Tak suka tapi Cinta
Babak 13
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 23 Oktober 2016
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
3120

Bacaan






Sejadah merah di letakkan di birai katil. Aisyah melangkah keluar ke beranda biliknya untuk mengambil angin pagi. Kepalanya terasa kusut sehingga dia sendiri tidak lena tidur malam.

. “Abang Ha betul-betul maksudkan apa yang Abang Ha nyanyikan buat Sya tadi.”

Masih terngiang-ngiang kata-kata itu di pendengarannya. Suara, nyanyian dan wajah serius milik Hadzriq masih segar di mindanya. Entah kenapa, hatinya menjadi sedikit kacau dengan apa yang terjadi semalam. Dia sendiri terkejut apabila Hadzriq meluahkan perasaannya melalui lagu itu. Dia menyangka Hadzriq sudah membuang jauh perasaan itu terhadap dirinya. Tetapi…

“Aisyah!”

Aisyah menoleh memandang gerangan yang memanggil dirinya. Dia yang sedang sibuk menolong Tan Sri Jamal dan Puan Sri Zetty berkebun mengukirkan senyuman apabila Hadzriq memanggil dirinya. Usia remajanya banyak dihabiskan berkebun bersama keluarga angkatnya.

“Mama, Papa… kejap ya. Abang Ha panggil sya.” Ujar Aisyah lalu segera mendapatkan Hadzriq yang sedang berdiri menunggunya di tepi kolam renang.

“Ye Abang Ha, kenapa?” tanya Aisyah. Wajah ayu Aisyah direnung Hadzriq penuh kasih.

“Nak ikut abang Ha tak?”

“Pergi mana?” tanya Aisyah mengaru kepalanya yang tidak gatal.

Hadzriq tersenyum. “Pergi taman. Temankan Zurin main dekat playground. Nak?”

Aisyah tersenyum girang. “Nak!”

Selepas mendapat keizinan daripada kedua orang tua mereka, Hadzriq membawa Aisyah dan Zurina yang ketika itu baru berusia tujuh tahun. Aisyah tersenyum melihat Zurina yang sedang girang bermain dengan teman sejiran yang seusia dengannya. Hadzriq melabuhkan punggungnya duduk di sebelah Aisyah.

“Banyak tak Cikgu Amir bagi kerja sekolah?” tanya Hadzriq sekadar ingin tahu.

“Banyak! Alah abang Ha ni, macam tak pernah belajar dengan dia pula” seloroh Aisyah.

Hadzriq ketawa kecil. “Sebab pernah belajar la Abang Ha tanya. Tapi abang Ha nak bagi tips ni.”

“Ha! Apa dia?” tanya Aisyah penuh teruja. Tangan Hadzriq digenggam erat tanpa segan silu. Baginya, Hadzriq sudah dianggap seperti abangnya sendiri walaupun dia mempunyai perasaan suka kepada remaja itu.

Hadzriq tidak jadi bercakap. Kata-katanya seolah tersekat apabila Aisyah mengenggam tangannya. Aisyah pula menjadi binggung apabila Hadzriq membuat muka.

“Abang Ha?”

“Erm… Tak jadi la…”

“Alaaaa…. Mana aci! Cakap la!” desak Aisyah beriya-iya. Lengan Hadzriq ditarik-tariknya.

“Tak nak.”

“Alaa… please” sekali lagi lengan sasa itu ditariknya.

“Okay”

“Yeay! Apa dia?” Tanya Aisyah dengan penuh teruja. Wajah tampan itu ditatapnya.

“Abang Ha suka sya”

Bunyi ketukan pada pintu bilik mematikan lamunan Aisyah. Dengan segera Aisyah melangkah masuk dan membuka pintu itu. Tersembul wajah Zurina disebalik pintu biliknya. Aisyah tersenyum melihat adik angkatnya.

“Assalamualaikum Kak Aisyah! Selamat Pagi!” Ucap Zurina dengan penuh girang. Dipeluk erat kakak kesayangannya.

“Waalaikumusalam Zurin. Pagi! Amboi semangatnya pagi ni? Ada apa-apa ke?” tanya Aisyah tidak sabar.

“Hehehe… tak ada apa-apa. Saje je! Jom ke dapur” ajak Zurina dengan di bibirnya masih terukir senyuman. Aisyah kehairanan namun dia tidak bertanya. Mungkin ada sesuatu yang mengembirakan hati gadis itu.

Di dapur, riuh sahaja kedengaran dengan suara daripada Maznah atau dipanggil mesra Kak Nah. Memang setiap pagi, Kak Nah akan menguruskan hal sarapan bagi keluarga Puan Sri Zetty. Dia yang sudah hampir enam tahun bekerja membuatkan Puan Sri Zetty sudah selesa dan mesra dengan kehadirannya. Langsung tidak kisah apa jua jenis hidangan sarapan pagi yang di masaknya, pasti akan rasa sedap!

“Kak Nah ni… dari tangga depan tu lagi kami dah dengar suara Kak Nah. Apa yang kecohnya ni?” tanya Zurina mengambil beberapa biji epal untuk dikupas. Zurina sama juga seperti Puan Sri Zetty, sudah ditegah untuk tidak membantu Maznah namun kata-kata itu langsung tidak dihiraukan.

“Alaa… Zurin ni… Bagi chan la Kak Nah nak menyanyi.” Ujar Aisyah tersenyum. Maznah hanya ketawa.

“Kamu ni… Kak Nah baru nak test vokal, kamu dah kacau… tengok dah lupa dah liriknya” gurau Kak Nah yang sedang sibuk menggoreng beberapa ketul nudget. Aisyah dan Zurina tertawa dengan gurauan Kak Nah.

“Kak Nah, Tengahari nanti kita main Teng Teng jom! Rindu la zaman kanak-kanak.” Ajak Zurina.

“Kak Nah main Teng Teng?Ish! Agak-agak la kamu ni Zurin… Kang ada yang patah pinggang. Tak sesuai na dengan umur Kak Nah ni.” Kata Kak Nah sambil mengambil beberapa ketul nudget yang sudah masak untuk di toskan.

“Jom la Kak Nah… Aisyah pun join sekali.” Ajak Aisyah pula.

“Nak join sekali boleh?” ujar satu suara tidak jauh dari mereka. Aisyah menundukkan wajahnya. Meskipun dia tidak menoleh melihat gerangan yang menegur mereka, tetapi dia tahu bahawa insan itu adalah Hadzriq.

“Ha… Elok kamu ajak si Ha ni Zurin. Baru la kena. Ini kamu nak ajak Kak Nah yang dah tua ni.” Cadang Kak Nah. Hadzriq melabuhkan duduknya di hadapan Aisyah. Zurina yang ada di sebelah Aisyah masih dengan fokusnya mengupas buah epal yang ada ditangan. Sesekali beberapa buah epal yang telah dipotong disuakan kemulutnya.

“Zurin ni… Potong la betul-betul.” Tegur Hadzriq. Dia tidak gemar melihat adiknya berperangai sebegitu. Zurina hanya tersengih.

“Kak Nah goreng apa tu?” tanya Hadzriq. Matanya tidak lari melihat Aisyah yang masih menundukkan wajahnya. Comel…

“Kak Nah goreng nudget. Kamu kan suka?”

Hadzriq ketawa kecil. “Tahu aja Kak Nah favourite Ha…”

“Kamu tu dari kecil lagi Kak Nah dah jaga. Mesti la Kak Nah tahu. Walaupun kamu duduk Australia tu, jangan sangka Kak Nah dah lupa tau” seloroh Kak Nah yang masih gigih menggoreng beberapa lagi ketul nudget.

“Kak Aisyah… boleh ambilkan pinggan tak untuk Zurin?” tanya Zurina. Aisyah hanya mengangguk. Dia seperti hilang kata-kata apabila ada Hadzriq di situ.

“Ish Zurin ni! Apa suruh Sya pula? Tak boleh ambil sendiri ke?” tegur Hadzriq.

Aisyah melangkahkan kakinya ke kabinet kayu jati yang berada tidak jauh darinya. Dia mengambil beberapa pinggan yang ada.

“Ha… Semalam kamu ada pasang lagu ke? Kak Nah rasa Kak Nah ada terdengar suara orang menyanyi semalam” tanya Kak Nah.

Hadzriq menggelengkan kepalanya. “Kak Nah dengar dekat mana? Kalau dalam rumah ada la. Nak sambut birthday budak kecil ni mana boleh tak ada lagu.”

Zurina tersengih apabila sedar dirinya dipanggil ‘budak kecil’ oleh abang keduanya itu.

“Bukan dekat dalam.” Kak Nah menidakkan.

“Habis dekat mana yang Kak Nah dengar tu?” tanya Hadzriq.

“Dekat taman”

Prang!!!

Bunyi kaca pecah.kesemua mata tertumpu pada bunyi tersebut. “Maaf. Sya tak sengaja” Aisyah menundukkan badannya untuk mengutip pinggan yang pecah. Dia yang terkejut tidak dapat mengawal tindakannya sekaligus menyebabkan pinggan yang ada ditangan pecah di lantai.

Pantas sahaja kaki Hadzriq melangkah menghampiri Aisyah lalu menggenggam tangan gadis itu dari mengutip serpihan kaca yang pecah. “Bahaya” ujarnya sepatah. Dia kemudian menyuruh Aisyah duduk di bangku dan menyuruh Zurina membawa penyapu dan penyodok.

“Tak apa… salah sya… biarlah sya yang bersihkan” kata Aisyah masih berdegil mahu membersihkan kaca itu.

“No. biar abang Ha yang bersihkan. Sya pergi duduk dekat kerusi” arah Hadzriq dengan nadanya yang tegas. Aisyah hanya menurut sahaja kemahuan Hadzriq. Dia tidak berani membantah apabila Hadzriq sudah bertegas.

Tidak sampai lima minit, kaca-kaca yang pecah sudah di bersihkan Hadzriq. Dia kembali melabuhkan duduknya kembali di hadapan Aisyah. Zurina dan Kak Nah sudah hilang kemana. Kata mereka mahu meletakkan makanan di meja hadapan, tetapi sampai sekarang tidak kelihatan.

“Maafkan sya…”

“It’s okay. Sya tu, kalau tadi sya cedera macam mana? Abang Ha juga yang susah hati” seloroh Hadzriq. Dia menongkat tangan kanannya di atas meja. Merenung wajah Aisyah yang sedang rasa serba salah itu.

“Kenapa? Ada apa-apa ke kat muka sya?”

Hadzriq menggelengkan kepala. Jejaka itu tersenyum. “Tak ada apa-apa”

“Dah tu? Kenapa pandang sya macam tu?” tanya Aisyah berasa tidak puas hati.

“Sebab Sya cute. Salah ke abang Ha pandang Sya?”

Wajah Aisyah sudah merona merah menahan rasa segan dan malu. Jantungnya berdegub kencang.

“See… macam buah ceri. Merahnya muka!” usik Hadzriq lagi. dia ketawa melihat gelagat Aisyah yang penuh dengan sifat malunya itu. Akan tetapi, sifatnya itulah yang membuat hati Hadzriq tertarik kepada Aisyah.

“Ish! Dah la… jom ke depan. Mama dah ada tu..” ujar Aisyah lalu cepat sahaja langkahnya di atur ke hadapan. Hadzriq hanya tersenyum melihat telatah gadis yang disayanginya itu.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku