Tak suka tapi Cinta
Babak 21
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 23 Oktober 2016
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
3315

Bacaan






“Assalamualaikum… Ibu… Baba!!” jerit Aisyah separuh kuat sambil berlari-lari anak menuju ke pintu utama rumah teres itu. Haziq hanya menjeling dan berdiam diri sahaja melihat telatah isterinya dari jauh. Langkahnya lambat sahaja. Tidak seperti langkah isterinya yang laju dek kerana teruja.

“Waalaikumusalam… Ya Allah.. Aisyah… kenapa balik tak bagitahu Ibu?” Tanya Puan Hani sambil menyambut salam dari tunggalnya. Dicium penuh kasih kedua-dua belah pipi anak gadis kesayangannya.

Aisyah hanya tersengih. “Saje nak buat surprise”

“Assalamualaikum Ibu” ucap Haziq sambil menyalami tangan wanita itu. Haziq mengukirkan senyuman paling manis buat Puan Hani.

“Waalaikumusalam. Kamu ni Haziq… kenapa tak bagitahu ibu nak datang? Meh masuk… Aisyah ada buat perangai tak kat sana?” Tanya Puan Hani sambil menjemput kedua-dua pengantin baru itu masuk ke rumahnya.

Haziq tersenyum. “Tak adalah ibu. Aisyah okay je. Sebelum kami nikah pun Aisyah baik-baik sahaja. Ibu jangan risau”

Aisyah menjeling suaminya. ‘Amboi… Pandainya kau bercakap…’

“Ibu bukan apa… kamu berdua ni cepat sangat berkahwin… jadi ibu risau kalau Aisyah ada…”

Belum sempat Puan Hani menghabiskan ayatnya, Aisyah terlebih dahulu memotong. “Ibu, Baba mana?”. Matanya melilau melihat sekeliling rumah, mencari kelibat Encik Kamal.

“Baba ada kerja sedikit. Sekejap lagi balik la. Nak tukar topik la tu… Dah… Aisyah, bawa suami kamu naik bilik dulu. Ibu nak sambung masak untuk makan malam nanti.” Arah Puan Hani supaya membawa menantunya ke bilik yang terletak di tingkat dua.

“Baik Ibu.” Ucap Aisyah. Akur dengan arahan Puan Hani. Mereka kemudian melangkah naik ke bilik.

Pintu dikuak luas dari luar. Aisyah mempersilakan Haziq masuk kedalam bilik yang sederhana besar itu. Haziq melangkah masuk. Dia perhati keadaan bilik itu satu persatu.

“Ini bilik kau?”

Aisyah mengeluh panjang. “Ye la. Habis bilik siapa lagi?”

Haziq tersenyum sinis. Dia hampir tidak percaya bahawa bilik yang serba pink dan penuh dengan patung beruang ini ialah bilik kepunyaan Aisyah. Nampak seperti bilik budak lima tahun sahaja.

“So… where should I put my stuff??” Tanya Haziq sambil memerhati tempat yang sesuai untuk meletak barang-barangnya. Dia sudah bergelar suami kepada Aisyah, maka dia juga berhak meletak barang peribadinya di dalam bilik itu.

“Barang apa?” Tanya Aisyah. Dia masih tidak mengerti apa yang dimaksudkan oleh Haziq.

Haziq hanya menunding jari pada bagasinya yang ada di depan pintu itu. “Bag aku tu. aku nak letak mana? Takkan nak terpacak je kat situ?”

“Abang Haziq letak jela dekat mana-mana.” Jawab Aisyah lalu duduk dibirai katilnya. Telefon bimbit di tangannya sejak tadi dibelek.

Aisyah menjeling sedikit Haziq. Nak tergelak dia melihat jejaka itu terkial-kial menyimpan bajunya sendiri di dalam almari kosong itu. “Nak sya tolong Abang Haziq ke?”

“Tak payah!”

Aisyah hanya menjongketkan bahunya. Angin monsun datang dah!

“Sya turun bawah dulu. Nak tolong ibu masak untuk makan malam nanti.” Ujar Aisyah lalu melangkah keluar dari biliknya. Pintu ditutup perlahan.

Baru beberapa langkah diatur, Aisyah mematikan niatnya untuk ke dapur. Sebaliknya dia mengatur langkah kembali ke bilik tidurnya. Pintu dikuak perlahan tanpa meninggalkan sebarang bunyi. Dari jauh dia dapat melihat Haziq menghadapi masalah mengemas pakaiannya sendiri walhal dia mempunyai banyak ruang yang ada di dalam almari kedua yang ada di dalam bilik itu. Ini kerana almari tersebut tidak digunakan langsung oleh Aisyah sejak dia berpindah ke asrama universiti. Sah! Ini mesti kes tak pernah berkemas ni.

“hehehe…” tanpa Aisyah sedar, tawa yang ditahannya tersembur keluar juga.

Haziq menjeling ke arah pintu dimana datangnya suara ketawa itu. Satu aura yang sangat seram dapat dirasakan oleh Aisyah. Tawa Aisyah mati sebaik sahaja sedar jelingan daripada Haziq kepada dirinya.

“Sorry….” Hanya satu patah perkataan itu sahaja yang mampu diungkap oleh Aisyah disebabkan wajah Haziq yang sudah seperti harimau yang bakal membaham mangsanya.

“Huh!” Haziq sambung kembali menyusun pakaiannya. Selang beberapa minit, dia menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.

Aisyah memberanikan diri menghampiri Haziq dari belakang. “Erm… nak sya tolong apa-apa tak?”

Pertanyaan itu tidak dibalas langsung oleh Haziq. Mungkin malas mahu melayan kerenah Aisyah yang dianggapnya ‘budak tidak reti bahasa’.

“Bukan lipat macam tu la..” tegur Aisyah lalu mengambil baju T yang ada di riba Haziq. Dia kemudian melabuhkan duduknya disebelah Haziq.

“Ish! Kau tak reti bahasa ke aku cakap tak payah t..”

“Ye ye… tak payah tolong.. tapi, Sya kesian tengok abang Haziq terkial-kial lipat kain ni sorang-sorang.” Ucap Aisyah sambil tersenyum. Tangannya lincah sahaja melipat baju dan seluar Haziq. Tahu-tahu sahaja, habis semua pakaian Haziq sudah disusun kemas di dalam almari itu.

“Oh! Ada lagi la dekat zip kecil ni!” Ucap Aisyah lalu dengan beraninya membuka beg pakaian suaminya.

“Weh!! Yang tu…!!!!” belum sempat Haziq ingin melarang Aisyah, gadis itu terlebih dahulu membuka beg tersebut. Habis merah muka Aisyah menahan segan teramat sangat.

“Kan aku dah cakap!!!” marah Haziq. Wajahnya juga turut merah kerana ini pertama kali seorang perempuan melihat seluar peribadinya.

“Aaa…… Sya nak pergi tolong ibu kejap!” ucap Aisyah lalu bergegas keluar dari bilik tersebut. WAAAAA!!! Malunya!!!!!!!!!!!!!!!

_________

“Aisyah? Kamu sakit ke?” Tanya Puan Hani kepada anak tunggal kesayangannya. Aisyah hanya menggelengkan kepalanya.

“Tak adalah. Sya ok je” balas Aisyah. Dia menjelingkan sedikit melihat Haziq yang sedang berbual rancak dengan Babanya, Encik Kamal, di ruang tamu. Wajah jejaka itu bersahaja seperti tidak terjadi apa-apa pun tadi. Malah sewaktu makan malam bersama juga, jejaka itu langsung tidak marah seperti biasa. Jika tidak, mahu terjadi perang ketiga.

“Aisyah?” panggil Puan Hani lagi. Pinggan yang sudah habis dilap diletakkan di dalam kabinet.

“Ha.. Ye Ibu?”

“Apa yang menungkan tu?” Tanya Puan Hani. Senyuman dibibir tidak pernah lekang.

“Tak ada apa-apa ibu.” Jawab Aisyah. Dia menguis sedikit kuih yang dibeli oleh Babanya petang tadi.

“Kamu bahagia Aisyah?” Tanya Puan Hani. Aisyah mendonggakkan kepala memandang ibunya yang tercinta.

“Kenapa ibu cakap macam tu?” Tanya Aisyah kebingunggan. Ibu tahu kah aku berkahwin dengan Abang Haziq hanya kerana surat wasiat itu? Hanya kerana aku ingin menolong jejaka itu memiliki hartanya semula?

Puan Hani tersenyum lagi. “Ibu tahu anak ibu tak bahagia kan?”

Aisyah menggelengkan kepalanya. “Apa ibu ni. Mestilah bahagia.”

“Habis tu kenapa sejak kamu datang ke sini dengan Haziq, ibu tengok kamu murung je?”

Aisyah terdiam. Ya. Sejak Haziq melafazkan akad tersebut, hatinya selalu berasa sedih. Walaupun usia pernikahan mereka tidak sampai seminggu, dia sudah cukup terseksa. Dia sedih tetapi dalam masa yang sama dia sanggup berkorban demi wasiat arwah papa angkatnya.

“Perasaan ibu je kot. Aisyah bahagia jela. Mungkin Aisyah murung sebab prestasi Aisyah semester ni makin merundum. Dah la pointer Aisyah asyik jatuh je. Haaaa…” keluh Aisyah cuba mengalihkan topik perbualan.

“Cuba nak tukar topik la tu” tegur Puan Hani. Aisyah hanya tersenggih. Tidak lama kemudian Encik Kamal memanggil mereka untuk ke ruang tamu. Aisyah mengatur langkah mengekori ibunya dari belakang lalu melabuhkan duduknya jauh dari Haziq.

“Jauhnya kamu duduk Aisyah? Kesian suami kamu tu” tegur Encik Kamal.

Aisyah hanya tersenggih tanpa bergerak walau seinci pun. Haziq ketawa kecil. Dia bangun lalu duduk di sebelah Aisyah. Rapat sekali. “Aisyah ni malu lagi Baba. Maklumlah baru dua hari jadi isteri Ziq.”

Aisyah tersenggih lagi. “What are you doing?” bisik Haziq perlahan ketelinga Aisyah sewaktu Baba dan ibu mereka rancak berbual.

“What do you expect? Sya tak biasa duduk rapat dengan lelaki” balas Aisyah dengan nada berbisik seperti Haziq.

“Kau ingat aku suka duduk sebelah kau? Tahan jela! Lagi pun, dah cukup baik ibu dengan Baba tak tahu pasal wasiat tu. mereka terima pernikahan ni dengan hati terbuka sebab aku cakap kita saling mencintai. So, can you act like one?” marah Haziq. Nadanya masih boleh di kawal.

“Fine” Aisyah mendengus lalu menarik tangan Haziq. Dia kemudian memeluk lengan sasa tersebut sambil meletakkan kepalanya ke bahu jejaka itu. Senyuman diberikan kepada Ibu dan Babanya yang kelihatan terkejut dengan reaksi Aisyah itu.

“Amboi.. Sayang betul kamu dengan suami kamu” usik Puan Hani.

“Mestilah! Suami Aisyah kan. Mesti la Aisyah sayangkan Abang Haziq! Kan abang Haz..” Aisyah tidak jadi meneruskan kata-katanya. Matanya bertaut dengan mata berwarna hazel milik Adam Haziq. Entah kenapa, ada satu debaran yang bertamu di dalam hati Aisyah. Renungan yang dirasakannya selama ini sangat menyeramkan, tika ini dia dapat rasakan renungan itu lain sekali. Tidak seperti biasa.

“Erm!” deheman daripada Encik Kamal mematikan renungan mereka. Cepat-cepat Aisyah menarik tangannya daripada terus memeluk suaminya. Dia tidak tahu kenapa jantungnya masih berdegub laju. Aduh! Kenapa pula ni? Calm down Aisyah!

“Bestnya jadi muda semula. Kan abang.” Usik Puan Hani kepada Encik Kamal. Bibirnya masih dengan sebuah senyuman.

“Aisyah, Haziq. Baba nak cakap sesuatu.” Kata Encik Kamal dengan nada serius.

“Ye Baba” kata Haziq.

“Baba tahu kamu saling mencintai, malah Baba tak halang langsung kamu berdua bernikah. tapi Haziq..” kata-kata Encik Kamal terhenti seketika. Mata Encik Kamal beralih pada wajah anak tunggal kesayangannya. “Baba harap Haziq dapat menjaga anak Baba yang degil ni baik-baik. Baba tahu, Aisyah ni degil sedikit. Tapi, dia seorang yang sangat penyayang dan hatinya cepat tersentuh.”

Haziq tersenyum. Tangan Aisyah digenggam erat. “Jangan risau Baba.. Yang tu Ziq dah arif. Haziq sangat sayang dan cintakan Aisyah sejak dahulu lagi. InshaaAllah Ziq boleh jaga Aisyah.” Mata Haziq dialihkan memandang kedua-dua anak mata milik Aisyah. Wajah polos Aisyah direnungnya. “Haziq akan jaga Aisyah sepenuh hati Ziq. Sebab Ziq sangat cintakan Aisyah”

Merah muka Aisyah mendengar apa yang dikatakan oleh Haziq. Seperti tidak percaya sahaja. Apa yang dikatakan oleh Haziq sangat menyentuh hatinya. Dia tidak tahu samada kata-kata itu sekadar mahu menyedapkan hati Ibu dan Babanya atau sebaliknya. Akan tetapi, luahan itu sangat menyentuh hati Aisyah sehingga berair ditubir matanya. Tanpa diduga. Aisyah tersenyum lebar dihadapan Haziq. Mata mereka kembali bertaut.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku