Tak suka tapi Cinta
Babak 20
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 23 Oktober 2016
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
3142

Bacaan






“Kamu kemana malam tadi Haziq?” tanya Puan Sri Zetty sewaktu mereka menjamu sarapan pagi bersama-sama. Aisyah dan Zurina hanya mendiamkan diri tidak mahu ikut campur urusan mereka.

“Lepak” jawab Haziq sepatah. Dia sudah menukar pakaian yang dipakainya semalaman kepada baju T hitam dan seluar jeans biru gelap.

“Dengan Hadzriq?” tanya Puan Sri Zetty lagi. kali ini wajah Hadzriq pula ditenungnya.

Hadzriq tersenyum. “Maafkan Ha sebab culik Abang long semalam.”

Puan Sri Zetty mendengus geram. “Kamu ni Ha… dah la mereka baru bernikah. Kamu dah culik Haziq dari Aisyah pula. Tak kesian ke dekat Aisyah? Tak dapat belaian seorang suami”

Aisyah hampir tersedak air minuman yang diteguknya. Zurina di hadapannya sudah mengekek ketawakan kakak iparnya. Ada-ada saje mama ni.

Hadzriq ketawa kecil. “Sorry Sya...” tuturnya sambil memandang Aisyah. Aisyah hanya tersenyum. Dia bukannya kisah jika suaminya tidak ada.

“Aisyah nak cakap sikit…” Ucap Aisyah. Semua mata tertumpu padanya.

“Ye Aisyah? Kamu nak cakap apa?” tanya Puan Sri Zetty.

Sudu dan garfu di tangan diletakkan di atas pinggan. “Erm… Sya ingat sya nak balik rumah ibu petang ni.”

“Kenapa?” Tanya Haziq. Dia menoleh ke arah Aisyah disebelahnya.

“Sya nak ambil beberapa assignment yang tertinggal. Lagi dua hari dah nak start kuliah, tapi sya tak siapkan lagi assignment” jelas Aisyah. Dia tidak memandang wajah Haziq. Mana mungkin jejaka itu akan bersetuju jika dia mengajak jejaka itu ikut sekali. Sedangkan dia sendiri terpaksa duduk disebelahnya. Sudah pasti jika dia mengajak akan ditolaknya mentah-mentah.

Haziq hanya mengangguk lalu menyuakan nasi goreng di dalam mulut.

“Ziq?” panggil Puan Sri Zetty.

“Ya mama?” tanya Haziq dengan mulutnya masih mengunyah nasi goreng. Puan Sri Zetty mengangkat kedua-dua keningnya.

Haziq mendengus perlahan. “Fine. Ziq teman Aisyah”

Puan Sri Zetty tersenyum. Dia menyangka anak terunanya akan membantah keras. Namun, Haziq mengalah dengan sendirinya tanpa disuruh.

“Tak apa. Sya boleh naik bas”

Haziq mendekatkan dirinya dengan Aisyah apabila Zurina menyampuk cakap mereka. “Kau jangan degil boleh?” bisiknya perlahan.

“Yela…” jawab Aisyah. Aduh! Aku ingat nak lari dari mamat ni! Tak sangka pula dia ikut sekali!

“Mama… Ziq ingat hari ini ziq nak bawa sya ke rumah ziq.” Tutur Haziq. Aisyah disebelahnya sudah menelan air liur. Terasa kesat sedikit. Nak bawa pergi rumah dia?

“Rumah kamu?” Tanya Puan Sri Zetty. Semua mata memandang Haziq. Bila dia membeli sebuah rumah?

Haziq hanya mengangguk.

“Bila kamu beli?” Tanya Puan Sri Zetty lagi.

“Dah lama dah. Rumah biasa je. Kondominium. Dekat dengan HQ Purnama Berhad” jelas Haziq.

“Maksud abang long, Kak Aisyah akan tinggal dengan abang long la lepas ni?” tanya Zurina. Haziq hanya mengangguk mengiyakan.

“Alaaaa…. Tak seronok la… biarlah Kak Aisyah duduk sini sampai Zurin balik sana” pinta Zurina mula merengek meminta kasihan. Hadzriq hanya mendiamkan diri. Dia tidak mahu ikut campur urusan abang sulungnya. Dia juga sudah mula menerima hakikat bahawa Aisyah sudah menjadi milik abangnya.

“Zurin… Abang kamu tu dah ada isteri… Biarlah dia bawa Kak Aisyah kamu ke sana” tegur Puan Sri Zetty kepada anak bongsunya. Dia juga terkejut dengan apa yang dijelaskan oleh anaknya. Namun, dia juga berasa senang hati kerana anaknya itu mula mengalas tanggungjawab sebagai seorang suami. Mungkin cadangan arwah suaminya betul.

“Tak apa… nanti habis kuliah kak Aisyah datang sini selalu ya? Mesti abang Haziq bagi” cadang Aisyah sambil memandang Haziq yang sedikit pun tidak menghiraukan dirinya.

“Saya tak kisah kalau awak nak duduk sini. Sebab in two weeks I’ll be going back to London.” Jelas Haziq.

“Balik London, long?” tanya Hadzriq. Kembarnya hanya mengangguk sekali lagi.

“Ada urusan dekat sana. Mungkin lama. Sebab tu Ziq nak bawa Aisyah ke rumah Ziq. Kalau dia nak ke rumah ibu dengan baba dia pun tak ada la jauh mana.” Jelas Haziq lagi.

Puan Sri Zetty dan yang lain hanya mengangguk. Ada benar juga kata-kata daripada Haziq.

“Wow… Besarnya” kata Aisyah separuh berbisik. Kakinya melangkah perlahan-lahan masuk ke ruang tamu jenis penthouse di kondominum mewah milik suaminya. Satu persatu hiasan berkonsepkan inggeris itu dilihatnya. Bersih dan kemas sahaja ruang di rumah jejaka ini. Mungkin dia mengupah pembantu rumah untuk menguruskan hal-hal kebersihan di rumah itu.

Haziq turun tangga dari tingkat dua rumah itu lalu melangkah menghampiri Aisyah yang masih terpegun. “Nah” katanya lalu menghulurkan segugus kunci kepada Aisyah.

“kunci rumah ni. Ada kunci pintu depan, bilik dan balkoni. Jaga elok-elok. And don’t cause any trouble while I’m not here.” Tambahnya lagi. Ceh! Macam la aku nak sangat buat masalah.

Aisyah hanya mengangguk sahaja. Malas hendak bersuara. Sudah cukup baik dia ikut suaminya itu kesini. Dia tidak mahu memulakan pergaduhan antara mereka. Kerana dia juga perlu mula menghormati suaminya. Walau benci mana pun dia pada jejaka itu, dia harus menghormatinya.

“Aku nak keluar sekejap. Kau tunggu sini” ujar Haziq laju sahaja langkahnya diatur keluar dari rumah itu.

“Hai… pergi mana pula dia ni?” ujar Aisyah sendiri. Malas hendak berfikir panjang, dia mengaturkan langkahnya mendaki anak tangga menuju ke ruang atas rumah itu. Langkah diatur perlahan dan membuka satu persatu bilik yang ada di ruang atas tersebut. Semua bilik yang dibukanya pasti akan membuatkan dirinya menjadi terpegun.

“Aik? Kenapa pintu ni tak boleh buka?” Aisyah kehairanan. Tombol pintu dipulas berkali-kali. Namun, hasilnya hampa. Pintu tersebut tetap tidak dapat dibukanya dari luar. Aisyah melihat sekeliling ruang depan pintu tersebut. Bilik yang berkunci ini terletak jauh kebelakang.

Tangannya diseluk pada saku seluar jeans berwarna biru laut yang dipakainya. Kunci yang diberi oleh suaminya tadi dicuba satu persatu. Tetapi semua kunci itu gagal untuk membuka pintu tersebut.

“Kenapa pula tak boleh buka pintu ni?” Tanya Aisyah sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

“Hoi!” Sergah satu suara tidak jauh dari tempat dia berdiri.

Aisyah berpaling memandang suara sergahan tersebut. Hamper tercabut jantung dibuatnya. Nasib baik sahaja la dia tidak ada penyakit itu. Jikalau tidak, pasti dia sudah ‘gol’ disitu juga.

“Kau buat apa ni?!” Tanya Haziq yang semakin menghampiri Aisyah. Kecut perut pula dia melihat wajah suaminya yang bengis itu.

“Errr… Sya… Sya tak buat apa-apa pun” ujar Aisyah dengan suara yang sedikit terketar-ketar. Naik seram juga dia wajah Haziq yang sebegitu.

Haziq menarik kasar Aisyah agar berdiri jauh dari bilik itu. Dia kemudian mencuba memulas pintu itu juga. Senyuman terukir pada bibirnya apabila mendapati pintu itu masih dikunci.

Aisyah hanya mendiamkan diri. Haziq menjeling Aisyah yang ada disisinya. “Kau tak buka pintu ni kan?”

“Tak…” jawab Aisyah sepatah sahaja.

“Bagus. Lepas ni jangan berani usik pintu ni lagi. Faham?” Arah Haziq. Suaranya keras memberi amaran kepada Aisyah.

“Ye… ingat sya nak sangat ke masuk bilik ni…” jawab Aisyah. Bibir dicebik tanda melawan.

“bagus la kalau tak nak masuk. Nah! Pakai ni” arah Haziq lagi lalu menghulurkan beg kertas kepada Aisyah.

Aisyah mengambilnya. “Apa ni?”

“Aku tunggu dekat bawah. Bilik kau dekat hujung tu. depan bilik aku.” Ujar Haziq langsung tidak menjawab pertanyaan isterinya. Dia berlalu meninggalkan Aisyah selepas memberi arahan tersebut.

“Ish dia ni… ikut keras kepala dia je… nasib kau la Aisyah… dapat suami macam dia” merungut Aisyah sendirian lalu mengorak langkah menuju ke bilik yang ditunjuk oleh Haziq sebentar tadi.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku