Tak suka tapi Cinta
Babak 19
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 23 Oktober 2016
Penilaian Purata:
(2 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
3863

Bacaan






Minuman tin itu di beri kepada Haziq. Haziq menyambutnya tanpa berkata sepatah pun. Hadzriq melabuhkan duduknya pada rumput di lereng bukit. Air di tangan diteguk.

“Lama dah kita tak kesini” ujar Hadzriq sambil melihat di sekelilingnya. Suasana nyaman di bukit Ampang itu menarik perhatiannya. Dahulunya, tempat ini tidak ramai yang tahu. Tetapi, lihat sahaja kini. Sudah ada beberapa gerai orang berniaga.

“Kenapa ajak aku ke sini?” tanya Haziq tiba-tiba setelah lama mendiamkan diri.

“Saje” ujar Hadzriq sambil menjongketkan kedua-dua bahunya. Senyuman dibibirnya tetap terukir. Dia akui, abangnya seorang yang keras hati. tetapi dia juga tahu, jauh dalam hati abangnya seorang yang penyayang. Cuma abangnya cukup ego untuk menunjukkan semua itu.

“Tak sangka kau masih boleh bawa motor ni” ujar Hadzriq lagi. dia juga seperti tidak percaya abangnya masih boleh membawa motor berkuasa tinggi ini. Hadzriq ketawa lucu.

“Ini anak jantan Tan Sri Jamal. Come on la…” kata Haziq sedikit bangga akan dirinya. Dia juga tidak percaya dia boleh membawa motorbike Benz AMG berwarna merah putih yang sudah lama tersadai di villa mamanya.

Hadzriq ketawa kecil. Begitu juga dengan abang kembarnya.

“Aku minta maaf. Disebabkan Aisyah aku berkasar dengan kau.” Ucap Hadzriq. Dia berasa serba salah kerana disebabkan seorang gadis dia sampai hampir menumbuk wajah abangnya.

Haziq tersenyum. “Aku maafkan. Kau jangan risau la. Kau tu tetap adik aku”

Hadzriq juga turut sama tersenyum.

“Cakap pasal Aisyah. Kau dah mesej dia?” tanya Hadzriq. Dia risau jika gadis itu tertunggu-tunggu akan abangnya. Maklumlah abangnya sudah bergelar seorang suami. Dan malam ini merupakan malam pertama mereka sebagai suami isteri. Sudahlah dia menculik abangnya sebaik sahaja majlis tamat, tengok sahajalah pakaian mereka. Masih lengkap memakai sut tuksedo mereka. Sehingga pengunjung yang hadir memandang mereka beberapa kali.

“Nak mesej dia buat apa?” tanya Haziq.

Hadzriq meraup wajahnya dengan kedua-dua belah tangannya. “Ya Allah… Abang Long… Kau tu dah ada bini. For sure la dia tengah tunggu kau”

“Oh…” kata Haziq seperti tiada hati. dia masih lagi tidak mengeluarkan telefon bimbitnya untuk menghubungi isterinya, Aisyah. Hendak berhubung bagaimana? Sedangkan nombor telefon isterinya pun dia tidak ada.

“Kau la bagitahu dia. Handphone aku mati.” Ujar Haziq memberi alasan.

“Aish.. Bini sendiri pun malas.” Rungut Hadzriq lalu memberi pesanan ringkas kepada AIsyah untuk memberitahu gadis itu bahawa dia dan Haziq mungkin tidak pulang mala mini. Supaya gadis itu tidak terus tertunggu-tunggu dirumah.

“Okay dah…” ujar Hadzriq lalu menyimpan telefon bimbitnya kedalam kocek seluar. Air minuman tin yang diletakkan dihadapannya diteguk.

“Kau sayangkan Aisyah?” tanya Haziq tiba-tiba membuatkan hampir tersembur minuman yang sedang diteguk oleh adiknya itu.

Terbatuk-batuk Hadzriq dibuatnya. “Kau ni…”

“Kau masih sayangkan dia?” tanya Haziq lagi.

Hadzriq membetulkan duduknya setelah batuknya reda. “Tak sayang dah”

Haziq menoleh memandang adiknya. “Kau terus terang sahaja dengan aku. Anggap aku ni abang kau dan bukan anggap aku suami kepada Aisyah”

“Sejujurnya… Aku masih sayangkan dia” luah Hadzriq. Haziq hanya mengangguk.

“Kau sanggup tunggu dia?”

Hadzriq berpaling memandang abangnya. Dia tidak mengerti maksud abangnya itu. “Maksud kau, Long?”

“Just answer me”

“Yes aku sanggup. Tapi, semua tu dah berubah sekarang. Kau dah memiliki dia. Jadi aku angkat dua belah tangan aku.” Jelas Hadzriq. Dia tidak mahu Aisyah dan abangnya berkelahi disebabkan perasaannya terhadap gadis itu.

Haziq hanya mengangguk sambil meneguk air ditangannya.

“Kau?”

“Kenapa dengan aku?” tanya Haziq pula kepada kembarnya.

“Kau cintakan Aisyah?”

Pertanyaan adik kembarnya membuatkan Haziq ketawa. “Kau tahu kan aku benci dia? Tak mungkin la aku akan cintakan dia”

“Benci boleh menjadi sayang… dan sayang boleh menjadi cinta”

Haziq terdiam mendengar apa yang baru dikatakan oleh kembarnya. Dia tidak tahu hendak berkata apa lagi. dia seperti sudah hilang kata-kata.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku