Tak suka tapi Cinta
Babak 16
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 23 Oktober 2016
Penilaian Purata:
(2 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
2958

Bacaan






Tinggal sehari sahaja lagi Aisyah bakal bergelar seorang isteri. Malam ini, di rumah Puan Hani dan Encik Kamal didatangi oleh sanak saudara mereka. Tujuan mereka hanyalah untuk memeriahkan suasana perkahwinan anak saudara mereka.

“Aisyah… senyumlah sedikit. Mak Ngah tengok monyok je. Tak nak kahwin ke?” tegur Makngahnya yang sedang sibuk memakaikan inai Henna dijarinya. Aisyah mengukirkan senyuman manis di bibir. Dia terlupa. Seluruh keluarga Puan Hani dan Encik Kamal tidak tahu perihal surat wasiat daripada Tan Sri Jamal. Mereka hanya dimaklumkan bahawa perkahwinan ini dilangsungkan atas dasar cinta dan perlu disegerakan kerana pengantin lelaki harus pulang ke negara Australia dalam masa yang singkat. Tanpa banyak pertanyaan, undangan itu disambut mesra oleh sanak saudaranya.

“Aisyah ni nervous tu Kak Ngah. Biasalah tu… macam Kak Ngah dulu-dulu” tegur Puan Hani yang merupakan adik kepada Makngahnya.

“Kak Ngah mana ada nervous. Kak Ngah Cuma risau”

“Risau apa tu Mak Ngah?” kali ini sepupunya, Mareena pula bertanya. Ingin pula dia tahu apa yang membuatkan makciknya itu gementar.

“Risau kalau Pakngah kamu tak larat” gurau Makngahnya. Kata-kata Makngah itu disambut dengan gelak tawa sepupunya yang ada disekelilingnya.

“Ish! Apa makngah ni…” tegur Aisyah yang sudah merah pipinya.

“Makngah gurau je tu… Ni Aisyah, Kamu dah telefon kawan-kawan kamu Satu Universiti? Dah jemput mereka?” Tanya Puan Hani sambil memakaikan inai di jari kiri Aisyah.

“Erm.. Dah… mereka tak dapat nak datang. Semua duduk jauh” Bohong Aisyah. Dia sebenarnya tidak mahu seorang pun rakannya tahu akan halnya ini. Dia tidak mahu mereka memikir yang bukan-bukan. Sudahlah dia tidak ada teman istimewa. Tiba-tiba sahaja dia berkahwin. Pasti akan menjadi buah mulut di kalangan temannya nanti. Tambah-tambah lagi di kalangan sekumpulan gadis yang anti akan dirinya.

Puan Hani mengangguk mengerti.

“MakNgah…” Panggil Mareena kepada mak saudaranya yang sedang sibuk memakaikan inai pada tangan kanan Aisyah.

“Ya… Kenapanya Mareena?” Tanya Makngah.

“MakNgah dah tengok gambar bakal suami Kak Aisyah? Handsome! Macam mat saleh!!!” ujar Mareena penuh teruja. MakNgah memandang hairan anak buahnya itu.

“Mana kamu tahu ni?” tanya Makngah kehairanan.

Aisyah tersenyum. “Dia tengok instagram Haziq.”

“Makngah nak tengok? Nah! Handsome kan? Bertuah Kak Aisyah!! Sama Cantik… Sama Handsome… Memang Sepadanlah!” ujar Mareena lalu menunjukkan wajah Adam Haziq yang ada pada akaun Instagram milik jejaka itu. Wajah Adam Haziq yang saling tidak tumpah seperti pelakon mat salleh Robbie Amell itu ditatap mereka.

“Yang ni siapa? Rupa mereka sama. Kembar ke?” Tanya Makngah. Aisyah melihat pada skrin telefon bimbit milik Mareena.

Aisyah tersenyum lagi lalu dia menganggukkan kepala. “A’ah. Kembar dia. Hadzriq Haikal.”

“Pandai kamu pilih…” puji Makngah.

“Kak Aisyah… Yang kembar Abang Adam Haziq ni dah berpunya?” Tanya Mareena penuh teruja.

“Belum lagi… kenapa? Nak ke?” tanya Aisyah sudah tersengih melihat telatah Mareena. Dia jadi terhibur pula dengan sikap Mareena itu. Ada sahaja benda yang akan buat dia ketawa jika dia berjumpa dengan sepupu yang muda setahun darinya.

“Nak!” Jerit Mareena separuh kuat. Tapi penuh dengan teruja.

“Amboiiii…. Miangnya…” tegur Puan Hani. Mereka semua ketawa melihat telatah Mareena. Begitu juga Aisyah. Kalau boleh. Dia juga mahu berjodoh dengan Hadzriq daripada Haziq. Tetapi… sudah takdirnya bersama Haziq. Apa yang boleh dia lakukan hanyalah menuruti.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku