Tak suka tapi Cinta
Babak 10
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 23 Oktober 2016
Penilaian Purata:
(2 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
2840

Bacaan






“Kak Aisyah!!” Jerit Zurina sebaik sahaja melihat Aisyah yang menunggunya di pintu keluar itu. Mereka berpelukan. Dia akui dia begitu merindui gadis ini.

“Rindunya dengan Kak Aisyah!”

“Kak Aisyah pun rindu sangat dengan Zurina.” Tutur Aisyah sambil mengukirkan senyuman manis buat Zurina.

“Kak Aisyah sihat? Kejap! Kak Aisyah datang dengan Abang long?!” hampir terjerit Zurina menanyakan pertanyaan itu apabila melihat Haziq tidak jauh dari mereka. Seperti tidak sangka Abangnya yang sentiasa dingin tatkala adanya Aisyah boleh datang menjemputnya bersama. Beberapa orang yang lalu lalang memandang mereka. Mungkin mereka terkejut dengan jeritan Zurina itu tadi.

Aisyah mengangguk mengiyakan.

“Kak Aisyah Okay? Tak ada luka kan? Aduh!”

Zurina mengaduh sakit apabila kepalanya diketuk perlahan oleh Haziq. “Jangan lebih. Abang long bukan seteruk tu”

Aisyah hanya tersenyum hambar. Ya, tak seteruk itu. Mulut kau tu yang teruk!

“Dah, jom la kita balik. Mesti Zurina rindu mama juga kan?” tanya Aisyah mengalih topik perbualan. Mujur Zurina menurut sahaja. Jika tidak gadis itu pasti akan menanyakan pelbagai soalan supaya dia memastikan dirinya betul-betul selamat.

**

Keadaan di meja makan pada malam itu riuh sekali dengan adanya Zurina dan Hadzriq. Puan Sri Zetty hanya tersenyum kadangkala ketawa melihat telatah anak-anaknya. Sudah lama rasanya dia tidak merasa detik ini sejak Arwah suaminya pergi meninggalkan dirinya dan keluarga.

“Mama nak adakan party untuk Zurin? Bestnya! Thank You mama!” ucap Zurina kepada mamanya. senyuman di bibir gadis itu langsung tidak pernah pudar.

“Boleh tak Zurin ajak kawan-kawan sekolah lama Zurin dekat sini?” sambung Zurina lagi.

Haziq mengangkat tangannya. “Abang dah buat dah. Abang dah jemput semua kenalan kita. Termasuk.. Termasuk kenalan Aisyah”

Puan Sri Zetty mengangguk. “Nanti Aisyah ajak kawan Aisyah ya, mama alu-alukan”

“Bawa la Qaliff sekali.” Sampuk Hadzriq sekali gus membuatkan keadaan di meja makan itu menjadi hangat.

“Wwuuuuuu… Kak Aisyah dah ada pakwe!” kata Zurina sedikit teruja.

“Betul ke ni Aisyah? Kamu dah ada boyfriend?” Tanya Puan Sri Zetty inginkan kepastian.

“Eh!!! Bukan!” Aisyah mengeleng sambil tangannya diangkat seperti menahan sesuatu dihadapannya.

“Qaliff tu sahabat Sya je dekat Universiti. Abang Ha ni saje je!” dicubit lembut lengan Hadzriq yang sudah mengekek ketawa disebelahnya. Sengaja mahu menyakat dirinya!

Sedar dirinya diperhati oleh Haziq, cepat-cepat tangan yang mencubit lengan Hadzriq ditarik.

“Yeke?” sengaja Zurina menyakat kakaknya itu. Dia tahu pasti merah muka Aisyah menahan rasa segan.

“Betul. Kak Aisyah tak tipu. Abang Ha ni je, saje je nak menyakat kak Aisyah” bersungguh-sungguh Aisyah menidakkan apa yang ada difikiran Zurina tika ini. Dia tidak mahu gadis itu bersangka yang bukan-bukan.

“By the way, esok Kak Aisyah dah ada pakaian yang sesuai?” tanya Zurina.

“Ya tak ya… Mama lupa! Kamu ada dress tak esok Aisyah?” tanya Puan Sri zetty pula.

Aisyah tersenyum. “Tak apa Mama, Sya ada baju-baju Sya sendiri nanti.”

Puan Sri Zetty mengelengkan kepalanya. “No! Aisyah kena pakai baju baru macam anak-anak mama pakai juga. Aisyah juga anak mama.”

“Tak apa mama. Betul! Sya tak kisah!”

“Kalau macam tu Kak Sya pakai dress yang Zurin bawa dari Paris la” cadang Zurina.

Seboleh mungkin Aisyah menolak cadangan dan kehendak dua wanita itu namun akhirnya dia terpaksa mengalah apabila mereka bersungguh-sungguh ingin dirinya memakai dress baru sewaktu majlis itu nanti.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku