Tak suka tapi Cinta
Babak 18
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 23 Oktober 2016
Penilaian Purata:
(3 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
3074

Bacaan






Aisyah mengetuk kakinya beberapa kali dengan tangan kanannya. Kakinya terasa lenguh dari berdiri melayan tetamu yang tidak henti-henti datang meraikan hari bahagianya. Baru kali ini dia boleh menarik nafas lega kerana majlis sudah pun tamat. Penatnya bukan sahaja kerana melayan tetamu, bahkan dia juga penat berlakon bahagia bersama suaminya, Haziq. Masih lagi dia ingat layanan mesra suaminya itu kepadanya. Ibarat pijak semut pun tak mati, jika orang yang tidak mengenali mereka pasti akan kata mereka pasangan yang sedang bahagia sekarang ini. Tetapi hakikatnya dirinya sahaja yang tahu.

“Assalamualaikum.” Tegur seseorang di sebelahnya.

“Waalaikumusalam Abang Ha.” Aisyah menjawab salam Hadzriq beserta senyuman.

“Penat?” tanya Hadzriq.

Aisyah hanya mengangguk. Lama mereka berdiam diri. Masing-masing tidak tahu hendak berbual apa. Aisyah terasa janggal sedikit. Begitu juga dengan Hadzriq.

“Erm…” Hadzriq berdehem sedikit sebelum bersuara. “Sya.. Abang Ha nak cakap sikit.”

“Cakap la… Apa dia Abang Ha?”

“Abang Ha nak minta maaf atas tingkah laku abang Ha pagi tadi. Abang Ha tak sepatutnya bertindak macam tu” Ucap Hadzriq. Wajahnya jelas menunjukkan dia menahan rasa sebak di dada.

Aisyah senyum. “Tak apa. Sya tak ambil hati pun.”

“Tapi, Abang Ha betul sayang dan cintakan sya sejak dulu sehingga kini.”

“Abang Ha… Sya kan d…” belum sempat Aisyah memotong kata-kata Hadzriq, dia terlebih dahulu memotongnya.

“Sya jangan risau. Lepas sahaja Abang Long salam tangan tok kadi pagi tadi, Abang Ha akan buang perasaan ini.” Ujar Hadzriq.

“Abang Ha tahu… Berdosa jika kita mempunyai perasaan terhadap orang yang sudah bergelar isteri kepada orang lain. Hatta meruntuhkan masjid mereka. Juga berdosa. Abang Ha Cuma harap, Aisyah bahagia disamping Abang Long.” Jelas Hadzriq lagi

Aisyah tersenyum. “Terima kasih abang Ha.”

“Ehem!” Deheman Haziq membuatkan topik perbualan mereka terhenti. Serta merta sebuah jelingan diberi kepada Haziq oleh Aisyah.

“Kau borak apa dengan dia?” Tanya Haziq sedikit dingin kepada adik kembarnya. Pertelingkahan yang berlaku beberapa hari lalu masih belum reda lagi diantara keduanya.

“Tak ada apa-apa.”

Haziq mengangguk. Dia kemudian mengorak langkah meninggalkan mereka berdua. Tujuannya disitu hanyalah untuk melihat keadaan Aisyah. Itu pun disuruh berkali-kali oleh mamanya. entah kenapa, sewaktu melihat isterinya berbual mesra dengan adik kembarnya. Hatinya menjadi sakit.

“Abang Long…” panggil Hadzriq lalu bangkit dari duduknya. Haziq tidak jadi melangkah. Dia berpaling memandang adik kembarnya.

“Aku nak minta maaf atas apa yang terjadi tempoh hari.”

Haziq tidak memberikan sebarang riaksi. Dia hanya memandang serius wajah adik kembarnya sedangkan Hadzriq sudah menghulurkan salam perdamaian antara mereka. Ego betul la mamat ni!

Hadzriq menarik tangannya apabila tangan yang dihulur tidak bersambut. Wajahnya tetap mengukirkan senyuman. “Tapi… Kalau kau sakitkan Aisyah macam beberapa tahun lepas… sampai tangan dia luka… Aku takkan teragak-agak untuk rampas dia dari kau”

Haziq tersenyum sinis tetapi dia tidak mengeluarkan satu perkataan pun dari mulutnya.

“Kau tahu bukan perasaan aku dekat dia? Jadi aku ta…”

Belum habis Hadzriq menghabiskan kata-katanya. Haziq bersuara. “Aku maafkan. Dan… Aku tak kisah jika kau nak ambil dia dari aku.” Ujar Haziq lalu mengatur langkah meninggalkan Hadzriq dan Aisyah. Kedua-dua mereka seperti tidak percaya dengan apa yang ditutur oleh Haziq. Dia tidak kisah isterinya itu di ambil orang.

Malam itu, Haziq tidak pulang kerumah mamanya. Puan Sri Zetty sudah berang dengan sikap anak terunanya. Dia sendiri tidak percaya anak terunanya itu tidak balik kerumah setelah selesai majlis resepsinya dan Aisyah. Kemana jejaka itu menghilang? Dia sendiri tidak tahu.

“Mana abang kamu ni Zurin? Dah pukul dua pagi tapi masih tak balik lagi ni?” marah Puan Sri Zetty. Zurina yang sedang menahan mata dari mengantuk hanya menjongketkan kedua-dua bahunya. Dia juga tidak tahu kemana abang sulungnya pergi.

“Dah la mama… mama pergi la tidur. Biar sya je yang tunggu abang Haziq balik” cadang Aisyah. Dia juga mengantuk seperti yang lain.

“Ini dah melampau! Kamu tahu tak dah pukul berapa ni Aisyah? Baru kahwin dah buat perangai”

“Abang Long keluar dengan Abang Ha je tu mama… bukannya pergi kelab malam.” Ujar Zurina. Mata gadis itu sudah dipejam.

“Tahu… tapi, tak boleh ke tunggu sampai esok? Malam-malam buta ni pergi keluar buat apa?”

Aisyah bangkit menghampiri ibu mertuanya. Di peluk erat bahu wanita itu. “Mama… jom kita tidur. Nanti pening pula kepala mama kalau tak cukup tidur. Dah la petang tadi mama tak cukup rehat. Jom tidur Jom?”

Akhirnya Puan Sri Zetty bersetuju dan mengalah apabila dipujuk oleh menantunya itu. Di ajak Zurina untuk tidur. Aisyah tersenyum melihat ibu mertuanya yang sedang mengorak langkah menghilang dari pandangannya.

Bunyi deringan pada telefon bimbit di tangan menandakan sebuah pesanan ringkas masuk.

Abang Ha.

‘Assalamualaikum Aisyah… Bagitahu mama abang Ha dengan Abang long tak balik malam ni.”

‘Waalaikumusalam Abang Ha… okay’

Butang ‘Hantar’ ditekan. Yes!!! Tak payah aku tunggu mamat tu! Monolog Aisyah kegirangan. Tangga di daki untuk masuk kebiliknya.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku