Tak suka tapi Cinta
Babak 15
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 23 Oktober 2016
Penilaian Purata:
(2 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
2167

Bacaan






Kereta diberhentikan di hadapan taman di sebuah tasik yang terletak dekat dengan kawasan perumahannya. Aisyah memandang sekilas wajah Hadzriq yang masih tegang itu. Dia tidak berani untuk bersuara. Silap haribulan, dia juga bakal dimarahi oleh jejaka itu.

Aisyah memandang sekelilingnya. Suasana pada petang itu kelihatan nyaman sekali dengan orang yang sedang beriadah pada petang itu. Ditambah pula dengan pohon hijau yang ditanam pada sekeliling taman itu.

Tombol pintu kereta dibuka, Hadzriq melangkah keluar dari keretanya lalu berjalan menuju ke arah kerusi yang ada di hadapan keretanya. Aisyah juga turut sama melakukan apa yang di lakukan oleh Hadzriq. Dia mengambil tempatnya di sebelah jejaka itu.

“Kenapa Sya setuju?” tanya Hadzriq setelah lama mendiamkan diri.

Aisyah mendiamkan dirinya. Tidak tahu mahu menjawab apa dengan persoalan yang ditanya.

“Aisyah sayangkan Abang Haziq?” Tanya Hadzriq lagi.

Sayang? Lebih kepada benci! Bukannya dia rela untuk berkahwin dengan jejaka itu. Akan tetapi, atas hasrat papa dia terpaksa berkorban masa depannya.

“Sayang” Jawab Aisyah bohong. Dia harus berbohong jika tidak pasti Hadzriq tahu niat sebenarnya yang ingin membantu Haziq untuk mendapatkan semula hartanya.

Hadzriq memandang wajah Aisyah. Wajahnya serius. “Apa?”

Aisyah mengambil seberapa banyak kekuatan yang ada dalam dirinya untuk melawan pandangan Hadzriq. “Ya Abang Ha. Sya Sayangkan Abang Haziq.”

“Since when?” tanya Hadzriq seperti tidak percaya.

“Sejak dulu lagi. Aisyah sayangkan dia walaupun dia bencikan Aisyah. Jadi, Aisyah tak kisah jika perlu berkahwin dengan Abang Haziq. Sebab Sya dapat berkahwin dengan orang yang sya cinta.” Ujar Aisyah.

“Tak. Sya tipu kan? Sya… abang mohon agar Sya jujur dengan abang. Soal harta Abang Haziq tu sya jangan risau, abang Ha akan bantu untuk Abang Haziq dapat semula hartanya. Asalkan sya tak pilih orang yang salah.” Nasihat Hadzriq sambil merenung anak mata milik Aisyah.

Aisyah bangun dari bangku. “Maafkan Sya. Sya dah buat keputusan. Sya akan tetap berkahwin dengan Abang Haziq.” Ucapnya lalu melangkah pergi jauh dari Hadzriq yang seperti sudah tidak mampu lagi untuk berkata-kata.

“Hai Sayang, Jauh berjalan? Pergi dating tak ajak pun abang…”

Aisyah menjeling Haziq yang mengejek dirinya dengan suara yang dibuat-buat manja. Meluat!

Kakinya melangkah masuk tanpa menghiraukan ejekan daripada Haziq. Namun, tidak sampai tiga langkah, lengannya ditarik kasar membuatkan dirinya terdorong kebelakang.

“Apa ni?!” marah Aisyah lalu memandang wajah Haziq yang sudah tersenyum sinis kepadanya.

“Apa tujuan kau sebenarnya?”

“Tujuan apa? Sya tak faham la” tanya Aisyah. Dia hairan benar dengan jejaka ini. Dia sudah cukup baik untuk mengorbankan masa depannya demi membantu jejaka ini untuk mendapatkan semula hartanya. Jadi, dia mahu apa lagi?

“Apa tujuan sebenar kau nak kahwin dengan aku?” tanya Haziq.

“Sya dah cakap bukan? Sya akan tolong Abang Haziq dapatkan semula harta tu. Dengan berkahwin sahaja dapat menyelamatkan semua harta Abang Haziq.” Jelas Aisyah sekali lagi.

“Tapi… Sya nak minta satu je dekat Abang Haziq”

“Apa?” tanya Haziq merenung sepasang anak mata Aisyah.

“Aisyah nak minta izin Abang Haziq untuk Sya rahsiakan hubungan ni. Sya tak nak satu universiti tahu Sya dah kahwin.” Minta Aisyah dengan nada perlahan.

“kenapa? Kau dah ada Pakwe?” teka Haziq.

Aisyah menggelengkan kepalanya. “Bukan. Sya tak nak orang tahu. Nanti mereka cakap apa pula. Dah la lagi seminggu sahaja kita akan kahwin.”

Haziq tersenyum sinis. “Lantak kau la. Aku pun tak nak masuk campur urusan kau. Kau pun. Jangan sesekali masuk campur urusan aku! Faham!” ujarnya lalu meninggalkan Aisyah yang masih tercegat memandangnya.

“Ingat aku heran sangat ke?!” Ujar Aisyah perlahan lalu menjelirkan lidahnya. Menyampah giler!!!!!



Klik di sini jika bacaan spam!
Kami, (Ilham Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan
Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku