Tak suka tapi Cinta
Babak 7
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 23 Oktober 2016
Penilaian Purata:
(2 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
2890

Bacaan






Sudah lebih tiga hari Aisyah tidak nampak kelibat Hadzriq. Hendak kata mereka tidak sebumbung, tidak juga. Ini rumahnya. Sudah tiga hari juga dia tidak berpeluang untuk mengucapkan terima kasih atas pemberian patung beruang itu.

“Mama… Abang Ha ke mana ya? Tak Nampak pun dia dua tiga hari ni.” Tanya Aisyah menolong mamanya mengupas bawang di dapur bersama-sama dengan beberapa orang tukang masak yang ada di villa ini. Puan Sri Zetty memang seorang yang sangat cerewet jika melibatkan soal pemakanan, disebabkan itu, dia mengupah dua orang tukang masak untuk masak di Villa nya. Dan juga disebabkan itu jugalah dirinya sendiri sering ada di dapur bagi memastikan sendiri keadaan dapur di villanya itu.

“Hadzriq ke Sabah. Mungkin sampai hari lusa.”

“Lusa? Sampai birthday Zurina?” Tanya Aisyah inginkan kepastian.

Puan Sri Zetty mengangguk mengiyakan. Nampaknya dia terpaksa menyimpan hasratnya untuk berterima kasih kepada jejaka itu.

“Siapa yang ambil Zurina nanti mama?” Tanya Aisyah lagi.

“Mama dah pesan dah dekat Helmi untuk ambilkan Zurina.” Ujar Puan Sri Zetty mengatakan bahawa helmi iaitu pemandu peribadinya untuk mengambil anak gadisnya itu.

“Erm.. Kalau Sya nak ikut boleh?”

“Ambil Zurina?”

Aisyah mengangguk. “A’ah”

Puan Sri Zetty tersenyum. “Rindu Zurina la tu.”

Aisyah ketawa. Benar. Dia amat merindui Zurina iaitu adik kepada kembar Haziq dan Hadzriq. Dahulu, gadis itu la yang menjadi penemannya tatkala dia sendirian di rumah jika Ibu dan Babanya lewat pulang. Gadis itu jugalah yang menjadi tempatnya mengadu dan berkongsi cerita.

Bunyi deruman kereta memasuki halaman rumah Villa milik Puan Sri Zetty mematikan perbualan dan senyuman dibibir Aisyah. Segala perbuatannya juga turut sama terhenti.

“Siapa pula tu?” Tanya Puan Sri Zetty kepada Aisyah. Aisyah pula sekadar menjongketkan kedua-dua bahunya menandakan dia tidak tahu siapakah tetamu itu.

“Mungkin Abang Ha. Tak pe mama, Sya buka kan pintu.” Ujar Aisyah lalu menuju ke arah singki untuk membasuh kedua tangannya. Selesai membersihkan tangannya dari berbau bawang, dia segera menuju ke pintu gerbang iaitu pintu masuk Villa itu.

Aisyah menghela nafasnya sebentar. Dia melebarkan selebar mungkin senyuman buat gerangan yang disangka Hadzriq. Namun, senyumannya serta merta mati apabila melihat jejaka dihadapannya bukan Hadzriq. Akan tetapi orang yang amat dibencinya, kembar kepada Hadzriq, Adam Haziq.

Wajah serius Adam Haziq yang persis seakan pelakon terkenal Robbie Amell juga memberikan riak terkejut apabila melihat wajah Aisyah. Dia langsung tidak menyangka gadis itu bakal ada di sini dan juga akan membukakan pintu itu buatnya. Mata mereka bertaut. Wajah Haziq yang serius ditatap Aisyah penuh kegelisahan. Manakala wajah Ayu milik Aisyah yang sedang ketakutan itu di tenung sepasang anak mata berwarna Hazel milik Haziq.

“Haziq?” tegur Puan Sri Zetty tidak jauh dari belakang Aisyah mematikan lamunan mereka. Haziq berdehem beberapa kali lalu melanggar sedikit bahu Aisyah. Langsung tidak menghiraukan Aisyah di situ.

“Ye Mama.” Kedua-dua tangan Puan Sri Zetty disalami penuh hormat. Puan Sri Zetty mengusap lembut rambut ‘pacak’ anaknya.

“Kenapa balik tak bagitahu? Kereta siapa tu?” Tanya Puan Sri Zetty sekadar ingin tahu.

“Kereta kawan je ma… Ziq tak nak menyusahkan sesiapa, jadi Ziq minta tolong kawan Ziq je untuk pinjam kereta dari dia.” Jelas Haziq panjang lebar. Beberapa orang pembantu rumah segera mendapatkan bagasi yang dibawa Haziq naik ke biliknya. “And… What is she doing here, Mama?” Tanya Haziq merenung tajam wajah Aisyah. Aisyah yang sedari tadi hanya menikus di pintu dipanggil oleh Puan Sri Zetty. Antara mahu atau tidak, Aisyah terpaksa menurut juga.

“Haziq, Aisyah akan tinggal dengan kita sepanjang Mama ada di sini. Jadi layan dia dengan baik. Bukan sebagai orang luar. Tetapi sebagai keluarga yang tinggal di sini. Bukannya mama tak tahu kamu tu suka buli Aisyah.” Tegur Puan Sri Zetty kepada anaknya. Dia kenal benar dengan sikap suka membuli yang tidak hilang sejak di bangku sekolah itu. Lebih lagi jika melibatkan Aisyah, pasti gadis menjadi mangsa anak terunanya itu. Lain benar dengan perangai adik kembarnya yang begitu menyayangi Aisyah.

“Tapi Ma, She’s not part of our family. Why should I….”

Belum habis Haziq menghabiskan ayatnya, Puan Sri Zetty menyampuk. “No Haziq. She is part of our family. So, jangan buli dia macam dia ni maid kita. Faham?”

Haziq membuat muka masamnya. Tenungan tajam diberi kepada Aisyah. Aisyah yang berada di sisi Puan Sri Zetty menikus berdiri di belakang Mamanya.

“Fine! As long as dia tak masuk bilik Ziq!” tutur Haziq lalu mengangkat briefcasenya menapak naik kebiliknya.

‘Ish! Siapa je nak masuk bilik kau! Perasan!’ monolog Aisyah.

“Aisyah jangan ambil hati dengan Haziq ya? Dia memang macam tu bila badmood.” Pujuk Puan Sri Zetty.

“Tak ada la mama, Sya okay je” ujar Aisyah. Yup! Langsung tak ambil hati kalau mamat tu cakap apa-apa!’

“Dah, jom ikut mama ke dapur” ajak Puan Sri Zetty memimpin tangan Aisyah. Aisyah tersenyum. Dipeluk erat lengan Mamanya itu.


Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku