Tak suka tapi Cinta
Babak 9
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 23 Oktober 2016
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
2026

Bacaan






Usai menunaikan solat subuh, Aisyah segera mengenakan tudung bawal untuk turun ke dapur menolong apa yang patut. Dia sudah melupakan apa yang berlaku semalam, baginya, apa yang dikatakan oleh Haziq ada benarnya. Dia merupakan orang luar di dalam rumah ini, tidak manis jika dia tidak terus menolong apa yang patu di rumah mereka.

Daun Pintu di buka sedikit, mengintai jika ada kelibat Haziq almaklumlah biliknya berhadapan dengan bilik singa jantan itu. Setelah pasti tiada kelibat Haziq, Aisyah bergegas keluar dari biliknya lalu menapak menuruni anak tangga menuju ke dapur.

“Assalamualaikum Kak Nah!” tegur Aisyah apabila melihat Maznah sedang sibuk merebus mee di dapur elektrik yang ada di situ.

“Waalaikumusalam Aisyah.” Maznah menjawab salam Aisyah tanpa menoleh ke arah gadis itu. Dia sudah terbiasa dengan Aisyah yang gemar menolongnya di dapur pada waktu pagi itu. Oleh kerana tugasnya adalah untuk masak sarapan buat keluarga Puan Sri Zetty kerana waktu makan tengahari dan malam disediakan oleh dua orang tukang masak iaitu Ateh dan Atun, dia sudah terbiasa jika Puan Sri Zetty juga sering menapak ke dapur untuk menolong apa yang patut. Perangai Aisyah persis Puan Sri Zetty, sudah ditegah beribu kali, namun tetap mereka mahu menolong dirinya yang akhirnya dia akur sahaja dengan kedegilan mereka.

“Aisyah tolong Kak Nah kacau kuah Mee rebus ni ya?”

“Ish budak ni. Kak Nah boleh buat la.”

“Ala… tak apa la Kak Nah.”

Maznah menggelengkan kepalanya. “Degil la Aisyah ni”

Aisyah tersenyum.

“Kak Nah, kenapa masak mee rebus ni banyak sangat? Ada tetamu ya hari ini?” Tanya Aisyah inginkan kepastian.

“Puan Sri yang minta Kak Nah masak banyak sedikit dari biasa hari ini. Ada la tu.” jelas Maznah yang sedang leka memotong beberapa udang di singki.

“Ohh.. kawan Mama kot.”

“Aisyah boleh tolong Kak Nah tak?” pinta Maznah.

Aisyah tersenyum lalu menganggukkan kepalanya. “Boleh. Nak minta tolong apa Kak Nah?”

“Susunkan pinggan yang ada ni dekat depan boleh?”

“Boleh!” Tanpa melenggahkan masa lagi, Aisyah segera mendapatkan pinggan yang ada di kaunter dapur lalu segera di bawa ke meja makan. Disusunnya satu persatu di atas meja. Selesai sahaja dia menyusun kesemua pinggan itu, Aisyah terpandang akan satu susuk tubuh yang sangat dikenalinya. Haziq!

Sudah berapa lamakah dia di situ? Apa yang dia buat di situ? Memerhatikan aku? Memastikan aku buat kerja-kerja pembantu rumah? Begitu? Entah kenapa, perasaan geram mengusai dirinya setelah melihat lirikan senyuman sinis diberikan oleh Haziq kepada dirinya. Langsung sahaja kakinya mengorak langkah meninggalkan ruangan itu menuju kedapur. Menyampah!

**

“Mama, Sya pergi dulu ya.” Jerit Aisyah, kakinya mengorak laju ke arah pintu utama melepasi Haziq yang sedang leka menonton televisyan. Nampak seperti Haziq ingin keluar kerana jejaka itu berpakaian segak, mungkin jejaka itu menunggu dirinya keluar dahulu. Mungkin jejaka itu jijik jika dia keluar dalam masa sama dengan dirinya. Tak mengapalah. Ikut sukahati kau la singa…

“Aisyah” Panggil Puan Sri Zetty. Mematikan langkah Aisyah yang sudah siap untuk masuk kedalam kereta yang akan dipandu oleh Helmi.

Puan Sri Zetty mengenggam tangan Aisyah lalu menjeling ke arah anak terunanya. “Aisyah pergi dengan Haziq ya?”

Hampir terlopong mulut Aisyah mendengar permintaan Puan Sri Zetty itu. Apa? Naik kereta dengan mamat tu? Tak! Tak NAK!!!

“Tapi Ma, Abang Haziq macam busy je…”

“Tak busy pun. Jom. Kami pergi dulu mama” ucap Haziq lalu menyalami kedua tangan mamanya.

“Jaga Aisyah baik-baik. Kalau mama tahu Haziq buat macam-macam dekat anak mama ni, siap la Haziq!” Puan Sri Zetty memberi amaran kepada Haziq. Dia bukan tidak kenal dengan anaknya itu, pantang ada peluang. Semalam selepas makan malam, Haziq mengutarakan cadangan ingin menjemput Zurina daripada lapangan terbang. Akan tetapi diberitahunya bahawa Aisyah yang bakal menjemput adiknya itu. Haziq pula berkeras akan menemani Aisyah tetapi sebolehnya ditegah oleh Puan Sri Zetty. Sehinggalah memaksa Puan Sri Zetty bersetuju lalu diletakkan syarat bahawa tidak diapa-apakan Aisyah.

“Ye. Tahu.” Ucap Haziq lalu bergerak ke arah kereta yang disediakan oleh Helmi. Aisyah yang serba salah mahu ikut atau tidak itu akhirnya terpaksa juga menurut. Berada berdua bersama Haziq la yang paling dia tidak suka malah menyampah sekali. Ya tuhan, apa yang ingin dia buat?

Sepanjang perjalanan mereka hanya mendiamkan diri sahaja, yang kedengaran hanyalah bunyi lagu di corong radio sahaja. Aisyah membuang pandangannya di luar tingkap. Tidak sanggup untuk memandang wajah itu. Nanti ada sahaja salahnya diucap dari mulut berbisa itu.

“Minah…”

Aisyah hanya membuat endah tidak endah sahaja. Malas hendak melayan!

“Minah!” suara Haziq dikuatkan.

“Nama saya Aisyah! A.I.S.Y.A.H!” jawab Aisyah sedikit kasar. Hilang terus hormatnya. Haziq ketawa mendengar jawaban kasar daripada Aisyah.

“Dah pandai melawan ya?”

“So what? Ingat Abang Haziq je yang pandai berkasar dengan sya?”

Sekali lagi Haziq ketawa kecil. Tidak menyangka gadis ayu seperti Aisyah mampu melawan dan manjawabnya sekasar itu. Tidak seperti dulu. “Not Bad”

Aisyah mendengus tidak puas hati. Pandangannya di buang ke arah luar tingkap. Makin di layan makin menyirap darah aku! Sabar jelah!

“Kau suka Hadzriq lagi?” tanya Haziq tiba-tiba setelah mereka berdiam diri.

Aisyah membuat tidak tahu dengan pertanyaan Haziq itu.

“Jawablah bila aku tanya, aku tinggalkan kau dekat highway ni kang” tutur Haziq sedikit meninggi suara.

Aisyah mengeluh. Nampaknya dia terpaksa juga melayan mamat ni. “Suka”

“Suka sebagai apa?”

“Abang je”

“Betul?” tanya Haziq bagi mendapatkan kepastian.

“Betul!”

“Good.” Ucap Haziq dengan senyuman.

“Kenapa? Takut saya masuk dalam keluarga abang Haziq? Takut saya jatuh cinta dengan adik abang Haziq lagi ke? Dengar sini ya Abang Haziq, saya pun tak teringin la nak masuk dalam keluarga abang Haziq! Abang Haziq je perasan lebih ingat saya hadap sangat nak masuk keluarga abang Haziq!” Aisyah meluahkan hatinya kepada Haziq. Dia tidak sanggup lagi dihina oleh jejaka itu. Dia juga punya maruah. Cukup dia dipijak dan dibuli sewaktu kecil, kini dia sudah besar. Dia boleh berdikari sendiri.

Haziq tidak tahu ingin membalas apa. Dia hanya berdiam diri sehinggalah mereka tiba di lapangan terbang Subang Jaya.



Klik di sini jika bacaan spam!
Kami, (Ilham Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan
Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku