Tak suka tapi Cinta
Babak 12
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 23 Oktober 2016
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
3076

Bacaan






Zurina tersenyum sendirian melihat wajah Aisyah setelah penat membantu kakak kesayangannya ini bersolek. Dia tersenyum puas kerana sangat berpuas hati dengan kerjanya.

“Kenapa pandang Kak Aisyah macam tu?” tanya Aisyah kehairanan.

“Kak Aisyah Nampak cantik sangat. Untung siapa yang memiliki kak Aisyah nanti.” Ujar Zurina lalu memeluk erat kakak angkatnya itu. Wajah Aisyah ditenungnya lagi.

Aisyah ketawa kecil. “Ish! Ada-ada saje la Zurina ni. Dah cepat siap, tetamu dah ramai tu.”

Zurina mengangguk. “Okay kak Aisyah. Jom turun sekali?”

“Kak Aisyah nak call kawan kak Aisyah kejap, dia kata dia sesat tadi.”

“Okay. Jangan lama-lama tau. Hehehe…” kata Zurina lalu beredar meninggalkan Aisyah bersendirian di dalam biliknya.

Aisyah melangkah menuju ke pintu beranda, hasratnya ingin mengintai suasana meriah di bawah. Ramai tetamu kehormat daripada kenalan mamanya juga turut sama hadir. Pelbagai ragam manusia dapat dilihat dari pintu beranda itu. Dari jauh dia dapat melihat Hadzriq segak mengenakan baju kemeja tuksedo putih. Wajah itu tersenyum sewaktu berbual dengan beberapa orang rakan yang ada disekelilingnya.

Bunyi deringan telefon bimbit membuatkan Aisyah kembali masuk ke dalam bilik tidurnya. Butang jawab segera ditekan.

“Assalamualaikum Sya” kedengaran suara Qaliff di hujung talian.

“Waalaikumusalam. Ha! Jumpa tak rumah ni Qaliff?” tanya Aisyah sedikit risau. Mana tidaknya, termasuk kali ini sudah lima kali rakannya itu menelefonnya kerana sesat.

“Hehehe.. jumpa dah. Aku ada dekat tempat duduk dekat kolam renang ni. Lawa weh adik angkat kau!” puji Qaliff tanpa segan silu.

Aisyah ketawa. “Kau ni. Tunggu situ, aku datang.” Arah Aisyah lalu mematikan telefon bimbitnya. Dia melangkah ke ara meja soleknya untuk meletak telefonnya.

Aisyah merenung dirinya sebentar di hadapan cermin meja soleknya. Jubah dress berwarna putih bercorak floral bunga mawar merah itu direnungnya. Jubah yang cukup memenuhi citarasanya ditambah pula dengan shawl labuh berona sama dengan corak bajunya ditatap. Siapa la yang berinya jubah ini? Cantik sangat!

Langkah Aisyah mati apabila sedar dirinya diperhati oleh seseorang dari luar pintu biliknya yang tidak ditutup rapat. Aduh! Kenapa mamat ni ada dekat sini? Mesti Zurina tak tutup betul pintu tadi.

Mata mereka bertaut. Lama. Renungan tajam daripada Haziq kali ini Aisyah dapat rasakan lain dari biasanya. Entah kenapa, Aisyah berasa tenang sahaja dan bukannya takut seperti sebelum-sebelum ini. Aisyah memerhati pakaian yang dipakai oleh Haziq. Sama seperti Hadzriq, Haziq juga memakai tuksedo putih. Tetapi yang istimewanya Haizq, dia kelihatan lebih kacak daripada adik kembarnya. Kejap! What? Kacak?

Aisyah menggelengkan beberapa kali kepalanya. Are you going insane?! He’s your enemy!

Apabila Aisyah mendongakkan kepalanya kembali, Haziq sudah tidak ada lagi di hadapan pintu. Mungkin sudah masuk ke biliknya kerana bilik mereka hanya bertentangan sahaja. Tanpa membuang masa, kakinya lantas diatur untuk beredar dari situ.

**

Sepanjang majlis berlangsung, Aisyah hanya menundukkan wajahnya. Kerana segan apabila sering menjadi perhatian orang disekelilingnya. Dia sendiri tidak menyangka dirinya akan menjadi perhatian sebegitu sekali. Sebentar tadi sahaja sudah tiga kali dia ditegur oleh orang yang dia tidak kenal tetapi dia tahu mereka merupakan rakan kepada Hadzriq tidak pun Haziq. Nasib baik Qaliff ada di sisinya, jejaka itu membantu Aisyah daripada diusik dengan mengatakan Aisyah adalah pasangannya.

“Fuh! Glamour betul kau malam ni” ujar Qaliff lalu duduk di sebelah Aisyah. Dia menghulurkan segelas Air kepada gadis itu.

Aisyah mengambil gelas itu dari tangan Qaliff. “Thanks”

“Aku pun tak sangka macam ni sekali. Aku ni cantik yea?” tanya Aisyah sambil tersengih merenung wajah Qaliff. Mengharap jejaka itu memberi jawapan yang jujur.

“Perasan!” Jawab Qaliff sepatah lalu ketawa. Aisyah memasamkan wajahnya lalu mencubit lengan sasa Qaliff.

“Kau ni. Kalau aku tanya soalan, tak pernah nak jawab serius!”

“Dah betul. Kau tu je perasan lebih. Dia orang semua tu nak tegur belakang kau ada tag harga” gurau Qaliff masih lagi dengan sisa tawanya.

Wajah Aisyah sudah merona merah. “Betul ke?!” lantas sahaja dia bangun dari duduknya lalu memusingkan badannya ke kiri dan kekanan ingin mencabut tanda harga itu.

“Weh! Aku gurau la! Duduk la. Bahaya, dah la depan tu kolam renang.” Ujar Qaliff.

“kau ni!” dicubitnya lagi lengan Qaliff. Geram betul dirinya sering menjadi usikan sahabatnya.

“Weh, Cun betul adik kau. Kenalkan la aku dengan dia.” Minta Qaliff beriya-iya. Aisyah membuat muka selamba. Seakan-akan tidak mendengar apa yang dikatakan oleh Qaliff.

“Aisyah! Dengar tak ni?”

“Ha? Oh? Kau cakap dengan aku ke?” Tanya Aisyah masih lagi mempamerkan wajah selambanya. Qaliff disebelahnya sudah menjengilkan matanya. Comel!

Aisyah ketawa. “Zurin!” panggil Aisyah apabila ternampak Zurina yang baru sahaja melintasi tempat mereka duduk. Aisyah memperkenalkan Zurina kepada Qaliff Asyraff. Selang beberapa minit, mereka berdua kelihatan rancak berbual. Seolah mereka sudah lama berkenalan. Aisyah yang sedari tadi duduk di situ bangkit ingin memberikan mereka ruang lebih untuk berbual.

Kakinya melangkah ke dalam ruang tamu yang penuh dengan tetamu kehormat mamanya. jika diluar tadi penuh dengan pemuda-pemudi, di dalam ini pula penuh dengan tetamu yang umurnya seakan umur mama, ibu dan Babanya.

Dari jauh Aisyah sudah terlihat kelibat Babanya yang sedang rancak berbual bersama Ibu dan seorang tetamu mamanya. dia sendiri tidak kenal siapakah tetamu itu. Malas hendak mengacau, Aisyah melangkah pula di taman yang terletak jauh dari orang ramai. Sunyi juga di sini. Taman itu dihiasi indah dengan pelbagai jenis tanaman termasuk juga bunga kegemarannya. Aisyah melabuhkan punggungnya pada satu kerusi panjang.

Aisyah melihat dari jauh Qaliff dan Zurina yang sedang rancak berbual. Dengan tidak semena-mena, dia terimbau kisahnya bertahun dahulu. Dia teringat akan kisah cintanya terhadap Hadzriq tetapi dihalang oleh abang kembarnya. Ya. Dia menyayangi Hadzriq lebih daripada seorang abang. Dia sendiri tidak menyangka bahawa Hadzriq meluahkan dirinya juga turut menyanyangi Aisyah. Waktu itu hanya tuhan sahaja tahu betapa gembiranya dia. Ingin sahaja dia melompat gembira dan mendakap jejaka itu. Namun, dia sedar. Dia tidak setaraf seperti mereka. Kata-kata Haziq masih terngiang-ngiang di telinganya. Kata-kata angkuh itu, turut mengugut akan mencederakan dirinya jika Aisyah mempunyai perasaan kepada Hadzriq. Disebabkan itu, Aisyah terpaksa membuang jauh dan menolak luahan hati Hadzriq sedangkan hatinya meronta-ronta menidakkan semua itu. Mungkin juga salah dirinya, luahan Hadzriq itu sampai pada Haziq.

Lengan kirinya diusap perlahan. Aisyah teringat sewaktu dia terjatuh dari tangga sehingga sikunya terpaksa berjahit. Entah betul atau tidak, Haziq dihukum oleh Arwah Tan Sri Jamal kerana berlaku biadap dengannya kerana menolaknya jatuh. Dia tidak pasti apakah betul Haziq menolaknya kerana jejaka itu berada di belakangnya sewaktu dia jatuh. Apa yang boleh dia tolong ketika itu hanya menangis dan meminta arwah papanya untuk berhenti menghukum Haziq. Mungkin sejak daripada hari itu, Haziq sudah menjadi makin benci dengannya dan langsung jijik melihat dirinya.

Bunyi merdu alunan muzik instrument di belakangnya mematikan lamunannya. Pantas sahaja Aisyah menoleh melihat siapa yang memasang lagu tersebut. Hadzriq berdiri tidak jauh darinya. Segak!

“Jauh betul Aisyah termenung” tegur Hadzriq.

Aisyah tersenyum. “Imbau kenangan lama. Dah lama ke Abang Ha dekat sini?”

Hadzriq hanya menjongketkan kedua-dua bahunya. Aisyah bangun dari duduknya menghampiri Hadzriq. “Sedap lagu ni. Tapi kenapa macam sedih?” Iphone 6 milik Hadzriq diambilnya dari bangku.

“Abang Ha Nampak Sya sedih je. Is there something wrong?” Tanya Hadzriq langsung tidak menjawab pertanyaan Aisyah. Wajah serius Hadzriq ditatap oleh Aisyah. Wajah Hadzriq saling tidak tumpah seperti Haziq. Jika wajah abangnya sering kelihatan serius, wajah ini pula sering terlihat tersenyum.

Aisyah mengelengkan kepalanya. “Tak ada apa-apa.”

Lengan Aisyah digenggam lembut. “Aisyah? Abang Ha dah kenal sya lama dah. Please. Tell me”

“Betul. Sya okay je.”

Lama mereka berjeda. Aisyah merenung wajah tampan itu. Ingin mempamerkan riaksi dia benar okay sahaja.

“If anything goes wrong. Please tell me.”

Aisyah senyum. “Inshaallah. Erm.. Abang Ha, sya nak request satu lagu boleh?”

Hadzriq tersenyum. “Lagu apa?”

“Erm.. anything! Ikut kata hati abang Ha jelah.” Ujar Aisyah mengambil tempat duduk tidak jauh daripada Hadzriq. Dia sangat sukakan suara merdu milik Hadzriq sejak dulu lagi. suaranya persis suara penyanyi kegemarannya, Afgan.

Hadzriq mengambil telefonnya. Menekan sesuatu lalu diletakkan di hadapannya. Selang beberapa minit, alunan instrument piano kedengaran.

Hmmmm…

Tenanglah, Kekasihku…

Ku tahu hatimu menangis…

Beranilah, tuk percaya…

Semua ini pasti berlalu…

Meski takkan mudah, namun kau takkan sendiri, ku ada di sini…

Untukmu aku akan bertahan…

Dalam gelap takkan ku tinggalkan..

Engkaulah teman sejati, kasihku..

Disetiap hariku…

Untuk hatimu kukan bertahan,

Sebentuk hati yang kunantikan…

Hanya kau dan aku yang tahu… erti cinta...

Yang telah kita punya…

Wuuuuu.... haaa…

Beranilah, dan percaya…

Semua ini pasti berlalu…

Meski takkan mudah… namun kau takkan sendiri… ku ada disini…

Woooohooooo….

Untukmu aku akan bertahan (takkan bertahan)…

Dalam gelap takkan ku tinggalkan…

Engkau lah teman sejati, kaaaasihku…

Disetiap hariiiku…

Untuk hatimu ku kan bertahan…

Sebentuk hati yang ku nantikan…

Hanya kau dan aku yang tahu…

Erti cinta…

Yang tlah kita…

Punya…..

Wajah Aisyah merona merah, mana tidaknya sepanjang Hadzriq menyanyikan lagu tersebut, mata jejaka itu langsung tidak berganjak dari merenung wajahnya. Seolah tenungan itu turut mengatakan sesuatu.

“Terima kasih Abang Ha.. Sya rasa nak ke tandas sekejap” Ujar Aisyah menundukkan kepalanya menembunyikan wajah yang merah seperti buah ceri.

Baru beberapa langkah Aisyah melangkah melintasi Hadzriq, jejaka itu mengenggam lengan gadis itu membuatkan langkah Aisyah mati. Aisyah memberanikan diri mendongakkan kepala merenung wajah tampan milik Hadzriq.

Hadzriq merenung sepasang anak mata milik Aisyah. “Abang Ha betul-betul maksudkan apa yang Abang Ha nyanyikan buat Sya tadi.”

Aisyah hanya menganggukkan kepalanya. Setelah genggaman tangan dari Hadzriq longgar, Aisyah menepis lembut tangan itu lalu cepat-cepat beredar. Dia dapat rasakan degupan jantungnya laju sekali. Wajahnya pula bukan main merah sekali. Apa yang terjadi tadi?



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku