Tak suka tapi Cinta
Babak 11
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 23 Oktober 2016
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
3149

Bacaan






“Aisyah!!! Rindunya dengan kau!” jerit Lulu dihujung talian. Aisyah tersenyum sambil menutup perlahan pintu biliknya.

“Assalamualaikum Lulu”

Lulu ketawa kecil “Waalaikumusalam warahmatullahiwabarakatuh!”

Aisyah tersenyum lagi lalu duduk di birai katil. “Rindu kau juga. Kau sihat?”

“Sihat Alhamdulillah. Kau? Sihat? Ke terlebih sihat ni? Yela, orang tu dapat jumpa keluarga kedua dia la katakan.” Seloroh Lulu dalam tawanya. Aisyah turut sama ketawa. Memang benar apa yang dikatakan oleh Lulu. Tidak mungkin dia tidak senang hati dan seronok apabila dapat berjumpa kembali dengan keluarga Puan Sri Zetty. Cuma, haziq sahaja dia tidak gembira.

“Oh ye… Aisyah…”

Lama Lulu berjeda. Diam tanpa bicara.

“Kenapa Lulu?” Tanya Aisyah kehairanan. Keningnya diangkat sebelah.

“Opps.. sorry. Aku tengah buka email tadi. Ni, aku nak tanya ni”

“Tanyalah. Apa dia?”

“Aku dapat jemputan.. ke birthday zurina atas nama kau… siapa Zurina tu beb?” tanya Lulu.

“Oh.. itu..”

“Apa?” Lulu menyampuk sebelum sempat Aisyah menghabiskan kata-katanya.

“Itu jemputan dari keluarga angkat aku. Datang la! Aku pun ada.” Kata Aisyah.

“Oh.. bestnya! Tapi, kau tahu kan aku dekat Johor sekarang? Tak mungkin la aku sempat ke sana. Sorry Sya…” luah Lulu dari hujung talian dengan nada sedih.

Aisyah ketawa kecil. “It’s okay la beb. No worries.”

“Sorry tau. Kalau aku dekat kolej boleh la aku pergi, tapi sekarang ni aku dekat rumah nenek aku. So, tak dapat la nak pergi.”

Aisyah menggelengkan kepalanya seakan boleh dilihat oleh sahabatnya yang jauh di selatan. “Beb, it’s okay. Lain kali ya?”

“Okay! Thanks Aisyah! Kirim salam dekat keluarga kau ya! Kirim salam dekat mama baba kau juga! Cakap masakan baba kau the best among the best la!” ucap Lulu sambil ketawa. Dia teringat akan masakan yang diberi Babanya kepada sahabatnya iaitu Lulu dan Qaliff.

“Inshaallah.” Ucap Aisyah lalu mematikan talian.

Aisyah tersenyum sendirian di dalam biliknya. Dia bersyukur kerana mempunyai sahabat yang begitu memahami dirinya. Masih segar lagi diingatannya sewaktu hari pertama pendaftaran di universiti kerana hari itu jugalah mereka saling mengenali antara satu sama lain seterusnya menjadi rapat sehingga ke hari ini.

Bunyi deringan pada telefon bimbit mematikan lamunannya. Sebuah pesanan ringkas dihantar oleh Qaliff.

Assalamualaikum Sya. Kau sihat?

Aisyah tersenyum lagi entah keberapa kalinya.

Waalaikumusalam. Sihat Alhamdulillah. Kenapa Qaliff?

Butang hantar ditekan untuk menghantar pesanan ringkas itu kepada Qaliff, sahabatnya.

Aku dapat jemputan atas nama kau. Siapa Zurina?

Aisyah hampir ketawa membaca pesanan ringkas itu. Soalan itu sama seperti apa yang ditanya oleh Lulu. Memang secocok mereka ini. Kalau mereka menjadi pasangan tentu meriah dan seronok.

Datanglah.’

‘Tapi, siapa dia ni?’

‘Zurina tu adik aku la’

Lama pesanan ringkas itu tidak berjawab. Sehinggalah sepuluh minit kemudian.

‘Sorry, nature call. Buat pelaburan sendirian berhad. Hehehe…’

Aisyah ketawa besar apabila membaca pesanan ringkas itu. Punyalah lama, aku ingatkan kau kena apa-apa tadi!

Dah puas ke membuang? Banyak tak pelaburan kau keluarkan? Kaya la bank tu nanti’

Aisyah melangkah ke beranda biliknya yang menghadap ke kolam renang bungalow itu.

‘Cettt! Mengata aku la tu! Btw, banyak juga! XD’

Aisyah ketawa lagi. Aduh Qaliff, Qaliff… Tak habis-habis dengan lawak kau. Malam-malam buta begini pula tu.

‘hahaha… kau ni ada-ada saje! Rindunya dengan korang!’

‘rindu aku? Betul?’

‘yelah! Rindu kau!’Aisyah tersenyum lalu menghantar pesanan ringkas itu. Kalau berbual dengan Qaliff pasti dia akan cepat terhibur.

‘Yeay! Ada orang rindu aku! Alaaa… nak call kau tapi kredit aku tinggal sikit’

‘Kedekut!’

‘hahahaha!! That’s why I’m your bestfriend!’

Aisyah tersenyum sambil mengelengkan kepalanya.

‘Yup! Hehehe…’

‘Oh ye, lupa dah nak tanya apa tadi. Kau la ni!’

‘Kenapa pula aku? Kau la buat lawak tengah malam ni siapa suruh’

‘ye ye.. Sorry madam. Ni, Zurina tu adik kau? Kau bukan anak tunggal ke Nurul Aisyah oiii?’

‘Adik dari keluarga angkat aku la. Bukan aku dah cerita ke tempoh hari?’

‘Ohhh.. ingat ingat. So, aku nak datang boleh? Aku baru je balik dari kampung aku kat Kelantan, bosan juga dekat KL ni. Nasib baik kau ada!’

‘Datang la. Kau tak datang siap!’

‘hehehe… inshaallah!’

Aisyah memasukkan telefon bimbitnya ke dalam poket baju tidurnya. Dia mendonggakkan kepalanya memandang ke arah taburan bintang di langit. Senyuman di bibir masih mekar lagi. Qaliff Asyraff. Jejaka itu merupakan jejaka yang diidamkan oleh segelintir gadis di univerisitinya. Ini kerana dia mempunyai rupa berkacukan cina yang didapati daripada ibunya. Dia pernah berjumpa dengan ibu kepada sahabatnya. Ibunya seorang yang sangat bersopan santun dan kaya dengan budi bahasa. Dimana tidak tumpahnya kuah jika bukan di nasi, itu yang dapat diungkap oleh Aisyah. Sepertimana baik budi pekerti ibu Qaliff, begitu juga dengan diri Qaliff.

Dia juga tidak tahu bagaimana dirinya dan Qaliff boleh menjadi serapat ini sehingga boleh menjadi sahabat baik. Dia masih ingat lagi di awal perkenalan mereka, Qaliff baginya merupakan seorang playboy kerana sering dikelilingi oleh gadis dimana sahaja dia pergi. Sehinggalah kejadian dia melihat sahabatnya memarahi seorang daripada gadis yang sering melekat disisinya kerana berlaku kurang sopan terhadap pelajar yang kurang upaya. Sejak dari itu, persepsinya terhadap jejaka itu berubah.

Matanya di alih pula pada pemandangan di sekitar kolam renang yang dihias indah dengan pokok-pokok bunga. Bunga mawar merah. Kegemarannya. Matanya tertancap pada satu susuk tubuh yang sedang merenungnya dengan renungan yang tajam. Mata mereka bertaut. Serta merta senyuman dibibir Aisyah mati. Entah berapa lama jejaka itu ada disitu dia sendiri tidak tahu.

Tok! Tok!

“Aisyah” panggil satu suara dari luar biliknya. Aisyah menoleh memandang ke arah pintunya.

“Ya?”

Aisyah menoleh kembali ke arah kolam renang itu tetapi Haziq sudah tidak ada lagi. mungkin jejaka itu sudah masuk ke dalam rumah. Aisyah masuk semula ke dalam biliknya menuju ke arah pintu.

“Ya Mas..”

Belum sempat Aisyah menghabiskan kata-katanya, dia dikejutkan sebungkus kotak berbalut emas ada di luar biliknya. Kotak itu dihias cantik dan diletakkan di hadapan pintunya. Aisyah menoleh ke kiri dan kekanan. Tiada sesiapa di situ. Dia mengangkat kotak itu masuk dan menutup kembali pintu biliknya.

“Apa ni?” katanya lalu meletakkan kotak itu di atas katil. Perlahan-lahan kotak itu dibuka.

“Ya Allah.” Aisyah menutup mulutnya. Tidak sangka hadiah itu begitu cantik.

“Kak Aisyah, Zurin nak akak to… Wah! Cantiknya!” ujar Zurina setelah menerjah masuk ke dalam bilik Aisyah yang tidak berkunci. Hajatnya hanya ingin menanyakan pendapat kakaknya itu tentang katalog beg tangan yang ada di tangannya.

“Kak Aisyah, siapa bagi ni? Cantik sangat? Are you going to wear this tomorrow? Please do so.. mesti kak Aisyah cantik nanti!” ujar Zurina dengan penuh teruja.

“Entah la. Kak Aisyah tak tahu nak pakai ke tak.” Kata Aisyah sedikit bersalah.

“You Should wear them! I insist! Hehehe…”

“Tapi kak Aisyah tak tahu siapa yang bagi, tup-tup ada depan bilik kak Aisyah. Zurin ya yang bagi?” teka Aisyah. Zurin hanya menggelengkan kepalanya.

“Habis tu siapa?” tanya Aisyah sendirian sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

Zurina mencapai sekeping nota yang ada di dalam kotak. “Mungkin dalam ni kita tahu siapa yang bagi.”

“Siapa?” tanya Aisyah lalu mengambil nota itu lalu di bukanya.

Setelah membaca pesanan itu, kedua-duanya mengukirkan senyuman. Zurina dengan senyuman nakalnya manakala Aisyah dengan senyuman yang penuh terharu.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku