertali leher ‘bow’ itu dipeluk erat bersama dengan sebuah senyuman. “Terima Kasih Abang Ha”.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku