Tak suka tapi Cinta
Babak 22
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 23 Oktober 2016
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
3047

Bacaan






Aisyah memandang dirinya di hadapan cermin seketika. Kata-kata Haziq kembali terngiang-ngiang bermain di fikirannya. ““Haziq akan jaga Aisyah sepenuh hati Ziq. Sebab Ziq sangat cintakan Aisyah”

‘Dia cintakan aku?’

Aisyah menggelengkan kepalanya berkali-kali. Tak! Tak mungkin! Dia cakap macam tu cuma nak pastikan yang Baba percaya kami saling mencintai. That’s it! Tak ada benda lain!

Pintu bilik air dibuka dari luar. Tersembul wajah Haziq. “Oh.. Aku tak tahu kau ada dekat dalam”

Baru sahaja Haziq ingin melangkah keluar, Aisyah menahannya. “Eh tak apa. Sya pun dah nak habis dah”

“Erm… Abang Haziq” panggil Aisyah sebelum sempat Haziq menutup pintu bilik air yang ada di dalam bilik tidurnya.

“Apa?” Tanya Haziq dengan nada malas.

“Erm.. pasal tadi tu.. yang.. Abang Haziq luahkan dekat Baba tu… tipu je kan?” Tanya Aisyah.

Haziq tersenyum. Dia mendekatkan wajahnya dengan wajah Aisyah yang rendah sedikit darinya. “So what?”

“Tak adalah. Sya tak nak la bagi apa-apa harapan dekat Baba.”

Sekali lagi senyuman itu terukir di bibir milik jejaka di hadapannya. “Look here… kata-kata tadi tu, hanyalah janji aku untuk aku jaga kau di masa hadapan. Tidak kurang dan tidak lebih. Seteruk aku ni, tak adalah sampai nak mungkir janji.”

“Habis tu kenapa sampai nak luahkan Abang Haziq cintakan Sya bagai. Janji benda tu sudah la. Nak luahkan bagai” Aisyah mencebik tidak puas hati. Kedua-dua tangan disilang dan dipeluk ke dada tanda tidak puas hati.

“Jadi kau dah jatuh cinta pada aku?” Tanya Haziq selamba.

“What?”

“Satu nasihat aku, jangan jatuh cinta dengan aku.” Nasihat Haziq. Nadanya dingin sekali. Seperti dia mengatakan sesuatu kepada Aisyah sahaja. Namun, Aisyah langsung tidak mengerti apa yang dimaksudkan oleh Haziq.

“Apa? Tak ada masa la Sya nak jatuh cinta dekat Abang Haziq!” bentak Aisyah.

“Good!” kata Haziq lalu menghempas pintu bilik air itu di hadapan muka Aisyah. Lagi beberapa inci sahaja pintu itu ingin menyentuh wajah Aisyah. Nasib baik.

“Ish!!!” bentak Aisyah lagi dihadapan pintu bilik air itu. Ingat aku nak sangat la jatuh cinta dengan singa macam kau? Tak kuasa aku!!!

Aisyah baring di atas katilnya. Senyuman nakal terukir di bibirnya. “Oh… kau tengok la..”

___

Haziq mengelap rambutnya yang basah dengan tuala. Dia memandang wajahnya pada cermin yang ada. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia berkata begitu. Sedangkan selama ini dia sangat membenci gadis itu.

“Haih” keluhan berat keluar dari mulut Haziq.

Pintu tombol bilik air dipulas. Haziq menapak keluar dari bilik air setelah membersihkan dirinya. Matanya terbeliak melihat beberapa ‘barang’ peribadinya bersepah di atas lantai. Dia cukup berang jika barangnya diusik. Serta merta matanya tajam memandang Aisyah yang sedang baring tutup mata di atas katil.

“Nurul Aisyah binti Kamal….” Panggil Haziq dengan nada dinginnya. Dia terpaksa mengawal nadanya agar tidak menganggu penghuni lain yang menghuni di rumah ini dan di sekitar rumah ini.

“Errrmmmm…. Ye Abang Haziq??” Tanya Aisyah. Berpura-pura seperti baru bangun daripada tidur sahaja lagaknya.

“Kenapa!” terperasan suaranya berada di dalam nada yang tinggi, dia menghentikan sekita apa yang ingin dikatakannya.

Haziq mengukirkan sebuah senyuman yang paling manis tetapi dirasakan dingin oleh Aisyah. “Kenapa semua barang peribadi aku berselerak?”

“Oppps!! Hehehe…”

“Kau…” belum habis Haziq berkata, Aisyah sudah berlari keluar menyelamatkan dirinya. Haziq mengejar Aisyah dari belakang. Dia geram apabila Aisyah mengacau barang peribadinya seperti itu. Mereka berkejaran di ruang atas rumah tersebut.

“Jangan lari!!!” ujar Haziq lalu mengejar Aisyah yang sangat mahir mengelak apabila ingin ditangkapnya.

“Hahahaha… sorry!!!” ucapan minta maaf daripada Aisyah langsung tidak didengarnya. Malah dia semakin galak mengejar Aisyah sehinggalah dia berjaya menangkap Aisyah. Untuk memastikan Aisyah tidak lari daripada genggamannya, dia bertindak memeluk pinggang gadis itu.

“Mana kau nak lari?” bisik Haziq dekat ketelinga Aisyah.

Aisyah tersenggih. “Hehehe.. sorry!!”

“Ehem!!” deheman daripada seseorang mengejutkan mereka yang sedang rancak bermain kejar-kejar. Sepantas itu pelukan pada pinggang Aisyah dilepaskan.

“Aaaa… Baba.. Ibu…” tergagap-gagap Aisyah bersuara.

“Kamu buat apa malam-malam ni? Kalau ye pun nak main kejar-kejar, tunggu la esok ya?” usik Encik Kamal. Merah wajah Aisyah mendengar usikan Babanya.

“dan… Erm! Haziq…” panggil Puan Hani pula.

“Ya Ibu?”

“Kamu patut kemas barang peribadi kamu… termasuk… boxer tu…” tegur Puan Hani. Haziq terkejut lalu cepat sahaja dia menutup pintu bilik tidurnya dengan Aisyah.

“Maafkan kami Ibu.. Baba..” ucap Haziq. Begitu juga Aisyah, dia juga turut mengucapkan maafnya.

“Erm.. tidur! Dah… jangan main kejar-kejar dah malam ni” tegur Encik Kamal lagi lalu masuk ke dalam bilik tidur mereka sambil berpimpinan tangan dengan Puan Hani.

“Fuh!” Aisyah menarik nafas lega.

“Apa yang kau lega sangat?” Tanya Haziq yang masih berdiri di sebelahnya.

Aisyah tersenggih. “Sorry!”

“Okay, Sya tolong Abang Haziq kutip balik barang peribadi ni” kata Aisyah ingin menghulurkan bantuan kepada Haziq.

“Tak payah.”

Aisyah mencebik geram. Nak tolong pun susah la mamat ni!

Aisyah menapak naik kembali ke atas katil begitu juga Haziq setelah dia mengemas barang-barangnya. Aisyah tidak jadi baring. Dia terkejut Haziq baring di sebelahnya.

“Abang Haziq nak tidur sini?” Tanya Aisyah sedikit terkejut.

“Erm” jawab Haziq lalu melelapkan matanya.

“Tapi…”

“Tak payah nak takut sangat la. Tak terliur pun aku tengok kau.” Ujar Haziq agak dingin.

“Tapi…”

“Boleh tak tidur je? Aku penat la.” Ujar Haziq lagi. Matanya tajam memandang Aisyah yang agak gelisah di sebelahnya.

“Fine” lalu Aisyah mengambil beberapa bantal dan teddy bear di letakkan di tengah-tengah antara dirinya dan Haziq. Dia membina tembok agar memastikan mereka tidak bersentuhan semasa tidur nanti. Huhu! Naya betul la mamat ni!



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku