Tak suka tapi Cinta
Babak 14
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 23 Oktober 2016
Penilaian Purata:
(2 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
2866

Bacaan






“Assalamualaikum Puan Sri, Encik Haziq, Encik Hadzriq, Cik Zurina dan… Cik Nurul Aisyah” wajah Aisyah dipandang oleh Peguam Indra. Aisyah hanya mengangguk sambil tersenyum. Dia sendiri tidak mengerti kenapa dia harus berada di sini. Ini urusan keluarga mamanya, dia tidak ada langsung pertalian darah antara mereka. Tetapi kenapa namanya tertera di dalam wasiat kedua arwah Tan Sri Jamal?

“Seperti yang sudah saya maklumkan, kedatangan saya pada hari ini adalah untuk membicarakan tentang dokumen syarikat yang dimiliki oleh Almarhum Tan Sri Jamal dan menyerahkan surat wasiat yang ditulis tangan sendiri kepada Cik Nurul Aisyah Bt Kamal.” Ujar Peguam Indra. Semua mata tertumpu kepada peguam yang sudah berusia lewat 40-an itu.

“Akan tetapi, Sebelum Almarhum Tan Sri Jamal menghembuskan nafasnya yang terakhir, beliau meminta saya membaca surat wasiat ini kepada semua jika Cik Nurul Aisyah tidak keberatan. Hal ini supaya tidak ada pihak yang tidak berpuas hati kelak. Semua dokumen dan wasiat ini adalah muktamad dan tidak boleh diubah.” Jelas Peguam Indra lagi. Aisyah hanya mengangguk bersetuju bahawa surat tersebut dibaca oleh Peguam tersebut. Jelingan dihadiahkan kepada Haziq. Jejaka itu sahaja yang sering berasa tidak puas hati dengannya. Bagus juga Arwah papa buat macam ni, tak ada la nanti dia cakap aku ni nak rampas harta keluarga dia.

“Apa yang penting sangat tu sampai saya sekali kena ada di sini?” Tanya Haziq sudah mula tidak sabar. Dia langsung tidak suka jika Aisyah turut sama berada di sini.

“Sabar Encik Haziq. Biar saya bacakan”

Isi Kandungan surat tersebut dibaca dengan perlahan dan jelas sekali. Setiap bait bicara yang terkandung di dalam surat tersebut membuatkan wajah Aisyah sedikit terkejut. Bukan sahaja dirinya, bahkan setiap insan yang turut hadir mendengar apa yang dibicarakan oleh Peguam Indra.

“What??!!!” Tengking Haziq lalu bangkit dari duduknya. Tidak semena-mena wajahnya berubah bengis.

“Sabar Abang Long” ucap Zurina menarik lengan abang sulungnya untuk duduk semula. Namun tangan kecil Zurina ditepis kasar.

“You biar betul Indra. Takkan papa saya sanggup tulis macam tu?” Tanya Haziq dengan nada yang sedikit tinggi. Hadzriq di sebelah Peguam Indra sudah tidak tahu mahu bicara apa lagi. dia sendiri tidak sangka arwah papanya sanggup meminta seperti itu.

“Betul Encik Haziq. Encik Haziq boleh baca sendiri apa yang terkandung di dalam surat ini jika Encik Haziq ragu-ragu dengan apa yang telah saya bacakan.” Ujar Peguam Indra menyerahkan surat itu kepada Haziq. Surat itu di ambil kasar oleh Haziq.

Peguam Indra hanya tersenyum dan langsung tidak gentar apabila berhadapan dengan situasi seperti ini kerana Almarhum Tan Sri Jamal sendiri sudah memberikan amaran dan kata-kata untuk berjaga-jaga dengan sikap marah anak sulungnya. Sikap ini yang selalu digeruni oleh kakitangan di pejabat mereka.

“Are you sure Indra? My Husband wrote that?” Tanya Puan Sri Zetty pula sekadar inginkan kepastian. Aisyah yang duduk di sebelahnya hanya termenung mengenangkan nasib yang bakal menimpanya. Dia seperti hilang kata-kata.

“Betul Puan Sri. Menurut apa yang tertulis, Encik Adam Haziq dan Cik Nurul Aisyah harus melangsungkan perkahwinan sebelum tarikh yang tertera pada surat tersebut. Pernikahan mereka haruslah bertahan selama tiga tahun. Dan jika pernikahan mereka gagal bertahan selama tempoh yang diberi, segala harta yang telah diserahkan kepada Encik Haziq akan jatuh kepada tangan Cik Nurul Aisyah Bt Kamal.” Jelas Peguam Indra menerangkan semula maksud disebalik surat wasiat tersebut.

“This is ridiculous! Papa tahu Ziq benci dengan Aisyah! Why did he do this to me?!” marah Haziq sekali lagi. kedua tangannya sudah berada di pinggangnya.

“Ini mesti kau punya Idea! Kan?!” Tengking Haziq kepada Aisyah.

“Abang Long!” Tegur Hadzriq yang sedari tadi hanya mendiamkan diri. Hatinya hancur sebaik sahaja surat wasiat itu dibaca oleh Peguam Indra. Gadis yang dicintainya bakal berkahwin dengan abang sulungnya. Mana mungkin hatinya bisa tenang begitu sahaja.

“Sabar Encik Haziq.saya belum habis lagi menerangkan wasiat surat ini.” Kata Peguam Indra. Haziq cuba menenangkan diri dan kembali kepada duduknya. Begitu juga dengan Hadzriq.

“Itu jika pernikahan ini tidak berjaya. Jika pernikahan ini tidak berlangsung sejak awal lagi, segala share holding atas nama Encik Haziq akan berpindah hak milik kepada penama kedua di dalam wasiat harta iaitu Encik Hadzriq Haikal.” Ujar Peguam Indra lagi. Kali ini bukan sahaja Haziq terkejut, malah kembarnya juga terkejut. Jika harta tersebut berpindah milik kepada adik kembarnya, sudah semestinya Haziq tidak mempunyai apa-apa harta pun di dalam keluarga mereka. Sudah semestinya Haziq bakal jatuh miskin.

Haziq termangu. Lidahnya kelu, hilang kata-kata untuk bicara.

“Kehadiran saya disini juga bukan sahaja untuk membacakan, menyerahkan dan memberitahu perihal ini. Akan tetapi, kedatangan saya juga adalah untuk mendapatkan tandatangan bagi pihak Cik Nurul Aisyah dan Encik Adam Haziq samada setuju atau tidak dengan syarat yang ada di dalam surat tersebut.” Ujar Peguam Indra lalu meletakkan sehelai kertas dan sebatang pen di hadapannya. Aisyah memandang kosong ke arah kertas tersebut.

“Kenapa cepat sangat nak kepastian mereka?” tanya Hadzriq yang sejak dari tadi mendiamkan diri.

“Maafkan saya Encik Hadzriq. Saya hanya menjalankan amanah yang telah diberi.” Ujar Peguam Indra lalu meminta diri sebentar kerana telefonnya sudah bordering. Dia harus menjawab panggilan tersebut.

“This is so unfair!” bentak Haziq yang sudah membaling surat wasiat dari tangannya.

“Sya nak ke tandas sekejap.” Ucap Aisyah sekadar memberi alasan untuk dia menenangkan dirinya.

Di dalam tandas, Aisyah menangis sepuas hatinya. Meluahkan rasa sedihnya terhadap apa yang terjadi sebentar tadi. Dia tidak menyangka Arwah Tan Sri Jamal sanggup meletakkan syarat bahawa dia harus bernikah dengan jejaka itu. Sudahlah jejaka itu membenci dirinya. Mana mungkin dia boleh menjadi isteri kepada jejaka yang bernama Adam Haziq itu.

Adam Haziq hanya memandang dirinya jijik sejak dari dulu lagi. dia sendiri tidak tahu apa salahnya. Mana mungkin dia boleh bahagia bersamanya. Tidak mungkin… mustahil sekali!

Setelah selesai menangisi hatinya yang sedang lara, Aisyah keluar dari bilik air yang terletak jauh dari ruang mereka membicarakan wasiat Arwah Tan Sri Jamal. Hampir terkeluar jantung Aisyah apabila keluar sahaja dari bilik air itu, wajah Peguam Indra sudah ada di hadapannya.

“Ya Allah, Encik buat saya terperanjat sahaja.” Ujar Aisyah lalu mengusap dadanya bagi menenangkan hati.

Peguam Indra tersenyum. “Maafkan saya Cik Nurul Aisyah. Sebenarnya saya juga diamanahkan untuk memberikan Cik Aisyah surat ini secara persendirian tanpa ada yang tahu.” Ucap Peguam Indra lalu dihulurkan satu sampul surat berwarna putih kepada Aisyah.

Setelah mengambil surat tersebut, Peguam Indra meminta diri untuk kembali ke dalam ruang perbincangan mereka.

“Surat apa ni?” kata Aisyah sendirian. Dia mengambil tempat duduk pada kerusi yang ada berhampiran dengan dirinya.

“Surat dari papa…”

Assalamualaikum anak papa… maafkan papa sayang. Papa tahu papa agak keterlaluan dalam meminta Aisyah untuk bernikah dengan Haziq. Papa lakukan semua ini ada sebabnya. Percayakan papa sayang bahawa apa yang papa lakukan ini adalah untuk kebaikan Haziq dan Aisyah juga. Papa mohon, lakukan dan bersetujulah pada apa yang telah di bacakan oleh Peguam Indra… Jika Aisyah tidak mahu, Papa mengerti... papa faham… Papa Cuma mahu Aisyah tahu Papa sentiasa sayangkan anak-anak papa… termasuklah Aisyah…

Aisyah termenung seketika selepas membaca isi kandungan yang ada di dalam surat tersebut. Papa… Apa yang harus Sya lakukan? Sya akan buat apa sahaja yang papa suruh, tapi… jika melibatkan Abang Haziq, Sya tak pasti jika Sya mampu bertahan dengannya. Sya buntu….

Kaki di atur kembali ke ruang perbincangan. Aisyah memerhati sekelilingnya. Kelihatan Puan Sri Zetty dan Zurina sedang berbual dengan Peguam Indra. Manakala Hadzriq pula hanya memandang kosong telefon bimbit yang ada di tangannya. Abang Ha… Maafkan Sya…

Aisyah mengambil kertas dan pen yang ada di atas meja membuatkan semua mata tertumpu kepadanya. “Aisyah setuju.” Ujarnya lalu menurunkan tandatangan di atas kertas tersebut.

‘Untuk papa…’

Haziq tersenyum sinis. Lengan Aisyah ditarik kasar. “Are you going insane?” bisik Haziq perlahan ke telinga Aisyah.

Aisyah memberanikan diri memandang wajah bengis itu. “Sya akan tolong Abang Haziq”

Dahi Haziq berkerut. “How?”

“Abang Haziq tak nak harta yang tertulis nama Abang Haziq jatuh ketangan Sya atau Abang Ha kan? Jadi, jalan penyelesaiannya adalah berkahwin. Sya janji, lepas tiga tahun… kita bercerai” jelas Aisyah panjang lebar dalam bisiknya. Semua mata yang memandang langsung tidak dihiraukannya.

Lama Haziq berjeda. “Kau tak kisah bergelar janda dalam usia muda?”

“Tak”

Haziq tersenyum sinis. “Fine”. Pen yang ada di tangan Aisyah di ambil secara kasar. Dia juga turut menurunkan tandatangan di atas sekeping kertas itu.

“Alhamdulillah. Urusan saya sudah selesai disini. Jadi, Puan Sri, Encik Haziq, Encik Hadzriq, Cik Zurina dan Cik Nurul Aisyah, saya minta diri dahulu.” Ucap Peguam Indra sambil melipat kertas tersebut lalu beredar meninggalkan mereka sekeluarga.

“Haziq, Aisyah? Betul ke kamu berdua dah fikir masak-masak perkara ini? Perkahwinan tak boleh dibawa main-main tahu.” Nasihat Puan Sri Zetty. Dia juga turut terkejut dengan apa yang di wasiatkan oleh arwah suaminya. Tidak menyangka bahawa permintaan terakhir suaminya adalah untuk mengahwinkan mereka berdua. Dia risau jika sepanjang perkahwinan mereka, Aisyah bakal dicederakan atau di apa-apakan oleh anak terunanya itu.

“Betul mama. Sya dah fikir masak-masak. Lagi pun…”

Belum sempat Aisyah menghabiskan kata-katanya, Haziq sudah menyampuk. “Lagipun boleh la Ziq nak kenal Aisyah lagi dalam. Kenapa semua orang suka sangat dekat dia. Dah la orang luar.. boleh pula papa masukkan dalam list wasiat. Jijik aku tengok kau!”

“Abang Long!!” Hadzriq melangkah laju ke arah abang sulungnya lalu dicekup leher baju abang kembarnya itu. “Kau jangan nak melampau!”

“Hadzriq!” Tegur Puan Sri Zetty dengan nada sedikit meninggi. Zurina di sebelah mamanya segera memeluk Puan Sri Zetty untuk menenangkan mamanya itu.

“Kenapa? Kau marah? Kau tak puas hati sebab dia bakal jadi kakak ipar kau?” Haziq sengaja menambahkan lagi api kemarahan yang ada pada Hadzriq ketika ini. Senyuman sinis diberikan kepada adik kembarnya itu.

“Jangan kau rendahkan Aisyah sebegitu sekali! Dia dah cukup baik nak berkahwin dengan kau!” Tengking Hadzriq lalu menolak tubuh abangnya. Hadzriq kemudiannya melangkah keluar dengan mengheret tangan Aisyah sekali. Aisyah yang terkejut hanya ikut sahaja kemana di bawa oleh Hadzriq.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku