Tak suka tapi Cinta
Babak 8
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 23 Oktober 2016
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
2990

Bacaan






Keadaan di meja makan malam itu sunyi sahaja. Yang kedengaran hanyalah bunyi sudu dan garfu. Puan Sri Zetty sudah dapat mengagak keadaan ini pasti berlaku. Dia sudah masak benar dengan sikap dingin anak terunanya dengan gadis itu. Sebabnya dia sendiri tidak tahu. Pernah dahulu anaknya itu membuli Aisyah seperti gadis itu hamba abdinya sewaktu dia dan suaminya tiada dirumah kerana kerja di luar negeri. Apabila dia mendapat tahu sahaja, habis tangan anak terunanya itu dirotan arwah suaminya akibat berlaku nakal dan juga berkelakuan tidak beradab terhadap orang lain. Walaupun Aisyah menangis memeluknya untuk tidak lagi merotan Haziq, Arwah suaminya tetap bertegas untuk melakukannya demi mengajar dan memberi pengajaran kepada anaknya itu.

“Haziq, Bila Peguam Indra tu nak datang?” Tanya Puan Sri Zetty mematikan keadaan sunyi itu. Haziq mengangkat wajahnya dari menatap telefon bimbit memandang Puan Sri Zetty.

“Sehari lepas birthday Zurina.” Jawab Haziq ringkas sahaja.

“Dokumen apa yang Indra tu nak beri?”

Haziq hanya menjongketkan bahunya. Dia sendiri sudah puas pujuk Indra untuk memberitahunya isi kandungan dokumen tersebut supaya dia tidak perlu bergegas pulang ke Malaysia. “Entah”

“Erm… Mama, Sya dah habis makan, Sya naik ke bilik ya?” Aisyah meminta izin ingin beredar dari ruang makan itu. Apabila dia melihat Puan Sri Zetty mengangguk membenarkan, Aisyah sepantas kilat membawa pinggan dan cawannya ke dapur.

Fuh! Lega! Kalau aku lama-lama dekat situ asyik kena tenung je dengan Haziq tu!. Aisyah mengusap dadanya menenangkan diri. Nasib baik tiada sesiapa di dapur tika ini, jika tidak, pasti mereka ingat Aisyah baru lepas dikejar hantu. Hantu mana? Hantu bertaring dua berkepala satu yang baru balik tu! Adam Haziq!

Aisyah membasuh pinggan mangkuk yang ada di singki. Dia menoleh ke kiri dan kanan. “Mana perginya Kak Nah?” Hairan. Mana perginya Pembantu rumah yang gemar berbual dengannya itu. Mungkin menunaikan solat isyak.

Sedang Aisyah leka bermain air dan membasuh pinggan dan mangkuk di singki, Aisyah dapat merasakan nafas seseorang yang begitu dekat dibelakangnya. Alahai! Siapa ni?

Tanpa membuang masa, Aisyah merenjis makhluk itu dengan air yang ada ditangannya. “Woi!” nyaring suara Haziq kedengaran di dapur itu. Nasib sahaja dapur itu terletak jauh kebelakang Villa, jika tidak pasti Puan Sri Zetty sudah ada di sini tika ini.

“Err… Maaf Abang Haziq. Sya tak sengaja” tutur Aisyah lalu mengelap air yang basah di baju T milik Haziq dengan tangannya. Sengaja dia mengelap dengan tangan yang masih basah itu supaya baju jejaka itu bertambah basah.

“Stop! Stop! Kau nak basahkan lagi ke apa?!” tanya Haziq sudah mula berang. Tangan kecil Aisyah ditepis kasar. Bingo! Aisyah tertawa di dalam hati.

Aisyah menutup paip di singki lalu mencapai kain bersih yang ada di rak atas singki itu. Dia kemudian memberikan kepada Haziq.

“Hish!!!” kain bersih itu di ambil kasar oleh Haziq menunjukkan rasa tidak puas hatinya kepada Aisyah. Ada saje nak buat aku marah la minah ni!

“Kau dengar sini” kain bersih itu dilempar ke lantai lalu dia menghampiri Aisyah membuatkan Aisyah mengundur kebelakang sehingga Aisyah tidak dapat lagi mengundurkan dirinya kerana dihalang oleh singki. Haziq berdiri di hadapan Aisyah. Rapat. Kedua-dua anak mata Aisyah ditenung tajam.

“Kau dengar sini. Aku takkan pernah anggap kau adik aku apatah lagi keluarga aku! Aku buat semua ni hanya sebab mama. Faham! Sebab mama! And jangan kau ingat mama, Ha dan Zurin ada di dalam rumah ni aku tak boleh buli kau. Jangan lupa ayat aku dulu! Kau tetap orang luar!” Setelah menuturkan ayat terakhirnya, Haziq pantas meninggalkan Aisyah yang sudah seperti mahu menangis itu.

Selang beberapa minit, Maznah atau Kak Nah, pembantu rumah yang ditugaskan membersihkan dapur datang menyapa Aisyah yang kelihatan seperti termenung jauh. “Hey! Aisyah? Apa dok termenung jauh sangat tu?”

Tanpa mempedulikan sergahan Kak Nah, Aisyah pantas berlari anak meninggalkan kawasan dapur itu. “Dah kenapa pula tu?” Tanya Kak Nah sendirian sambil mengaru kepalanya yang tidak gatal.

Pintu bilik dihempas perlahan. Aisyah tersandar pada pintu. Hatinya menjadi sebak apabila diperkatakan sebegitu. Memang dia orang luar di dalam rumah ini. Tidak layak untuk menjadi keluarga mereka. Aisyah sedar diri. Dia tidak pernah bermimpi untuk menjadi sebahagian daripada keluarga Tan Sri Jamal dan Puan Sri Zetty. Kerana kata-kata ini jugalah dia menolak perasaan Hadzriq dahulu meskipun dia juga mempunyai perasaan yang sama tika itu. Walaupun begitu, dia sedar dimana dia berada. Dia harus melupakan perasaannya itu.Aisyah sedar bahawa darjat antara mereka sangat jauh!

Aisyah terduduk menangisi dirinya atas apa yang diperkatakan oleh Haziq sebentar tadi. Entah kenapa dia amat merindui Hadzriq tika ini. Dia terasa amat memerlukan Hadzriq selain Ibu dan Baba nya. Jika dia menelefon Ibu dan Baba nya dengan keadaan yang masih tersedu sedan, pasti membangkitka rasa kerisauan di hati mereka.

Patung Beruang yang ada tidak jauh darinya diambil lalu didakapnya penuh erat. Entah, dengan mendakap patung beruang itu dia dapat merasai sedikit ketenangan. Lama Aisyah menangisi dirinya sehinggalah dia sendiri terlelap sambil memeluk patung beruang itu dengan erat sekali.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku